Friday, December 13, 2013

Perancangan Yang Kecundang

Dari tadi lagi nak menulis pasal perkara ni. Tapi tertangguh sebab melayan CCS. Bila naik level ni, rasa makin ralit duk melayan. Anak anak buah pulak asyik cakap 'cuda berjaya doh'. HAHAHA. Dorang tahu saya selalu kalah. Selalu dia jenguk atau perhati saya main ccs sambil cakap. 'Dok menang lagi ke cuda?' 'acik rasa cuda dok menang kali ni'.

Kisah yang saya nak tulis ni sedikit panjang. Penuh keinsafan bagi saya. Tadi saya ada post kat status fb dengan makna tersirat. Yang pasti saya seorang aje yang tahu apa makna dia. Tapi biasalah fb, bukan kita boleh membebel panjang panjang pun. Bukan tempat yang terbaik nak merintih, nak meluah rasa. Kalau setakat sipi sipi tu, bolehlah. Kalau berlebihan ianya sungguh tak sesuai.

Perancangan yang kecundang ini benar benar menginsafkan saya. Lebih kepada sedar yang saya ini insan yang lemah dan tiada daya upaya melainkan Allah.

Kisahnya begini. Bulan lepas saya mengisi cuti untuk 12/12/13. Konon nak join cuti dengan mengikuti trip orang lain. Kiranya saya bercuti tapi orang lain tu dia pergi atas dasar trip berkerja. Destinasinya di luar Terengganu.

Pada 11/12/13. Saya plan nak balik rumah jam 1pm sebab nak kemas barang barang untuk bercuti. Saya dah kemas barang pada malam tadi, namun tak sepenuhnya siap. Saya memang punya perangai selalu tak bersemangat nak bersiap walaupun nak bercuti bergumbira tepuk tangan sama sama. Lagu la pulak. Selalu last minute punya kerja. Eh, tiba tiba saya dikhabarkan yang ayah pegawai saya tenat kat hospital. Lalu kami semua buat keputusan untuk pergi melawat ayahnya. Masa tu dalam jam 12 lebih. Semua orang pergi dengan kenderaan jabatan manakala saya pula dengan kereta sendiri. Semasa nak pergi ke hospital tu kan, kakak 1 sms bagitahu anak anak buah saya nak balik. Anak buah yang berumur 7 & 5 tahun. Menangis memekik sampai kakak 1 buntu. Kesnya mereka bergaduh. Memang mereka ni tak boleh tersilap cuit ke apa. Maka meletuslah perang. Hai, kena ambil anak buah pulak dah tentu makan masa lagi.

Saya memandu ke hospital dan selesai melawat. Terpaksa minta kakak 1 hantar anak anak buah saya tu separuh jalan. Maknanya saya tak perlu pergi ke rumah kakak 1 yang makan masa hampir 30 minit tu. Jadi kami bertemu di tengah jalan je. Selepas ambil anak buah saya terus pulang ke rumah. Jam dah menunjukkan pukul 1.40pm. Memang kalut ar. Masuk kerja pukul 2pm.

Sampai kat rumah, saya kemas beg. Dalam pukul 230pm saya ke pejabat. Selesai solat saya sambung buat kerja. Selesaikan kerja dulu sebelum cuti. Jam 340pm. Saya dah tak tahu nak buat apa jadi saya keluar menolong kawan pejabat. Dia tanya nak pergi bila? Saya jawab petang ni. Masa tengah buat kerja tu perut saya memang lapar gilossss!! Ada pegawai yang baik hati orderkan pizza. YAHOO! Kebetulan & nasib baik. Sebenarnya ada kawan kawan yang saja sakat pegawai tu minta dia belanja. HAHA. Saya ni menumpang je :)

Jam 420pm saya berhenti buat kerja untuk solat. Masa tengah kemas kemas meja sebab dah nak balik kan. Telefon berbunyi jadi saya pun angkat. Hai lama la pulak pemanggil ni bercakap. Saya dah tak berapa nak fokus kat percakapan dia ni. Yelah time tu dah 450pm. Dah habis office hour dan yang penting saya nak bergegas ke tempat lain. Kata nak pergi bercuti kan. Adik 1 dah mula telefon sebab saya minta dia yang hantarkan saya. Tapi saya tak boleh nak angkat sebab masih duk melayan pemanggil bertuah ni.

Lepas je habis bercakap, letak telefon keluar dari bilik. Kawan kawan panggil suruh makan pizza. Saya dah kalut. Ambil pizza letak dalam envelope. Tak sempat nak makan.

Sampai kat pejabat kawan saya tu. Terus naik atas tukar baju. HAHAH. Panjang kan cerita ni. Sabar dan teruskan membaca. Ngee!

Dah tukar baju semua sambil gelak gelak. Tiba tiba masa kami nak turun, kawan saya bilang sesuatu yang tak boleh saya terima. Terus je saya 'orang dok gi ar kot kalau gini'. Kawan saya pujuk 'dakpo dikda, mari ar gi'. Dia faham situasi saya dan saya faham situasi dia. Mata dia dah merah menahan tangis. Tapi saya memang tak boleh ikut disebabkan hal ini. Hal yang sulit untuk dijelaskan. Saya tegas dengan keputusan tak nak pergi!

Saya telefon adik 1 supaya ambil semula saya. Bengang la dia kat saya. Masa saya masuk dalam kereta, dia tanya saya. 'bakpe takmo gi pulok?' Saya jawab dakpe. Sebab malas nak panjang cerita.

Masa kat rumah. Saya buka fb, ngam ngam ada tazkirah ni [rujuk gambar]. Memang tepat kena kat muka saya. Dari bulan lepas saya merancang nak bercuti. Tup tup masa dah nak bertolak saya batalkan percutian tu. Allah merancang dengan cintaNya. Saya pula merancang dengan cita cita.Nampak tak beza dia. Nampak tak apa yang saya nak sampaikan ni. Nampak tak betapa lemahnya saya. Nampak tak saya tiada apa apa kuasa. Nampak tak kebesaran Allah. Nampak tak betapa kita ni kerdil. Nampak tak saya kecundang di sini.

Malam tadi masa saya ke rumah kakak 1 untuk mengambil baki 2 orang lagi anak buah. Kakak 1 tanya. Cepatnya balik pergi ***** [nama negeri dirahsiakan]. Saya jawab dok gi pun. Bila sampai kat rumah, anak buah saya yang besar tanya. Ni ke beg baju yang nak bawa gi *****? Saya jawab a'aa. Dia gelak. Kuang asam anak buah aku ni.

Sehebat mana pun kita merancang tak kan sekali dapat melawan ketentuan perancangan Allah. Tentu banyak hikmahnya saya tak pergi ke sana. Tentu!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.