Sunday, August 4, 2013

Pakcik Kopiah Putih

Esok last day kerja. Lepas tu cuti sampailah hari Selasa. Ngam-ngam seminggu. Sementara otak asyik fikir, nak buat apa lah ni eh. Elok saya merepek kat sini :) Mood untuk buat kerja tak adalah merudum, cuma macam semangat tak semangat aje. Bukan fikir nak cuti sangat. Cuma dia tak nak bersemangat je.

Nak cerita satu cerita. 

Balik kerja macam biasa, saya akan terserempak dengan pakcik ni. Dia berkereta. Setiap kali balik, kalau saya bernasib baik memang akan nampak lah pakcik ni. Biasanya dia balik dari masjid. Kalau saya berkereta, dia berkereta kan, kami akan saling pandang memandang. HAHAHA. Statement tak hingat. Hey, korang fikir apa ni ha?? Bukan macam tu maksudnya, maksud yang tepat ialah saya memang akan menoleh/melihat pakcik ni walau sekali lalu. Dia punya pandangan tidak ada makna, saya punya pandangan ada makna tau. LOL! Pakcik ni pula, dia memang lah seolah-olah berpaling tengok kita masa kita berselisih tu, tapi saya rasa dia berhati-hati. Lebih kepada waspada, sebab berselisih dengan kereta kan. Tak kan nak gopoh-gopoh. Dengan kudrat yang dia ada, dengan usia emasnya, sebaya kot dengan bapaknda saya. Jadi dia bawa kereta pelan-pelan dengan hati-hati.

Sepanjang kereta saya berada di wad, saya kan menumpang Adik 1 untuk ke tempat kerja. Kami bermotorsikal bersama-sama. Meredah angin pagi dan angin petang dengan mentari yang adakala tidak memancar dengan terang, dan adakala memancar dengan sangat terik. Makin gelaplah saya. HAHAHA.

Setiap kali kami nak keluar lorong, memang akan bertembung dengan pakcik ni. Rutin biasa dia lah, pergi ke masjid. Dia tak pernah naik motorsikal. Mungkin tak reti kot. Mungkin tak ada motorsikal. Eh eh pandai-pandai cakap dia tak reti motorsikal. HEHEHE. Yang penting dia ada kereta. Setiap kali bertembung dengan dia, saya macam biasa akan tengok pakcik ni. Bukan tengok dengan bersungguh-sungguh pun. Sekadar melihat. Korang bacalah dulu eh sampai habis.

Masa berselisih tu kan, dia macam [baca: seolah-olah] pandang kami juga. Beberapa kali juga saya terserempak.

Beberapa hari yang lalu, kita kan ada diberitakan pasal kematian siak di surau kat Klang kalau tak silap. Siak tu meninggal dalam keadaan sujud. Beruntungkan siak ni. Meninggal dalam keadaan yang baik. Susah nak dapat macam ni. Jauh beza dia dengan kita [eh saya. bukan kita].

Masa terbaca kisah tu kan, terus teringat kat pakcik yang saya selalu nampak ni.

Pakcik ni, setiap waktu dia akan ke masjid. Waktu malam pula kan, dia ke surau di seberang jalan rumah dia. HAHAHA. Saya ni macam stalker kan? Eh bukan, kebetulan je nampak dia ke surau masjid. Itu aje.

Pakcik ni bekas ustaz atau guru. Senang cerita dia seorang pesara. Dari tadi saya duk bercerita, saya selalu pandang dia, sebab saya kagum. Kagum kerana setiap masa dia ke masjid/surau untuk berjemaah. Itu sebab saya cakap, pandangan saya punya makna. Betapa beruntungnya anak-anak dia ada ayah macam tu. Orang lain mungkin selalu juga ke masjid surau untuk berjemaah, tapi saya tak nampak dengan kerap kali sangat macam pakcik ni. Ini boleh dikatakan, saya macam dah boleh hafal jadual dia. Pukul 5 mesti dia balik masjid. Lepas maghrib dalam jam 8.15 mesti dia ke surau. Waktu-waktu lain saya tak tahu, sebab saya kerja :)

Saya berdoa agar pakcik ni diberi kesihatan yang baik dan semoga Allah merahmati kehidupan beliau. Amin.

Sebenarnya kan, pakcik ni ayah kawan saya.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.