Wednesday, May 29, 2013

Diari Sabtuday

Ke hadapan MPS yang saya sayangi. Ecewah. Patut kalau tulisan macam ni, patut ditulis kat dalam diari ijo dan bukannya kat diari online ni. Eh, MPS dah jadi diari online la pulak. A'aa, baru je naikkan martabat MPS ni.

Tajuk yang saya gunakan kat atas pernah dijadikan tajuk untuk entry sebelum ini. Kiranya tajuk kitar semula aje lah eh, tapi content dia saya tak kitar.

Pagi
Bermula pagi Sabtu itu, saya bersiap-sedia untuk keluar. Pada mulanya hajat saya untuk mengambil ayahanda saya di sekolahnya. Namun demikian hasrat itu tidak menjadi kenyataan apabila kakak ipar 2 memaklumkan bahawa ayahanda saya tidak berkerja pada hari ini. Jadi niat asal berubah kepada niat sampingan iaitu untuk turun ke bandar Kuala Terengganu.

Diariku MPS.

Tahukah kamu bahawa ada hajat-hajat yang telah saya pendamkan, terpendam terlalu lama namun saya harus akur dengan keadaan. 

Laptop yang saya buka pada beberapa hari sebelum hari Sabtu. Eh, hari semalam lah yakni hari Jumaat. Keinginan yang telah lama saya ingin lakukan iaitu menulis blog dengan laptop ni. Haish! Hanya mampu saya buka macam ni. Saya renung lama-lama. Last, saya instagramkan hasrat saya.

'Tetiba RINDU nak buka laptop. Nak berfb di laptop. Nak save gambar dalam ni. Nak baca input-input dalam internet. Hehehe. Padahal nak baca isu yang menarik je. Nak menaip dalam ni. Laptop dah kembali sihat selepas caj rawatan RM260. FUHH!! Oleh itu jangan sesuka hati simpan gambar dalam pictures. Bila hard disc rosak. Memang habis semua gambar. #sedih. Jangan bagi D penuh sampai takde space. Sebelum save file. Scan dulu takut ada virus kan. Hahaha. Tiba-tiba jadi pesanan pulok ;)'
[caption gambar saya tak edit, saya copy sebijik-sebijik]

Fakta:
  • Saya memang sedih sebab gambar kat dalam semuanya dah hilang. Malas ar nak ingat semua ni.
  • Saya kena install semula cara penggunaan awal broadband sebelum saya boleh guna broadband balik. Yelah, bila dah tukar hard disc, semuanya kan baru. Laptop memang tak ada apa-apa kat dalam. Err, kalau ada pun hanyalah gambar [sisa-sisa gambar yang sempat diselamatkan. mode : sedih lagi].
Err, cerita laptop tetiba pulak jadi cerita selingan. Itu bukan diari sabtuday sangat tu. HAHAHA. Baru terperasan.

Tengahari

Selepas withdraw duit saya terus ke kedai kasut. Mode: HAPPY!Sebab terlalu happy kita warnakan ayat itu siap-siap. Happy la sebab ini dah kali kedua saya ke kedai kasut ni. Masa mula datang, kasut yang saya nak takde. Sebab dah out of stock. Kali kedua datang, Alhamdulillah stock baru sampai. Size yang saya nak ada :) Bertambah la gembira.

Selepas dah selesai membeli di kedai kasut, saya terus ke Celcom Centre. Broadband dah lama buat hal. Asyik putus aje linenya. Jadi kita tukar brodband baru. Rupanya proses nak tukar broadband ni tak adalah susah mana. Isi borang, lepas tu dia bagi simcard baru. FOC! Woo. Suka hati.

Dah selesai hal simcard broadband, saya terus ke Klinik Hamidah. HEHEHE. Bayar baki braces. Ada lagi bayaran yang tak jelas. 

Selepas selesai hal bayaran tu, saya terus ke Mydin. Mydin ni, kalau kat KT urmmm, boleh lah diumpamakan macam Pavilion. HAHAHA. 

Dalam perjalanan ke Mydin. Oleh kerana sekarang kan cuti sekolah dah bermula. Maka kesesakan pun bermula jugalah di jalan Pasar Payang ni. Aduss! Jenuh la juga, sebab saya nak ke Mydin semata-mata nak beli hanger aje. LOL. Jauh benor nak dibeli hanger. Saya sanggup nak datang sini sebab hanger baju kat lain tak cantik. Lagipun saya dah beli hanger yang sebelum ni kat sini. Jadinya nak beli yang sama juga! Hijau dan Pink :)

Selesai membeli, terus ke KFC. Dah mengidam sangat nak makan ayam dia tu.

Selesai membeli KFC terus pulang rumah.


Ini rupa simcard baru. Nak juga tunjuk. LOL


Tiada lagi ayat-ayat yang menjengkelkan hati 'contact customer service-simcard crash-bla bla-'.


Cheezy wedges yang sangat gorgeous! HAHAHA. Makanan pun gorgeous juga, hai tak tahu la apa maknanya. Err, bodek tahap langit biru la tu. Tapi serious, sedap sampai licin saya kerjakan.


Masa membeli tu kan, kebetulan promosi untuk sos korea ke apa ke benda entah, masih berlangsung. Jadi saya hanya beli yang snack plate aje. Satu saya ambil yang original dan satu lagi saya ambil [terpaksa] yang korea crunch ni. Tak tahu la macam mana rasa dia, sebab saya tak makan. Saya kasi kat ayahanda. HAHAHA. Jahat! Jenis tak mencuba benda-benda baru, jadi orang lain yang jadi mangsa. Saya sempat tanya adik kat kaunter tu, dia cakap dalam 1 minggu lagi habis lah promosi ni. Ayoo, lama juga eh promo ni. Padahal tak perlu buat pun tak apa. Sebab yang spicy tu dah kira ok dah.


Wedges baru. HEHEHE. Tahu tak, sejak saya berwedges ni kan. Bila nak alih angin pakai high heels, eh jadi dah tak biasa. Terasa lenguh, terasa macam tak best. Macam ruginya high heels saya yang ada sebelum ni. Dah tak boleh nak pakai. 


Ini untuk gambaran yang lebih jelas. Harga nya pun ok lah. Sebab memang tahan lasak. [refer kepada wedges brand sama yang saya dah beli]. Saya pakai balun je. Redah hujan, redah lopak air sampai dah menggelupas. HAHAHA. Macam kulit muka la pulak. 

Ok lah, sampai sini dulu la diari sabtuday. Dah macam rojak la pulak. Ini lah bila dah dapat keyboard mulalah macam-macam yang nak saya taip. Jadinya, adalah lebih baik saya berhenti dulu. Nak kena fikir candy crush saya yang tak naik-naik levelnya. Dah stuck untuk hari kedua. Urmm. Oklah. nanti-nanti saya berdiari lagi. Kalau anak buah baca ni, mesti nak tulis diari juga. HAHAHA. OOoiii!



Monday, May 27, 2013

Ujian . Bala

Baru-baru ni terbaca kat facebook. Lebih kurang macam ni la ayat dia. Kalau saya silap perbetulkan eh.

Jika dugaan yang diberikan kepada kita itu, semakin mendekatkan kita kepada Allah. Itu UJIAN. Sekiranya dugaan yang melanda kita semakin menjauhkan kita daripada Allah. Itu BALA. Sebelum ni, saya ingatkan apa jua perkara yang tak best yang kita lalui ialah ujian. Kan biasa orang akan cakap, sabarlah itu semua ujian tu. Rupanya kalau ianya menyebabkan kita semakin menjarakkan daripada Allah rupanya ianya bala/musibah. Nauzubillah [yang saya faham : yang sebabkan kita semakin lalai, sama je amal ibadah kita atau tiada apa-apa kesan kat kita] 

Monday, May 20, 2013

Candy Crush Saga [CCS]

Rasanya topik ni sangat mengujakan. Eheh. Rasanya sebelum ni cerita korea pun mengujakan juga. Tapi ini lain. Serious lain. Tak sama. Hari ni saya akan bercerita tentang game. Online game. Yang perlu hanyalah di download sahaja di dalam handphone masing-masing.

Ok adik-adik, tuan puan sekalian. Marilah saya menerangkan dengan lebih details perihal game ni. Jangan bimbang, saya tak kenakan sebarang caj atau saya juga tidak mendapat apa-apa komisen daripada entry ini. Entry ini dihasilkan bagi berkongsi rasa gembira, seronok dan sungguh bersemangat dan apa-apa lagi ayat lah, yang tak mampu saya tuliskan lagi di sini. Ah, kelihatan terlalu panjang pula penerangan ini. Tak mengapa, ini baru mukadimmah. Jadi. Adakah anda sanggup menghabiskan pembacaan anda? Jika ya, teruskan. Jika tidak sanggup. Ok. Duduk diam-diam. HAHAHA.

Bila bercakap mengenai game. Saya bukanlah peminat tegar dalam apa jua lapangan game ni. Setakat ini, game yang pernah saya terjebak untuk beberapa ketika ialah game ini. Nah link nya. Pernah saya tulis ketika di 2011 yang lalu Online Games 

Namun selepas berwhatsapp dengan rakan-rakan. Err, pada mulanya kami duk bercerita apa entah. Namun salah seorang kawan mengeluarkan cerita tentang CCS ini. Dia khabarkan kepada kami, dia sedang ralit melayan benda alah ni. Jadi kami dengan teruja turut memuat turunkan game tersebut. Kononlah kan, nak menghayati setakat mana best nya. Yelah, sampai kawan kami ni beria bercerita. Jadi kami selamat mendownload game tu.

Pada mulanya, saya hanya bermain membuta tuli. Dah nama nya tak reti tak menghayati game. Manalah saya tahu kan. Tak faham juga bilamana nyawa dah habis. Memang langsung tak faham. Hinggalah beberapa level  yang telah saya takluki. Barulah minda sedikit berkembang dan cerah umpama mentari di siang hari.

'Ooo macam ni gayanya'. Ok, terus atur strategi.

Yang bestnya game ni, kita boleh tengok kawan-kawan kita di tahap mana. Jadinya kami saling kejar mengejar. Kau kejar aku, lepas tu aku pulak yang kejar engkau. Lepas tu sama-sama stuck! HAHAHA. 

Kalau perasan, kat atas tu ada mesej yang akan memaklumkan bahawa adalah tu kawan-kawan yang bagi nyawa atau mintak nyawa. Biasanya kita bagi je lah.


Antara level yang saya agak sukar. Sebab coklat tu cepat sangat lah beranak nya. Membiak dengan jayanya sampai menenggelamkan candys yang lain. Grrr!


Lucu sangat! Sempat lagi member hantar gambar through whatsapp. Ucap terima kasih sebab bagi nyawa. Saya tergelak bagai nak rak. Saya cakap kat kawan saya, anggaplah game ni sebagai sukan untuk kita. HAHAHA. Nak jogging malas, nak bersukan futsal ke apa, dah memang tutup buku dah. Ini ajelah sukan yang boleh kami ceburi. 


95. Ini antara level yang makin susah. Saya terdampar kat sini hampir beberapa hari. Nasib agak baik, akhirnya berjaya melepasi diri dari kekangan yang menyeksakan raga ku ini. Fuh!! Kalau perasan, bintang-bintang kat bawah level tu menunjukkan tahap mana mata yang kita pungut.


HEHEHE. Ini saya print screen untuk diminta nasihat. LOL. Saya bermain di level ini tanpa arah tuju disebabkan tak boleh nak turunkan buah-buah tu semua. Jenuh mencuba pelbagai cara, tapi tak berjaya. Jadi saya minta tolong dengan cousin saya yang dah beratus-ratus level nya untuk menolong, apa yang level ni nak sebenarnya? Macam mana yang perlu kita buat. Tolong bagi advise pun dah kira baik la.


Macam biasa, bila sembang-sembang kat group mesti ada topik CCS. HAHAHA! Kami dah ditahap kronik oo.


Gambar terpaksa di censorkan sebab muka saya agak terpampang. Yang penting tengok Afiq senyum. Bahagia sekali!
Satu malam tu, saya dah ada nyawa untuk teruskan game ni. FULL [total 5 lives]. Jadinya memang ralit la nak melayan. Lampu rumah dah dipadamkan sebab semua orang dah nak tidur. Eh eh, tiba-tiba Afiq datang.  Dia keluar dari bilik. Mengendeng-ngendeng kat tepi saya. 

Afiq gi la tidur. Cikda nak main game ni. Jangan kacau, orang tengah genting ni!! Hishhh!
[saya memang bercakap dengan Afiq macam dia faham. Macam la dia tu dah besar. Macam la dia tu angguk dan akan beredar masuk dalam bilik. Macam lah. Sebab saya tak berapa gemar nak cakap pelat apa ke benda dengan budak-budak kecuali untuk pujuk ke apa].
Nak tahu Afiq buat apa? HAHAHA.
Jari dia sibuk juga nak tolong swipekan candy tu semua. Dia langsung tak berganjak. Nak juga sama-sama tolong saya bermain game ni. Dahla mulut asyik berbunyi bahasa dia la. Susah nak tulis bahasa tu. Tapi saya faham sebab ianya membawa maksud. Kat situ, kat situ. Haa itu pulak. HAHAHA. Tetiba terel memahami bahasa kanak-kanak 2 tahun.

Ok sekalian, silalah mencuba game yang terhebat ini. BESTTT! Budak pejabat saya cakap 'seingat dia, Kak Aida minat game ikan tu je. Lepas tu, sekarang ni game CCS ni pulak'. HAHAHA. Betapa saya memang tak berapa minat dengan game, tapi kalau jumpa dengan game yang in dengan diri. Memang masaklah game tu saya kerjakan. 

Kalau nak tahu, apa yang boleh kita dapat dari sukan ni ialah:

ADVANTAGE:
1. Menanamkan sikap tolong menolong. Kalau kawan kita stuck di satu-satu level tu, bila dia minta nyawa. Kita kasi lah. Jangan kedekut. Jangan selfish! Kita sama-sama menuju ke arah yang satu iaitu habiskan juga cabaran ni. Tak kiralah berapa lama masa yang di ambil. HAHAHA. Tegar eh kamu!

2. Sikap sabar. Memang sangat mencabar jiwa. Bayangkan, untuk satu nyawa kita perlu menunggu selama 30 minit. Jadi untuk 5 nyawa [full], korang darablah sendiri berapa lama yang perlu kita tunggu. Dalam menunggu tu kan, terasa sangat lah lama. Sangatlah EEE! Sedangkan, bila dah dapat nyawa. Aih, senang-senang aje kita gagal dalam melaksanakan misi di level tersebut. Frust tau. Tapi tak mengapa, teruskan langkahmu kawan. 

3. Level yang ada kat dalam game ni mencecah 335. Saya baru aje sampai 100+ kot. HEHEHE. Yelah baru start main kan. Kat dalam game ni, ada yang senang ada level yang susah. Sama la juga dengan kehidupan kita. Ada masa kita senang, ada masa susah. Namun jangan pernah berputus asa. InsyaAllah ada jalannya. Yang penting never say YES to GIVE UP!! Cuba juga walaupun kita  dah beberapa kali gagal. Walaupun kita dah rasa macam dah hilang semangat nak teruskan game/life ni. Teruskan juga sampai berjaya.

4. Fokus! Kepala otak kita sentiasa berkerja. Berfikir macam mana nak bagi lepas halangan yang perlu kita hadapi. Masa ni kan, fokus yang tinggi amatlah diperlukan. Terlambat sikit aje, korang dah boleh hilang nyawa atau terlepas peluang untuk membuat satu dentuman yang menarik. HEHEHE.

5. Bertenang. Jangan kalut-kalut. Sebab strategi perlu oo untuk kita sediakan solutions untuk di setiap level. 

Dan lain-lain lagi. Sebab setakat itu aje yang saya rasai semasa main game ni.

Apa-pun, banyak komitmen oo perlu kita luangkan untuk game ni. HAHAHA. Kadang-kadang terasa macam buang masa. Tapi pandai-pandai la korang manage masa tu macam mana. Masa itu sentiasa ada, cuma kita aje yang tak pandai kan? Err! Terasa.


Thursday, May 16, 2013

Call of the Country

... atau dikenali dengan Secret Agent Miss Oh-aida. HAHAHA. Mula-mula menulis dah start perasan tahap gabang!  Sangat teruja untuk menceritakan kisah bersiri ni. Selepas drama bersiri Marry Me Marry dah habis, KBS meneruskan tayangan drama bersiri SAMO. Ending cerita MMM entah macam mana. Saya banyak terlepas cerita dia di saat-saat akhir. Ok, untuk cerita SAMO nih, episod pertama saya tak tengok. Tengok-tengok dah terlepas beberapa episod. Maklumlah, ketika tu demam pilihanraya sangat mendadak naik suhunya. Panas menggelegak. Kalau letak telur kat dalam air mesti telur tu masak. Bukan separuh masak dah, masak tahap kulit telur tu pecah. Pernah tengok tak?? Kalau tak pernah, cuba la try kat rumah. Tak merbahaya pun. Serious! Jangan bimbang untuk mencuba.


Saya sangat suka gandingan mereka berdua. Siap letak dalam instagram gambar mereka. Siap dengan caption cuba menghasut secara halus kepada kawan-kawan agar menonton bersama-sama di televisyen masing-masing. Semoga rasa kebestan itu dapat dirasai dan diagihkan kepada kawan-kawan sekalian. Rasanya hasutan tu sampai kot kat kawan-kawan. HAHAHA. Mana saya tahu? Ala, baca komen dorang. Tahu la dorang pun akan try tengok. Ah, kalau mereka tak nak tengok, itu tak menjadi hal. Yang penting saya tengok. Yaahhh! Oh ya, ini cerita dah lama punya. Tapi biasalah saya baru nontonnya ok. Jadi agak keriuhan padahal mungkin biasa-biasa aje kan? HEHEHE.


Ini gandingan mereka berempat. Dua disebelah kanan bukan main actors ok. Urmm, kiranya mereka pentinglah juga, namun di sebelah kiri lebih penting peranannya. Miss Oh sangat cantik dengan gaun merah dia. Oh sorry, gambar agak seksi!


Synopsis
 Oh Ha Na is a lowly policewoman who lacks a sense of duty and believes that it is worth bending the rules in order to achieve your aims. She meets and begins to investigate Go Jin Hyuk, an elite intelligence agent, and they clash instantly based on their different morals. Their initial dislike of each other masks their romantic attraction, but this development is hindered by the existence of Choi Eun Seo, Jin Hyuk’s first love.
Saya cepat suka pada cerita yang memaparkan perempuan di dalam keadaan yang blur. HAHAHA. Macam tak tentu arah, pot pet pot pet. Typical woman dengan yaah typical man yang banyak sisi misteri. Apa yang saya cuba sampaikan ini ha?? Dalam cerita ni, korang boleh lah tengok si Miss Oh tu banyak cekadak la sikit. Manakala agent Ko pulak... [urmmmm]. Susah lah nak terangkan macam mana sebab dia sangat abstrak yoo.

Sombong itu kadang-kadang menarik kan? 

LOL.

Ok, korang boleh tengok cerita ni setiap hari Isnin-Sabtu kot. Ok, hari mungkin tak berapa tepat. Tapi kalau masa mungkin agak tepat lah iaitu setiap malam jam 11.24 pm. Lebih tepat lagi di channel KBS 391. Kalau korang tak rasa mengantuk, tidak tewas kepada panggilan bantal dan selimut dan katil. Maka selamat menonton. Errr, saya tidak bertanggungjawab jikalau cerita ini tidak best di pandangan anda semua. Sebab bagi saya, saya SUKA!! HAHAHA. Boleh kan macam ni? *_*


Sunday, May 12, 2013

Keyboard Beku


Keyboard memang lah beku. Berada di depan papan kekunci. Namun tiada apa-apa yang boleh dikarang. Saya membelek album yang menyimpan gambar  2013 dan sisa-sisa album campur di tahun sebelum 2013. p/s: Gambar lama yang ada dalam simpanan saje la upload sebab nampak cantik. Entah page apa saya buka. Tak sure motivasi pasal apa. Sebab dah lama sangat tu.

Menulis memerlukan idea bagi menghasilkan satu penceritaan. Sejak laptop mengalami masalah, saya turut terseret berada di dalam zon lemau. HUHUHU. Lemau ar nak menulis. 

Nanti lah, nanti lah bila saya dah dapat semangat baru boleh lah saya berkongsi cerita. Semangat tak kan datang bergolek. Ianya datang dengan azam di hati.

Noktah.

Thursday, May 9, 2013

Pesanan

Kita datang dengan tangan kosong

Kita datang ke dunia dengan tangan kosong dan tidak membawa sebarang harta, kita akan pergi juga dengan kosong dengan tidak membawa bekalan harta yang dikumpul. Semua kita ini adalah bakal jenazah.

Ramai yang cuba mendapatkan segalanya untuk membuktikan bahawa mereka mempunyai sesuatu. Akan tetapi, pada ha-kikatnya, kita tidak mempunyai apa-apa.

Sebenarnya kita tidak pernah memilik apa-apa. Segalanya hanyalah dipinjam daripada Allah - termasuklah jasad badan.

Kita merasakan bahawa sesuatu itu dimiliki kita. Tapi sebe-narnya tidak, semuanya hanya pinjaman sementara.Manusia menangis bukan kerana kita hilang sesuatu - manusia menangis kerana sesuatu yang diharapkan tidak datang.

Kita tidak merindui orang yang telah meninggalkan kita, kita hanya merindui kenangan bersama. Dan kita jugalah yang melabelkan kenangan itu manis ataupun pahit.

Ingatlah sentiasa kita datang ke dunia ini dengan tangan kosong. Tiada siapa yang boleh melukakan hati kita, melainkan diizinkan diri kita sendiri.Tiada siapa yang menyinggung kita, hanya kita yang izinkan diri kita disinggung.

Dua perkara ini akan dapat difahami sekiranya seseorang itu faham bahawa dia datang dangan tangan kosong, segalanya hanyalah pinjaman sementara sebelum dia kembali dengan tangan kosong.

(Quran 82: 17-19)
“Tahukah kamu akan hari Din (hari pembalasan) itu? Sekali lagi tahukah kamu akan hari Din itu? (Iaitu) hari seseorang tidak berdaya untuk menolong orang lain. Dan segala urusan pada hari itu dalam kekuasaan Allah”.

Beringatlah pada Allah selalu. SENYUM.

source: FB TITM


Monday, May 6, 2013

PRU13

Dari petang Sabtu lagi sebelum PRU13 berlangsung, saya meronta-ronta tak sabar-sabar mahu menulis mengenai PRU13 ini. Namun, keadaan laptop saya yang dah pulih namun ada sedikit masalah nak log in blogger. Sebab saya baru je tukar password, bila guna password baru macam tak sah la pulak. Tapi dah setel tadi. Alhamdulillah. PRU adalah satu proses [macam hari raya] yang sememangnya menjanjikan pelbagai cerita, peristiwa kepada kita semua kerana ianya akan membuahkan hasil yang satu. Ya, satu yakni mencari pemimpin untuk kita. Pemimpin yang akan kita amanahkan untuk mereka memikul tanggungjawab yang bukan sedikit. Beratnya hanya mereka yang memikulnya sahaja yang tahu.

Pagi tadi, saya duk meneliti pelbagai ceritera di dalam facebook. Saya juga buka blog. Salah satu blog tersebut ialah blog Rina Salleh. Saya tak boleh nak kata tidak dengan kata-kata beliau. Saya sangat bersetuju kerana itu lah saya copy pastekan entry beliau di sini [tanpa kebenaran. Uhuk]. 

**********

Ya saya anak muda mentah. Kami masih mentah. Namun mentah kami bukan mentah yang boleh digulai lemakkan. Jika ya anda rasa anda lebih berpengalaman, lebih tahu sejarah, lebih menyayangi agama dan bangsa, lebih tahu erti perjuangan, lebih segalanya, maka tunjukkan contoh yang baik kepada kami bagaimana seharusnya kami anak-anak muda mentah ini harus menghargai hidup dan bersyukur.

Andai kata-kata yang dilontar dan dihambur sama saja seperti anak-anak mentah,
Andai tindakan pantas saja menuding jari dan menunjukkan amarah,
Jadi bagaimana dapat kami percaya dan ikut?
Dimana kepimpinan melalui tauladan yang cuba ditonjolkan?
Dimana kebijaksanaan akal dan sikap mulia untuk kami teladani?

Pimpin dan bawa kami anak-anak mentah ini dengan sikap, tindakan, kata-kata dan tingkahlaku anda selayakknya seorang yang lebih tua dan dihormati.

Kami anak muda mentah inilah yang akan membawa negara maju ke depan. Kerana kami percaya usaha dan rezeki kami di beri oleh Allah melalui kekayaan dan kemakmuran negara ini. Sejarah menjadikan kami lebih berhati-hati dan berfikiran matang. Sejarah yang telah di cipta oleh orang-orang tua kami.

Kami anak muda mentah tidak menolak kenikmatan hidup yang sedia ada. Inilah negara kami, tanah tumpah perjuangan kami. Kerana sayang kami inginkan suatu pembaharuan, didikan rohani, penguasaan Amal Makruf Nahi Mungkar, kegemilangan pemerintahan Islam.

Kami anak muda mentah memang mudah termakan janji, namun janji yang kami pilih adalah janji pemimpin yang akan membawa kami menghayati hidup di dunia untuk dibawa ke akhirat.