Friday, October 4, 2013

Apa yang kau mahukan?

Dari hari ke hari jari nak menulis kat MPS ni. Namun saya masih terkekang dengan keadaan. Sekarang hanya menulis di dalam handphone. Ok la daripada menulis di pejabat. Sebab saya lebih gemar menulis di rumah. Santai. Tak perlu terganggu dengan kerja. Tapi kalau time tu free, ok je.

Kita terus ke isi perut penulisan.

Cerita yang nak sangat saya tulis dan kongsikan ini adalah cerita masyarakat. Cerita benar yang begitu misteri. Misteri bukan cerita hantu ke apa. Tapi ianya misteri la. Dah nama pun misteri. Bukan misfour. Misfive. Missix. Namun ianya juga bukan mistik beefsteak. HAHAHA. Jangan marah noo. Ini ayat datang tiba-tiba. Saya nak cerita perihal yang serius. Serius agar dapat kita sama-sama sentiasa berubah ke arah yang lebih baik.

Urmm.

Kenapa semua ini terjadi?

Saya mula didatangi dengan banyak persoalan sepertimana berikut:

1. Setiap mereka mempunyai suami. Lantas apa yang mereka ingin tandingi lagi?

2. Setiap mereka mempunyai kereta. Apa lagi yang mereka inginkan?

3. Mereka mempunyai anak-anak yang sedang membesar. Lantas apa lagi yang mereka mahukan.

4. Mereka mempunyai kediaman untuk didiami. Lalu apalagi yang mereka mahukan?

5. Mereka mempunyai hasil pendapatan. Lalu apa lagi yang tak cukup?

6. Setiap mereka cukup makan dan minum. Lalu apa lagi yang kurang?

7. Setiap mereka mempunyai barangan kemas separuh lengan. HAHAH. Fuh. Apalagi yang tidak cukup?

Jawab...jawab... [nada 'cakap cakap' macam dalam cerita p. ramlee].

Patut syukuri segala nikmat yang ada.

Aneh dan misteriooo.

Jomlah kita hidup dengan harmoni. Kan ke best. Bolehlah boleh lah.

Adalah letih apabila TERPAKSA menjadi pemerhati. Adalah penat bila diterjah soalan sebegini oleh minda sendiri. Uh!

Kehidupan dan pergaulan sosial mengajar banyak erti hidup, erti hati budi, erti keikhlasan, erti iri yang akhirnya membuahkan pengalaman untuk kita.

Fikirkan, sekiranya mereka yang telah mempunyai hampir kesemua nikmat hidup masih lagi bersikap sebegitu bayangkan pula mereka yang tidak punyai apa-apa.

Allahurabbi. Benarlah, hati manusia sukar ditebak.

Makin saya faham. Ujian bagi yang masih belum berkahwin sebegitu. Namun ujian selepas berkahwin pula sebegini.

Ayuh kaumku. Kaum hawa yang mempunyai pelbagai kelebihan. Tinggalkanlah apa yang tak perlu di kejauhan. Usah gundah dengan rezeki wanita lain. Usah menyesakkan kepala dengan perihal cerita yang negatif. Usah terlalu dibandingkan dirimu dengan diri orang lain. Usah iri. Andai kamu iri, irilah dengan kebaikan mereka. Usah mencari mengorek keperibadian orang lain. Usah berbuat demikian. Andai kamu tewas, pujuklah hati agar jangan terus terleka. Pandai-pandailah mengawal hati. Mohon pada Yang Esa. Namun andai kamu dah rasa pahala kamu dah banyak. Lakukanlah. 'Sedekahkan' pahala tu kepada orang lain. Nah! Buatlah sesuka hatimu. Adu domba lah. Bergossiplah seolah-olah tiada pencatat di kiri kananmu. Irilah setinggi gunung hingga kamu capek.
Semua ini cerita masyarakat. Walaupun tidak kena mengena dengan saya 100%. Namun saya peduli kerana ada kawan saya yang terlibat [baca: menjadi sasaran]. Saya cepat bosan dengan keadaan begini. Saya rindu dengan zaman sekolah rendah. Makan maggi, rempah [serbuk] dia kita cicah dengan mempelam. Sedap. Eh eh. Tiba-tiba keluar cerita silam tanpa ada signal apa-apa.

Entah apa lagi yang kaumku mahukan?

Agaknya kerana itulah semua ini timbul. Ala, macam cerita drama kat tv tu. Orang beli pinggan mangkuk corelle eh dia pun nak. Orang beli tv besar stadium eh dia pun nak lagi besar dari stadium. Orang beli hanbag cun eh dia pun meronta menggelupur naakkk juga. HAHHAHA. Haishh!

Wake up!

Saling lah kita menasihati agar tidak tergelincir. Menasihati bukan bermakna dia ni adalah baik benorr. Bukan. Cuma peringatan kerana sayang ;-)

1 comment:

  1. yeap, bersyukur dengan apa yang ada. Setiap org ada kelebihan dan kekurangan yg tersendiri. Allah kan maha adil. Jadi bersyukurlah. Kalau nak iri hati pun, kepada mereka yang banyak amal nya kerana akhirnya itu juga yang menjadi timbangan kelak.

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.