Monday, September 23, 2013

Pesanku

Khas untuk adik-adik lepasan PMR, SPM, MATRIKULASI, FORM 6 [STPM] dan juga DIPLOMA.

Kenapa PMR Kaida selitkan juga? Sebagai panduan untuk kamu. Sekurangnya kamu ingat kamu pernah membacanya di sini. Jika kamu baca la kan. Sekurangnya kamu mengetahui daripada pengalaman kakak kakak terdahulu. Sekurangnya kamu bersedia untuk hadapi masa depan.

p/s: kot ada yang terheran, kenapa kaida? ia adalah singkatan kepada kak aida. dah terbiasa dalam sms tulis macam ni je. adik 1 tulis qaeda untuk nama akak dia ni. lagi la kan, macam al-qaeda. hehehe

Ketika entry ini ditulis. Kaida baru aje install blogger untuk android semalam yang lalu. Baru dapat sambung menulis. Barulah dapat buat paragraph. Selama ini menaip panjang namun hanya 1 perenggan.

Sekarang hanya sempat menulis secara TOUCH & GO. Sebab keadaan saya sangat terhimpit. Nantilah kuceritakan eh.

Ok, back to our story.

Adik-adikku.

Setiap orang yang bergelar pelajar tak kira di sekolah rendah ataupun menengah, biasanya memasang angan-angan untuk ke menara gading. Bagus sangat cita-cita tu. Namun tahukah adik-adik pengorbanan yang perlu dilalui? Mungkin ianya berbeza antara satu sama yang lain. Bergantung kepada taraf ekonomi seseorang itu. Berkerja di bahagian yang melibatkan pelajar dan melalui fasa kehidupan belajar-berkerja-dewasa banyak membuka mata Kaida.

Satu perkara yang amat amat dirindui ialah zaman belajar. Serius RINDU. Tak perlu memikirkan tentang kerja kerja kerja. Tentang bos bos [tak maksud sapa-sapa eh]. Tentang kawan pejabat [pun tak maksudkan sesiapa]. Tentang hal hal hidup yang besar-besar. Hanya fokus belajar belajar dan belajar.

Disaat adik-adik semua menerima tawaran untuk menyambung pelajaran di universiti. Sudah tentu semuanya seronok. Terasa dunia ini kita yang punya. Terasa terawangan. Itu baru dapat surat tawaran, belum lagi pergi mendaftar kat universiti.

Namun sedarkah adik-adik bahawa universiti itu tidak menjanjikan angan-angan adik-adik menjadi kenyataan. Tidak sama sekali kecuali sekiranya adik-adik sekalian mempunyai matlamat hidup yang jelas. Beberapa hari sebelum pendaftaran pelajar baru bermula, mak ayah adik-adik semua tentu kelam kabut membuat persiapan untuk menghantar adik-adik semua ke universiti [terutamanya universiti yang terletak berselang negeri]. Semua hal pengangkutan, barang peribadi, dokumen segala hal difikirkan oleh mak ayah adik-adik. Diingatkan kepada adik-adik supaya bawa itu ini agar mudah/selesa apabila di universiti nanti.

Realitinya, ada pelajar yang hanya sempat berada seminggu di universiti. Mereka mengambil keputusan untuk berhenti belajar dan menerima tawaran pekerjaan. Yaa, tentu adik-adik terkejut bukan? Untuk ini, satu keputusan yang bijak. Sangat BIJAK perlu dilakukan. Jangan tersilap membuat keputusan haluan hidup dik. Kalau kamu rasa ok untuk menerima tawaran kerja tu. Ok, terima aje. Kerana perlu diingat yang masih raaamaiii lagi graduan di luar sana yang masih terkial-kial mencari kerja. Rezeki untuk mereka belum ada. Zaman sekarang terlalu banyak persaingan. Bijak pandai semakin bertambah. Untuk pelajar universiti pula, mereka perlu siapkan diri mereka dari awal lagi untuk lengkapkan harga diri mereka. Tinggikan nilai kebolehpasaran kamu.

Urmm. Kaida cuba cari ayat yang sesuai untuk teruskan penulisan. Sebab tak nak tersasar jauh. Perasan tak, ada juga dikalangan lepasan SPM atau Diploma atau Matrikulasi tak dapat ke mana-mana universiti. Tentu sedih bukan? Sebelum kamu berasa sedih hati, cuba buka mata dan yakinkan kepada diri kamu sendiri. InsyaAllah ada jalannya. Universiti bukan segalanya. CHOP!! Ini bukan galakan JANGAN MASUK U ok. Baca dengan teliti dahulu, baru kamu akan faham maksudnya.

Kamu boleh memilih Kolej Kerajaan seperti Politeknik, Kolej Komuniti, Kolej-kolej swasta yang ada. Jadikan ia sebagai batu loncatan untuk kamu terus belajar. Contoh, di kolej kamu ambil Sijil, Diploma dan sambung lagi ke Universiti untuk peringkat Ijazah.

Dulu, kaida pernah buat kesilapan sebab tak tahu cara yang sebetulnya. Sekiranya kamu dah ada diploma, dan permohonan untuk menyambung pelajaran di peringkat Ijazah ditolak. Sepatutnya kamu boleh aja bekerja sambil belajar. Serius! Benda ni sangat lah saya menyesal. Yelah, masa tu masih mentah. Sekarang dah terbuka mata, haish macam-macam plan timbul kat kepala.

Apabila masuk ke universiti, buatlah yang terbaik. Kerana ada segolongan yang bijak pandai semasa di sekolah menengah, semasa di matrikulasi terdampar tidak sampai ke destinasi. Dengan ayat mudah, tak habis belajar. Sayang kan?

Sebab tu kalau adik-adik sekalian tak berapa nak pandai kat sekolah, terasa tak berapa nak cemerlang kat sekolah. Tak mengapa, kerna itu bukan penamatnya. Ada lagi jalan yang terbentang untuk adik-adik. Cuba apply kerja di SPA, di mana-mana ajelah. Cuba, kerana kita tidak tahu rezeki kita di mana. Sambil-sambil tu, cari jalan untuk majukan diri.

Satu perkara yang dirisaukan oleh ibu bapa ialah, selepas belajar nanti nak kerja apa?? Sebab itu lah, adik-adik perlu tingkatkan kebolehpasaran diri adik-adik. Sekiranya berminat untuk berkerja di sektor swasta/kerajaan, adik-adik perlu bersaing dengan raamaii lagi calon-calon yang berkeupayaan. Dewasa ini, lepasan ijazah pun belum tentu dapat kerja yang diingini [kecuali yang tertentu]. Masih lagi tercari-cari arah hidup. Semua ini bukannya kita boleh duga. Pernah dengar tak? Seseorang tu, berkelulusan dalam bidang guaman, namun memilih untuk berkerja di dalam bidang kecantikan atau memilih bidang muzik/bidang lain selain guaman. Macam pelik dan buang masa aje kan dia belajar. Tapi itu yang terbaik untuk diri dia. Mungkin dia aplikasikan ilmu yang dia dapat dalam bidang baru dia. Siapa tahu kan?

Universiti bukan jaminan kita dapat kerja, namun sijil yang ada adalah satu bonus untuk kita. Ilmu itu penting. Tidak bermakna bukan lepasan universiti adalah tidak berguna.

Ada kawan kaida, dia hanyalah biasa-biasa sahaja ketika di sekolah dulu. Lepas aje kami bersekolah menengah, dia sambung di kolej swasta, sambung degree di IPTA. Lepas tu, sambung master. Fuh! Tak ada siapa menduga dia akan menyambung pelajaran ke peringkat tu. Yang betul-betul pandai semasa di sekolah, hanya belajar setakat degree sahaja. Nak cakap, diri kita penentu diri kita. Kalau kita nak, ada jalan dia. Kalau tak nak, jalan pun tertutup lah untuk kita.

Tetapkan matlamat yang jelas di dalam kehidupan. Sekiranya ianya tidak berjalan seperti yang kita rancangkan, tak mengapa. Kerana Allah mungkin ada rancangan yang lebih baik untuk kita. Yang penting yakin dan sentiasa berdoa kepadaNya. Semoga hidup kita dipermudahkan, diberkati olehNya. Amin

#berhempaspulas menyiapkan entry ni, dengan masa yang terbatas. dari menulis dalam handphone, sambung kat office pulak. LOL! idea dah banyak lari. ayat tunggang langgang, mungkin pesanan ni tak adalah bagus mana, tapi ambil lah point yang nak disampaikan tu eh xoxo


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.