Wednesday, October 23, 2013

Dunia

Sementara nak buat kerja, saya buat kerja rutin iaitu membaca akhbar secara online. Terbaca tentang kematian Noreen Noor. Terkejut juga. 

Baca lagi tentang Brunei yang perkenalkan undang-undang Islam. Ya Allah, betapa beruntungnya rakyat Brunei. Kata orang, kalau pucuk pimpinan pun dah bagus macam ni, yang bawah-bawah tentu akan ikut contoh pemimpin mereka.

Selepas tu, semasa nak click kat pautan-pautan berita lain, tertengok berita tentang Profesor pertama di UTM.

Saya terfikir. Semua pencapaian kita kat dunia akan ditinggalkan jauh apabila kita dipanggil menyahut Ilahi. Betapa dunia ini hanya persinggahan. Jauh lagi perjalanan hidup kita. 

Kat dunia mungkin kita semua disanjung oleh sesiapa sahaja. Dikagumi oleh rakan taulan. Namun apabila kita meninggal, kita hanya berbalut kain putih dan hanya berbekalkan amal ibadat kita. Seorang diri di dalam kubur. Mengharap rahmat Allah swt. Semoga hidup kita diberkatiNya. Amin

Ah, pagi-pagi terfikir jauh macam ni. Ok lah, kena sambung kerja.

#insaf


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.