Tuesday, April 30, 2013

Budak Kaca Mata

Satu malam, Rayyan datang ke rumah Tokki. Datang bersama adik Dhea, mama dan juga papa. Afiq selaku cucu yang sememangnya menetap dan membesar di rumah tokki, menyambut gembira kedatangan abang Rayyan sekeluarga.

Afiq sangat sukakan, kasihkan Dhea. Itu mungkin penyebab terbesar Afiq gembira bila family Rayyan datang ke sini.

Apabila mereka berdua berjumpa, dengan usia yang hanya setahun bezanya. Memang mereka agak rapat dengan kata lain senang untuk bermain-main bersama-sama. Namun demikian, biasalah. Langit yang cerah pun boleh bertukar mendung mengundang gerimis lalu hujan kan turun dengan lebat. Ditambah lagi dengan kilat guruh memecah sunyi. Eh, jauh sangat ni menyimpang ayat. Untuk lebih difahami, biasalah mereka budak-budak berumur 3 dan 2 tahun, memang akan bergaduh. Berebut itu ini.

Rayyan : nok ojaaaa
Afiq : akmoooooo

Mari saya translatekan kepada bahasa yang mudah difahami

Rayyan : nak bulldozer
Afiq : tak nakkkk [bagi]

Lalu akan ada la insan kerdil yang menangis menumpahkan segala airmata. Berderai-derai airmata dia. Puas la terpaksa memujuk si Afiq agar beralah. Nasib lah si Afiq ni dah pandai bertoleransi. Barang dia, adalah juga dia kasi kat abang Rayyan. Bagi untuk bermain dan bukannya untuk dibawa pulang. Kalau ada dibawa pulang pun, nanti dia akan kembalikan semula. Itulah ukhuwah budak-budak. Usik mengusik bergaduh, lepas tu ketawa kembali.

Eh tadi nak cerita pada satu malam semasa Rayyan datang ke rumah. Mereka berebut-rebut kaca mata hitam. Entah siapa yang punya, adakah ayah Rayyan atau ayah Afiq, entah lah.  Maka menangis lagi laaa. 

Saya terpaksa menenangkan keadaan. Pergi selongkar almari kasi kaca mata jernih ala-ala old school kat Afiq. Fuhhh~~~!!!


Muka saya memang garang. Namun saya suka menangis. Bila saya marah, saya akan menjerit 'amoooooooo' sambil menghentak kaki. Bila makcik saya kacau saya, usik saya. Saya akan menjerit lagi 'amooooo' sampai terkeluar urat kat leher. HAHAHA. Kelakarlah si Rayyan ni.


Hai nama saya Afiq. Saya memang kelihatan nerdy sekali. Namun saya kental. Saya tak kisah macam mana abang Rayyan buat kat saya. Sebab abang Rayyan takut kat saya tau. HAHAHA. 

Lepas dah kasi spek kat mereka berdua ni. Eh, macam aneh ya bila menulis ayat spek. Rasanya lebih mudah menyebut daripada menulisnya, kerana ia nampak janggal lagi aneh. Macam saya eja salah. HUHUHU. Ok, berbalik kepada mereka. Lepas dah kasi sorang satu, eh tak nak tanggalkan lah pulak. Si Afiq siap buat kedip-kedip mata. Mulanya saya ingat dia sakit mata ke apa bila dah pakai spek. Saya tanya dia. Sakit ke?? Dia asyik kelip mata. Lepas tu dia cakap pedih ke apa entah. Jadi saya memang tak nak kasi kat dia, terus nak simpan. Abang 2 saya cakap. Mu ni dok faham sungguh lah. Pedih mata, sebab tu nak pakai spek. HAHAHAH. Cessss!! Afiq lah.

Lepas tu saya panggil mereka berdua ni. Meh sini kita ambil gambar. Biasalah budak-budak meningkat besar. Laju je datang bila cakap nak ambil gambar. Terus tadah muka tak bergerak-gerak. Lepas snap gambar beberapa das, dorang sambung bermain lagi hingga mereka menyerah kalah kepada tuntutan mata mereka yang semakin lama semakin lemah. Lalu mereka ZZZZZZZ.

Nanti saya cerita lagi pasal mereka. Banyak gambar yang saya nak share, tapi faham-faham sahajalah. Selagi laptop problem, selagi itu lah saya sekali sekala timbul di sini.

Sekian.




Saturday, April 27, 2013

Sekejap

Hampir menyudahkan semua kerja. Lega. InsyaAllah harap semua kerja dapat disiapkan sepenuhnya selewat-lewatnya minggu depan. Masa dah bertukar menjadi masa kecemasan. Risau pun ada. Namun, berdoa aje lah agar semuanya akan ok. Tiada apa-apa masalah. InsyaAllah. Amin amin amin.

Sementara Microsoft office 2007 sedang menjalankan kerjanya. Saya mencelah sekejap di sini. Masa beberapa minit sekarang amat berharga. Err, ketika di pejabat lah. Sekarang, kalau nak buka word 2007 kan. Ianya perlu lalui proses configuration. Sempat ditanya kepada yang arif pasal komputer ni kan. Dia cakap mungkin sebab dah tak latest, itu pasal terpaksa menunggu apabila nak buka satu-satu file. Bila nak cepat, masa tu la terasa. Adoiii ya! Tengok lah macam mana. Rasanya kena format balik kot. Nanti lah tanya lebih-lebih kat kawan pejabat.

Buat masa sekarang, laptop saya memang rosak mengakibatkan banyak benda yang saya hilang. Mulanya tak perasan sangat, tak terfikir jauh pun tau. Hari tu, yang tukang baiki laptop ni cakap. Hard disc tu dah tak boleh nak guna. Jadi saya mintak tolong belikan yang baru. Ganti je lah. Lepas tu, barulah terfikir. Semua gambar saya kat dalam laptop tu macam. Di ulang macam. HUHUHU. Macam tak dapat diselamatkan. Yelah, bila dah tukar yang baru. Semua file yang kat dalam tu. Kalau tak silap dia cakap dalam C ke apa. Sebab yang dalam D, saya sempat ambil. Copy cepat-cepat masuk pc. Ini yang saki baki tu, memang la 50-50. Saya memang mintak [baca: paksa], agar semua gambar yang ada kat dalam tu boleh di ambil. Sayang ooo. Sebab kat situ ada gambar family, gambar arwah mak saya. Semua ada kat dalam tu. Itu pasal lah sayang. Harapnya dapat baliklah semua tu.

Rasanya, saya kena beredar sekarang. Cukuplah setengah hari kat pejabat ni. Esok nak kerja lagi. 

Saya ok aje kalau dengan kerja. Kalau dengan manusia, saya kalah. EHEHEHE.

Ok, sampai ketemu lagi ya. Ini pun, menulis dengan seberapa pantas [kah kau untuk ku tunggukan. Cukup indah. teringat lupa lirik lagu Sheila On 7 yang lama-lama dulu. LOL. Sempat eh kau menyelit kat mindaku ini eh] Oklah, saya nak mencari sesuap makanan pulak, sebab perut masih kosong tak makan apa-apa dari pagi. Yelah, harap mencelah-celah macam ni je lah saya boleh update atau lebih tepat dengan ayat manisnya, meraban entah pape kat sini. HAHAHA. Ah! Ini memang kesukaan saya. 

^-^


Tuesday, April 23, 2013

Menu Tradisional

Pagi tadi duk mengedit gambar si Afiq dan Rayyan. Gigih masuk office duk layan gambar. Tapi tak terasa nak buat entry pasal mereka berdua ni, lain kali lah. Padahal tadi beria nak cerita pasal cerita kelakar tentang dua budak kecil ni. 

Ok, kita ke penceritaan yang lain. Mungkin anda boleh mencubanya di lain masa ^_^

Err, bukan cuba buat sendiri tapi cuba beli dan rasa sendiri. HEHEHE


Rojak betik. Rasanya kalau kat negeri lain, sukar untuk diperolehi kot. Bagi yang terasa bersemangat nak buat sendiri. Boleh aje sebab bahan-bahannya sangat senang. Tapi saya tak pandai nak buat. Bahan-bahan dia, betik diparut macam tu aje. Jangan guna betik yang dah ranum, tapi gunakan betik yang masih mekar. Err, senang cerita betik separuh masak. Timun batang. Kuahnya pulak, HEHEHE. Saya tak tahu sangat. Cuma berdasarkan pemerhatian saya, mereka gunakan ikan, cili boh. Urmm, elok anda semua google sendiri tang kuah dia tu. Nanti kan tak pasal-pasal jadi kuah maggi.

Kuih ni manis. Nampak macam permukaan bulan kan? Berlubang-lubang macam sarang semut pun ada. Aih, jangan pandang sebelah mata. Rupa memang tak cantik tapi rasa dia memang sedap. Manis-manis macam tu la rasanya. Kuih ni dipanggil kuih errr [apa nama dia ni. LOL]. Kalau tak silap saya, nama dia kuih .................. akan dimaklumkan kemudian. HAHAHA. Saya bab kuih muih ni memang fail! 



Friday, April 19, 2013

Week-end

Hari Jumaat hari rehat sedunia. Eh bukan sedunia. Tapi adalah seberapa negeri. Bila hari Khamis tiba, mula terasa masa jangan lah cepat sangat berdetik. Sesekali berehatlah sekejap. Itu kata kita. Mana mungkin masa akan berhenti berdetik tik tok. Ok saya tahu itu. Cuma biasanya pada hari Khamis macam tu la. Mungkin sebab office hour berakhir di jam 4.30 petang dan boleh shut down komputer. Boleh angkat handbag. Boleh matikan suis lampu, suis aircond. Tarik kunci kereta kat pintu. Lepas tu blah. Oh! Bahagia. Dengan kata yang lebih pendek. Hari ini hari Cuti. Yayyyy double yayy triple yayaya yayay. Lagak macam hari ni tak kan bergerak ke hari Sabtu. Err. Boleh tak jangan masukkan nama Sabtu di sini. Boleh tak??     

Sedang menonton Nigella Kitchen. Mulalah terasa nak masuk dalam tv. Mulalah letakkan diri kat dalam rancangan ni. Saya suka dapur yang digunakan. Saya suka memasak. Eh. Suka memasak tapi bukan memasak di setiap hari. Mula terasa nak mencuba memasak kek biskut ada krim. Tengok. Dengan biskut marrie pun dia boleh manipulasikan jadi kek yang sedappp. Grrr. HAHAHA. Saya tak tahu apa nama resepi tu tapi saya tahu macam mana rupa paras yang boleh kita bentukkan. Nampak sedap sekali. Ishhh!! Tetiba ada menu menggunakan sotong. Eh saya ada sotong. Ada je lah, belum tentu saya nak memasak. 

Nigella buatkan saya berkhayal menjadi chef yang hebat di rumah sendiri. Mana boleh tandingi chef yang ada kat luar sana. Tak boleh sebab tak setaraf. Ahak! Sedor diri oo. Kenapalah masakan dia nampak menarik sangat nih haa?? Ok lah. Stop lah dari mengulas tentang dia.

Tadi dah siap memasak hidangan makan tengahari. Lauk singgang ada bendi. Nasi putih. Ikan goreng, ayam goreng kunyit. Air sirap. Alhamdulillah. Terasa macam tak percaya boleh siapkan semua itu dalam masa  yang singkat. Sangat tak percaya. Sebab tu lah saya dah boleh lepak tengok TLC nih. Sekarang saya berada di Sydney, Australia. Macam magic kan?? LOL. Ini yang tak suka menulis secara semborono nih. Nanti makin terserlah keentah apaan entry ni. 

Rasanya dah alang-alang separuh negeri saya menulis, maka elok rasanya saya teruskan. Agak-agak nampak macam tersasar sangat, saya berhentilah sebelum terus sesat. HAHAHA. Kenapa perlu ketawa  sedangkan ianya tidak kelakar. Aisehgirl. 

Yuk Buat Roti. Ini nama rancangan masakan kat AFC. Kita layan chef Wan. Ini baru chef. Marilah kita sama-sama menuntut ilmu. Maaflah jikalau penulisan ini hanya satu perenggan. Sebab saya tak pandai nak buat perenggan. Bila enter, tak jadi la pulak. Maka berlapang dadalah menerima kelemahan gadjet saya eh. 

Eh! saya nak berhenti dululah. Sebab tak nak teruskan menulis. Cikgu kat dalam tv jadinya tak elok saya duk ralit melayan blog duk menulis tertunduk-tunduk. Nanti ilmu nak belajar buat roti, tak sampai kat dalam kepala. Ok. Jaga diri. Selamat berkerja kepada yang berkerja. Selamat beristirehat kepada yang tengah melepak kat rumah. Nantilah bila lappy saya dah sihat kembali bernafas. Akan saya membalas dendam menulis kat MPS nih. Tengoklah masanya akan tiba. Tiba... tiba... tibaaaa.. [sound effect nak tunjuk rasa semangat nak menulis. HAHAHA]


Monday, April 15, 2013

HATI

PERCAYALAH! Bukan mudah untuk senangkan hati semua orang. 

Hati Merah nak ini. 
Hati Biru nak itu. 
Hati Turquoise nak macam gitu. 
Hati Hijau nak macam gini.

Jadi, mana satu kita nak ikut.

Kata hati saya. Saya nak ikut apa yang penting yang perlu saya selesaikan dahulu.
Memang. Manusia, bila kita bagi yang cantik pun, dia akan pinta yang laagiiii cantikkk.
Alahai. Sukar di tebak la hati ni kan?

Semoga semuanya akan selesai dan menemui jalan penyelesaian yang sebaiknya.
Sedang berusaha untuk memuaskan hati orang, hati kita?

Jangan merungut, cari jalan. InsyaAllah akan ada jalannya.

Yakin dengan Allah.

Tapi kita yakin ada jalan penyelesaian. Namun seringkali gagal apabila berdepan dengan manusia.
Boleh tak terima dengan hati yang terbuka? Kali ini dan kali-kali yang lain? 
Itu lah hati yang sukar untuk dipenuhi kehendak.
Nak macam mana lagi??

Ok lah, nak balik.

Kita usaha cari lagi jalan untuk berjaya.
Seminggu aje lagi ni. 
Tak lama dah.

Eh, melayang juga nanti RM200 sebab nak kena gantikan hard disc. 
Adui! Dah jangan fikir banyak. Tetiba pulak timbul cerita pasal hard disc. LOL

Meh kita balik!!


Saturday, April 13, 2013

Kompilasi

Kompilasi sebab nak tulis semua benda. 

1. Lappy saya masih lagi tidak dapat digunakan sejak beberapa minggu yang lalu. Dah dihantar untuk dibaiki. Bukan hantar kedai pun. Tapi hantar kat officemate aje. Kebetulan dia pandai baiki semua benda. Komputer, kereta. Memang dia terel. Jadi kita minta tolong dengan dia ajelah. Tadi dia ada datang bagitahu yang laptop tu urmm macam ada masalah kat hard disk atau apa entah. Saya tak tahu sangat, tapi sempat dia tunjuk gambar yang dia ambil. Katanya mungkin kerana hard disk (D) saya dah penuh, lepas tu angin kat laptop dah jadi macam tak betul. Itu yang menyebabkan kepanasan yang agak mendadak. Macam mana eh nak bagitahu. Saya faham tapi sangat teknikal nak bagitahu, sebab istilah IT tu saya tak pandai nak bezakan. Nanti lain maksud dia. HAHAHA. Janji si lappy saya tu kembali ok. Itu lah, siapa suruh main copy aje semua movie korea kat dalam D tu. Space punyalah besar dah tinggal secoet aje. Umpama lori balak mendaki Gunung Everest. Mau putus tali perut dia.

2. Masa cuti sekolah baru-baru ini kan. Kat depan saya ada dua orang anak buah yang duk perhatikan apa yang saya buat. Selepas solat maghrib, saya ada bacakan satu ayat ini '.... Allah Maha Pengampun.....'. Eh, terus aje anak buah saya si Fiya. Dengar tu kakak, Allah Maha Pengampun. Jadi maafkan Fiya. Terus dia hulur tangan kat kakak dia si Sasha. LOL! Cium tangan kakak Sasha sambil cakap maafkan Fiya bla bla bla apa entah. Sebab saya terkejut tengok reaksi spontan dia. Nak gelak tapi saya tahan aje lah. Curi-curi pandang aje dorang berdua ni. HAHAHA. Serius comel giler. Macam tak sangka ada adengan filem pulak petang tu. Saya sambung baca lagi, Fiya and Sasha bagi komen 'laju kan Cuda baca'. Mereka impressed! HAHAHA. Memang la laju, siapa-siapa yang pandai membaca pun akan laju bacaan dia. Nanti mereka dah besar dan di satu ketika, tentu mereka akan kata. Laa, memang la Cuda laju aje bacaan dia. Masa tu aku tak pandai lagi nak baca laju-laju, sekarang ni aku pun terel baca laju juga. 

3. Alhamdulillah. Baru sahaja selesai membuat fotokopi bagi semua jadual. InsyaAllah esok dah boleh diedarkan. YAHOO. COM!! Tapi nak lepaskan penat sebelum balik, saya menulis kat sini. HEHEHE.

4. Sejak kebelakangan ini, saya memang tengah gilerkan cerita korea. Semua channel yang ada cerita korea saya balun. Mungkin ini semua cerita lama, tapi saya layan aje lah. Cerita yang sedang dimainkan muka televisyen sekarang ini kan contohnya Marry Me, Mary. Best juga cerita ni. Ala, muka pelakon semuanya flawless giler. Nak nampak jerawat satu pun susah. Lepas tu muka pelakon lelaki pulak, alahai. Macam guna pemadam padam semua blackhead dorang. HAHAHA. Produk apa yang dorang guna eh??? Curious nak tahu. Lepas tu, pakaian memang k-pop giler. Rambut macam tak basuh selama seminggu. Tapi muka maintain aje comel. 

Lepas tu kan, kalau buka NTV7 setiap Isnin dan Selasa, 8.30pm. Ada pula cerita Dignity apa entah. Urmm, Gentleman's Dignity kot tajuk dia. Ah! Korang google la sendiri. Perempuan tu cantik sangat. Kalau bercerita rasanya esok pun tak akan habis. Dia mengisahkan tentang 4 sahabat lelaki yang dah berumur 40an macam tu. Sekarang semua dah berkerjaya. Bila tengok cerita ni, memang gelak sensorang sebab perempuan tu selalu buat muka blur! Lepas tu main cakap aje apa yang dia nak cakap. Mungkin saya tak reti nak bercerita, tapi kalau korang tengok sure menarik punya :)

Dan lain-lain lagi. HAHAHA. 

5. Semalam saya rasa nak SANGAT-SANGAT makan pizza. Mulanya saya ke Batu Buruk, kononnya nak cari pizza kat sana. Tapi malangnya kedai tu tutup. Jadinya, saya bergerak lagi hampir ke seluruh kawasan bandar Kuala Terengganu saya jelajah. Bajet nak makan sangat la tu. Lepas tu terus ke Pizza Hut. Order Pizza Super Supreme dan juga meatballs (carbonara sos). Balik aje rumah nampak kereta adik 1 ada kat rumah. Semua orang ada kat rumah. Abang 2 saya dah balik rupanya, tadi dia keluar. Alaaa, baru aje nak balun pizza tu dengan bapaknda saya aje. HAHAHA. Niat jahat ar! Last, kami makan beramai-ramai. Yang penting saya dapat dua slices! Meatballs makan sensorang. Ahakkzz! 

Ok lah, saya penat. Mahu balik sudah. Semalam dah plan nak balik sebelum petang. Konon nak layan cerita lama, Konstabel Mamat. Tengok iklan macam best aje. Cerita zaman dulu seronok tau kalau layan. Boleh tengok fesyen rambut dorang, pakaian dorang. Yang penting idea cerita dulu memang terbaikkkk! Tengok aje lah cerita Darah Satria. Kalau zaman sekarang, mungkin boleh aje mereka buat, tapi tak kan sama dengan yang lama. 

Ok lah, nak balik. Assalamualaikum :)



Monday, April 8, 2013

Kesosialan Media [Entri Penuh]

Ok, kita sambung cerita yang nak diceritakan petang semalam.

Dewasa ini, kita telah dilambakkan dengan pelbagai jaringan sosial yang tak terkejar oleh diri kita. Sebut sahaja Friendster, Facebook, Myspace semua orang tahu. Itu beberapa tahun dahulu. Dah lama sangat tu semua. Saya sekadar menyebut beberapa nama sahaja. Namun, di era yang serba canggih sekarang. Era di mana handphone sentiasa di tangan, jari sentiasa di muka screen. Memang makin beranak pinak lah media sosial yang tumbuh. Antara yang terkini ialah Instagram, Keek.

Saya turut terjebak. Cumanya Keek itu belum saya explore, dah install cuma belum saya sign in belum saya berbuat apa-apa.

Point di sini ialah saya ingin bercakap mengenai facebook sahaja. Maaflah, kalau mukadimmah saya berjela kerana idea kebetulan agak banyak. HEHEHE.

1. Beberapa minggu yang lalu, ada kawan lama menelefon atas urusan kerja. Selepas kami bercakap mengenai kerja. Lalu ditanya mengenai ketidaknampakan saya di dalam alam facebook. Sudah lama katanya saya tidak timbul di situ. Saya katakan, bahawa saya sudah menyahaktifkan facebook tersebut. Dia tanya kenapa.  Tidak lah saya nyatakan alasan dengan panjang lebar kepadanya. Last dia cakap, orang add, kita approve aje. Terima kasih kawan sebab sangat sporting.

2. Minggu yang lalu juga, seorang kawan lama juga ingin menambah saya sebagai kenalan atau dalam erti kata lain, add friend.

Sebelum itu memang ada kawan yang saya kenali nak menyenaraikan saya sebagai kawan mereka, namun saya buat derk ajelah. Sebab banyak implikasinya. Kalau kita accept yang ini, yang itu akan terasa. Jadi saya tak nak lah buang masa letakkan diri saya dalam keadaan serba salah macam tu. Macam tak ada kerja cari kerja.

Selepas 2 kejadian tersebut, err bukanlah kejadian sangat pun. Cuma lebih kepada peristiwa tersebut. Saya duduk berfikir sambil lalu. Maksudnya tak ada lah berfikir secara serius sangat.

Tahun lalu, pada bulan April. Saya telah menyahaktifkan facebook saya dan membuka akaun yang baru.

Perkara ini berlaku lebih cepat dari apa yang saya rancangkan. Entahlah, seingat saya. Ada satu hari tu, saya macam berfikir apa yang saya mahu sebenarnya. Lebih kurang macam tu la.

Saya sebenarnya cepat bosan dengan benda yang berlebihan. 

Antara persoalan yang saya fikir pada masa tersebut ialah 'aku tak berapa minat nak tahu hal perkembangan semua orang'. Aha! Bunyi macam sombong kan?

Dan-dan pada malam 17 April 2011, jika saya tak silap date la kan. Saya terus sign in akaun baru. Akaun lama saya deactivated. Tapi saya ambil yang untuk temporary. Sebab saya SAYANG nak delete terus macam tu. LOL. Sebab kat dalam tu ramai kawan-kawan dan orang-orang yang saya kagumi. 

Berbalik pada cerita akaun baru. Saya mula like dan add ahli keluarga dan beberapa kawan rapat. Yang betul-betul rapat. Cukuplah akaun pertama saya mempunyai senarai rakan seramai 500+. Angka ini mungkin sedikit bagi sesetengah orang namun bagi saya, ianya angka yang agak besar. Agak sukar untuk saya mengawal.  Memang saya kenal namun tak semua cerita kita mereka perlu tahu. Tak semua gambar kita mereka perlu lihat. Contoh, apabila kita memuat naik gambar. Kita terpaksa control kepada siapa yang kita nak tunjuk. Kepada siapa yang perlu kita hide. Sedikit bosan di situ. 

Dan saya sendiri lebih tahu apa yang saya inginkan. Saya bukanlah seorang yang ingin sangat mengetahui hal ehwal semua orang. Tak semua orang. 

Pada mula saya buka akaun baru. Oleh kerana kawan-kawan yang ada tak ramai. Page yang saya like pun tak ada lah banyak sangat. Jadi saya mula rasa BOSAN! Jadinya, HEHEHE. Saya buka balik akaun lama untuk 1 jam macam tu pada hari-hari yang saya rasakan bosan dengan akaun baru.

Lama kelamaan, saya memang langsung dah tak buka akaun lama. Pernah saya sign in akaun lama, namun ianya memakan masa 24 jam kalau tak silap untuk diaktifkan. Nampak sangat la saya dah biasa dengan akaun baru. Dah serasi dengan akaun baru. Dah tak rasa ada akaun lain lagi. 

Hinggalah 2 peristiwa tersebut yang membuatkan saya terfikir untuk menjenguk rumah lama kembali. HAHAHA. Entah password apa yang saya gunakan. Email rasanya, mungkin saya ingat lagi kot. Entahlah. Tak ada sebab yang konkrit untuk hal ini. Saya tak pasti kenapa saya tidak mempunyai ending yang jelas dalam entry ni.

Moralnya, setiap orang mempunyai alasan dan pandangan yang tersendiri mengenai apa yang mereka lakukan. Dan bagi saya itu tak salah dan terpulang lah pada tuan empunya badan.




Saturday, April 6, 2013

Kesosialan Media

Sementara menantikan jadual siap dijana. Eh, dah siap pun. HAHAHA. Dari tadi duk melangut, baru aje nak menulis. Ngam-ngam siap. Nanti saya sambung eh :)