Thursday, January 31, 2013

Hidayah

datang dalam pelbagai cara
mencarinya suatu tuntutan
via: twitter fedhtri yahya

II
Wahai anakku


Andainya engkau sedar bahawa berita baik dan buruk adalah ketentuan Allah sebagai ujian ke atasmu, lalu kamu akan melihat sesuatu yang dukacita sebagai pengampunan Allah terhadap dosa-dosamu di dunia agar tiada lagi azab menantimu di akhirat, tentulah engkau akan bersabar dan tenang menghadapinya. Ia menjadikan kamu lebih tabah dan cekal menghadapi masa depan.

Daripada Ayahandamu

via: TITM fb


Thursday, January 24, 2013

Selamat

Selamat menyambut Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1434H.

Saturday, January 19, 2013

Catatanku

Minggu lepas ada menonton cerita Sayangku Damia. Bukan nak cerita pasal intipati cerita tu tapi nak kongsi lagu yang ada kat dalam cerita tu. Cerita tu kan dilakonkan oleh Kamal Adli. Dulu tak minat pun dia [baca: berlakon]. Tapi sejak tertengok cerita paling sengal entah apa-apa iaitu Dr. Cinta. Haa, barulah macam. Ok juga dia ni berlakon. Terus rasa, minat la dia berlakon. Dia banyak berlakon dalam cerita ceriti kat tv sebelum ni, tapi entah tak letak kat dalam kepala otak pun. Dia berlakon cerita apa pun, saya tak tahu. Macam banyak je dia berlakon, tapi entah. Apa cerita entah. Ok lah, malas ar nak fikir cerita apa dia berlakon sebab tak penting. Malas ar nak penatkan otak fikir benda tak penting. HIHIHI. Cuma yang paling berkesan ialah cerita Dr. Cinta. Sebab lakonan tu macam tu diri dia. Lawak + sengal macam-macam la. 


Masa terdengar lagu tu kan, terus tengok tajuk lagu. Catatanku. Semalam barulah saya google lagu ni. Bila klik kat video ni, mulanya hairan juga. Kenapa muka budak ni aje yang keluar. Biasa la ni, ini mesti video yang di edit sendiri, lepas tu letak muka anak buah la, anak sendiri la, wajah sendiri la. HAHAHA. Dalam duk pandang muka budak ni yang chubby ni, ternampak ada tulisan Baim. Lepas tu barulah terfikir, ke budak ni Baim??? Lepas tu, tengok sekali lagi, barulah. Ooo ini lah si Baim. Comelllll!!

Cuma yang saya perhatikan kan, saya memang cepat jatuh suka pada lagu-lagu seberang. Memang cepat sangat boleh suka lagu mereka. Sebab lirik mereka, gaya lagu mereka memang best dan mudah kita nak suka. Banyak eh tulis suka, sebab suka. HEHEHE.

Tapi kan, ada tapinya. Kalau kita ke Indonesia kita perlu terima hakikat. Lagu kita agak kurang mendapat tempat di tempat mereka. Contoh kan, kalau kita ke sana. Biasanya mereka akan memutarkan lagu negara/artis mereka. Bukannya lagu negara kita. Itu realiti. Saya pernah menulis pasal perkara ini di entry dulu-dulu yang dah berkurun lama. HEHEHE. Ketika saya ke sana, nak tahu tak mereka putar lagu apa? Mereka putar lagu Exist yang zaman-zaman lama tu. Lagu baru setakat ini, di ulang setakat ini tak pernah lagi saya dengar berkumandang di sana.

Apa sebab, entahlah. Saya tak tahu. 

Ok, kita tinggalkan pasal lagu muzik tu semua. Kita bergerak ke topik lain pula iaitu sistem trafik mereka. Oh ya, ini semua gambar last year punya eh. Ketika kami satu pejabat buat lawatan ke Institut Teknologi Bandung.

Sistem trafik mereka agak entah apa-apa. Sistem trafik mereka memang pening dan berterabur. HAHAHA. Betul, tak tipu. Lampu merah pun mereka main langgar aje. Namun saya tetap kagum, sebab statistik kemalangan di negara mereka adalah sangat sedikit. Masa  kami on the way ke Jakarta dengan menaiki bas kan, dia ada letak maklumat [statistik] perihal kemalangan dalam tahun 2011 kalau tak silap. Jumlah kemalangan maut dalam setahun hanyalah lebih kurang beberapa orang aje. Memang sikit sangat-sangat. Bila tengok angka tu, kami semua sibuk duk kira berapa yang meninggal dalam masa sebulan. Kagum sangat-sangat. Jauh sangat dengan negara kita. Sekali kemalangan kadang-kadang 4 5 orang yang meninggal.


Highway mereka. 


Jalan keretapi. Cantik sangat pemandangan sepanjang jalan ni. Sebab cuaca kat sana sepanjang dari Bandung ke Jakarta, cuaca redup. Sejuk-sejuk sedang elok je.


Dah sampai ke Jakarta. Ini hotel Hyatt kot. Saya tak sure, adakah ianya bersekali dengan shopping mall atau macam mana. Bangunan kat sini semuanya tinggi-tinggi. Macam pelik sikit la tinggi dia. HAHAHA. Sebab timbul rasa kagum. Kalau nak ambil gambar tu kan, mesti kena pastikan kedudukan kamera tu ok, sebab kalau tak, gambar yang kita ambil tu akan nampak separuh. Yelah, bangunan tinggi sangat. Macam tu la gayanya.


Bayangkan, kalau kat negara kita. Urmm, katakan depan Lot 10 lepas tu ada peniaga-peniaga berbasikal macam ni. Haa, macam mana eh agaknya. Kat sini, penduduk mereka memang kuat berusaha. Berniaga tak kira apa barang. Tak kira banyak ke sikit ke, mereka akan tetap berniaga di kaki-kaki jalan. Ini kira pemandangan biasa bagi mereka, tapi agak asing bagi kita semua.


Pemandangan biasa juga. Anak-anak kecil meminta sedekah. Kalau tengok pada gaya si kecil tu kan, adalah dalam lingkungan 2 tahun lebih. Selamba aje melintas dan berhenti di tepi-tepi, dicelah kereta. Kasihan bila kita tengok mereka ni, yalah kan, dahlah mereka ni kanak-kanak lagi. Tak pakai selipar. Muka pula memang menyedihkan. 

Roundabout yang besar kat tengah-tengah bandar Jakarta. 

HEHEHE. Nak cerita pasal lagu je tadi, tapi dah termelalut gigih cari gambar negara seberang. Kenangan tetiba terimbau la pulak. 



Tuesday, January 15, 2013

Kebetulan Ketentuan

Petang semalam, saya surf internet. Buka fb. Dalam ralit melihat news feed tu kan, ternampak ini. 



Mula-mula baca perenggan yang pertama tu kan. Eh macam teka teki je.

Saya baca perenggan ke dua. Eh, macam pernah nampak aje cerita pasal lori sampah ni.

Saya klik see more ...

Ini ceritanya yang penuh.



Errr, saya terus teringat kat entry saya yang tak sempat nak dihabiskan yang saya tulis pada Ahad lalu [pandang entry bawah. HAHAHA]. Padahal ini kebetulan je. Eh ketentuan :) Korang mesti pernah juga kan alami benda ni. Kiranya ini penyambung la bagi entry yang tergantung tu. Boleh ke macam ni? Boleh je la, sebab post dia lagi best. HEHEHE.



Sunday, January 13, 2013

Tak ada tajuk

Ini adalah penulisan berkisar mengenai kemanusiaan. Nilai kemanusiaan. Namun tak tahulah kot-kot terbabas jadi entri aci redah je. HEHEHE. Tadi, temankan kawan untuk ke snow wash. Masa dalam perjalanan ke sana tu, pemandangan saya dihiasi dengan lori pengangkut sampah. Kat tepi pula, ada motorsikal. Masa tu otak mula aktif berfikir, macam gunung berapi yang tengah aktif tu. Berkobar-kobar berfikir. Saya pandang penunggang motorsikal kat tepi tu. Dia bawa motorsikal perlahan aje. Sebab payah nak memotong kot, saya pun sama ajelah macam dia. Payah nak potong jadi bawa kereta dengan nada manja aje. 

Lepas tu mata saya beralih ke arah depan, melihat lori pengangkut sampah ni. Kat atas lori tu kan, ada dua lelaki yang bergantung. Eh bergantung eh, ke bergayut. Entah tak tahu nak explain macam mana. Adalah dua lelaki kat tepi lori tu. Seorang kat kanan dan seorang lagi kat kiri. Saya toleh lagi kat penunggang motorsikal tu. Saya harap sangat sangat, mamat tu tak tutup hidung ke apa. Sebab dia kan naik motor, saya naik kereta. Jadi saya memang la tak akan tutup hidung, tapi mamat tu berkemungkinan besar akan tutup hidung. Sebab lori sampah kan busuk. Bukan busuk sikit, busuk banyak dan busuk giler. Haih, itu kenyataan kan? Kan? Kan? Jadinya, saya memang harap sangat mamat tu tak tutup hidung dia dan selepas tu saya terpandang dia membetulkan side mirror motor dia. Ok, lega sebab dia tak tutup hidung dia. Sebab tadi saya tak nampak kedudukan tangan kirinya. Entah dia letak kat handle motor atau di hidung. Tapi saya harap letak di handlebar, atau kalau bukan kat handlebar pun, letak aje lah kat atas raga motor dia tu.

Lori tu belok kanan menghala ke arah tong sampah besar. Dah la nama tong sampah besar, sampah pun semuanya besar-besar. Banyak pula tu. Sampai bertimbun kat tepi tong. Uh! Banyak sungguh orang kampung kat situ hasilkan sampah sarap. 

Ok, kenapa saya tak nak mamat tu tutup hidung. Sebabnya:

  1. Mak saya dulu pernah pesan, kalau jumpa orang angkut sampah atau yang sewaktu dengannya. Jangan la tutup hidung. Nanti kecik hati mereka kalau mereka tengok kita buat macam tu. Cuba kita duduk kat tempat mereka, apa agaknya perasaan kita? Faham tak?
  2. Kalau jumpa orang angkut sampah, memang saya sedaya upaya menahan nafas dan buat-buat rileks je. HAHAHA. Tahan nafas sampai terasa muka naik biru. Tapi biasanya, kebiasaannya saya berjaya buat muka biasa. Ah, tak sampai hati ar nak buat poyo tutup hidung. Konon busuk sangat la tu. Tak sampai hati!
  3. Mereka cari makan dengan cara HALAL. Jadi kita mestilah belajar hormat dengan mereka. Ah ha, tahu kita tak kenal mereka kan? Tapi tak salah hormatlah dengan cara mereka cari rezeki yang HALAL untuk diri mereka, untuk keluarga dan anak-anak mereka.
Oklah, ni je lah. Terus mati mood nak menulis. Saya tak suka orang bergurau kurang ajar!!



Saturday, January 12, 2013

Tak Terukir Di Bintang

Beberapa hari yang lalu kecoh pasal AJL. Saya memang tak tengok sebab tertidur. Semuanya terlepas untuk ditonton. Mulanya dah plan nak tengok cerita korea kat TV9. AJL memang saya tak letak dalam kepala sangat sebab macam dah kurang best dah. Masa saya duk tilik kat fb, semua orang duk cakap pasal Terukir Di Bintang, lepas tu ada pulak cakap pasal Teman Pengganti. Saya fikirkan Teman Pengganti tu, refer kepada Aizat sebab dia yang ganti Yuna untuk AJL. HAHAHA. Mamai sebab bangun tidur kan. 

Finalist untuk AJL memang saya tak amik pot langsung. Tak penting pun. Bila dah tahu pasal Aizat yang menang, lepas tu orang duk gebang. Pegang mug sambil minum air pun boleh menang. Eh, ye ke? Terus google tengok video clip dia. HAHAHA. Sempoi giler ar dia nyanyi. Nasib dia tak pegang mug orange, kalau tak. Eh, sama la mug kita. Nak jugak, padahal tak adalah sama 100% pun mug kita. Lepas tu,tengok juga vokal si Hafiz. Dah dia dapat anugerah vokal terbaik. Bila dengar, urmm memang suara dia best. HAHAHA. Tiba-tiba jadi juri tak dilantik.

Dalam banyak-banyak orang duk post pasal AJL ada lah seorang ni dia post pasal lagu Tak Terukir di Bintang. Parodi oleh Mr. Bie. Bila klik lagu ni.

Eh, sedaplah pulak. Simple tapi makan dalam. HIHIHI.




Thursday, January 10, 2013

Ah! Itu hanya fenomena biasa

Saya perasan, kita akan sentiasa ada fenomena. Ianya akan berlaku di setiap masa dan ketika. Contoh yang saya perasan la kan:

1. Tutti Frutti : time TF ni baru ada kat Malaysia, heboh semua pakat duk tayang gambar TF. Saya sempat juga ke TF, time tu kat K. Terengganu baru je buka branch TF. Nak juga sibuk-sibuk ke sana. Yogurt yang kita boleh campur dengan bermacam-macam pilihan. Toppings dia banyak gila ok. Kita boleh tambah strawberry, coklat comel-comel, kacang, marshmallow, choc chip dan macam-macam lah. Lepas tu harga dia pulak, boleh tahanlah. Ikut timbangan yang kita ambil.  Tapi time tu saya ambil yang biasa-biasa aje. Nak merasa macam mana rasa TF ni. Restoran TF memang agak best la sebab colourful. Cantik deco dia, tapi selepas pergi untuk first time, dah tak pergi dah. Tak terfikir nak ulang untuk kali kedua. Sekarang ni, dah tak ada dah kat blog yang duk war-warkan HEY, KAMI KAT TUTTI FRUTTI ni. Dah tak ada la setakat yang saya tengok. Baru-baru memang macam tu kot.

2. Pavlova : Buka blog sana cakap pasal pavlova. Buka blog sini cakap pasal pavlova juga. Sampaikan saya yang tengok ni terus masukkan dalam list impian hati 'nak buat pavlova sendiri'. Impian sikit punya bergaya ar. Sampai musim pavlova dah berlalu, saya masih belum buat pavlova sendiri. HAHAHA. Impian jenis apa tu eh? ;)

3. Red Velvet : Nama pun dah gempak. Sekarang dah jarang, urmm mungkin ada lagi kot kat blog masakan. Tapi dah kurang lah. Sempat juga beli red velvet, konon nak merasa. Sedap ke atau macam mana. Bila dah makan, ok lah. Boleh lah. 'Macam ni rupanya rasa awak eh'.

4. Durian Crepe : Memang heboh di mana-mana pasal durian crepe yang best ni. Memang best pun sebab crepe dia tu kan dibuat dari tepung macam tu. Bila makan memang la terasa sedap, tambah pulak dengan whipping cream kat dalam tu, dengan isi durian lagi. Memang kenyang. 

Biasa lah, dalam masa tertentu, mesti akan dilanda demam dan fenomena tertentu kan? Filem la, cerita tv la. Macam-macam. Agak-agak kan, lepas ni demam apa la pulak eh? HEHEHE


Tuesday, January 8, 2013

Wajah Kesayangan Hamba

Tadi rasa sedikit beremosi apabila duk menilik wajah si kecil Afiq ni kat handphone. Rasa rindu. HEHEHE. Padahal duduk satu rumah je. 4 5 hari ni, Afiq tak berapa nak sihat. Bilamana masa-masa tertentu, dia akan menangis. Dah di bawa ke klinik dan doc dah bagi ubat semua. Tapi masih lagi tak baik-baik, mungkin kena tunggu lagi kot untuk beberapa hari.

Masa hari Ahad, balik kerja Afiq dah ada kat jendela pintu bilik dia. Senyum-senyum sambil anggukkan kepala. Lepas tu keluarkan bahasa international dia. Entah apa dia cakap, tak tahulah. Kebiasaan di siang dan malam hari, Afiq akan main bola. Bangun tidur sepak bola, malam pulak sampai la dah nak tidur, eh sempat lagi praktis main bola. Macam tu la kegiatan dia hari-hari. Tapi sejak dia sakit ni, tak ada lagi aktiviti nak menendang macam biasa tu. Kalau tak, saya kena layan dia main bola. Jadi kami main bola sama-sama. Dia tendang kat sana, saya tunggu kat sini. Kira belajar passing bola lah. Tapi tendangan Afiq ni boleh tahan juga ah. Hari tu ajar skill baru kat Afiq, saje je lah pegang bola, lepas tu mintak dia sepak. HAHAHA. Berjaya juga dia sepak. Jadi bola melantun tinggi. 

Saja nak usik dia. Time dia kena ambik bola, saya lari nyorok tepi dinding, tepi kain langsir, mana-mana yang sempat. HAHAHA. Kita intai nampak dia tercari-cari sambil memanggil dengan bahasa dia. Lepas tu 'Cakkk' tunjuk muka. Ketawa je dia nih. Sampai satu tahap, dia dah boleh baca helah saya. Time dia nak ambik bola, dia akan berpaling tengok makcik dia tu ha. Mana boleh lari dah. HAHAHA. Pandai eh.

Afiq si dagu cotek sedang leka menilik apa entah. Barang kita, barang dia juga. Headphone ni baru aje beberapa bulan dibeli. Dah tercabut cover dia. Nasib sebelah aje yang tercabut. Si Afiq la ni punya kerja. Kalau tak dikasinya, menangis la pulak. Kadang kadang malas nak dengar dia menangis, kita kasi aje la. Kadang-kadang, biar je dia menangis. Tak boleh ajar sangat nanti naik lemak.


Baru-baru ni, kucing dah selamat bersalin. Dapat lah anak 4 ekor. Eh si Afiq pulak yang sibuk. Duk heret ke sana-sini bakul baju nih. HAHAHA. Kurang asam punya kucing, ada ke patut dia cari port baiiikk punya. Bakul baju kita juga yang jadi mangsa. Lepas ni dah tak nak guna la bakul ni sebab terbayang ada anak kucing kat dalam ni. Mana boleh share. Tak moo la :)

Masa gi hantar kakak Nina and family. 


Gaya baru
Malam-malam macam biasa. Kegiatan dia, selalu sangat masuk bilik. Kadang-kadang terpaksa tolak pintu bilik tak nak kasi dia masuk. HAHAHA. Tapiiii, dia akan menangis. Adoiii! Tapi bukan senang nak kasi masuk macam tu je, kita buka sikit-sikit, jadi dia boleh hulurkan tangan je. HAHAHA. Lepas tu, kita tahan dengan kaki, jadi dia boleh hulurkan kaki je. Namun, badan dia masih tak boleh nak lolos masuk bilik. Kesian pulak, jadi akhirnya, buka aje lah pintu bilik tu. Terus dia masuk dengan senyuman comel. 

Satu malam tu, dia masuk bilik. Macam biasa, nak main dengan handphone. Malas ar nak kasi budak-budak kecil main dengan handphone. Ini bukannya permainan. Jadinya, kita alihkan perhatian dia. Afiq jom ambik gambar. Terus dia buat peace satu dia tu la. Tak tahu la sape yang ajar dia buat peace macam tu. Mula-mula dulu kan, terasa kelakar giler bila tengok gaya dia tu. Tapi saya tak suka dia asyik buat gaya sama je. Ala Afiq, tak best ar gaya peace cenggitu. Meh kita buat gaya lain eh. HAHAHA. Bestt oo jadikan anak buah model tak berbayar ni. Jadi kita tongkatkan tangan dia kat pipi. Ala, mulut ternganga pulak. Bila kita letak tangan dia kat dagu, muka dia pulak jadi ke bawah. Jadi payah nak shoot angle yang ok.

Dah ambik gambar, eh dia nak tengok gambar yang kita ambil tu. HAHAHA. Pandai sungguh budak-budak sekarang. Mula la jari tu ke kiri ke kanan nak tengok gambar. Tak suka ar Afiq main tekan tekan macam tu kat handphone cikda. Tak suka. HAHAHA. Kedek punya mak sedara.


Kami keluar sama-sama [eh termasuk dengan Ummi dia], pandai pulak dia ambik sunglasses ni kat dalam tu. Ngada-ngada nak pakai. Macam biasa, posing yang sama yang bosan. HAHAHA. Peace satu. Buat muka.

Mungkin senget kot sunglasses tu, jadi dia betulkan sendiri. Mulut terjuih. HAHAHA.

Tapi kan, malam tadi masa balik.

Me: Afiq dah tidur ke?
Abang 2: a'aah tidur dah
Me: kekgi mesti Afiq bangun balik. Biasa ar dia tu, masuk bilik keluar bilik

Tapi rupanya sangkaan ku meleset. Afiq dah tak bangun-bangun dah macam biasa. Tidur lena sampai la jam 4 lebih pagi tadi. Terjaga dan terdengar dia menangis. Bangun, lepas tu lepak sat dengan abang 2. Afiq tengah nangis. Ya Allah kesian nya. Memang dah bergenang airmata, sedih sangat bila tengok kawan kita ni macam tu. Afiq nangis lepas tu mengalir air mata. Sakit sangat la tu. Kita tengok dia menangis, dia tengok kita dengan airmata berlinang. Hulur tangan kot-kot dia nak suruh kita dukung, tapi dia tak nak. Nak duduk dengan ayah dia je. Sedihlah bila tengok dia macam tu, sebab dia bukan budak cengeng yang suka menangis tak tentu pasal. Kan Afiq kan? Setakat jatuh time nak ambik bola tu kira kacang aje lah. Termeniarap ketika nak tendang bola, tapi tak kena itu pun perkara biasa. Siap senyum lagi. Abang Rayyan pun naik gerun tengok Afiq tendang bola. HEHEHE.

Semoga Afiq ok macam sediakala. Tak best ar kalau kawan kita sakit ni, tak ada teman nak gaduh-gaduh. 

[saja je tak nak tulis sakit apa, sebab macam tak adalah berat sangat, tapi kadangkala rasa macam berat. Tak nak ar fikir jauh-jauh]


Sunday, January 6, 2013

Indahnya Perjalanan Ini

Januari 2012: Alhamdulillah, berpeluang lagi untuk menjejakkan kaki ke tanah Bandung, Indonesia. Nak kata jemu, memang jemu la juga untuk seketika. Lebih-lebih lagi ini adalah kali ketiga aku jejakkan kaki ke sini. Kali ni, aku ke sini lagi tapi bezanya aku disamping kawan-kawan. Pada Januari ini, aku masih Aida yang seperti biasa yang dikenali oleh teman-teman. Tiada apa yang berubah. Gaya masih sama, perangai masih sama. Ketawa masih sama, riang sedih pun Alhamdulillah masih sama. Err, kadangkala berubah mengikut musim. HEHEHE. Masih banyak nikmat yang Allah beri pinjamkan kepadaku. Syukur sangat-sangat. 

Mac 2012 : Pada hari Sabtu, aku bersiap-siap untuk ke rumah kawan baik aku. Tujuan dan niat dihati ingin ziarah menziarah dan melihat anak yang baru dilahirkannya. Entah kenapa, ketika aku memakai tudung, terlintas sesuatu difikiran. Pasal apa, aku kurang pasti. Sebetulnya aku tak ingat. Yang pasti, aku mengingati perkara ini iaitu, terlintas satu pernyataan 'elok juga kalau pakai macam ni. labuhkan tudung'. Terasa kelainan menyelinap di hati. Ah payah sebenarnya untuk diterangkan dengan kata-kata bisu begini. Tapi sungguh! Ianya seperti satu kelainan pada diri. Satu tudung aku turunkan menutupi dada manakala satu tudung lagi aku angkat ke bahu. Kelihatan seperti tiada apa yang istimewa kan? Namun, bagi aku ianya terlalu ISTIMEWA hinggakan aku merakamkan foto diriku bertudung sebegitu. Dua foto bertudung pink, berbaju bunga kecil comel-comel berinner pink aku rakamkan. Tarikh yang tepat aku lupa, tapi ianya sebelum aku ke Sarawak. Sejak hari tu, tudung aku akan pastikan dalam keadaan yang aku inginkan. Masa ke Sarawak tudung memang dah aku labuhkan, tapi masih tak sempurna sangat pun [bila buka balik gambar-gambar lama]. 

Jun/Julai 2012: Aku selalu berulang-alik ke satu tempat ni. Mulanya aku tidak memakai stoking. Dan aku tidak berasa apa-apa kerana ianya bukan kebiasaan bagi diri aku. Satu tahap, aku ingin memudahkan lalu aku memakai stoking. Itupun apabila sampai ke rumahnya. Begitulah keadaan aku sehinggalah beberapa ketika. Satu ketika, aku terfikir lagi. Adalah lebih elok aku memakainya di dalam kereta sebelum sampai ke rumah beliau. Jadinya, aku berstoking di dalam kereta sebaik sahaja aku sampai di rumahnya. Selepas balik dari rumah tersebut, aku seperti biasa. Terus membuang stoking dan menjalani kehidupan seperti hari-hari yang biasa aku lalui.

Satu hari seperti biasa, selepas aku balik dari rumah tersebut. Aku tidak membuang stoking dan hanya membiarkan ianya tersarung dikaki aku. Tanpa terasa ingin membuangnya. Masuk sahaja ke tempat ini [aku namakan ianya A] aku tersenyum apabila melihat kakiku. 'Eh aku pakai stoking sampai sini'. Perasaan itu sukar untuk dijelaskan. Namun aku masih lagi seperti aku yang biasa, hanya hari itu sahaja aku memakai stoking di A.

Julai/Ogos 2012: Ramadan menjelma. Kehidupan aku seperti biasa. Cuma, banyak benda yang datang secara bertubi-tubi dalam masa yang jarak tak jauh selangnya. Err, jarak yang dekat dengan bahasa yang lebih mudah :) Benda itu ialah peringatan contoh : 

31.10.2011
Gambar kat atas ni kira masih baru la aku save. Sebenarnya, peringatan yang paling berkesan di ketika itu iaitu pada bulan Julai/Ogos ialah mengenai checklist masa nak pergi ke masjid. Masa tu kan bulan Ramadan, jadi ramai perempuan yang berpusu-pusu ke masjid untuk tunaikan solat sunat terawih. Seingat aku, page Ustaz Zaharuddin ada post satu gambar berkenaan kaki juga aurat. Itu memang aku ingat. Jadi, apabila ada peluang untuk berterawih di masjid, aku mulanya memang langsung tak pakai stoking apa ke benda. Lepas tu, pelan-pelan pakai stoking. Lagipun memang dah ada stoking pun. Tapi setakat itu ajelah. Pergi masjid je, pergi kerja memang togel la kaki tu. HEHEHE.

Dalam masa yang sama, ada terbaca kat blog yang memang banyak kata-kata best. Seingat aku, penulis tu pesan. “Wahai anak-anak perempuanku. Bulan Ramadhan adalah masanya untuk kita berubah. Jika ada diantara kamu belum bertudung dan menutup aurat dengan sempurna..inilah masanya. Orang tidak akan mengata dan kekuatan kita menjadi luarbiasa di bulan ini. Jangan bertangguh lagi. Mulakan hari ini.” [kata-kata ni memang saya petik tanpa sunting apa-apa dari blog beliau. Saya tak sertakan link, usahalah cari sampai jumpa].

Saya buka semua koleksi penulisan beliau yang lama-lama dulu. Dari bulan ke bulan saya baca, sikit-sikit. Macam tu la kegiatan saya. HEHEHE. Banyak perkara yang saya tertarik dengan penulisan beliau. Dengan keadaan saya ketika itu seolah-olah melorongkan banyak perkara kepada diri saya. Sukar untuk diungkapkan dengan penulisan. Hati lebih mengerti.

25 Ogos 2012: Hari Sabtu, malam tu saya surf internet. Saya buka fb, malam tu saya terbaca satu post gambar juga mengingatkan pasal aurat. Saya baca, selepas tu terfikir. Eh esok macam mana eh? Pakai stoking ke tak? Saya duk bersoal jawab dengan diri. Tidurrr zzzZZzz.

9 Syawal 1433H [26 Ogos 2012]: Pagi esoknya, persoalan itu masih berlegar kat kepala tapi saya tidak buat apa-apa tindakan pun. Masuk kerja selepas hampir seminggu bercuti raya. Pergi kerja kaki togel. Tak tahu la nak cakap dengan budak ni. HEHEHE. Tapi itu lah, kuasa Allah sangat Besar. Ketika rehat, kami ke kedai makan. Seperti biasa, saya tongkatkan tangan di atas meja. Aih, rasa tak selesa. Saya turunkan tangan ke bawah. Semasa pulang, tengahari kot. Saya ke tandas dan kebetulan ada lelaki di belakang saya. Urmm, tak selesa juga. Sebab kaki saya togel. Perasaan tu, saya tak tahu nak ungkapkan bagaimana.

Malam tu, saya cakap kat diri 'dah pakai, memang kena pakai secara istiqamah. tapi macam mana eh kalau nak keluar pergi jalan-jalan nanti?' Macam-macam persoalan yang merisaukan sebenarnya yang saya duk layan dalam kepala tu.

*Benda-benda yang saya risau tu semua, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Senang aje.

10 Syawal 1433H [27 Ogos 2012]: Saya ke pejabat dengan lengkap berstoking dan berhandsock. Handsock tu memang dah ada, tapi tak guna pun. Saya tak suka nak pakai. Ketat rimas. Masa tu la, ramai kawan-kawan terkejut. Haaa?? Apakah?

HEHEHE. Iya, ini la perjalanan perihal perubahan diri saya yang tak seberapa tu.

Kalau nak tahu, sejak dari hari tu. Banyak respons positif yang saya terima. SMS dan juga soalan yang diutarakan depan-depan. Mereka nak tahu. Kadang-kala lucu juga. Ada yang datang 'tengok aida, saya pun pakai stoking juga'. Saya balas, bagus lah. Bagi saya, itu yang sebaiknya. Tapi saya memang tak reti nak berpanjang lebar sangat nak kasi nasihat kalau tak dipinta. Mungkin faktor, saya tiada adik perempuan. Jadi saya tak reti nak alaa tangkap leleh sangat. Tak reti. Biasa dalam gurau dalam bicara yang seadanya, atau yang serius. Haa, boleh la kalau time macam tu. Itu pun sikit-sikit la. Sebab saya bukan banyak ilmu, saya bukan yang terbaik [boboi boy. HAHAHA]. Tapi seronok sangat. Sebab banyak yang datang macam.. haih! nak tulis macam mana eh? Senang cerita, memang seronok la. Tak kan saya nak tulis semua kan, HAHAHA. Penuh la page ni dengan cerita ni aje karang.

Cuma, saya teringat akan satu pesanan kat dalam blog juga lah. Biarpun kita berubah ke arah yang lebih baik, jangan memandang rendah atau sombong. Cukup katakan pada diri kita 'dulu, aku pun macam tu la juga'. Jadinya, harap ianya dapat mematikan apa jua perasaan yang hadir dalam hati kita. Sebab syaitan suka menghasut hati kita untuk riak, menunjuk-nunjuk, buat perkara tak elok. Semuanyalah yang buruk-buruk sepertimana tugasan syaitan tu.

Sebab tu lah, saya delete semua gambar sepertimana yang saya tulis di sini Gatal. HAHAHA. Tapi ada juga gambar yang tak bersalah menjadi mangsa. Terpaksa upload baliklah nanti. HUHUHU.

Sebab tu la, hidayah yang Allah datangkan kepada sesiapa sahaja memang tak kan kita jangka. Saya sendiri tak jangka. Entah la, yang pasti saya bersyukur. Kerana itu lah, jikalau orang tu jahat, jangan lah kita pandai-pandai nak menghukum dia begitu begini. Hati kita Allah yang pegang. DIA boleh membolak balikkan hati kita sekelip mata. Macam kita balikkan tapak tangan kita. Mintalah agar hati kita ditetapkan di jalanNya selepas kita diberi petunjuk ke jalan yang DIA redhai. Yalah kan, sebab kita tak tahu perjalanan hidup kita bagaimana. Ala, lagipun saya bukan PERFECT pun. Masih banyaakkkkk benda yang nak kena belajar lagi. Entahlah, banyak sangat la benda yang saya tak tahu. Serius!

Entry ni sebenarnya saya dah tulis 31 Disember 2012, tapi tak sempat siap. Minggu lepas, ada yang bertanyakan soalan 'Aida, kenapa lain sekarang?ceritalah'. Itu yang saya gigih menyiapkan entry ni. Mungkin entry ni tak adalah details mana, tapi itu la sedikit rentetan perjalanan semuanya. Alhamdulillah :)

Ok lah, ini aje kot yang boleh saya share. Pengalaman yang sedikit. Yang pasti, bila baca perihal artis-artis yang berubah tu. Sedikit sebanyak boleh rasa macam mana perasaan dorang.

p/s: ada entry yang saya block komen. Sebab niat saya ingin bercerita aje sebagai panduan dan ingatan bersama dan bukannya apa-apa, jadi saya click don't allow comments T__T


Friday, January 4, 2013

Alam Maya

Hari Sabtu baru-baru ni, saya buat sesuatu yang saya rasa saya nak buat. HAHAHA. Bukan buat apa pun. Tapi percayalah, ianya sangat mengubah hari dan detik yang anda alami. 

Ok, sejak dua bulan kebelakangan ini saya sangat rapat dengan Mr. S saya = handphone. Sepatutnya cerita Mr. S ini saya tulis terlebih dahulu, tapi saya banyak menangguh dan menangguh lalu, cerita ini terkeluar la dulu. Ok, tak nak kasi diri sendiri pening dengan pengenalan ni. Maka, ayuhlah saya teruskan penceritaan ini.

Sabtu hari tu kan, saya dah terasa bosan tahap tak boleh nak lari. Saya buka mata, saya buka handphone. Check wassap, cek instag, cek fb, buka page blog, tutup. Sampai la saya rasa nak muntah buat semua ini. Heiii, apakah hidup ini hanya untuk online dan berdamping dengan internet??? Adakah selama ni aku macam ni?? Saya bersoal jawab dengan diri sendiri. Tolonglah, teknologi ini adakala muak memualkan. HAHAHA. Sorry, sebab saya suka sangat la berfikir benda-benda yang remeh temeh macam ni. Maklumlah, nak cari erti hidup yang lebih bererti katanya. 

Apabila simcard saya digunakan hanya untuk lappy saya, ianya mudah untuk dikawal. Sebab saya hanya akan on kan lappy di masa-masa tertentu sahaja. Jadi tak adalah sepanjang masa kita online. Tapi bila dah simcard kat dalam handphone, memang parah la. Itu yang celik mata jari kat handphone. Nak tidur, handphone lagi yang ditelek. Lama-lama ada yang kena baling ni karang. 

Lantas, saya membuang simcard broadband daripada handphone. Saya rasa lega. Eh, saya ambil simcard masukkan pula ke dalam broadband saya. Saya tinggalkan handphone Mr. S dan broadband saya. Hari Sabtu petang, saya tinggalkan dunia internet. Saya rasa lebih best apabila hanya ada hanphone cokia yang menemani saya. Sebab handphone tu tak ada permintaan sangat. Mesej masuk pun tak berapa nak banyak kecuali kawan-kawan terdekat aje. Oh, nak taip sms pun tak payah nak guna touch screen, menaip pun laju. Pejam mata pun boleh lagi menaip. HAHAHA. Berlagak oo! 

Bila malamnya pula, saya layan cerekarama Ady Valentino. Memang lepak habis malam tu kat rumah. Tengok cerita kelakar, bodoh-bodoh alang macam tu, lagi la buatkan aku gelak sensorang. Masa tu la dari tak la berapa suka dengan hazama, terus cakap kat diri sendiri 'weii not bad la jugak dia ni berlakon. Ada bakat jugak ar berlakon dengan muka seposen habis ar dia dalam cite tu'. Memang sangat BEST bila mana kita menghayati dunia realiti kita. Betul, korang try la.

Ok, hari yang tenang berganti hari.

Sabtu menghilang, Ahad menjelmakan dirinya.

Pergi ke pejabat, macam biasa. Buat kerja. Baca suratkhabar masa lunch hour. 

Belek punya belek semua akhbar yang ada, sampailah terselak satu page ni. HAHAHA.

Dalam akhbar yang saya selak tu, ada dua page yang menceritakan perihal Kecelaruan Internet. Saya memang gelak sorang bilamana baca semua isi artikel tu.

Antara isi artikel tu, tapi saya dah ringkaskan. 

Sedar atau tidak, perkara pertama yang ramai kita lakukan sebaik celik dari tidur atau sebelum melelapkan mata ialah capai gajet untuk akses dunia siber. HAHAHA. Yes! definitely!

Kebergantungan manusia dengan alam maya sudah masuk tahap membimbangkan hingga cenderung mengakibatkan perlakuan obsesif atau ketagihan, jenis penyakit mental. Ooo. Parah oo kalau tak dikawal. Sedar la wahai manusia sekalian. 

Individu juga akan habiskan lebih wang untuk memuaskan ketagihan seperti ketagihan terhadap laman web facebook [aha!], twitter dan sebagainya. Saya mungkin la bukan seorang yang terlalu addicted kepada fb, tapi bila dah ada handphone dan senang pulak nak akses internet. Memang terasa la macam ketagih. Aih la.

Coincidence??? Yelah, baru semalam saya duk fikir hidup ni bukannya nak kena berkepit dengan internet aje. Bosan giler ok. Muak. Satu tahap kita akan muak dengan semua ini. Err, saya je kot. HEHEHE. Dan-dan je keesokkan harinya saya terbaca pulak artikel pasal kecelaruan internet. Dulu saya selalu rasa macam tu [baca: kebetulan]. Tapi bila mana saya terbaca satu buku yang mengatakan, ianya bukan satu kebetulan, tetapi ianya adalah KETENTUAN. Ya, macam sekarang ni kan, saya sedang menaip cerita di dalam MPS ni. Ianya bukan kebetulan, tetapi adalah KETENTUAN. Errr, tak faham eh? T_T. Fahamkan, baca pelan-pelan. HEHEHE. 

Sebenarnya semua ini adalah terpulang kepada diri kita. Pilihan itu ada kat tangan kita. Kalau kita rasa ianya berlebihan, kita kurangkan. Yelah, dalam semua benda kita perlu ada kesederhanaan. Dan bagi saya, saya jenis cepat muak kalau sesuatu itu berlebihan. Contoh, kalau penulisan saya sendiri terlampau over. Bila saya baca balik, saya rasa 'eee entahpape je aku tulis'. Begitu juga kalau saya baca penulisan yang banyak ayat-ayat yang jadi tak menjadi, mungkin dia nak bergurau tapi tak menjadi. Lalu jadi muak. Jadi saya akan muak. HAHAHA. Sebab tu la, kalau menulis saya akan baca balik ok ke tak saya tulis. Kadang-kadang TERLEPAS juga keoveran saya menulis. Menyampah ok penulisan begitu! HAHAHA. Sedar diri. Ahak!

Saya suka bersederhana dari semua segi. Tapi kadangkala ianya jadi over. Oh, over tu pelan sikit eh aida :)

Dari perihal muak bosan. Itu ajelah kot yang nak disampaikan. Internet ni akan jadi bosan kalau ianya terlebih. 


Wednesday, January 2, 2013

Wahai Anakku #3


Wahai anakku,
Janganlah kamu terlalu kecewa dengan apa yang kamu perolehi di dunia ini, kerana itu bukanlah gambaran sebenar nasib kamu di akhirat. Dukacitamu didunia ini jauh lebih ringan berbanding dukacitamu di akhirat, demikian juga kegembiraanmu.

Wahai anakku,
Ramainya manusia yang berputus asa dengan nasibnya di dunia seolah olah dunia ini lah segala galanya baginya. Engkau boleh menangisi apa yang mendukacitakanmu, kerana tangisan sebahagian fitrah yang telah Allah bekalkan bersamamu. Namun jangan kamu menangisi nasib kamu di dunia seola-olah kamu tiada akhirat. Begitu juga janganlah kamu terlalu gembira dengan habuan duniamu, sehingga kamu rasa itulah segala- galanya.

Wahai anakku,
Orang yang bijak ialah mereka yang membawa kegembiraan dunia sehingga akhirat, manakala manusia yang malang ialah kedukaannya di dunia terus bersambung di akhirat.

Wahai anakku,
Seorang ibu akan seronok melihat anakkya bergembira, namun ia lebih seronok menikmatinya bersama di akhirat. Kerana itu wahai anakku, bawalah kegembiraanmu di dunia dalam ketaatanmu kepada Allah, kerana ia akan membawa keredhaan Allah kepadamu. Namun jangan sesekali engkau ketawa waktu melakukan maksiat, nanti engkau akan n di akhirat. Mohonlah keampunan Allah di atas kecuaianmu, dan mohonlah istiqamah di atas ketaatanmu.

Wahai anakku,
Aku sentiasa memohon kepada Allah agar tidak menguji kita dengan sesuatu yang tidak mampu kita hadapinya. Aku sangat yakin bahawa Allah yang Maha Penyayang itu akan memelihara kita dari ujian yang menggegarkan keimanan sebagaimana ujian ke atas umat sebelum kita.

Amin ya Rabbalalamin.

*bangun tidur, buka fb ternampak artikel ni. tepat pada masanya. source: fb TITM


Tuesday, January 1, 2013

2013

Celik mata, tahun dah bertukar. Semalam 2012, bangun hari ni dah 2013. Persoalan yang berselirat kat dalam kepala otak ialah 'apa yang menanti aku di 2013?'. Pada dua tahun yang sudah, saya ada menulis pasal macam-macam benda : 2012  2011

Saya buka balik entry yang lepas, dan terpapar ayat dikepala 'ini rupanya yang aku tulis dulunya'. Hari ini, saya tetap akan menulis, di muka baru 2013. Segalanya terasa baru, urmm kadang-kadang lah kot terasa baru. Sebab saya tetap berasakan hari-hari yang kita lalui tetap akan berlalu. Cuma terpulang kepada diri kita nak mencorakkan hari kita, nak corak dengan corak apa. Corak gembira, corak sedih, corak tak bercorak ;)

Untuk tahun ini, saya lebih fokuskan kepada diri sendiri. Macam biasa lah, fokus diri dulu. Bila mengenang semula 2012. Saya rasa banyak benda yang saya rasa, yang telah saya bazirkan. Memang tak boleh nak lari ar dari membazir ni. Membazir wang, membazir masa. Err, kita lebih tahu apa yang kita rugikan. HEHEHE. Rugi! Sangat rugi! Jadi saya tak nak, kalau boleh nak kurangkan ianya berlaku lagi di 2013. Banyak yang perlu dimuhasabahkan.

Urmm, pagi tadi semasa bersiap untuk ke tempat kerja. Saya membaca sekali lalu sorotan peristiwa 2012. Apabila membaca tajuk-tajuk utama yang disoroti semasa 2012, membuatkan saya terfikir satu benda. Err, memang selalu terfikir benda ni. Cuma saya kan, selalu terpedaya dengan encek Lagha. Uh!

Sebenarnya, kita selalu tertinggal dengan masa. Masa dah berlari jauh ke depan. Kita masih di sini. Rugi. 365 hari yang dilalui oleh kita, errr saya telah banyak disia-siakan. Mungkin kerana pencapaian diri sendiri belum mencapai target yang disasarkan.

Namun, 2012 jugalah yang mengubah diri saya. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah. Satu nikmat Dia tarik, tapi banyak lagi nikmat yang Dia masih memberi pinjam kepada diri ni.

Yang saya tahu, untuk hari-hari yang berlalu ni. Saya selalu inginkan yang lebih baik berbanding hari semalam. Inginkan yang lebih baik dan lebih baik dan lebih dan lebih baik. 

Sebab saya tahu, masa muda adalah masa yang terbaik untuk diri kita semua. Tapi selalu juga saya tergelincir dengan tipu helah masa. HEHEHE. 

Besar harapan saya kepada diri sendiri. Mungkin pada mereka yang lain, azam mereka begitu begini. Saya? Inginkan yang terbaik untuk diri saya setiap hari. Itu aja.

Pendek je pasal 2013, sebab bagi saya, realiti lagi penting. Tak perlu saya menulis berjela-jela tentang apa yang saya inginkan sedangkan hasilnya tiada. Tiada bukan disebabkan tidak boleh, tetapi disebabkan oleh sikap dan kelemahan diri. Eeee! Rugi dan rugi. Jadi perlu menghargai 365 ini dengan sebaiknya. Sebab saya takut saya tertinggal dengan masa. HUHUHU. InsyaAllah. Aja-aja fightttinggg!