Monday, November 4, 2013

Di Pusara Ini

Saja-sajalah menggodek laptop pada malam ni. Alhamdulillah, laptop dah ada nyawa. Adapter dah saya beli. Dah banyak kali sangat saya membebel pasal adapter yang rosak. Adalah kat entry-entry yang lampau. Selaklah kalau rajin.

Saya nak bercerita pasal perkara ini dari hari ke hari. Tapi apakan daya, dari Aidilfitri sampailah ke Aidiladha, hari ini barulah saya mempunyai kesempatan.

Masa Aidilfitri kan, kami tak sempat nak pergi ke kubur semasa hari pertama. Jadi saya duk berkira-kira apapun jua, saya tetap akan ke kubur untuk menziarahi kubur mak saya. Nak pergi juga. Yang penting, kita perlu menjaga diri kita kerana sebagai wanita kita tak diwajibkan untuk ke kubur. Tak perlu menziarah dengan terlalu kerap. Ada adab-adab yang perlu dijaga.

Kebetulan kakak 2 ada balik, jadi saya bersepakat untuk pergi bersamanya. Kami bersiap dipagi hari, pagi di mana Syawal sudah menjengah hari keempat atau hari keberapa entah. 

Saya memandu, kami sampai selang beberapa minit sahaja. Kubur arwah ibu kami tak adalah jauh mana. Turun dari kereta, kami terus ke pusaranya. Tak susah untuk mencari pusara ibu kami. Sangat senang, dari kejauhan dah boleh nampak. Pusara ibu saya terletak betul-betul dipuncak tanah yang membukit. Walaupun kedatangan kami hanyalah setahun sekali, namun ianya tetap seperti baru semalam kami datang.

Bila dah sampai ke pusara, kami menyedekahkan bacaan-bacaan Al-Quran untuk arwah ibu di sana. Ketika saya membaca Yassin, hati saya sedikit berbaur. Namun saya dah nekad, tak nak menangis pun. Bacaan diteruskan dan kakak 2 saya mengikuti apa yang saya baca. Kami baca sama-sama. Sedang saya membaca, kakak 2 saya terdiam. Alahai dia ni. Saya masih boleh menahan perasaan, saya tahan airmata saya dari gugur dan saya berjaya. Namun selang beberapa minit selepas itu saya tewas. Adush! 'Mu ni, nangis pulok'. Saya geram sebab dialah saya menangis sama. Kakak 2  gelak sambil menangis. Saya bukan marah betul pun, tapi lebih kepada geram. Kesat airmata, kesat hingus. LOL!!! Saya mengumpul kekuatan dan bacaan diteruskan. Bacaaan adakala perlahan sebab menangis dan adakala kuat. Kuat la untuk didengari oleh kakak 2. Sebenarnya, kalau nak diikutkan saya lebih berhati tisu. Lebih mudah sangat dan sangat menitiskan airmata berbanding kakak 2

Sepanjang dari 2009 hinggalah 2013, tidak pernah sekali pun saya mengabadikan kenangan pusara arwah ibu kami di dalam handphone atau blog ini. Biasanya, saya hanya membawa surah Yassin sahaja. Handphone ke apa ke, memang saya tak letak dalam kepala. Pada tahun ini, saya terbuka hati untuk merakamkan pusara arwah ibu kami.


 Alhamdulillah, pusara arwah ibu kami dijaga dengan sangat baik. Amat baik. Adik 2 kami sangat menjaga pusara ibu kami. Hampir tiap hari dia datang kalau tak ada kerja. Sudah 4 tahun, namun pusara ini masih nampak baru. Kat dalam tu, adik saya letakkan batu sungai dan pokok apa entah. Lalang-lalang meliar memang tak ada kat dalam tu. Perasan tak 2 bongkah kayu tu? Tak tahu kerja adik yang mana, rasanya adik 2. Senang nak duduk masa datang ziarah kat sini.


Kami adik beradik jarang mengucapkan kata RINDU kepada arwah ibu. Tapi kami selalu hadiahkan doa kepadanya di sana. Zahirkan dengan perbuatan. Kadang-kadang hati kami je yang berkata-kata, rindunya akan dia. Selalu sangat terlerai semasa kami menziarah di sini. Masa itu lah airmata tumpah, aku pandang engkau, engkau pandang aku. Engkau menangis, aku buat derk. Aku menangis engkau buat derk. Biarkanlah kamu melayan perasaan.

Cuma satu yang boleh saya pesan, sekiranya mak kita dah tak ada, atau ayah kita dah tak ada, atau sedara mara atau sesiapa sahaja lah. Err, tapi biasanya yang dekat dengan diri kita la kan, selalu lah sedekahkan doa, bacaan AlQuran untuk dia di sana sebagai bekalan. Sebab itu ajelah yang tidak terputus. Nak bagi kesenangan material, urmm itu semua dah tutup buku. Semoga Allah menerima amal kita dan diberi pahala kepada Allahyarhamah/Allahyarham. Amin InsyaAllah.

Nantikan sambungan selepas pulang dari menziarahi pusara......




No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.