Monday, November 18, 2013

2 : Baik kepada buruk

Saya copy aje dari link fb Hilal Asyraf (Official).

Manusia boleh berubah 2: Baik kepada buruk

Kita juga kadangkala selalu melupakan perkara ini. Kita lupa bahawa Allah itu mampu menurunkan seseorang yang baik, menjadi seorang yang buruk. Mungkin dahulu solat, sekarang tidak. Mungkin dahulu ada hubungan dengan Allah, sekarang tidak. Banyak lagi.

Kelupaan kita terhadap perkara inilah, yang membuatkan kita senang memandang hina kepada mereka yang bergelumang di dalam dosa dan keburukan. Kelupaan kita akan perkara inilah, yang membuatkan kita mudah menyatakan orang lain masuk neraka, kafir dan sebagainya. Kita boikot orang-orang berdosa dan mengumpat cerca mereka.

Ya, mungkin hari ini kita ada nikmat iman dan nikmat Islam.

Tetapi kita punya kah?

Sepatutnya, kesyukuran kita ini mendapat nikmat iman dan Islam, perlu ditunjukkan dengan menyebarkannya dengan lebih jauh dan lebih ramai lagi. Bukannya menyedikitkannya dengan menyatakan orang-orang lain masuk neraka atau kafir atau tak ada harapan atau dah terjerumus.

Maka sepatutnya kita tidak merasakan bahawa diri ini sudah berada di dalam comfort zone. Rasa keimanan kita sudah cukup. Rasa Islam kita sudah bagus. Sepatutnya kita tidak melihat berapa banyak kebaikan yang kita lakukan, tetapi lihatlah berapa banyak dosa yang masih belum kita selesaikan. Sepatutnya kita tidak melihat berapa banyak dosa orang lain lakukan, tetapi lihatlah kebaikan-kebaikan yang dia ada sebagai motivasi untuk mengajaknya kepada kebenaran.

Kita sepatutnya melihat di sekeliling kita.

Mungkin ramai sahaja, orang-orang yang mendapat didikan agama, tetapi tidak mengaplikasikannya. Mungkin ramai sahaja, orang yang dahulunya ikut usrah, tapi kini perangai entah apa-apa. Mungkin ada pengalaman kita, orang yang dahulu bertudung, sekarang boleh dedah sampai ke paras dada dan pakai ketat-ketat.

Sepatutnya, kita bersyukur dengan kebaikan kita, dan berusaha untuk menambahnya dalam rangka menghargainya. Dan syukur kita, kita lepaskan dalam bentuk mengajak lebih ramai lagi orang lain untuk berada dalam lingkungan keredhaan Allah.


Bukannya kita tunjukkan dengan mencerca mereka yang diuji pula!



2 comments:

  1. btol manusia boleh berubah, baik ke buruk dan buruk ke baik, apa apa pun terpulang kepada individu, sebab tu kta kena cari kawan yg boleh tolong kita, bawak kita ke arah kebaikan, tolong ingatkan kita pasal kematian, akhirat, tapi jgn tinggal kawan kita yg sedia ada, tapi aku insan biasa yg sentiasa perlu di ingatkan, perlu di nasihatkan, perlu kata2 untuk menjadi hamba yg lebih baik.......

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.