Monday, August 5, 2013

Untuk Afiq

Dengar sini, sila baca dengan cermat. Selalu cuda/cikda berangan, satu masa nanti anak-anak buah dan anak-anak sendiri akan baca blog ini. Tinggi cita-cita-dan-impian hati ini. Entah masih wujud lagi ke blog time tu eh? HEHE. InsyaAllah mana tahu akan jadi kenyataan kan? Amin.

Err, untuk anda yang bukan bernama Afiq tak perlu nak baca kalau terasa tak nak baca. HIHI

Malam tadi kan, selepas terawih cikda terasa dan teringin sangat-sangat nak makan kerepok lekor. Mungkin dah namanya orang Terengganu, selalu sangat terpop up tiba-tiba keinginan untuk menjamah makanan tradisional ni. Err, makanan tradisional ke aidalela weyh? HAHAHA. Entah, ye kot.

Lepas tu kan Afiq. Cikda bawa kereta menuju ke kedai kecil di satu kampung membawa harapan yang sangat tinggi, namun sampai di sana kan. Impian yang terbayang di minda musnah umpama asap-asap yang menghilang di udara. 

Cikda pusing kereta [HAHAHA. terbayang macam cerita kartun main-main pusing kereta macam tu je]. Keputusan diambil dan-dan tu juga untuk ke bandar. Cikda nak pergi beli KFC. Terbayang kat benak sanubari akan kesedapan chezzy wedges. Kereta terus dihala ke arah bandar. Orang masih ramai di atas jalan raya. Kereta agak penuh kat parking. Cikda ingatkan diwaktu-waktu sebegitu [10.45 malam] manusia orang tak ramai sangat. Sangkaan cikda meleset. Nasib dapat parking tau, syukur sangat sebab dengan kereta yang kiri kanan penuh, dapat juga parking tak jauh dari KFC pulak tu.

Cikda pakai selipar baru. NGEE! Bunga-bunga warna biru. Cantik. Namun sayang, selipar tu menghasilkan bunyi yang agak kuat. Kelepek kelepek, macam baru keluar dari bilik air je. Terpaksa jalan pelan-pelan sebab masa kat dalam KFC tu kan, memang bunyi dia agak ketara. Pasal selipar ni, memang kena tulis sebab Afiq kan memang suka rembat selipar/kasut cikda. Pakai bila nak pergi ke rumah Cikja. Nak marah pun ada, kalau kasut la, kalau Afiq pakai selipar tu, tak adalah nak marah sangat.

Sedang elok aje selepas membeli KFC, cikda terus masuk kereta. Hujan turun, laut bergelora. Bawa kereta dengan hati-hati sebab air wiper tak boleh nak guna. Haiyah, ada lagi kerosakan tersirat rupanya selepas kejadian langgar haiwan tu.

Sampai rumah, cikda dah basah kena hujan. Sebab pintu pagar rumah Toksu tertutup separuh, terpaksalah turun redah hujan buka pintu tu.

Masuk rumah, semua orang dah masuk tidur termasuklah Afiq. Jadi cikda makan sorang-sorang. HAHAHA. Sengaja cikda beli dinner plate sebab boleh kongsi ayam tu untuk semua. Tapi bila dah tak ada orang, cikda bedal sensorang lah. Sambil-sambil tu, Afiq duk nyanyi-nyanyi kat dalam bilik tu. Cikda terfikir 'urmm. tak tidur lagi budak ni rupanya'. Apa lagu pun cikda tak tahulah. Agak bising lah. Mungkin bagi Afiq ianya sangat sedap, terasa macam waaawww! aku dah boleh nyanyi. Bunyi-bunyikan bunyian yang comel-comel dari mulut Afiq. Tapi bagi cikda, serabut lah Afiq ni. HAHA!

Sebab tu cikda.

Afiq dok tidur lagi ke?? Tidur la, jadilah nyanyi tu.
Afiq jawab, ido.. Lepas tu Afiq sambung nyanyi lagi. Grr! Haha.

Cikda sambung makan. Masa nak makan mashed potato tu kan. Cikda teringat kat Afiq. Mesti Afiq suka kalau dapat makan ni. Namun disebabkan Afiq dah ada dalam bilik, jadi cikda takut nak panggil Afiq. Takut walid dan Ummi Afiq marah. HAHA. Yelah, anak dia dah nak tidur, pandai-pandai sukahati aku pulak nak ajak anak dia makan malam-malam buta macam ni. Langsung cikda makan sampai habis. Licin.

Tengah-tengah makan tu, cikda dengar Ummi Afiq cakap 'nok gi tidur dengan cuda gi lah'. Lepas tu, terdengar pintu bilik dibuka. Afiq tersengih-sengih. Terus ternampak makanan depan cikda. Terus Afiq 'nok'. Afiq duduk depan cikda, cakap nak ayam. Tapi tak boleh lah ayam tu sebab pedas. Jadi cikda bagi coleslaw je. Bila tanya, nak ke? Afiq jawab nak. Eh bila kita dah suap, terus dia muntahkan balik coleslaw tu. Dah agak dah, mesti tak makan. Bila tanya sedap dok? Afiq jawab dak. Nampak sangat tak boleh pakai lah Afiq ni. HAHA! Kalau sedap takkan Afiq muntahkan semula.

Lepas tu, Afiq nak juga ayam. Jadi cikda terus cari isi-isi kasi kat Afiq. Afiq terus makan dan makan. Afiq tengok cikda minum air, cikda dah bilang kat Afiq. Air ni dok leh sebab orang besar je boleh minum. Sebab air berkarbonat [air gas], cikda sendiri tak minum sangat secara berliter-liter banyaknya. Tapi nasib air tu dah hilang gasnya, sebab ais dah cair. Kira ok la untuk diminum.

Sambil-sambil makan isi ayam, Afiq makan roti juga. Afiq senyum comel sambil jari duk mencubit roti. Cikda biarkan ajelah. Bila ayam dah tinggal kerak aje kan, cikda dah tak nak kasi lah. Sebab kat situ pedas sikit berbanding isi ayam. Eh mulalah dia nak menangis. Nak lagi. Naik geram juga time ni tau. Orang dah kasi makan banyak-banyak, dia nak menangis lagi. Kita ajak dia basuh tangan, eh tak mahulah pulak. 

Bila Afiq tak nak basuh tangan, jadi cikda jelah pergi basuh tangan. Masa tengah basuh tangan kat dapur, boleh cikda terjenguk Afiq kat atas rumah tu. HAA?? HAHAHHA! Rasa nak gelak time tu juga, tapi tahan ajelah. Cikda nampak Afiq curi-curi minum air tu. Afiq tengah layan duk menyedut air tu sambil terbongkok badan. Afiq tak sedar sebab Afiq membelakangi cikda.

Dah siap basuh tangan, cikda naik kat atas rumah. Afiq pandai eh, senyum-senyum je macam tak buat apa-apa. Orang tak kasi dia minum, pandai-pandai dia curi minum. 

Panjang cikda menulis, dan cikda rasa tak nak sambung lagi menulis tentang apa Afiq buat selepas tu. Sebab Afiq tak tidur. Cerita akan menjadi laaagiiiii panjang.

Cikda nak cakap sikit je, tulis intro je panjang ya ampun. HAHAHA. Afiq curi-curi minum air tu yang cikda tak tahan nak gelak. Itu je. Sebab rasanya, itu adalah satu kesalahan! Dan itu juga satu keadaan yang lawak gilos! 

ikhlas
cikda
malam 27 Ramadan 1434H
11 lebih malam
rumah kecil di satu kampung


1 comment:

  1. Salam AidilFitri dear :)
    Maaf zahir dan batin ya!

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.