Sunday, November 24, 2013

Kematian Yang Dicemburui

Pada awal bulan 11 yang lalu, seingat saya. Saya pernah like satu status Ustaz Hasrizal yang menyatakan akan kehilangan seorang pemuda bernama Ahmad Ammar di dalam kemalangan. Entah siapa dia, saya pun tak tahu. Saya sekadar like selepas membaca status tersebut.

Selang minggu kot, saya ternampak gambar lelaki dalam kain kafan macam tu la lebih kurang, tapi langsung saya tak klik. Biasa lah dalam facebook, orang kan suka share gambar atau cerita macam-macam. Bila dah ternampak 2 3 kali gambar yang sama. Saya terasa nak tahu, apa sebenarnya ni?

Bila dah baca cerita tentang Ahmad Ammar, ternampak lah pulak perkongsian video beliau. Ya Allah, saya tak sangka status Ustaz Hasrizal adalah mengenai seorang anak muda atau lebih tepat pangkat adik kepada saya yang sangat HEBAT!

Video tu memang saya tak tengok sekaligus. Sebabnya, line slow lepas tu, saya terpaksa pause. SEDIH! Sedih bukan sebab dia meninggal, namun sedih apabila melihat ibu bapa Ammar. Sedih mengenangkan diri sendiri.

Bayangkan, seorang ibu seorang ayah yang pada kaca mata saya, sangat memiliki ketabahan yang luar biasa. MasyaAllah. Subhanallah. Saya tak tahu apa ayat yang patut saya tulis. Tiada ayat yang sesuai. Sampaikan saya 'aku nak jadi setabah ibu Ammar'. Padahal saya tak kenal langsung beliau. Namun, bila melihat wajah tenang beliau bersama suaminya, betapa besar jiwanya. Senyuman terukir dibibir, kita boleh ke macam tu? Rasanya, kalau saya lah kan, dah bercucuran airmata macam hujan di musim tengkujuh.

Selepas beberapa kali pause video tu, barulah habis saya nontonnya. Betapa bertuahnya beliau. Dengan umur yang muda, dengan pengisian dikala umurnya masih muda. Ya Allah, jauh benar dengan kita [saya]. Entahlah, tapi saya memang cemburukan adik Ammar ni. Sehingga ke hari ini, saya masih mengikuti cerita beliau. Korang boleh like page Sehidimiz Ahmad Ammar yang dicreate selepas akaun mak ayah beliau dah penuh, sebab ramai sangat orang nak add dia kat facebook.

Pada pandangan saya, adik Ammar memang seorang yang biasa namun luar biasa. Dia bukan seperti anak-anak muda yang biasa. Bila melihat gambar dan aktiviti dia, dia bukan seorang mat skema. Nerd atau berdamping 24 jam dengan buku ke apa. Namun aktiviti hidupnya penuh dengan warna yang sangat berpelangi. Bagi saya, memang sukar nak cari orang yang macam beliau. Mungkin ada, tapi sukar. Dengan misi kemanusiaan yang pernah dia buat, dengan bermusafir dari satu tempat ke satu tempat, mudah cakap pengisian hidup beliau menyeluruh. Seimbang dari segi akademik dan juga agama. Bagi saya, adalah satu kebiasaan andaikata seorang itu seorang yang anak pondok. Ah, macam mana eh saya nak bagitahu. Urmm, macam ni. Bagi saya lah kan, ianya adalah biasa sekiranya seseorang itu hidupnya tertumpu kepada satu fokus sahaja. Contoh, ada yang belajar di pondok dan fokusnya ialah mendalami bidang agama. Itu tak salah. Mereka biasanya akan pakar dalam satu bidang dan adalah juga yang pandai di dalam bidang lain juga, namun bilangannya tak ramai. Bagi pendapat dan pandangan saya pula, ianya akan lebih luar biasa, andaikata seseorang itu boleh dicampakkan ke mana sahaja. Maksudnya, agama dia bagus, pergaulan dia bagus, hubungan sosial pun dia bagus, cara hidupnya juga bagus. Urmm, ayat ini tak menggambarkan sepenuhnya apa yang saya maksudkan. Namun bolehlah. Jika kita melihat seseorang yang berjubah, berkopiah secara tidak langsung, kita tahu ilmu agamanya tentu tinggi. Ini kerana kita menilainya melalui pemakaian. Namun, melihat orang yang biasa. Pakai baju biasa, pakai jeans, pakai slack berkemeja biasa namun pengisian agamanya tip top, ini lebih dikagumi kerana kita tidak sangka dia sebegitu. Klise kan? [ini sekadar pandangan saya, maaf ayat macam tak sampai maksud. mungkin nampak macam berlebihan]. 

Berbalik pada beliau. Saya hanya menonton dan membaca cerita tentang beliau, kenal langsung tak. Namun aura yang ada pada beliau, sangat menyentuh hati. Terasa jauh benar perjalanan dia dengan saya. Terasa kehidupannya penuh keberkatan [ini pendapat saya ok, jangan nak hentam pulak]. Dia betul-betul menanam di dunia. 

Selepas menonton dan melihat apa yang dikarang oleh beliau. Ayat yang berterbangan kat minda 'bermusafirlah aida, bermusafirlah'. Dan saya lebih dan semakin faham dengan maksud musafir. Ini bukan musafir seronok-seronok tanpa hala tuju. Ianya bermusafir mencari kebesaran Allah, menilai diri menilai apa yang Allah hamparkan di muka bumi ini. Nak kaji sejarah macam beliau, mungkin tak sampai lah kot. Jauh benor bezanya, beliau lebih fokus dan tahu apa yang nak dituju.


GPTD: Ahmad Ammar Dalam Kenangan (1993 - 2013)

Saya rasa, makin banyak ditulis makin rasa tak cukup. Namun cukuplah saya menyatakan, kematiannya sangat dicemburui ramai. 





No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.