Monday, November 11, 2013

Amarah!

Cerita 1
Masuk bilik sebab nak ambil laptop. Terperasan kat plastic box basah. Tertengok kat balang kaca saya yang ada ikan. Ya Allah. Air dah tinggal sikit je. Ngam-ngam dengan badan ikan. Memang aku hangin. Balang kaca tu dah berlubang. Ini dah tahu dah angkara siapa. AFIQQQQ!!! Terpaksa tukar ke dalam bekas air plastic tu. Bekas minuman tu la. Yang RM1 tu.

Bengang sungguh. Ok, lancar perang dengan Afiq.

Cakap kat dia. Cuda akmo kawan dengan Afiq. Kalau ayat ni keluar dari mulut saya, maka dia tahu yang dia akan menjadi orang yang paling sedih. Hilang kawan yang sporting. HAHAHA! Ok, ini ayat yang sangat perasantankotak.

Dia datang ngedeng-ngedeng, tapi malas sangat nak layan. Yelah, memang bengang sangat-sangat. Balang kaca tu saya sayang, dia buat pecah pulak. Dia datang juga sebab dia nak tunjuk video apa entah. 

Saya ulang ayat yang sama. Cuda akmo kawan Afiq. Habis je ayat tu dituturkan. Terus Afiq pukul dengan dua-dua tangan dia tu. Dipijaknya handphone tu. Hambik kauuu!! Terkejut betul bila tengok macam ni. Ini dah terbalik ni, sama-sama dah marah. Abang 2 terus ambil Afiq sambil cakap 'dok baik wak gitu'. Menangis la pulak.

Memang sejak akhir-akhir ini, Afiq dah berubah menjadi sedikit emosi. Cepat menangis, cepat marah cepat sejuk.

Lepas tu, saya terus cakap kat dia. Salam dulu dengan Cuda, baru kita kawan. HAHAHA! Ayat memang sangat drama queen la. Tapi dia tak nak sebab jari dia sibuk mencari video nak tunjuk kat saya. Comel sangat dia ni. Terus tak jadi marah.

Cerita 2
Afiq masuk bilik. Ini lain hari la punya cerita. Memang dia suka masuk bilik sebab nak tengok ikan. Saya selalu curi-curi pandang dia dari belakang. Saya tak pasti dia buat apa pada satu ketika tu. Lalu saya masuk juga. Terus dia cakap, Afiq udoh ayor 'afiq ludah air liur'. HOO! Geram betul dia ni. Sebab bekas plastic tu ada lubang kat atas. Terus pandang muka dia. Ok, airmuka dia dah berubah. Terus keluar bilik. Tapi tak ada lah menangis.

Budak-budak seusia 2 tahun ni, dah pandai terasa kalau ada buat salah. Itu ok, cuma kalau boleh jangan selalu mainkan perasaan dia. Nantikan takut dia memberontak. 

Cerita 3
Satu malam, Afiq ada coklat. Bila kita minta, dia cakap 'dok ayohlah tuda' [tak perlulah cuda]. Bila kita tanya bakpe? [kenapa]. Dia jawab ujan ni. HAHAH! Tak ada kaitan hujan dengan coklat.

Cerita 4
Mintak makanan dengan dia. Lepas tu dia cakap, edas. okleh edas [pedas, tak boleh pedas]. Macam lah kita ni kecil dari dia.

Cerita 5
Walid nok cucu se [walid nak susu satu]. HAHAH! Dia akan mintak berulang kali, sampai ada orang stress!

Cerita 6
Malam semalam, dia tunjuk botol susu dia. Susu dah hampir suku je, dah nak habis. Jadi memang kita hairan, apa lagi yang dia nak. Rupanya nak tambah susu. LOL! Tak pernah pulak susu main tambah-tambah macam ni. Selalunya bila dah habis minum. Selang beberapa jam barulah minta susu balik. Nak tak nak, saya tolong buatkan susu untuk dia.

Main siram siram bedak. Mula-mula letak kat pipi, lepas tu kat lantai. Lepas tu kat kereta dia, lepas tu kat basikal. Apa sahajalah Afiq dan Baihaqi. Oh, Baihaqi ni anak buah juga. Cuma sekali dua je pernah cerita pasal dia. Dia tinggal rumah berbeza. Petang-petang dia akan datang sini. Kadang-kadang tak nak balik. Sangat berat hampir obesiti. LOL!! Serius tak tahan nak gelak kalau teringat kat dia. 



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.