Sunday, February 24, 2013

Random

Sementara nak balik rumah. Rasanya nak menaip. Urmm, tapi tak tahu nak taip apa. Sebab ini spontan je buka blogger.com. [entry ni patut dipublish pada 20.2.2013, tapi tak sempat nak tulis sampai habis]

*******

KONDISI SEMASA

1. Keadaan masih tidak menentu. Masa ada, tapi perlu pentingkan dulu kerja dan diri sendiri
2. Banyak benda yang nak dikongsikan tapi nanti lah ye.
3. Saya tak keluar lunch pun, sekadar makan roti jagung yang dibakar yang dibeli pagi tadi
4. Dah jam 2 petang, jadi nak kena teruskan kerja pulak
5. Nanti lah kita sambung lagi eh

Take care XOXO

Friday, February 15, 2013

I ~ Pulau Pinang

Mai cheq mai ke Pulau Pinang. Nak diceritakan, 5 bulan yang lalu. HEHEHE. Yerrr, 5 bulan yang lalu kami telah ke Penang. GEMBIRA giler rasanya. Sebab ini adalah kali pertama ke sini. Ok, dah boleh tick dah Penang dah sampai. Satu negeri lagi aja yang belum pernah saya sampai. Negeri mana??? Kita tengoklah nanti eh. HEHEHE.

Oleh kerana ini kali pertama saya, adik 4 and juga ayah ke sini. Ke negeri yang ada lagu boria ni haa. Kami mintak pak Teh yang bawakan van antik dia ke sini. HAHAHA. Antik giler amat ok. Eh, kenapa banyak sangat ayat giler ni. Tak boleh tulis ni, anak buah baca nanti dia ikut. Korang! Jangan ikut eh. 

Kami bertolak malam. Oh ya, kami ke Penang ni bukan saja-saja bercuti ke apa. Kebetulan adik 4 dapat latihan kat airport Pulau Pinang or biasa je sebut airport Bayan Lepas tu. Jadi kami semua pergi hantar dia la.

Dah lama rasanya tak pergi hantar menghantar orang pergi belajar ni. Jadi terasa agak excitedddd! Sangat teruja. Kami bertolak malam. Err, ayat ulangan ye. Bila dah bertolak malam-malam ni, memang seronok sebab cuaca sejuk. Namun, tak siapa dapat meneka apa yang akan menimpa kami. Elok aje nak naik ke Grik, van pulak buat hal. Ngam-ngam aje selepas kami mengisi minyak. Nasib baik lah tak naik Grik lagi. Kalau tak lagi haru. Yelah jalan Grik kan gelap, lepas tu selekoh-selekoh macam tu. 

Hampir sejam lebih kami kat sini. Mulanya pak Teh dah plan dah, kalau van ni tak hidup juga terpaksalah minta kawan dia bawakan kenderaan lain ke apa. Masa tu saya dah risau dah. Sebab kami bertolak malam Jumaat. Hari Sabtu adik dah daftar. Hari Ahad saya kena masuk kerja semula. Haiii, sempat ke nih. Memang gelisah la juga time tu. Berdoa aje, semuanya akan ok. 

Sebenarnya, van ni tak pernah buat hal tau. Malam tu je tiba-tiba meragam. Enjin mati tanpa ada petunjuk awal. Katanya minyak tak naik. Jadi adik and PakTeh berlumus tungkus la try start enjin semua. Lama-lama, berkat kesabaran. Akhirnya HIDUP jua enjin tu. 

LEGA!

Perjalanan diteruskan, sambil kami borak-borak. Macam-macam ulasan la yang diulaskan. Tiba kat atas Grik sana kan, saya ternampak gajah besar 2 ekor. Berdiri kat sebelah jalan sana. Tapi saya diam aje, sebab Pak Teh saya diam. Jadi saya takut lah nak cakap apa-apa kan. Dahla jalan gelap. 

Alhamdulillah, akhirnya kami sampai juga ke Butterworth. Semasa sampai aje kat Penang tu kan. Terasa jakun yang amat. Mata tak lepas duk pandang jambatan Pulau Pinang. Terasa macam tak percaya je dah sampai kat sini. HAHAHA. Masa sekolah rendah dulu pernah baca pasal Penang ni. Ada la benda yang saya teruja sangat nak pergi. Kat mana? Tunggu eh sampai ke penghujung entry ni. Bila dah penghujung jambatan tu kan, banyak bangunan tinggi-tinggi. Pak Teh cakap la, itu semua rumah tu. Muka saya duk dongak aje pandang bangunan tu semua. Sangat teruja la dengan suasana macam tu. Bukan tak pernah tengok bangunan tinggi pun tapi feel dia mungkin sebab first time datang sini kot. Itu yang macam rusa masuk  bandar tu. NGEEE!

HARI PERTAMA

Sampai kat homestay hampir jam 6 pagi. Penat tapi semuanya hilang bila dah masuk kat dalam rumah ni. Rupanya homestay ni betul-betul berdepan dengan quaters yang adik 3 duduk. Siap dia telefon suruh keluar tengok rumah dia yang ada lampu terpasang tu. HAHAHA. Kalau perasan, 4 dari atas. Yang ada lampu putih setitik tu. 


Sebab tu la, masa adik 4 dapat latihan kat sini. Kami rasa lega, yelah adik 3 dah ada kat sini. Senang la sikit dia nak pergi mana-mana atau apa-apa jelah. Apa-apa hal pandai-pandai korang lah dua beradik.

Masa kat rumah tu kan, kami duk sembang-sembang. PakTeh pun cakaplah, kali ni tak ada gajah eh. Eh?? Saya terus cakap, adalah Pakteh. Dua ekor. Duduk kat tepi jalan sebelah. Saya tengok PakTeh diam je, jadi saya diam lah juga. PakTeh pun cakap lagi. Laaa, ada ke?? PakTeh tak perasan sebab duk fokus kat jalan sebab gelap. Laaa, patut la PakTeh diam je. Saya fikir lain. HEHEHE.


Kami buat keputusan nak jalan-jalan selepas solat Jumaat tu. Kononnya nak tengok Penang ni macam mana. 



Boleh tahan sesak juga kat Penang ni, tapi ok la lagi. Mungkin ada masa yang ok, ada masa tak.


Tak tahu jalan apa, tapi ini kalau tak silap tak jauh dengan Mahkamah Tinggi.



Yee, dah pun sampai ke tempat yang dituju. Tempat ni lah yang saya baca masa sekolah rendah dulu. HAHAHA. Baca pasal kereta kabel dia je. Masa tu gambar kereta dia masih yang warna merah putih tu. Lepas tu ada lambang negeri Penang tu la. 

WHOAAAAA!!!!


Macam ni rupanya Bukit Bendera. Kat sini, saya ambil gambar banyak-banyak. Kat dalam laaagiiii la banyak kami posing. Kat semua sudut kami ambil gambar. HAHAHA. Seronok amat!


Yaa, saya sudah ke sini. Anda semua, jom lah datang sini juga. Best tau.


Saya asyik tangkap gambar je, tak terbeli pula keychain ni semua. Padahal dah aim nak beli fridge magnet.


Kami semua pakat naik kereta kabelllll. YAHOO! HAHAHA. Abaikan keseronokan ini. Tengoklah landasan dia tu. Kami excited sebab time ni kan menaik. Jadi terasa macam, eh boleh ke naik ni?? Dia ada berhenti juga dibeberapa stesen sebelum sambung naik ke atas. 


Ini dah moden dah. Dah tak ada dah kereta kabel merah putih tu. Perkhidmatan dia dah dihentikan pada tahun 2010. Lepas tu digantikan dengan yang baru. Urmmm.


Dah nak sampai. Tinggi tapi tak apa, kereta kabel tahu apa nak buat. HEHEHE.


Pemandangan semasa kat atas. Sejuk dan sangat menenangkan.

Alahai. Seronok sangat. Nanti kita sambung lagi eh.


Sunday, February 10, 2013

4 Hari MERDEKA!!

MERDEKA?? Iyeee. Merdeka. Siapa yang tak seronok kalau dapat cuti EMPAT HARI berderet macam ni. Pasti semua orang rasa gumbira kan? CNY punya pasal kita dapat cuti sama. BESTT! Tapi itulah kan, hari berlalu cepat sangat. Hari ni dah pun Ahad. Esok last day untuk cuti. Lepas tu, masuk kerja balik. Kerja yang dibawa balik kat rumah pun masih tak disentuh. HEHEHE. Esoklah kot baru nak kelam kabut menyemaknya. Urmmm.. nak buat numbering tadi, tapi tak jadi. 
  1. Situasi sekarang di sebuah rumah di negeri pantai Timur ni kan, ialahhhh....saya lapar tahap giler. Tapi saya masih di sini menaip. Habit yang merosakkan diri. Dah tahu lapar tapi selalu menangguh makan. Tapi bila dah start makan memang semangat. Jap lagi la pergi. 
  2. Saya RINDU sangat kat lappy saya. Dah lama terabai. Nanti lah saya jenguk dia. Tahun ni bertambah wishlist yang saya nak buat. Baru aje ni datang angin ngada-ngada. Macam tak penting tapi nak jugak!  
  3. Saya nak bercerita pasal Mami Shinta yang manis tu. Tapi tak berkesempatan lagi. Nantilah [lagi] ye ;-) . 
  4. Demam, dari pagi semalam lagi. Tapi boleh ahe berjalan hampir sehari. HEHEHE. Dah makan sebiji panadol. Biasanya memang tak melayan la ubat-ubat ni Biar je dia sembuh sendiri. Namun kali ni, kena beralah. Sebab banyak benda nak kena buat. Jadi tak boleh dibiarkan. Demam datang sekali sekala aje tau. Tapi tu lah kan, bila ada kerja penting yang kita nak buat, mesti nak keadaan sihat. Pelajar dah nak masuk dan kesibukan akan menjelma. Jadinya, demam sila sembuh eh. TQ. 
  5. Banyak lagi nak ditulis, nantilah saya sambung di lain hari eh. 
  6. #nanti saya buat numbering untuk post ni.

Monday, February 4, 2013

Pengasuh Anak

Di tepi rumah ada sekeluarga yang menjadi jiran kami sejak kurang lebih setahun yang lalu. Dah lama sebenarnya saya nak bercerita. Tapi tertangguh tangguh je, sebab ada benda lain yang perlu saya utamakan. Semoga ada iktibar yang boleh kita ambil dari kisah ini. 

Kisahnya, jiran saya ni dulunya mereka tinggal di merata tempat sebab husbandnya askar. Jadi bila dah pencen, dia menyewa kat tepi rumah. Bila dah dengar ayat pencen, tentu kat kepala kita fikir umur dah veteran. HEHEHE. Mereka ni masih muda lagi, tapi dah pangkat abang la untuk saya. 

Satu petang tu, saya balik kerja. Ternampak kereta kancil berhenti di halaman rumah mak cik. Ok, saya tahu itu kereta orang yang upah jiran saya ni jaga anak dia. Jiran saya ni, oleh kerana anak-anak dia dah meningkat besar, dicampur lagi dengan rasa bosan. Jadi dia isi kan lah masa lapang dia dengan menjaga anak orang. Tak ramai, seorang je.

Selepas tu, saya nampak jiran saya turun dengan membawa beg pakaian dan juga budak tu ke arah kereta. Aikkkk????? Tak kan lah, si ayah budak tu tak turun kot ambil anak dia? Time tu saya memang tersangat pelik lagi hairan. Selepas dia beredar, saya bertanyakan kepada jiran saya.
Me : Jie [nama tipu-tipu], dia tak turun ambil anak dia sendiri ke??
Jie : tak, memang macam ni pun. sepanjang jaga anak dia adalah sekali dua dia turun ambil anak dia. selebihnya, kami yang pergi hantarkan anak dia kat kereta. kalau pagi, kami akan ambil anak dia kat kereta
Me : haa????? mana boleh macam tu.
Jie : dah tak tahu nak buat macam mana. hari tu, hujan lepas tu tangan Jie satu pegang payung, sebelah lagi dukung anak dia. jadi Jie mintak Along [juga nama tipu-tipu] tolong bawakan beg kat kereta. dia tak turun pun. ayah dia yang datang ambil. mak dia tak, sebab sekolah petang.
Me : bla bla bla #pejuang kemanusiaan
Ok, kalau nak tahu. Selama ni, saya tahu kalau petang-petang akan ada la kereta yang datang ambil anak dia. Tapi saya tak pernah tengok dan tahu begini cara mereka.

Perkara kat atas tu, terjadi tahun lepas kot. Dah lama dah. Dan hal terkini yang saya tahu iaitu minggu lepas. Err, selepas dah lama saya tak ambil tahu pasal perkara ni. Mereka letak anak mereka dari jam 7 pagi hingga 7 malam [masa mungkin berubah kot]. Bayaran pulak, langsung tak setimpal!

Ok, ini pesanan kepada semua ibu-bapa yang mempunyai anak kecil dan diletakkan di bawah jagaan pengasuh. 

Tolong lah, consider perkara-perkara kemanusiaan. Betul, kita ada duit dan boleh aja nak bagi kat siapa-siapa pegang/jaga anak kita. Tapi kena INGAT! Pengasuh kita itu adalah manusia. Manusia macam kita. Ada hati, ada perasaan. Tolong lah, buka hati buka minda. Reti bahasa la sikit. Jangan ikut sedap hati kita saja nak letak anak kita dari pagi hingga ke petang macam tu je. Lepas tu, bayaran pula tak setimpal. Sanggup eh kita perlakukan orang sampai macam tu. Agak-agak la.

Kepada mereka yang mungkin rumah pengasuh tu agak ke dalam sikit ke apa. Tolong lah pergi hantar sendiri anak-anak kita tu ke rumah pengasuh kita. Tak perlu lah, kita hanya buka pintu kereta. Lepas tu kita action macam raja orang datang ambilkan anak kita, hantar anak kita. Macam mereka hadap sangat duit kita tu. Tolonglah. Ini perbuatan orang yang tak berperikemanusiaan. 

Kalau saya boleh cakap dengan lelaki ni, dah lama saya cakap. Namun status saya sebagai orang luar, membuatkan saya tak mampu buat apa-apa melainkan menasihatkan jiran saya agar jangan bagi muka sangat. 

Bagi saya, jiran saya terlalu baik. Kerana mereka tidak berkira sangat. Namun, apabila baik itu disalah gunakan oleh mereka-mereka yang sanggup menggunakan kesempatan kebaikan tersebut, inilah jadinya.  Saya pula yang terlebih geram. Terlebih sudah emo nya. Jiran saya bukan pandang duit sangat pun, lebih kepada bosan duduk kat rumah macam tu je. Sebab dulu mereka ada kedai makan. Sebenarnya mereka sendiri dah tak nak jaga budak tu. Tapi mereka pula dah serba salah, sebab orang tu macam dah tahu je yang mereka dah tak nak jaga anak mereka. Pandai pulak diaorang ni pusing akal.

Entahlah, saya sebenarnya paling tak suka. Kebaikan yang diberi, dibalas dengan akal licik nak menguntungkan diri sendiri. Zaman sekarang, susah kalau kita nak cari pengasuh yang betul-betul ikhlas nak jaga anak kita. Yang tak berkira dengan anak yang dihantar. Tak kan kIta tak baca, berapa ramai anak yang didera kat taska. Kat rumah pula macam mana? Lepas tu ada yang meninggal tersedak susu la apa. Memang itu semua asbab sahaja. Tapi nak cakap, yang zaman sekarang kalau kita dapat pengasuh yang baik, yang ok. Itu adalah satu rahmat tau. Fikirlah wahai mak bapak budak sekalian. Jangan sampai ikhlas berubah menjadi terpaksa. Fikir sikit pun tak apalah kalau tak nak fikir banyak-banyak. 

Itulah kan, lumrah kehidupan. Semoga mereka [ayah budak ni] akan buka hati supaya lain kali lebih memahami perasaan orang lain. 

#komen? saya tutup sebab ini luahan perasaan yang geram. HUHUHU

Versi Mama Mia