Wednesday, July 31, 2013

-

pagi satu tika dulu : lembah bidong : pak teh & kami-kami sedang cari remis

Tuesday, July 30, 2013

According to Instagram

#lifelately #mylife

Kan saya dah cakap yang sekarang saya banyak RAJIN. Ahaks! Esok esok bolum tontu laie :) Dah lama nak buat entry macam gini, tapi tak terbuat. Kerana di instag saya agak rajin untuk upload gambar berbanding facebook. Facebook untuk update status sesuka hati namun adakala memuakkan. Instag pula saya suka usha gambar. Bukan gambar orang [wajah manusia] namun gambar pemandangan, keindahan alam. Oh ya, Tizz Zaqyah sangat pandai mengambil gambar yang cantik-cantik. Sangat berseni lah dia. Barulah tahu kelebihan dia kat situ. Saya tak jemu nak tengok gambar dia. Ah melalut sudah. Saya banyak mengikuti instag mereka-mereka yang pandai captured gambar yang saya rasa saya suka lihat. Harapnya nanti saya pandai ambil gambar dengan berkualiti. Eheh! P/s: saya selalu cakap pasal instag namun saya bukan ingin menambah rakan. HAHAHA. Sorry sebab telus sungguh menulis. Kerana bagi saya, instag ini sangat privacy [nada poyo]. Kan saya dah cakap, kadang kala saya tak reti nak jaga ayat. Mungkin kedengaran sinis tapi ianya tak bermaksud apa-apa melainkan peringatan aje. Yelah, yelah :)

Ok dah, jangan cakap banyak. Ini liku-liku kehidupanku untuk bulan Julai 2013.

  1. Masa lunch hour, kami ke Avon. Lepas tu ke butik sebelah. Saya ni punya perangai suka, gemor sangat nak try baju. Rasa berkenan namun tak beli la kot. HAHAHA. Baju ni sangat cantik, terletak je kat diri sendiri dan size sesuai sangat. Peplum namun tak adalah ketat sangat tapi kan, masih lagi rasa tak selesa. Jadi berkira-kira dan mencongak lalu saya tak beli :) Ada satu gambar dress tapi saya dah delete. Bila dah tengok gambar baru lah perasan.
  2. Sebelum Ramadan lalu, kami dah berpakat nak makan beramai-ramai. Lalu kami ke Giant menikmati hidangan yang menjadi pilihan selera. Air bandung ni tak boleh nak lawan dengan bandung 3 layers.
  3. Nak sangat makan bunga durian. Lantas saya tempah dengan kawan makcik saya dalam 100 keping macam tu. 
  4. Makan sepuas hati bunga durian. Sangat bersyukur dapat menikmatinya sebab nak tunggu raya lambat lagi. Masa dah tinggal sikit tu kan, mulalah otak berfikir macam kartun. Kan best kalau ada separuh lagi bla bla boleh makan lagi bla bla. LOL! 
  5. Saya bercuti pada Ahad 7 Julai dan ke Giant, lepas tu pergi ke rumah makcik bla bla.. [kalau anda rajin sila rujuk entry lepas sebab kat situ ada kesinambungan cerita]
  6. Ini memang kerja si bertuah aidalela. Beria membeli 3 helai halfmoon shawl. Bila dah dapat, saya tak berkenan dengan material dia. Kainnya agak jarang, tapi tak adalah jarang giler. Bagi saya jarang lah kot. Lantas terus instagramkan dia untuk DIJUAL!!  pada hari sama saya dapat parcel ni. Jangan main-main lah kalau saya tak berkenan. Lepas tu kan duk fikir, kita selalu tertipu dengan 'jenama' butik. Butik yang bagus adakala. Adakala ye, baca betul-betul. Ianya tidak menjanjikan yang bagus juga kepada kita. Alhamdulillah, saya dapat jual 2 helai dan satu helai lagi, terpaksalah pakai. Nekad oo tak nak shopping online dah. Cukup sampai sini sahaja. Malam tu kan, ada member whatsapp cakap pasal satu instag yang jual tudung yang cun. Eh eh terus je beli. HAHA! Nekad itu berkecai. Bila dah dapat tudung tu kan, urmm agak kuciwa kerana jahitan dia agak kurang kemas. Kain dia pun tak adalah tebal mana. Kerana inilah, saya telah nekad untuk membeli kain yang lagi ok untuk menjahit sendiri selendang yang diimpikan. Hanya kita yang memahami diri kita :) InsyaAllah nanti saya ceritakan ye.
  7. Kejadian melanggar seekor haiwan. Rujuk entry yang lalu juga eh. Sebenarnya gambar ini terlebih dahulu saya upload dalam instag berbanding bercerita kat MPS ni. Sebab kat instag kita tulis sikit-sikit aje, kalau kat MPS ni kena banyak idea, kena bertenang barulah boleh pot pet pot pet.
  8. Menunggu waktu berbuka. Afiq memang kat situlah tempat dia. Tak puasa tapi tetap berbuka sama-sama. Dia tak wajib berpuasa pun. Rajin sangat tadah doa, padahal dia dah makan nasi dah. Makan dulu baru berdoa. Afiq afiq.
  9. Jumaat lalu pergi ke Kamdar untuk membeli baju raya bapaknda, untuk diri sendiri dan juga kain untuk dibuat tudung. Baju melayu yang saya pakai ni agak kecil la sikit. Tukar warna, tukar size terus bayar. Ada diskaun 50%. Murah sangatlah baju melayu sekarang. Untuk orang sekarang sebab banyak pilihan :) Oh ya, itu tangan Afiq. Dia ikut sama masuk fitting room.


10. Cukuplah Allah bagiku [kami] dan DIA adalah sebaik-baik pelindung.
11. Kereta kan kat bengkel. Pergi kerja dengan adik 1 naik motor. Dugaan di bulan Ramadan. Tetiba kena sengat dek lebah. Dah sampai pejabat, lepas tu selang sejam pergi ke klinik. Kena masukkan ubat melalui urat. Dua kali cucuk sebab jarum tak masuk dalam urat. LOL! Sakit tapi cuba cool kan diri, sebab tak boleh nak takut sangat. Doktor nak kasi MC, tapi tak naklah. Sebab Khamis balik awal. Jadi macam rugi la kan. Kan dah cakap, pepatah kata malang tak ada bau-bauan yang harum :) Penghapus dosa-dosa kecil. Syukur lah sebab Allah sayang.
12. Dah tak sabar nak pakai baju baru [refer nombor 9]. Lalu terus pakai di hari Selasa. Hari Selasa hari memakai baju baru, tiap-tiap Selasa baju baru [kalau ada baju baru]. Baju pula bulat-bulat putih tanah hijau. HAHAHA. Kawan pejabat cakap nak hantar ke Kuala Besut untuk PRU kecil. Baju ni diperbuat daripada cotton, memang lah saya suka benor.
13. Melipat sebahagian tudung bawal, tudung syiria, shawl dan lain-lain. Saya cuba elak untuk membeli tudung lagi dan lagi. Tetapi tewas. Kena cekalkan hati lagi :) Nanti saya post kenapa boleh beli lagi tudung-tudung tu semua eh. Ya Allah, kenapa banyak sangat nak cerita ni eh. Oh ok. MPS katanya. LOL!             



Monday, July 29, 2013

Si Kancil dan Si Vivi

Si kancil adalah kesayangan saya satu tika dulu. Kereta yang banyak menyaksikan susah payah saya untuk ke sana ke mari. Kereta yang saya beli selepas beberapa bulan berkerja. Kereta second hand yang bertuah memiliki saya sebagai tuannya. Eh bukan, bukan. Sebetulnya saya yang bertuah kerana memiliki kereta yang sehebat ini.

Saya pernah memberitahu, dalam sesetengah perkara saya agak cerewet untuk membeli. Lalu tentu ada yang bertanya, sekiranya cerewet kenapa second hand yang menjadi pilihan hati? Kenapa tidak dibeli sahaja kereta yang baru??

Beberapa tahun yang lalu, saya masih budak mentah yang mempunyai keinginan sendiri. Di ketika itu, kereta kancil bermodel baru telah selamat dikeluarkan oleh Perodua. Namun hati saya sedikit pun tidak berpaut. Tidak jatuh cinta sekalipun, tidak membuatkan saya dug dag dug dag. Tidak. Matlamat saya jelas dan teramat jelas pada waktu itu. Saya ingin memiliki kancil model lama yang saya rasakan lebih cantik di mata saya, lebih 'kancil' dari model baru. Kerana ini wajah kancil yang asal. Sulit untuk diperjelaskan namun diharap kalian memahaminya. Disebabkan model baru tidak menambat hati, itulah sebabnya saya memilih untuk membeli model lama.

Kakak 1 banyak membantu saya. Jasa dia memang saya akui, sebab dia rajin menerjah dari satu kedai ke satu kedai kereta terpakai sementara saya pula pergi kerja balik kerja. HAHA!

Akhirnya, dia memberitahu ada satu kereta yang masih ok lantas mengajak saya untuk melihat di kedai.

Selepas sampai ke kedai, saya melihat kereta biru itu dan terus suka. Cuma kan, dalam hati masih berkira-kira pasal harga. Saya akui tidak begitu memahami harga, tidak mengetahui dunia kereta.

Selepas banyak pertimbangan dibuat, saya akhirnya membeli si kancil biru ini dengan harga RM15,000.00. Selepas dicampur semua-semuanya adalah dalam puluh-puluh ribu yang perlu dilunaskan. 20k macam tu je. HEHEHE. Cakap puluh-puluh ribu macam lah 80k ke apa.


Satu petang, kereta yang diletakkan di parking mengalami kekotoran yang menyakitkan hati. Nak jadi kisah, biasalah setiap hari akan ada lori yang menyiram pokok bunga di tepi-tepi parking. Nasib tidak menyebelahi keretaku, habis semua percikan lumpur terkena belakang kereta. Bapaknda rajin tolong basuhkan lumpur tu semua. Masa tu saya duk bebel-bebel sebab marahkan orang yang siram pokok bunga tu. WEE! Kalau saya cakap saya sayangkan kereta ini, mak ayah saya lagi sayang kat kereta ni. Bukannya tak ada adik-beradik lain yang ada kereta. Entah, mungkin kereta ni ada depan mata. Sebab tu lah mereka sayang juga kot. Kalau ada kotor sikit-sikit pun, biasanya arwah mak [che] yang akan tolong lap atau apa-apa lah. Tapi tak ada lah sampai tahap basuh eh :)


Dulu saya sangat rajin basuh kereta ni. Tiap hari Jumaat maka akan adalah episod memandikan kereta ni. Memang keadaan kereta ni sentiasa bersih. Perasan tak bumper kat sebelah kiri ni? Itu mungkin kesan perlanggaran ke apa entah tinggalan pemilik kereta yang pertama ni. Saya tak baiki apa pun. Biar je macam tu sebab tak menjejaskan apa-apa. Mula beli tu kan, absorber dia dah 'mati'. Jadi saya tukar baru. Kira-kira tak banyak sangat duit dihabiskan untuk si kancil ni.


Rasa macam dah pernah upload je gambar ni semua. Urmm. Nak dijadikan cerita, kereta ni yang saya jaga sebaik mungkin. Tak mendatangkan masalah apa-apa pun sepanjang 4 tahun lebih. Enjin sangat tip top. Calar balar memang tak ada sangat sebab first owner ni sangat pandai menjaganya. Cuma bila kat tangan saya, biasalah duduk kat kampung. Eh eewah ewah ayam datang naik kat kereta lah, kambing naik kat depan bonet lah. Memang sangat banyak calar balar parut marut kat wajah kereta ini. Dalaman kereta ni memang bersih. Saya memang jaga tak kasi ada pasir walau satu pun kat karpet kereta. Pasir yang halus atau debu-debu tu lain cerita lah. Maksud saya pasir kasar yang boleh nampak di mata kita. Mungkin sebab kereta ni senang nak jaga, kecil dan comel. 

Hanya selepas 2009, selepas kemalangan. Saya berhajat untuk menukar kereta ni demi bapaknda yang disayangi. Macam tahu-tahu aje kita nak tukar dia. Mulalah kereta saya ada orang langgar lah, alarm ada problem lah. Lock pun bermasalah jadi terpaksa tukar satu set. Banyak sikit lah masalah dia. Lepas kita dah baiki tu kan, masih lagi bermasalah. Dia macam dah tak serasi dengan saya. Merajuk senang ceritanya. Saya tahu masanya telah tiba, perpisahan adalah yang terbaik.

Akhirnya pada tahun 2010, saya jualkan kereta ni kat tangan orang lain. Senang je, letak aje dalam mudah.com lepas tu ramailah yang telefon tanyakan kereta ni. Seingat saya, pembeli yang beli kereta ni kan, dia datang dari Kelantan lepas tu terus berkenan.  Maunya tak, dalaman ok, enjin pun ok. Bila dia selak karpet, urmm tak payah nak pakai selipar. Memang baru. Sebenarnya saya SAYANG sangat kat kereta ni, terasa tak nak jual. Macam berbelah bagi nak jual ke tak nak. Namun bukan mampu nak membayar dua kereta dalam satu masa. Kita perlu lepaskan dan tak boleh tamak sangat. Kalau bukan kerana bapaknda sendiri tentu saya berkancil je sampai hari ni. Saya lebih selesa berkancil :) Mulalah bila tengok kat jalan bila tengok kancil warna biru, terkenang jua keretaku itu. Fiuhh!


2010. Saya membeli kereta baru. Alhamdulillah. Impian saya nak memiliki kancil [list 10 tahun] tercapai. Urmm, kereta selepas si vivi, saya berkenan sangat pada satria neo. Jeles oo bila tengok perempuan yang pandu. Rasa macam bestnya kalau dapat drive pusing kampung. LOL! Apapun memang bersyukur sangat untuk peluang memiliki kedua-dua kereta ini :)


berkenan juga pada nissan juke. Kereta angan-angan. Saya memang buta kereta, tapi kereta ni cantik di pandangan saya. Tahu kewujudan kereta ni semasa kami berlasbela di Bandung pada tahun lepas. Kat Malaysia sangat jarang lah [ke tak ada langsung] saya tengok orang pandu kereta ni. 


Sunday, July 28, 2013

i - Festival Pelamin & Rias Pengantin 2013

Sekarang dah Julai, maka marilah kita sama-sama mengimbau kenangan di Februari 2013. Macam doraemon masuk dalam laci terus ke bulan lain. LOL! Naik mesin masa ke apa entah.

Sabtu 16 Februari yang lalu. Berpeluang untuk merewang ke Festival Pelamin & Rias Pengantin 2013 di Terengganu Trade Centre [TTC]. Dah macam aktiviti tahunan lah pulak. 2011 & 2012. Suka ke sini, sebab dapat tengok baju-baju kahwin yang terkini. Pelamin yang ikut trend, dan yang paling saya suka ialah mengusha geng-geng photographer. Suka sangat tengok cara mereka mengambil gambar lepas tu photobook yang mereka hasilkan. Kreatif sangat dia!

Antara gubahan hantaran yang mereka hasilkan. Saya upload gambar mungkin tidak ikut turutan, pakat hentam aje. Yang penting korang dapat idea bagi mereka yang mencari-cari idea. HAHA. Macam tokey butik pengantin lah pulak.


Semua rasa nak fokus. Pelamin, background pelamin, baju, hantaran. Jadi tengok aje lah yerk :)


Cantik juga kalau macam ni, cuma kat depan tu nampak macam agak berserabut sikit. Nampak macam kebun kecil pulak.


Yang ni pun ok. Simple je. 


Warna baju ni sangat cantik. Kalau orang tinggi yang pakai, lagi nampak cantik.



Paling tertarik dengan design untuk goodies bag dia. Sayang lah nak guna kalau macam ni.


Korang boleh try la tempah kat sini. Oh ya, saya tiada kena mengena eh dengan syarikat ni. Sekadar mempromosi aja apa yang saya rasa cantik.


Kan saya dah cakap, cantik dua kuasa 5.


Antara pelamin yang ditunjukkan semasa FPRP tu :)

Ok, nanti saya upload lagi banyak gambar eh. Tungguuu.



Thursday, July 25, 2013

Sangat Tiba-tiba

Entry ni pun bersifat tiba-tiba. Tanpa hujan tanpa melihat bulan di luar rumah. Eh terasa nak meniba-nibakan entry di MPS. Kalau dah tiba-tiba macam ni. Biasanya ayat akan tiba-bettiba juga. Kata entry tiba-tiba. Maka ayat pun macam tiba dengan bertubi-tiba. HAHA. Peninglah nak faham ayat ni nanti.Dahla 1 para je ni. Tak reti nak berpara-paragraph kat handphone :) Secara tiba-tiba. Saya perasan saya dah RAJIN. Jangan gelak sinis. Jangan kata apa-apa lagi duhai hatiku. Jangan musnah kan perasaan ini. Jangan. Nanti saya nangis [tiba-tiba teringat kata-kata Che Ta dalam iklan untuk program apa entah]. Saya RAJIN untuk edit pictures dan letakkan watermark sejak 2 3 hari ni. Saya rajin untuk resize gambar bagi dimuat turun dalam blog. Saya rajin untuk besarkan size gambar ke XL. Saya rasa puas hati melihat gambar yang besar dan jelas. Saya juga rajin mencari resolusi gambar yang terbaik untuk di resizekan. Ah! Walaupun RAJIN ini mungkin bersifat tiba dan menibakan. Namun saya berharap rajin ini akan menular dan berakar di dalam diri ini dengan akar tunjang yang kukuh. Saya harap dan menaruh harapan kepada kamu si rajin agar terus bersama saya. Jangan ngada-ngada nak lari. Urmm. Boleh lari tapi jangan jauh sangat. Contohlah kan. Hari ni rajin graf dia 85%. Esok kalau nak drop pun, biarlah dalam 80% je. Kalau dah turun tu, pandai-pandailah naik ke 95% pulak yerk! HEHE. Jadi nanti. Untuk semua benda saya akan diselubungi kerajinan. Rajin itu sangat subjektif. Rajin buat kerja. Rajin mengemas. Rajin makan. Eh itu bukan :) Ok. Dah.

#nama pun entry tiba-tiba. maka tamat menulis pun tiba-tiba. 

Soalan kuiz: berapa kali tiba-tiba diulang. HAHA. Tiba-tiba kuiz pulok. Nanti saya buat para. Tak syok oo baca dalam satu para. Dahlah tak mesra pandangan mata yang melihat ni.


Dia Dah Pandai

Lama tak bercerita pasal Afiq. Masa malam hari kejadian dia menyepak bola terkena bakul. Bakul jatuh bunga tercabut. Memang terasa nak terus cerita kat dunia apa yang dia kena buat. HAHAHA. Memandangkan keterbatasan saya untuk bercerita disebabkan masalah laptop [kali ke 130 juta cakap kat MPS pasal ni. #muakmuak LOL!!] Yang tu nantilah saya ceritakan di lain kali.

Sekarang, Afiq dah 2 tahun 2 bulan 20 hari. Dan cerita kami sambut birthday pun masih lagi saya tapaikan. Tak tercerita-cerita pun. Nanti bila tapai dah manis giler, saya akan buat lagi entry baru sebagai tanda kat MPS ni eh.

Satu malam beberapa malam yang lepas. Seperti biasa, selepas terawih kami menonton televisyen. Afiq bermain-main dengan abjad-abjad dia. Bersepah-sepah. Dia ok tapi saya tak ok. Geram melihat kesungguhan dan keralitan dia duk bermain abjad.

Pergi dekat dia, lepas tu terus tarik kedua-dua belah pipi dia. Reaksi dia? Ya Allah, sungguh tak sangka macam tu sekali reaksi dia.

Dia menjerit sambil ketap gigi dan nak meluru kiranya nak pukul saya balik. HAHAHA. Muka dia memang susah saya nak tulis kat sini, penuh ekspresi geram giler kat saya. Tapi semua tu ditahan oleh abang 2 saya. Abang 2 cakap 'dok baik Afiq wak gitu'. Kaki dia dah siap nak melangkah ke arah saya. Ok, bayangkan kalau kita geram sangat-sangat kat orang tu, namun tak boleh lepaskan geram kita tu. Mau bergegar jantung. Afiq tak jadi nak balas balik. Padahal saya yang cari pasal. LOL! Time tu yang ada kat kepala saya, uish rugi tak ambil video reaksi dia tadi. HAHAH. Sempat lagi.


Kami memang suka ambil gambar. Kami ambil gambar sama-sama. Tengok Afiq sampai ter'lenggok'. Terlenggok ni maksudnya mendongak lah lebih kurang. Bahasa Terengganu kadang tu kan, saya susah nak terangkan maksud nya. Pandai guna je :)


Afiq ni memang ngada-ngada sikit, tapi dia ok je.


Masa ni malam.


Masa ni siang. Afiq tak mandi lagi.

Yang paling best sekarang Afiq dah pandai :

Marah bila kita usik dia
Merajuk kalau kena marah
Menangis kuat-kuat bila kita usik dia semasa dia sedang menangis [ayat baku ni]
Panggil saya 'Uda uda uda'. Bukan 'Ude' ok Uda. HAHAH. Nak explain juga
Kalau kita cakap 'takmo kawan dengan Afiq'. Dia akan tengok je kat kita, kadang dia datang buat baik dengan kita.
Ambil gambar. Nanti saya tunjuk gambar yang dia ambil. Memang berambang sekali [berambang = suka hati/mengarut]
Dan lain-lain yang akan saya tulis lagi dan lagi nanti. InsyaAllah

*smile*




Tuesday, July 23, 2013

Malang Memang Tidak Ada Bau-bau

Malam tadi nak menulis pasal benda ni. Namun disebabkan laptop tidak boleh nak digunakan, maka hari ini sahajalah kita berkongsi cerita. 

Semalam dan semalam yang lalu, saya dan kawan-kawan pejabat sibuk bercakap mengenai kematian seorang budak yang berumur 3 tahun. Meninggal di dalam kereta disebabkan ibunya lupa langsung nak hantar dia ke nursery. 

Sebetulnya berita ini saya dapat semasa tengah duk santai-santai kat rumah. Kebetulan kawan saya tu kerjanya kat Bukit Aman, jadi dia memang dapat maklumat yang cepat dari page mukabuku PDRM [nak cakap, PDRM dengan dia macam isi dengan kuku]. Sekarang ni kan, zaman informasi bergerak pantas. Berita kat mana-mana pun kita boleh tahu dalam masa yang pantas.


Kawan forward berita ni. Saya memang langsung tak tahu kalau dia tak forward. Lalu menjadilah satu perbincangan kecil antara kami.


Kawan saya seorang guru. Jadi dia memberi pendapat dari segi kekangan masa seorang guru.



Kami semua memang macam ni. Bersembang untuk saling mengingati. Rasanya kawan-kawan anda pun macam ni, ianya adalah perkara biasa untuk saling mengingati sesama kita.

Semalam, semasa saya bersembang dengan kawan pejabat. Dia memaklumkan yang dia terbaca di facebook bermacam-macam komen mengenai guru tersebut. Ada yang nak tampar lah, apa la. Saya memang tak terbaca pula pasal komen-komen ni. Sebab tak ramai yang share. Jadi maklumat tak ada lah banyak yang saya dapat. Dan lagi satu, saya cepat muak kalau mencari, menerima maklumat-maklumat yang saya rasakan tak berapa perlu untuk saya tahu. Maksudnya, ambil tahu dengan kadar yang sederhana. Tak perlu melebih-lebih. 

Tengahari semalam, saya duk melayari facebook dan terbaca bingkisan dari Wardina. Memang penuh sarat makna disebalik kata-katanya. Perangsang dari seorang ibu kepada ibu. Rasanya ibu lebih memahami hati seorang ibu.

Bagi saya yang bukan seorang ibu. Mungkin melihat kejadian ini dari sudut yang berbeza. Mungkin diselangi dengan emosi. 

Bagi kejadian seumpama ini, kita tidak patut meletakkan kesalahan tersebut 100% kepada ibu bapa. 

Dari pandangan saya, sekiranya seseorang itu terlupa. Betul-betul terlupa, adakah kita akan mengeluarkan kata-kata kesat sehingga lupa yang kita sendiri adakalanya terlupa. Sehingga mudah menghukum seolah-olah  kita lebih Tuhan dari Tuhan [pedas sikit la ayat ni eh]. Ibu mana yang tak sayangkan anak. Apabila kejadian seperti itu berlaku, kita perlu berbalik kepada Allah. Berbaik sangka, apa yang Allah takdirkan untuk kita itulah yang terbaik. Memang pada mata kasar manusia, macam ni macam tu akan dilabelkan kepada kita, namun YAKIN, ALLAH Lebih Mengetahui dari apa yang kita ketahui. 

Namun. Namun sekiranya seseorang itu ewah ewah. Sesuka hati aje tinggal anak kecil kat dalam kenderaan semata-mata nak shopping, nak isi minyak ke apa. Haa, yang ni memang saya susah nak terima. Memang terasa geram. SENGAJA dengan BETUL-BETUL TERLUPA sangat jauh bezanya. Sengaja ibaratnya, kamu mengadaikan nyawa anak sendiri. Rasanya tak perlu mengulas panjang.

Mengungkap sabar memang senang. Namun, hanya yang menanggung yang memahami dan merasai semua itu. Kita hanya mampu berdoa dia diberikan kesabaran yang tinggi untuk hadapi semua itu. Allah memilih dia kerana Allah tidak akan menguji seseorang itu melainkan sesuai dengan kemampuan dia. 



Isnin lalu, 15 Julai 2013. Kereta saya mengalami kemalangan kecil. Adakah kerana lalai?? Laju?? Kalau bawah 100 laju tak? Saya berfikir semula, selepas kejadian itu. 

Pada pagi Isnin tu, turun kerja seperti biasa. Melalui jalan biasa. Ngam-ngam tepat dengan bumper kereta, melintas secara laju seekor binatang. Laju lariannya. Betul-betul di depan kereta dari celah-celah pokok-pokok kecil di tengah jalan. Saya dengar bunyi perlanggaran tu, saya hentikan kereta di sebelah jalan. Saya melihat kereta di depan saya yang hanya selang beratus meter sahaja di depan. Terdetik di hati 'nak kena dengan aku juga'. 

Keluar dari kereta untuk tengok binatang tu, namun tak ada. Eh dah di longkang sana dah. Dia cedera sikitlah kat kaki kanan. Orang yang lalu lintas kat jalan tu tak tahu dan tak berhenti untuk beri pertolongan walaupun ada kesan perlanggaran. Kepingan hitam [saya tak tahu nama nya] kat bawah tayar terdampar di tengah jalan. Yelah, mana diaorang tahu kereta saya kena apa dan apa-apa lagi. LOL! 

Saya menangis semasa telefon Abang 1. Menangis sebab saya dah tak mahu dalam diari hidup saya ada perkataan 'kemalangan' selepas kejadian 2009. Namun siapa kita yang mahu begitu begini. Allah lebih tahu walaupun perkara ini menyedihkan hati kita.

Telefon Abang 2, dia datang dari tempat kerja tolong bawa kereta. Sebab time tu saya takut akan berlaku kerosakan yang lebih teruk lagi sebab ada bunyi kat tayar.

Sampai rumah, Abang 2 naik kereta dia, saya naik kereta saya dengan tiada plat macam tu ke bandar KT. Terus ke balai buat report sebab nak claim. Lepas tu ke bank tanya itu ini berkaitan insuran. Cuti la saya pada hari tu. 

Antara ayat yang dikatakan kepada saya 'ala nak raya ni aida. banyak tu nak guna duit'. Memang kos dia agak banyak, tapi duit tu sendiri bukan kepunyaan kita. Memang kita simpan, namun tengok lah ianya akan diberi kepada empunya bengkel. Yang betul-betul duit kita adalah duit yang kita sedekahkan kepada orang lain. 


Semasa di Perodua, mereka tanya dengan sebenar-benar tanya. Adakah saya dilanggar?? Mereka hairan apabila bumper saya depan dan belakang mengalami kerosakan dan seolah-olah tak percaya dengan cerita saya :) Maka, bermalam lah kereta saya di bengkel. InsyaAllah mungkin minggu ni atau selewatnya minggu hadapan dah boleh ambil kot [bergantung kepada stok barang-barang kereta].

Apakah kaitan dengan cerita panjang lebar mengenai kematian anak kecil 3 tahun tu dengan cerita saya? Kaitannya, tiada seorang pun yang inginkan kesedihan. Kehilangan apa yang dia sayang. Namun, siapa kita untuk menghalang itu semua terjadi? Kita hanya manusia serba lemah. Yang boleh kita lakukan sentiasalah beringat-ingat. Kehilangan itu tetap kan terjadi di dalam hidup kita. Sebab kita tak memiliki apa-apa. 


Monday, July 22, 2013

Check - 3 Julai 2013

3 Julai 2013 yang lalu, ada cerita pasal nak jahit langsir. Jadinya sekarang kita semak kembali apakah ianya telah terhasil? Jeng jeng jeng. Eh tak best, jeng jeng jeng. Deng deng deng! LOL! Merepek sudah.

1.  Cuti sebelum puasa - DONE

2. Jahit langsir - DONE

Yang lain-lain tak payah la nak disemak sangat dah ke belum. Sebab sekarang dah tak rasa nak semak. Tadi agak beria la sikit. HAHA. Kita terus ke cara-cara jahit langsir. Ini versi senang je. Sekadar jahit lurus aje macam ni, sesiapa pun boleh kan? HEHEHE.

DIY PROJECT

Dah lama tak gunakan adobe photoshop. Tadi saja lah buka adobe, lepas tu create watermark. Cuma tak berapa nak cantik. Dia tak sharp, bila kita besarkan gambar tu. Nanti kena adjust balik ni. Watermark tu saya hentam je. Ok, berbalik pada langsir. Kain ni saya beli dalam 2 meter. Harganya adalah dalam RM10 untuk 2 meter. Memang saya cari yang murah NAMUN PERLU KELIHATAN CANTIK dimata saya. Kita yang nak pandang kan, jadi kalau tak cantik di mata orang lain. Tak mengapa. Tarak hal punya.

Pagi Ahad tu, saya kan cuti. Jadinya terus ke pasar, Giant dan ke rumah mak sedara. Lepas dah gunting, kelim siap-siap. Terus je jahit. 


Ini dia rupa langsir tu. Mulanya saya plan nak buat ropol-ropol, keadaan pulak tak mengizinkan. Sebab saya tak beli tape yang sesuai untuk buat semua tu. Jadi buat yang biasa-biasa ajelah. Gambar memang tak berapa nak jelas sebab biliknya kecil aje ya deh :) Lagipun saya bukan nak tunjuk bilik, nak tunjuk langsir je. Pengakuan memang straight to the point je. HAHA. 

Saya guna aluminium curtain rod. Boleh dibeli di Giant dengan harga RM39.90 semasa promosi. Kalau nak murah lagi, boleh aje ke hardware yang berdekatan. Biasanya mereka guna RM/inci kaki. Eh, kalau nak lagi eksklusif belilah yang kayu punya. Cantik tau. Lepas tu warna pulak korang beli warna putih. Haa! Terus saya berangan. HAHA. Saya pilih warna coklat sebab tak banyak pilihan warna, lepas tu dah beli barulah tahu ada kedai hardware yang jual curtain rod ni. 


Kalau anda semua nak jahit langsir, jangan buat senteng sangat eh. Sebab nanti tak cantik. Langsir saya ni, kiranya macam tak adalah senteng sangat namun lagi cantik kalau saya labuhkan dalam setengah atau suku meter lagi. Barulah dia nampak macam tinggi dan terletak. Lepas tu, kalau kita nak jahit langsir. Kita perlu buat 2 layer [bergantung kepada tingkap rumah]. Contoh kan, kalau kita guna kain tebal. Lepas tu, tingkap kita menghala ke rumah orang [memanglah rumah orang, bukan rumah ayam pulak. maksud saya rumah jiran ha] atau jalan atau apa-apa lah kan. Ianya akan menimbulkan ketidakselesaan kepada kita apabila kita menyelak langsir tu. Jadi, elok kalau kita tambah lagi kain langsir [material yang nipis sikit lah]. Jadinya, bila siang hari kalau kita singkap kan langsir yang tebal, at least langsir yang nipis ada sebagai cover kepada pemandangan di dalam rumah kita. Ini peringatan kepada anda yang sukakan privacy. Macam saya cakap tadi, ianya bergantung kepada kesesuaian dan tingkap rumah kita :)

Untuk langsir ni pun, saya dah plan nak tambah satu lagi langsir sebagai cover. Apa entah istilah dia. Dari tadi saya duk fikir. Tak dapat-dapat. 

Sekarang, plan saya sebelum raya. Nak jahit lagi satu langsir dan nak buat tudung. Nantilah, saya tunjuk eh.

Bukan apa, kalau langsir kita boleh jahit sendiri. Jimat lah sikit kan. Kalau tudung kita jahit sendiri laaaagiilaahhh jimat. HEHEHE!



Sunday, July 21, 2013

Jumpa Ini


Eceh, bajet macam dalam instagram. Ok, bajet tak bajet. Mulai dari hari ini akan banyak cerita [gambar] yang berhashtagkan throwback. Ini kerana, sejak Rabu minggu lepas, saya gigih mengupload gambar-gambar yang kat dalam handphone ke dalam pc. Bukan dalam laptop sebab laptop masih lagi berada di dalam kondisi yang tidak stabil. Adaptornya masih belum saya beli. Ngeee! RMRMRM$$$

Kerajinan ini berpunca kerana saya dah tak boleh nak membuka, melihat semua gambar yang ada kat dalam handphone. Faham-faham sahajo lah, memory full. Terlalu banyak folders kat dalam tu. Jadi ianya menuntut saya berkerja keras untuk buat kerja pembersihan.

Dalam proses nak delete gambar-gambar yang tidak bernasib baik kan, eh terjumpa ini lah pulok.

Ini adalah detik-detik tragis rupanya. Den tak tahu.


Cerita yang ada dalam portable hard disc yang saya pinjam. Rambang mata nak copy
Ini pada malam kejadian sebelum laptop saya rosak. Saya sibuk dan teruja nak tengok cerita korea. Memang bulan-bulan yang lalu, saya sememangnya bergelar 'minah korea'. HAHAH. Bukan bukan, itu bukan dan salah sama sekali. Fan korea sebetulnya. Sekarang ni dah suam-suam la sikit. Penangan laptopku rosak. LOL! 


Ini antara cerita yang saya copy. Tunggu punya tunggu, akhirnya laptopku padam jua. HAHAHA. Gara-gara full capacity. Lepas tu, rupanya kat dalam movie yang saya copy tu ada gergasi dan kawan-kawan dia rupanya. Saya tak scan la pada mulanya. Bila dah rosak, barulah terasa. Adoi! Tak mengapalah, benda dah nak jadi. Laptop ni pun dah selamat saya baiki. 

Tadi dah tengok gambar-gambar. Nantilah saya update satu-satu cerita. Lepas tu saya yang muak sendiri nak bercerita kat sini. LOL!


Thursday, July 18, 2013

Dia Dah Marah!

Tajuk je nampak macam marah betul tu ek. Tapi tak pun. Baru-baru ni, kakak 2 hantar mesej kat facebook.

Sampai ke hari ni, kalau baca mesej kakak 2 ni mesti tergelak sorang-sorang. Mungkin tak banyak cerita pasal kakak 2 dalam blog ni sebab orang tu asyik sibuuukkkkk cerita hal personal dia je. Orang tu la. HAHA. Marilah saya cerita sikit pasal dia eh. 

Kakak 2, antara kakak yang saya sayangi. Kakak 1, Kakak 3 pun saya sayang juga. Cuma kan, feel untuk kakak 2 ni lain la sikit. Sebab dia macam seolah-olah pengganti kepada mak kita lah. Kalau dia balik kampung, rasa seronok sangat. Nak tergelak pulak bila baca ayat ni, macam ayat budak-budak. Kenapa eh? Tiba-tiba berubah nada. LOL. Abaikan jelah O_0 Kalau kakak ipar pula, saya ada kakak ipar yang saya betul-betul rapat. Banyak saya share cerita personal kat dia. Sebab tak rasa segan sangat kot. HEHEHE. Kalau nak tulis, banyak dan panjang oo. Cuma kan, setiap kakak tu ada lah bahagian dia masing-masing. Yang ni kita share ini, yang tu kita share itu. Yang sorang lagi, kita macam ni, yang tu kita macam tu. Faham jelah eh saya tulis ni.

Kita sambung balik, dah banyak pusing ini cerita la aidalela. Bila dia balik kampung kan, kami boleh sembang sama-sama. Boleh ngendeng-ngendeng dengan dia. Boleh bagi-kongsi idea nak masak apa. Boleh dengar dia bebel-bebel pasal saya walaupun panas juga teligaku ini. HAHAHA. Bercakap macam-macam terutama pasal anak dia, pasal murid-murid kat sekolah dia. Kalau dia cerita pasal anak murid dia. Memang macam-macam cerita. Lawak pun ada, kadang-kadang kesian pun ada kat pelajar dia tu. Kalau pasal anak-anak dia pulak, memang la kelakar dan geram pun ada. Nasib dah besar sikit, jadinya anak-anak dia dah kurang la buat konsert nasyid kat rumah. Biasanya, dari yang sulung sampai yang kecik duk buat konsert. Siap dengan gaya. Sekarang yang sulung dah darjah 6, angah dah darjah 4 kot. Ateh dah darjah 3. Sebab tu dah slow la penganjuran konsert disebabkan faktor usia. HAHA. Mana nak nyanyi sama adik-adik lagi. Macam-macam pe'el perangai 6 beradik ni.

Dia bukan kakak-kakak yang skema. Tapi sangat memahami kita. Sangat kelakar. Bahasa percakapan dia kadang-kadang lucu selamba je. Kami tak adalah bercakap saya-kakak atau apa, beraku mung sahaja. Itukan lebih merapatkan ukhuwah. NGEENGEEE!

Ok, ini mesej yang kakak 2 bagi. Yang soalan atas tu, 'tak habis lagi' adalah merujuk kepada kegilaan saya bermain candy crush saga. HAHAHA. Tapi itu saya jawab macam malu-malu la.

Lepas tu, dapat lagi mesej dia. Yang ni memang jadi bahan gelak saya. Saya memang liat sikit nak berfikir hal-hal ilmiah sekarang. Bukan tak nak tolong dia. Sebab tak banyak idea. Rasa jauh sangat lah otak saya nak berfikir ayat-ayat atau bahan-bahan untuk assignment. Macam slowwww giller lah.

Lepas dapat mesej tu, bila dengar ugutan tak nak kasi nyawa. HAHAH. Saya berjanji dengan tak berapa nak yakin untuk tolong dia. Tolong semak balik assignment dia. Kat bawah assigment dia yang saya copy. Err, copy sikit je la kat sini. 

Saya juga mestilah bertindak sebagai pengamal budaya ilmu. Ilmu merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa penyuburan serta semangat kepada jiwa manusia. Hal ini menunjukkan ilmu merangkumi semua aspek kehidupan luaran dan dalam jiwa manusia. Sebagai seorang yang professional, pengamal ilmu perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca, berfikir, memerhati, berkarya, bersumbangsaran, dan bertukar fikiran serta mencari pengalaman baru . Dalam pengajaran dan pengajaran, sebagai seorang guru saya mestilah mampu memindahkan ilmu yang baik, meninggikan adab murid, serta ...... bla bla bla.

Serius, saya dah tak banyak vocab untuk membuat esei yang mempunyai nilai-nilai kepadatan isi macam dulu-dulu. Saya cuba untuk membuat beberapa ayat kata orang mukadimmah. Tapi kan, idea saya dah tak berapa nak lancar. Tak reti nak explain macam mana. Namun saya tahu, umpama otak terasa macam besi yang dah nak berkarat. Macam mana nak sambung belajar kalau macam ni lah gayanya. Yelah, bila lihat kakak kita yang ada 6 anak gigih sambung belajar. Aih, kita pun teringin. Keinginan ni tak pernah pudar. Sentiasa ada. Cuma tak nak lah jadi student part time. Saya nak full time sebab saya kena struggle betul-betul. Dengan kerja sekarang, bukan tak boleh. Boleh tapi berat sikitlah. Ah, berangan je la nak sambung belajar. HUHUHU!

Saya tanya kakak saya 'mung buat sendiri ke ayat-ayat ni semua?' Sebab macam tak percaya kat kakak sendiri. HAHAHA. Dia jawab 'buat diri ar, bakpe?'. 'Sedap juga eh ayat-ayat mung'. Saya sebenarnya berfikir sorang diri, entah bilalah saya akan mempunyai kelancaran idea macam dulu-dulu. 

Oleh itu marilah kita menyayangi ahli keluarga kita dan saudara mara terdekat. Dan-dan, terus lancarkan kempen eh. HAHAHA.


Tuesday, July 16, 2013

Satu Barisan

Imbauan
Dulu masa di sekolah menengah, kami ada seorang pengetua yang memang lain dari yang lain. Saya bukan main agak je ni, kiranya berani cakap lah. Memang susah nak cari pengetua macam dia sekarang. Susah bukan tak ada, tapi sukar nak diketemukan. 

Lain macam mana? Ok, macam ni. Untuk beberapa tahun di sekolah boleh dikatakan tahun tersebut amat gemilang. Oh. Mungkin saya perasan. LOL! Namun saya tetap akan mengatakan gemilang dan best walaupun kedengaran macam ek eleh. Sebelum ek eleh, meh saya ceritakan dulu.

Kami mempunyai senior yang sangat best dan cerdik. Hampir keseluruhan kelas yang ada sememangnya mempunyai prestasi yang boleh dibanggakan. Kagum oo dengan senior kami masa tu. Ustazah/cikgu siap cakap. Si polan ni macam ni. Kalau study, memang study betullah. Takde main-main punya. Kalau kamu nak ngorat, urmm jangan haraplah. Sebab si polan ni tak pandang semua tu. Ok, perkara ini kami [ramai pelajar] akui. Dia head boy kat sekolah. Tambah la kami kagum akan personaliti dia. More kepada akademik lah. 

Ok, kembali kita ke permulaan jalan cerita tadi. Untuk tahun itu adalah tahun kegembiraan. Setiap waktu tengahari, selepas kami tamat waktu persekolahan. Loceng dah berbunyi. Haish! Bunyi loceng memang lah sangat dinanti-nantikan. Lepas tu masing-masing sibuk bawa hal macam-macam. Ulang lagi, selepas loceng berbunyi kami semua akan bersiap-siap untuk tunaikan solat Zohor berjemaah. Serius, memang dah jadi macam rutin lah. Macam, semua pelajar tahu. Jam 1.00 petang adalah waktu untuk bersiap-siap untuk solat Zohor. Tak kira lelaki atau perempuan. Nak kata kami sekolah elit. Tak adalah. Nak kata kami ni semua bagus-bagus, tak ada lah juga. Namun, masing-masing macam dah set dalam kepala. 1.00 petang faham-faham lah korang semua hey!

Bagi yang tak boleh nak solat pula, maka mereka akan berkumpul di kantin sekolah. Ada yang buat kerja sekolah. Ada yang lepak-lepak. Ikut suka hatilah.

Kenapa kami macam ni?? Sebabnya, kami mempunyai pengetua yang sangat menitik beratkan SOLAT dan disiplin diri. Dia akan turun padang untuk pastikan semua pelajar solat berjemaah. Surau sekolah kami masa tu kan, mesti penuh sampai ke belakang. Beliau dan guru-guru lain akan mencari pelajar yang mana ponteng kelas ke apa. Tapi time tu kan, tak ramai sangat yang ponteng kelas. Kalau ada pun, muka-muka yang kita boleh agak. 

Semasa solat, kami semua diingatkan agar rapatkan saf. Memang saf sangat-sangat rapat sampaikan tak ada ruang langsung. Masa tu, tak ada lah pulak kami ni semua merungut. Tak selesalah ke apa, masing-masing macam redha, macam mengerti. Mungkin di kala itu kami mempunyai jiwa yang bersih :) Nama pun budak-budak sekolah kan. Jadi tak banyak sangat kerenah. Selepas solat akan ada tazkirah. Macam tu la hari-hari kami.

Sekarang
Pada malam 2/3 Ramadan baru-baru ni. Saya ke sebuah masjid. Di sebelah kiri saya makcik dan di sebelah kanan pun makcik juga. Masa kami menunggukan waktu Isyak. Makcik kiri tu cakap. 'Kesot lalu ar tepi. Kekgi orang naik pulok'. Saya memang blur masa tu. Tak faham apa makcik maksudkan? Bilamana saya lihat tangan dia menolak sejadah dia dan saya ke arah kanan maka fahamlah saya. Saya cakap kat makcik tu. 'Bukan ke lagi molek kalau saf ni rapat'. Makcik tu jawab 'awak orang muda, dakpelah. Makcik sakit kaki'. Saya terdiam. Tak tahu nak jawab apa. Selepas tu, masa nak dirikan solat Isyak. Saya rapatkan badan pada makcik sebelah kanan ni, yelah dah ada ruang lagi. Jadi memang saya rapatkan sekadar bertemu lengan ke lengan dengan makcik ni. Sekali kan dia cakap 'dok payoh rapat sangat, kekgi payoh nok duduk'. Sekali lagi. LOL! Gelak campur bere [bere ni macam malu giler ar] pun ada. Saya terfikir. Tak semua kot orang nak rapatkan saf, sebab dah selesa dengan zon dia. Setiap orang lebih suka ikut sejadah masing-masing. Padahal kebiasaannya sejadah ukuran dia agak besar, jadi memang tak sesuai untuk kita mengikut sejadah aku zon aku, sejadah engkau zon engkau. 

Elok je malam berikutnya. Imam buat pengumuman KHAS masa kami nak tunaikan solat Isyak, 'mohon agar kerjasama jemaah untuk merapatkan saf dan biarlah amal ibadah yang dibuat adalah lebih baik dari malam semalam. Jemaah perempuan mohon juga rapatkan saf agar jemaah, walaupun kami tak nampak dari sini. Tapi ada aduan mengenai perkara ini'. Saya terus teringat akan kejadian malam tadi. Tapi BUKAN saya yang buat aduan, sebab saya tak kenal pun imam. HAHAHA. Memang terkedu oo. Selepas tu, diingatkan juga agar ibu bapa yang bawa anak-anak mengawal tingkah laku agar tak ganggu jemaah yang lain. Terkejut juga, sebab jarang sangat Imam yang buat announcement macam tu. Biasanya, Imam cakap 'rapatkan saf' macam tu je. Lepas tu terus solat. Dua malam perihal saf agar dirapatkan diumumkan secara khas. 

Ok, saya teringat satu ayat la yang saya baca, tapi tak pasti kat mana. Lebih kurang macam ni maksud dia. Kalau kita bagi ruang kepada orang lain, insyaAllah Allah akan bagi ruang kepada kita. Yang saya faham. Orang saf pertama perlu rapatkan saf agar orang saf kedua dapat naik ke atas. Orang yang berada di saf kedua perlu rapatkan saf mereka agar orang yang di saf ketiga dapat naik ke saf kedua. Saling tolong menolong agar semua orang dapat duduk di saf yang lebih baik. Tentu ada jemaah yang datang lambat tapi nak sangat duduk kat saf depan. Sebab tu lah, kita perlu bagi ruang pada sesiapa sahaja. Kalau nak solat dengan selesa, tak nak rapat-rapat bahu ke bahu. Rasanya adalah lebih elok solat kat rumah. Itu yang saya fikirkan. 

Tapi kan, kenapa eh latihan kawad atau apa jua perbarisan kat padang tu haa. Boleh pulak eh kita rapatkan barisan. Luruskan barisan. Siap kena denda kalau barisan umpama ular kena hentak. Haa, pandai pulak. 

Nampak apa yang saya cuba sampaikan? Saya kadangkala tak pandai jaga ayat. Sorry terasa dan bukan bajet bagus.



Sunday, July 14, 2013

Merdu

Week-end baru-baru ni, tak sure hari Jumaat atau Sabtu. Dan tak kepastian juga tertengok cerita apa/talk show apa. Masa ending tu, dia ada siarkan video clip Asmaul Husna. Masa mula-mula dengar, saya ingatkan suara Heliza Helmi tu. Namun, sangkaanku silap rupanya. Suara serius sedap. Merdu macam kena aje dengan alunan Asmaul Husna ni. Bila dah tengok-tengok. Ok, rupanya Sharifah Khasif. Saya postkan video ni sebab suka dengar suara dia dalam ni. Dah la video clip ni cantik. Suka dress putih yang dia pakai. Super lawoo!


Asmaul Husna - Sharifah Khasif (Official Video Original HD)

Thursday, July 11, 2013

- NIL -

Beberapa jam sebelum jam 3. Hati tiba-tiba macam senang hati. Entah tak tahu mengapa. Tapi tadi, saya dapat tahu kawan sepejabat dulu-dulu pergi umrah. Rasa macam 'bestnnyyyyeeeee!!!'. Serious best.

Jadi, saya doakan agar mana-mana kawan-kawan yang belum ada zuriat akan dapat zuriat. Bagi mereka rasa macam mana jadi ayah ibu. Mana yang belum jumpa soul mate, akan jumpa nanti :). Semoga hidup mereka lebih bahagia. Wah wah! Mana yang nak sangat sangat dapat anak lagi, akan dapat anak lagi. Moga anak mereka ada teman nak berkawan, bermain. Moga hidup kawan-kawan semua akan diberkati Allah selalu. Moga kita lebih berubah ke arah yang baik. Amin amin amin :)

*kawan-kawan tak baca MPS ni, jadi selamat la den :)

Tuesday, July 9, 2013

Sedarlah Duhai Diri. Sedarlah!

Sudah lama tidak menulis satu entry untuk peringatan kepada diri sendiri. Sudah lama sangat. Saya sukakan tazkirah yang mengingatkan diri agar tidak lalai. Tidak jauh dari landasan agama. Sentiasa beringat-ingat akan hidup ini ada tujuannya. Sebab saya selalu lalai. Sebab saya manusia biasa. Sebab saya perlukan dahan untuk berpaut [kenapa entah terbayang saya bergayut kat pokok. LOL]

Esok kita akan mula berpuasa. Semua sudah maklum melalui pengumuman kat tv. Tapi saya tak sempat melihatnya, urmm mungkin juga disebabkan tv tu tak dapat ehsan dari RTM kot. 

27 Syaaban yang lalu, genap 4 tahun arwah che [ummi bak kata adik 2] menemui Ilahi. Seingat saya, pada petang Sabtu tu. Saya tertunggu-tunggu sms daripada kakak dan juga abang, adik namun tiada. Benda ni selalu saya tunggu bilamana 3 hari sebelum puasa. Senang nak ingat kan tarikh ni. Saya berkira-kira untuk menghantar sms namun tak buat apa-apa pun. Pada hari Ahad, selepas saya off handphone. Barulah ada beberapa sms yang masuk. Salah satunya ialah dari adik 2. Kenapa baru hantar hari Ahad? Ini dah 28 Syaaban. Semalam lah genap 4 tahun. Otak duk bercakap lagi. Bila saya teliti masa sms dihantar. Barulah perasan, sms dah dihantar pada hari Sabtu di petang hari. Handphone saya yang problemo itu pasal sms lambat sampai.

As salam, ari ni 27 Syaaban genap 4 tahun umi tercinta telah meninggalkan kita moga kita perbanyakkan doa untuk umi supaya diramati Allah. Amin [copy je sms adik 2]. Saya tahu dan pasti, semua anak-anak memang mahu yang terbaik untuk orang yang disayangi mereka. Kami pun begitu. Rasa sedikit beremosi pula bila membaca sms adik sendiri. Tadi ok je. Ini dah menangis ni. Dah luar dari rancangan asal nak menulis ni.

*************************

Ok, saya sambung balik apa yang saya nak tulis.

Esok Ramadan, dah bulan puasa. Bulan puasa, bulan puasa. Ok semua orang tahu esok dah nak puasa. Tapi mengapa hati masih tidak berperasaan. Saya cakap kat kawan-kawan yang rapat. Orang tahu esok puasa, tapi entah. Dok rasa pun feel tu. Dok tahu la. Serious! memang saya tak rasa. Sampaikan saya cuba memikirkan bagaimana eh saya di bulan puasa yang lalu ketika mula-mula nak berpuasa?? Sampai macam ni sekali gayanya. Hai, macam lena dalam jaga.

Saya rasa takut, urmm lebih kepada adakah saya akan sia-siakan Ramadan pada kali ini?. Adakah saya akan menggunakan Ramadan pada kali ini dengan semaksimum yang mungkin? Gunakan dan manfaatkan sehabis yang baik yang boleh saya buat? Saya tetapkan di hati, semoga pada kali pertama kaki melangkah saya adalah bersih. Maksudnya, saya perlu bersihkan diri untuk memasuki Ramadan. Itulah yang saya gemakan di hati. Yalah, saya selalu pasti yang setiap orang inginkan yang terbaik, punyai azam yang berbeza-beza mengikut diri masing-masing untuk menghadapi Ramadan. 

Saya rasa sayang, andai puasa saya hanya satu puasa, yang sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja. Saya rasa sayang andai saya sebegitu. Saya rasa rugi yang amat. Rumit ya deh bila berperasaan begini.

Saya ada membaca perihal bazar/pasar Ramadan yang akan lahir bagaikan bayi lahir di hospital di seluruh negara. Itu tak berapa nak menggamit hati disebabkan saya bukan kaki bazar sangat. 

Mula berkira-kira di manakah saya akan berterawikh. Ah, banyaknya saya fikir. Sebab mungkin ianya tidak akan sama seperti tahun-tahun yang lepas. Saya berkira-kira untuk cuba di tempat baru. Baru berkira-kira. 

Saya harap perancangan yang saya nak buat akan berjalan dengan baik di bulan mulia ni. Amin. Err, bukan perancangan apa-apa pun. Sekadar saya nak buat. Itu aje. Contoh mudah : 30 hari nak masak je kat rumah, tak beli lauk pauk apa pun kat bazar. Haa, macam tu la. Tapi ini contoh aje tau, saya bukanlah sampai masak tiap-tiap hari sampai genap 30 hari. Bertuah la kalau macam ni. HEHEHE


Surah 67 Al Mulk (The Kingdom) - Mishary Rashid Al Afasy سورة الملك

Semalam, saya cari balik video ni yang pernah saya lihat dulu. Satu yang saya teringat perihal surah ini ialah gunung berapi. Gambaran gunung berapi di dalam video ya, takut salah faham :) apa yang saya tulis. Surah ni, banyak mengingatkan kita mengenai hari akhirat. Saya duk fikir-fikir, Allah ciptakan gunung berapi untuk kita renungi ciptaanNya. Letusan, lahar yang mengalir yang membuak-buak panasnya seolah-olah itulah gambaran bagi api neraka. Betapa kerdilnya kita kan. Jadi, saya sajelah share kat sini. Boleh kita tengok sama-sama dan mungkin kita boleh sama-sama fikir dan renungi dengan pemikiran yang berbeza.

Akhir kata, selamat menempuh Ramadan :)



Wednesday, July 3, 2013

3 Julai 2013

Lagi beberapa hari Ramadan akan tiba. Ramadan tetap kan tiba tetapi adakah kita bersedia??

Saya dah plan beberapa perkara yang nak dibuat sebelum Ramadan. Antaranya:

1. Mahu bercuti selama sehari. HEHEHE. Sehari je sebelum masuk bulan puasa.

2. Nak jahit langsir untuk bilik tidur saya :)

3. Buat pembersihan kat dalam rumah. Benda ni memang perkara rutin, namun ianya penting sebab saya selalu target, alangkah seronoknya kalau kita tak perlu nak kemas rumah setiap hari. HAHAHA. 

4. Saya nak habiskan cepat cepat Candy Crush Saga, sebab banyak benda lain yang saya nak buat. Ini tidak, kadangkala saya saja je tunggu nyawa sebab nak cepat habiskan level. Macam buang masa kan? HAHAHA. Ok ok i know! 

5. Rasaya ada benda yang perlu saya susun semula dari segi urmmm. Susun atur lah. [saja tulis tergantung].

6. Untuk hari ini, kami akan berhoyeh hoyeh di supermarket, saje nak makan-makan sebelum puasa  :)

7. Banyak lagi perancangannya, tapi ini aje lah dulu, sebab saya tak berapa gemar nak menulis semua benda yang nak dibuat, nanti kalau tak terbuat. Rasa macam 'gebang je lebih'. Tak nak lah macam nih!