Thursday, August 1, 2013

Buat Salah, Hukuman Menanti

Anak buah memang sangat ramai. Selalu cakap dan bercerita pasal si Afiq sebab dia sahaja yang tinggal bersama dengan kami. Kalau ramai yang tinggal dengan kami, laaagi ramai akan saya tulis. Walaupun tak tinggal dengan kami secara beramai-ramai, tetapku abadikan kisah mereka di sini. 

Panggilan manja-manja : Afiq
Umur : 2 tahun 2 bulan 26 hari
Tinggi : setengah paras paha orang dewasa
Berat : +-12 kilogram
Warna kulit : nampak gelap, kadang-kadang kecoklatan kadang-kadang nampak cerah. Oh mungkin dengan bantuan teknologi dan pencahayaan :)
Makanan kegemaran : semua makanan adalah kegemaran dia


Hobi : Main bola dan bola dan bola, dan bermain mainan seperti bulldozer atau oja. Sekali tengok gaya dia ni macam lawak lah pulak. Dahlah jari tu gemuk-gemuk, memang mintak untuk dicubit. Posing dengan bola untuk menambahkan lagi bukti yang dia minat bola. 


Perangai/Kelakuan : Agak lasak. Namun syukur sebab bilamana jatuh, adakala tidak menangis adakala menangis lah juga. Tapi sekejap aje. Memang badan dia agak tahan lasak. Ini diakui oleh mak-mak saudara dia. Tanda torehan 3 itu bukan saja-saja dibuat, tapi angkara terjatuh kat atas tikar. Kalau tak silap masa nak tendang bola. Silap ambil lajak. Tergolek lalu terjatuh.

Satu malam, dia macam biasa. Main bola tendang bola ke sana ke sini. Sekali kan, bola terkena pasu bunga yang berada kat atas televisyen. Nasib pasu tu plastik je, kalau tak. Mungkin pecah. Urmm, mungkin pecah mungkin tak. Bergantung gaya jatuh pasu terbabit. Ada sekali tu kan, dia duk menendang bola. Tepat ke kipas. Melantun bola tu. Bergegar kipas. Aish! Marabahaya Afiq oii. 


Saya: Afiq susun balik bunga tu. Letak balik kat tempat dia.
Afiq: ini? [maksudnya, di sini?]
Saya: a'aah, situ. Susun balik

Terkial-kial dia cucuk bunga tu. HAHAHA. Heii! Memang dasar pembuli lah dia ni. Siapa? Siapa? LOL! Afiq bukan reti sangat pun nak cucuk bunga tu dengan elok. Janji dapat cucuk. Biarkan dia. Tak boleh ajar lembut sangat, nanti dia tak berdikari. Jadi mana yang dia buat salah, kita kena ajar betulkan dia. Hukum dia... dengan cara yang sesuai :)


Ke depan ke belakang dia duk pusing span bunga tu. Nak cucuk bunga, tapi tak tahu nak buat. Kalau dia pandai bebel-bebel, mesti dia dah cakap 'buatlahsendiri'. HAHAHA


Bila dia dah tunjuk kegigihan dia untuk menyusun semula dengan cara dia. Kita orang dewasa ni, tak kan tak reti-reti nak tolong pulak. Hukum hukum juga, tapi perikemanusiaan kena ada. Lepas tu, tolong dia cucuk letak tempat asal semula. Manakala Afiq sambung main bola balik :) 



1 comment:

  1. Org kata kan aida.. kalau nakal tu tandanya budak bijak.. tu org yg kata hehehehe..

    Semua makanan kegemaran dia.. amboi. Bagusnya.. masalahnya shinta tak minat makan.. hurm...

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.