Monday, October 28, 2013

Kumbok kan!

Berbekalkan lagu Kehilangan, disusuli dengan hidangan nasi putih bersama daging goreng kicap yang terasa pedas-pedas sikit. Oh cukup melengkapkan malam ni. Eh tak lengkap mana pun. Macam ni ceritanya.

Beberapa minggu atau sudah menjangkau bulan, banyak benda yang terpaksa dilunaskan. Jadi aku lunaskan tanggungjawabku terlebih dahulu sebelum bercerita di alam maya ini. 

Semalam kan, semasa tengah berserabut buat kerja. Atau dengan ayat yang lebih sedap didengar, semasa aku tekun bekerja. Teringat betul dengan gelagat Afiq dan Kumbok dia tu. HAHAHA!! Kumbok kan.

Sambil buat kerja, melintas aje bayangan dia kat kepala. Ragam dia. Bajet kat hati kan, gwa rasa nak berenti aje buat kerja. Nak menulis pasal dia dalam baliklah ni. Nak menulis sangat-sangat. Tapi gwa kan jenis haihh! Sesekali ber'gwa' aku rasa memang agak brutal. Rasa nak record aje suara parau den. Eh dah melalut ni. Aku selagi kerja tak siap, maka selamat tinggal la masa berangan, membuang masa. Memang tutup buku untuk seketika.

Buka blogger.com, petang tadi kot. Tapi terpaksa tutup sebab aku memang tak boleh nak fokus langsung. Langsung tak boleh! Sebab kerja menanti kat depan mata. Otak ada Afiq, ada kerja juga. 70% kerja, Afiq 30%. Senang nak faham kan?

Dah lama benar tak menulis tentang Afiq. Ya Allah, banyak ragam sangat dia sekarang. Maklumlah orang dah nak membesar dan menjadi abang. Eh! Lupa nak cakap, Afiq akan dapat adik. InsyaAllah. Harap dapat adik perempuan pulak lepas ni. HEHEHE. Pandai-pandai aku je.

Malam sebelum ni kan, aku asyik belek handphone. Saje la tengok video Afiq zaman-zaman kecil dulu. Lepas tu Abang 2, datang tengok sama berselang seli dengan Afiq. Comel betul Afiq masa kecil. Kat mata aku, anak-anak buah aku semuanya comel. Semuanya ada kecantikan dia. Entahlah, aku selalu macam tu. Pernah tengok tak wanita tak cantik tapi pakwe/husband dia good looking? Pernah? Dan pernah tak, kamu akan cakap 'eh! perempuan tu biasa-biasa aje. tapi cuba tengok si lelaki tu. hensem kan?' Aku pernah juga macam tu. Tapi biasa akan aku tilik si perempuan lama-lama dan selalu terbit kat kepala. 'Tentu perempuan ni baik atau urmm, kalau tengok betul-betul cantik juga perempuan tu'. Haa, selalu sangat nampak kecantikan orang dimataku. Mungkin sebab aku dah dewasa kan. Dah agak pandai menilai la erti kecantikan. Eh ini aku tulis pasal Afiq ke pasal definisi kecantikan?? HAHAHHA. Inilah gaya orang dah lama tak mengadap laptop. Berterabur menulis. Ikut suka jari je menaip. Asal melintas ayat kat kepala, semua disalin tanpa ada tapisan.

Ok.

Gelora menikam kalbu 
bahwa cintamu telah merasuk jantungku
sejujurnya ku tak bisa hidup tanpa kamu aku -biasa-biasa aje-

Ishh, lirik lagu orang seberang memang sedap. Puitis. Simple tapi memang best. Banyak kali dengar pun tak jemu. Lagu ni bukan ada kaitan apa-apa pun dengan aku. Tapi sedap lah nak layan. Bertuah penyanyi ni ada suara yang best, kalau dia mengaji tentu lagi menyentuh jiwa. 

Eh, lirik kat atas tu betul ke silap? Ah! Biarkan lah.

Tadi tadi nak cerita pasal Afiq kan? 

Dia sekarang dah jadi kawan aku dah. Kalau nak tahu, aku sekarang dah bela ikan. Ikan yang comel lagi berkilauan ekor dia. Sekali dia berenang, Ya Allah cantiknya. Tak jemu menengoknya. Cuma tu la kan, bekas untuk ikan tu tak berapa nak cun. Nak kena beli bekas kaca putih yang bersinar barulah makin bersemangat rasa hati. Alahai, terbabas lagi bercerita. Maafkan aku duhai baliklah. Macam ni, Afiq kan dah banyak cakap. Banyak sangat. Bising. Pot pet pot pet. Tapi aku suka bercampur geram.

Selalu je dia kena marah dek walid dia sebab kan, masa orang dah nak tidur. Eh dia masih pot pet pot pet. Part yang paling aku tak tahan nak gelak bilamana ummi dan walid dia cakap 'Afiq gi tidur luar tu. orang nak tidur ni. jadilah cakap'. HAHAHAH!

Ulang ayat: dia sekarang dah jadi kawan aku dah. Kan aku cakap tadi kan, ada beli ikan. Bajet ikan gapi/guppy? ke macam mana ejaan dia. Rupanya bukan, yang dibeli olehku ialah ikan laga/sekila. Patutlah ekor dia cantik. Aku lah yang tak cukup ilmu pasal ikan. Konon nak jadi pembela ikan. Nantilah aku buat satu ruangan khas untuk cerita ikan. Nantilah korang sampai berlumut pun aku belum tentu dapat merealisasikan janji-janjiku ini. Janji makin bertambah, jadi InsyaAllah akan kupenuhi. Nantilah.

Satu malam kan, aku ni jenis kuat mengusik kat si Afiq. Kadang-kadang sebab geram, kadang-kadang saje je nak tengok reaksi dia macam mana.

Dia merajuk sebab apa entah dengan Ummi dia. Terus menonong nak menyembunyikan diri lah kononnya tu. Eleh, kanak-kanak yang baru nak membesaar ni. Merajuk sangat eh. Aku saja ikut dia, eh dia marah. Siap cakap KUMBOKKK KAN. TRIPLE HAHAHAH! Memang bikin gwa gelak lah Afiq ni. Dahlah dengan muka masam. Masa kecil-kecil ni comellah kalau cakap kumbok. Tunggu kalau besar, kalau masih cakap kumbok kan. Haa, memang nak kena luku kat mulut! 


Apa itu kumbok Fiq?? Kumbok itu ialah TUMBUK. HAHAHA. Entah dia tahu ke tidak maksud kumbok tu. Main sebut aje. Tapi banyak bahaya oo budak-budak berusia 2 3 tahun ni. Otak dia sangat cepat menyerap perkataan, tingkahlaku atau apa-apa yang dia rasa dia boleh ikut. Menyerap macam span serap air. Sangat perlu menjaga kata-kata. Aku tak adalah berkata-kata yang aneh-aneh atau pelik-pelik. Tapi kat dalam tv tu banyak. Eh salahkan tv. Nampak tak? Yelah, aku setakat sebut bodola.. Itu pun tak kerap sangat. Kadang-kadang la, tapi Afiq pandai sebut bodoh. Sebab dia berkawan. Masa aku terdengar pada kali pertama tu kan. Uishh! biar betul. Tapi selalu lah, Ummi atau aku akan cakap 'ha? botol?' atau perkataan yang mempunyai maksud lain. Walaupun tak kerap dia sebut, tapi aku tak suka. 

Petang semalam, masa balik rasanya aku tak berjumpa dengan Afiq sebab dia keluar. Lepas dia keluar, masa balik dia dah tidur. Aku baru niat nak eksyen kat dia, yang aku ada coklat. HAHAHA! Tak senonoh sangat bunyinya nak eksyen dengan budak 2 tahun ni. 

Bila dia tidur, rasa macam tak bestlah. 

Pagi tadi, semasa nak pergi kerja. Aku rasa nak tunggu aku balik kerja dah lewat petang, dah lambat sangat. Jadinya, aku buat keputusan tinggalkan ajelah coklat untuk Afiq.

Lantas, terjadilah sepertimana di bawah. Gambar pun bisa menerangkan menceritakan segala-galanya. Semua ini aku tak rancang. Tapi terasa tersentuh pulak dengan perbuatan tadi. HAHAHA. Yelah, dahlah tak plan. Lepas tu, coklat tu ngam-ngam boleh dimasukkan dalam balang kaca kecil. Ngam-ngam juga ada kertas kat lantai macam rela hati je untuk minta diconteng oleh aku. Letak kat iron board. Lori ke bulldozer  lori pasir oren kot tu, entah tak tahu apa sebenarnya kenderaan tu. Sebab dah tak sempurna mana fizikal dia. aku saja letak kat situ nak kasi ummi Afiq perasan ada something untuk Afiq. Kalau korang tajamkan mata korang, akan nampak tali tangsi yang ada kat lori tu. Bapaknda aku punyalah berkata-kata dengan panjangnya. 'Kalau kena tali ni, boleh putus oo. Bahaya, dulu ada orang bla bla bla". Kesimpulan dari bicaranya yang panjang, bapakku mengatakan tali ini bahaya.


Cuda rindu kat Afiqlah. Rindu dengan KUMBOK KAN Afiq tu. Entah dari mana datang ayat tu. 

Sekarang Afiq dah masuk tidur selepas balik dari rumah nenek dia.

Dah masuk hari kedua belum dapat bercakap dengan Afiq.

Tunggulah hari esok, InsyaAllah.

#aku digunapakai sebab bajet ini diari untuk minggu ini. Kumbok kan!! LOL!!



2 comments:

  1. Ingatkan kumbok tu apa.. tumbuk rupanya.
    Bela ikan laga ya? Tapi yg tak best kan... dia dok sekor2 je.. kalau berdua ikan tu akan berlaga sampai mati... akak dah pernah bela dulu. Ikan ni umur tak berapa panjang

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahasa gangster afiq. hahhaha

      a'aa.. baru je bela. sebulan lebih kot. tulah, kena asingkan dia takut nanti berkumbuk kan. hahha. harap yang ni panjanglah umurnya. amin

      Delete

Terima kasih atas pandangan.