Tuesday, September 3, 2013

Akak, nak 20 sen boleh?

#entrylunchhour

Siang petang semalam, saya duk membelek facebook. Adalah ternampak pasal minyak akan naik. Baca sekadar baca lalu saya layan main game. Bila malam, saya belek lagi facebook. Eh Eh, betul-betul naik lah. Sibuk duk bilang kat abang 2 saya, minyok naik eh 20 sen. mung takmo gi isi ke? Aku nak gi isi kekgi. Abang 2 macam nak tak nak je pergi. Maksudnya, pergi untuk mengisi kenderaan masing-masing. Tak kuasa kita nak tolong isi minyak kat kenderaan dia. HAHAHA!

Jam menunjukkan angka 8 lebih- berubah ke 9 lebih - berubah ke 10 lebih.

Abang 2 dah balik dari isi minyak, lalu dia 'mung nok isi dok minyok? duk main game je dari tadi'. Saya sebenarnya duk berfikir-fikir, nak isi ke tak nak? Sebab terasa macam malasnya nak keluar! 

Bila jam dah 11 lebih, barulah saya capai tudung semua. Jom Afiq kita gi isi minyak.

Oii, cepatnya Afiq bertindak. Siap cakap owok tutu? A'aa bowok jelah. [tutu = susu, owok/bowok = bawa]. Sian, sebab jatuh kat depan tangga sebab nak kejar saya. HEHE. Tapi jatuh manja je, dia bangun sendiri. Lepas tu kena pimpin la, takut dia jatuh lagi. Tulah, saya tinggal dia kat belakang. Takut la kena tinggal di makcik dia tu haa.

Sampai kat stesen minyak. Orang masih lagi penuh. Berderet kenderaan kat sana.

Alhamdulillah, perjalanan untuk mengisi minyak dipermudahkan.

Saya dapat buat pilihan samada nak pilih lorong kanan atau kiri? Lorong kanan memang untuk kereta saya sebab tank saya sebelah kiri. Lorong kiri pulak, bukan untuk kereta saya sebab tank sebelah kiri. Tapi saya buat pilihan untuk pilih lorong kiri, sebab kereta tak banyak. Hanya berselang 2 aje. Kalau dah buat macam ni, kena lah pandai-pandai parking kereta tu. Kedepan sikit haa, jangan ngam-ngam nanti payah nak mengisi minyak pulak. Cari masalah lah jawabnya. Eh, kenapa eh semua ni perlu ditulis?? HAHAHA. Perenggan ni tak patut ditulis pun. Ok, kita sambung para yang baru.

Open house di stesen minyak.

Semasa nak bayar kat kaunter tu kan, ada seorang pakcik tu datang beratur kat belakang.

Pakcik : bakpe eh orang ramai? ke minyok nok naik?
Pemuda : aa'' minyak naik malam ni
Pakcik : kita mari isi minyak ni, bukan sebab minyak nak naik. tapi sebab minyak kering doh, kalau dok, dok marinya isi minyak malam ni.
Pemuda : -saya tak pasti apa dia cakap :) -
Pakcik : naik berapa sen sangat, kalau 5 liter baru singgit. bla bla bla.

Pakcik kat depan saya yang tengah beratur pandang belakang sambil terkumat kamit. Saya faham perasaan pakcik kat depan ni. Saya pandang ke belakang sekilas.

Ohoii! Rasa je nak sound. Tapi bila fikir, dia orang tua, kita tak kenal. Maka abaikan lah dia. Jangan sakitkan hati sendiri.

Jangan lah nak sombong sangat dengan 20 sen. Tak cukup 20 sen, korang tak boleh nak langsaikan bil tau. Nak masuk toilet pun kena bayar tau. 20 sen. Nak beli tisu pun 20 sen. Ini tidak, dipandang rendahnya akan 20 sen. Kalau korang kaya terlampau pun, jangan hina 20 sen. Satu hari nanti, akan ada time kita terdesak 'eh ko ada 20 sen? pinjam dulu' Yelah, tergagau-gagau dalam purse 20 sen tak ada, makcik kat kaunter restoran tak ada duit kecil nak pulangkan baki kat kita. Haa, masa tu terkiput kiput mencari 20 sen. Nak berlagak jangan depan golongan bawahan macam saya. Eh, saya terasa tau bila pakcik tu cakap macam tu. Mungkin 20 sen enteng dipandangan beliau, namun bagi saya, 20 sen ada nilai dia tersendiri.

Tak sedar ke, bila minyak naik. Alahaii, barang lain akan naik juga. Grrr!!! Panas nya lah cuaca kat luar tu eh :)

Afiq, mungkin afiq belum mengerti akan semua ini. Kereta berasak orang penuh dikaunter pembayaran. Ini gara-gara minyak naik lah Afiq. Afiq cuma tahu minum tutu tutu tutu. HAHAHA. Afiq tahu tak, 20 sen tu tinggi nilainya bagi mereka yang memerlukan. Kita tak perlu memandang pada diri kita semata-mata, luaskan sikit rasa hati kepada semua golongan. Kalau kita tak rasa 20 sen itu tinggi nilainya, mungkin di pihak lain 20 sen itu tinggi nilainya. Sekarang harga minyak RM2.10 esok lusa, tahun depan entah berapa lah pula harganya. Alhamdulillah, cikda dah laksanakan tanggungjawab semasa PRU13 baru-baru ini. Tengoklah nanti, macam mana keadaan ekonomi, sosial negara kita. Tengoklah. Eh, tiba-tiba keluar cerita PRU lah pulak. HAHAHA!



2 comments:

  1. tula tiba2 je naik rege minyak wuwuwu.. comel ok tutu haha.. rilek je dia ikut u memalam vuta...

    ReplyDelete
  2. Akak tak pergi isi minyak semalam.. mls nak beratur.. lagipun tank akak cukup lagi utk seminggu..

    Tapi akak memang sakit hati.. plus sakit dompet dgn kenaikan minyak tu

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.