Wednesday, August 21, 2013

Tegar - Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang

Suasana yang paling disukai di Bandung, Indonesia ialah pengamen-pengamen kecil di jalanan. Saya belum menceritakan episod Bandung 2013. Tertunggak sehingga sekarang. Nantilah akan saya usahakan untuk menulis di sini. Sekarang keterbatasan untuk menulis disebabkan laptop saya masih belum boleh di akses internet. Curi-curi menulis di pejabat dengan ketidakbestan. Saya lebih suka santai menulis dengan suasana kat rumah. Heaven!


Bandung, Indonesia - LASBELA - January 2012 - snap dari dalam bas
Nah untuk kamu semua.


Lagu ni dah lama sebenarnya, tapi baru aje diputarkan di radio di tempat kita. Lirik simple tapi makan dalam. Lagu seberang sentiasa menjadi pilihan hati, sekarang aje agak kurang melayan radio. 


Sunday, August 18, 2013

Tak Suka!

Tumpang bergambar di kamera orang. Lepas tu diuploadnya gambar kita di merata-rata. HOYYY!! Bila kita bilang kita tak suka, dia cakap 'bukannya ada apa-apa pun'. GAHHH! Upload lah gambar sendiri, kenapa gambar kita?? Kalau gambar beramai-ramai tu tak ada lah nak kisah sangat. Prinsipku sudah dilanggar todak hari ni. Kita nak upload gambar sendiri pun, fikir banyak kali. Tengok tempat ok ke tak, sesuai ke tak. Woaa! Bukan sewenangnya nak upload kecuali rasa ok. Sangat geram sampai terdiam tau tadi. Terdiam sebab menyesal. Marah! Marah kat diri sendiri. Ini kalilah wa tumpang kamera orang, lain kali takmo sudah. Biasaannya, memang tak suka pun nak menumpang di kamera orang. Tapi biasa lah, kadang tereksaited melampau. Padan muka. Er. 


Pembukaan

11 Syawal. Masuk kerja. Jamuan raya. Agak lemau. Mengantuk ngantuk sebab makan banyak kot. 
Nanti lah i story mory. RINDU dengan MPS. Rindu nak menulis. Nantilah bila berkelapangan. 
Mohon maaf jua :)





Monday, August 5, 2013

Untuk Afiq

Dengar sini, sila baca dengan cermat. Selalu cuda/cikda berangan, satu masa nanti anak-anak buah dan anak-anak sendiri akan baca blog ini. Tinggi cita-cita-dan-impian hati ini. Entah masih wujud lagi ke blog time tu eh? HEHE. InsyaAllah mana tahu akan jadi kenyataan kan? Amin.

Err, untuk anda yang bukan bernama Afiq tak perlu nak baca kalau terasa tak nak baca. HIHI

Malam tadi kan, selepas terawih cikda terasa dan teringin sangat-sangat nak makan kerepok lekor. Mungkin dah namanya orang Terengganu, selalu sangat terpop up tiba-tiba keinginan untuk menjamah makanan tradisional ni. Err, makanan tradisional ke aidalela weyh? HAHAHA. Entah, ye kot.

Lepas tu kan Afiq. Cikda bawa kereta menuju ke kedai kecil di satu kampung membawa harapan yang sangat tinggi, namun sampai di sana kan. Impian yang terbayang di minda musnah umpama asap-asap yang menghilang di udara. 

Cikda pusing kereta [HAHAHA. terbayang macam cerita kartun main-main pusing kereta macam tu je]. Keputusan diambil dan-dan tu juga untuk ke bandar. Cikda nak pergi beli KFC. Terbayang kat benak sanubari akan kesedapan chezzy wedges. Kereta terus dihala ke arah bandar. Orang masih ramai di atas jalan raya. Kereta agak penuh kat parking. Cikda ingatkan diwaktu-waktu sebegitu [10.45 malam] manusia orang tak ramai sangat. Sangkaan cikda meleset. Nasib dapat parking tau, syukur sangat sebab dengan kereta yang kiri kanan penuh, dapat juga parking tak jauh dari KFC pulak tu.

Cikda pakai selipar baru. NGEE! Bunga-bunga warna biru. Cantik. Namun sayang, selipar tu menghasilkan bunyi yang agak kuat. Kelepek kelepek, macam baru keluar dari bilik air je. Terpaksa jalan pelan-pelan sebab masa kat dalam KFC tu kan, memang bunyi dia agak ketara. Pasal selipar ni, memang kena tulis sebab Afiq kan memang suka rembat selipar/kasut cikda. Pakai bila nak pergi ke rumah Cikja. Nak marah pun ada, kalau kasut la, kalau Afiq pakai selipar tu, tak adalah nak marah sangat.

Sedang elok aje selepas membeli KFC, cikda terus masuk kereta. Hujan turun, laut bergelora. Bawa kereta dengan hati-hati sebab air wiper tak boleh nak guna. Haiyah, ada lagi kerosakan tersirat rupanya selepas kejadian langgar haiwan tu.

Sampai rumah, cikda dah basah kena hujan. Sebab pintu pagar rumah Toksu tertutup separuh, terpaksalah turun redah hujan buka pintu tu.

Masuk rumah, semua orang dah masuk tidur termasuklah Afiq. Jadi cikda makan sorang-sorang. HAHAHA. Sengaja cikda beli dinner plate sebab boleh kongsi ayam tu untuk semua. Tapi bila dah tak ada orang, cikda bedal sensorang lah. Sambil-sambil tu, Afiq duk nyanyi-nyanyi kat dalam bilik tu. Cikda terfikir 'urmm. tak tidur lagi budak ni rupanya'. Apa lagu pun cikda tak tahulah. Agak bising lah. Mungkin bagi Afiq ianya sangat sedap, terasa macam waaawww! aku dah boleh nyanyi. Bunyi-bunyikan bunyian yang comel-comel dari mulut Afiq. Tapi bagi cikda, serabut lah Afiq ni. HAHA!

Sebab tu cikda.

Afiq dok tidur lagi ke?? Tidur la, jadilah nyanyi tu.
Afiq jawab, ido.. Lepas tu Afiq sambung nyanyi lagi. Grr! Haha.

Cikda sambung makan. Masa nak makan mashed potato tu kan. Cikda teringat kat Afiq. Mesti Afiq suka kalau dapat makan ni. Namun disebabkan Afiq dah ada dalam bilik, jadi cikda takut nak panggil Afiq. Takut walid dan Ummi Afiq marah. HAHA. Yelah, anak dia dah nak tidur, pandai-pandai sukahati aku pulak nak ajak anak dia makan malam-malam buta macam ni. Langsung cikda makan sampai habis. Licin.

Tengah-tengah makan tu, cikda dengar Ummi Afiq cakap 'nok gi tidur dengan cuda gi lah'. Lepas tu, terdengar pintu bilik dibuka. Afiq tersengih-sengih. Terus ternampak makanan depan cikda. Terus Afiq 'nok'. Afiq duduk depan cikda, cakap nak ayam. Tapi tak boleh lah ayam tu sebab pedas. Jadi cikda bagi coleslaw je. Bila tanya, nak ke? Afiq jawab nak. Eh bila kita dah suap, terus dia muntahkan balik coleslaw tu. Dah agak dah, mesti tak makan. Bila tanya sedap dok? Afiq jawab dak. Nampak sangat tak boleh pakai lah Afiq ni. HAHA! Kalau sedap takkan Afiq muntahkan semula.

Lepas tu, Afiq nak juga ayam. Jadi cikda terus cari isi-isi kasi kat Afiq. Afiq terus makan dan makan. Afiq tengok cikda minum air, cikda dah bilang kat Afiq. Air ni dok leh sebab orang besar je boleh minum. Sebab air berkarbonat [air gas], cikda sendiri tak minum sangat secara berliter-liter banyaknya. Tapi nasib air tu dah hilang gasnya, sebab ais dah cair. Kira ok la untuk diminum.

Sambil-sambil makan isi ayam, Afiq makan roti juga. Afiq senyum comel sambil jari duk mencubit roti. Cikda biarkan ajelah. Bila ayam dah tinggal kerak aje kan, cikda dah tak nak kasi lah. Sebab kat situ pedas sikit berbanding isi ayam. Eh mulalah dia nak menangis. Nak lagi. Naik geram juga time ni tau. Orang dah kasi makan banyak-banyak, dia nak menangis lagi. Kita ajak dia basuh tangan, eh tak mahulah pulak. 

Bila Afiq tak nak basuh tangan, jadi cikda jelah pergi basuh tangan. Masa tengah basuh tangan kat dapur, boleh cikda terjenguk Afiq kat atas rumah tu. HAA?? HAHAHHA! Rasa nak gelak time tu juga, tapi tahan ajelah. Cikda nampak Afiq curi-curi minum air tu. Afiq tengah layan duk menyedut air tu sambil terbongkok badan. Afiq tak sedar sebab Afiq membelakangi cikda.

Dah siap basuh tangan, cikda naik kat atas rumah. Afiq pandai eh, senyum-senyum je macam tak buat apa-apa. Orang tak kasi dia minum, pandai-pandai dia curi minum. 

Panjang cikda menulis, dan cikda rasa tak nak sambung lagi menulis tentang apa Afiq buat selepas tu. Sebab Afiq tak tidur. Cerita akan menjadi laaagiiiii panjang.

Cikda nak cakap sikit je, tulis intro je panjang ya ampun. HAHAHA. Afiq curi-curi minum air tu yang cikda tak tahan nak gelak. Itu je. Sebab rasanya, itu adalah satu kesalahan! Dan itu juga satu keadaan yang lawak gilos! 

ikhlas
cikda
malam 27 Ramadan 1434H
11 lebih malam
rumah kecil di satu kampung


Sunday, August 4, 2013

Pakcik Kopiah Putih

Esok last day kerja. Lepas tu cuti sampailah hari Selasa. Ngam-ngam seminggu. Sementara otak asyik fikir, nak buat apa lah ni eh. Elok saya merepek kat sini :) Mood untuk buat kerja tak adalah merudum, cuma macam semangat tak semangat aje. Bukan fikir nak cuti sangat. Cuma dia tak nak bersemangat je.

Nak cerita satu cerita. 

Balik kerja macam biasa, saya akan terserempak dengan pakcik ni. Dia berkereta. Setiap kali balik, kalau saya bernasib baik memang akan nampak lah pakcik ni. Biasanya dia balik dari masjid. Kalau saya berkereta, dia berkereta kan, kami akan saling pandang memandang. HAHAHA. Statement tak hingat. Hey, korang fikir apa ni ha?? Bukan macam tu maksudnya, maksud yang tepat ialah saya memang akan menoleh/melihat pakcik ni walau sekali lalu. Dia punya pandangan tidak ada makna, saya punya pandangan ada makna tau. LOL! Pakcik ni pula, dia memang lah seolah-olah berpaling tengok kita masa kita berselisih tu, tapi saya rasa dia berhati-hati. Lebih kepada waspada, sebab berselisih dengan kereta kan. Tak kan nak gopoh-gopoh. Dengan kudrat yang dia ada, dengan usia emasnya, sebaya kot dengan bapaknda saya. Jadi dia bawa kereta pelan-pelan dengan hati-hati.

Sepanjang kereta saya berada di wad, saya kan menumpang Adik 1 untuk ke tempat kerja. Kami bermotorsikal bersama-sama. Meredah angin pagi dan angin petang dengan mentari yang adakala tidak memancar dengan terang, dan adakala memancar dengan sangat terik. Makin gelaplah saya. HAHAHA.

Setiap kali kami nak keluar lorong, memang akan bertembung dengan pakcik ni. Rutin biasa dia lah, pergi ke masjid. Dia tak pernah naik motorsikal. Mungkin tak reti kot. Mungkin tak ada motorsikal. Eh eh pandai-pandai cakap dia tak reti motorsikal. HEHEHE. Yang penting dia ada kereta. Setiap kali bertembung dengan dia, saya macam biasa akan tengok pakcik ni. Bukan tengok dengan bersungguh-sungguh pun. Sekadar melihat. Korang bacalah dulu eh sampai habis.

Masa berselisih tu kan, dia macam [baca: seolah-olah] pandang kami juga. Beberapa kali juga saya terserempak.

Beberapa hari yang lalu, kita kan ada diberitakan pasal kematian siak di surau kat Klang kalau tak silap. Siak tu meninggal dalam keadaan sujud. Beruntungkan siak ni. Meninggal dalam keadaan yang baik. Susah nak dapat macam ni. Jauh beza dia dengan kita [eh saya. bukan kita].

Masa terbaca kisah tu kan, terus teringat kat pakcik yang saya selalu nampak ni.

Pakcik ni, setiap waktu dia akan ke masjid. Waktu malam pula kan, dia ke surau di seberang jalan rumah dia. HAHAHA. Saya ni macam stalker kan? Eh bukan, kebetulan je nampak dia ke surau masjid. Itu aje.

Pakcik ni bekas ustaz atau guru. Senang cerita dia seorang pesara. Dari tadi saya duk bercerita, saya selalu pandang dia, sebab saya kagum. Kagum kerana setiap masa dia ke masjid/surau untuk berjemaah. Itu sebab saya cakap, pandangan saya punya makna. Betapa beruntungnya anak-anak dia ada ayah macam tu. Orang lain mungkin selalu juga ke masjid surau untuk berjemaah, tapi saya tak nampak dengan kerap kali sangat macam pakcik ni. Ini boleh dikatakan, saya macam dah boleh hafal jadual dia. Pukul 5 mesti dia balik masjid. Lepas maghrib dalam jam 8.15 mesti dia ke surau. Waktu-waktu lain saya tak tahu, sebab saya kerja :)

Saya berdoa agar pakcik ni diberi kesihatan yang baik dan semoga Allah merahmati kehidupan beliau. Amin.

Sebenarnya kan, pakcik ni ayah kawan saya.



Thursday, August 1, 2013

Buat Salah, Hukuman Menanti

Anak buah memang sangat ramai. Selalu cakap dan bercerita pasal si Afiq sebab dia sahaja yang tinggal bersama dengan kami. Kalau ramai yang tinggal dengan kami, laaagi ramai akan saya tulis. Walaupun tak tinggal dengan kami secara beramai-ramai, tetapku abadikan kisah mereka di sini. 

Panggilan manja-manja : Afiq
Umur : 2 tahun 2 bulan 26 hari
Tinggi : setengah paras paha orang dewasa
Berat : +-12 kilogram
Warna kulit : nampak gelap, kadang-kadang kecoklatan kadang-kadang nampak cerah. Oh mungkin dengan bantuan teknologi dan pencahayaan :)
Makanan kegemaran : semua makanan adalah kegemaran dia


Hobi : Main bola dan bola dan bola, dan bermain mainan seperti bulldozer atau oja. Sekali tengok gaya dia ni macam lawak lah pulak. Dahlah jari tu gemuk-gemuk, memang mintak untuk dicubit. Posing dengan bola untuk menambahkan lagi bukti yang dia minat bola. 


Perangai/Kelakuan : Agak lasak. Namun syukur sebab bilamana jatuh, adakala tidak menangis adakala menangis lah juga. Tapi sekejap aje. Memang badan dia agak tahan lasak. Ini diakui oleh mak-mak saudara dia. Tanda torehan 3 itu bukan saja-saja dibuat, tapi angkara terjatuh kat atas tikar. Kalau tak silap masa nak tendang bola. Silap ambil lajak. Tergolek lalu terjatuh.

Satu malam, dia macam biasa. Main bola tendang bola ke sana ke sini. Sekali kan, bola terkena pasu bunga yang berada kat atas televisyen. Nasib pasu tu plastik je, kalau tak. Mungkin pecah. Urmm, mungkin pecah mungkin tak. Bergantung gaya jatuh pasu terbabit. Ada sekali tu kan, dia duk menendang bola. Tepat ke kipas. Melantun bola tu. Bergegar kipas. Aish! Marabahaya Afiq oii. 


Saya: Afiq susun balik bunga tu. Letak balik kat tempat dia.
Afiq: ini? [maksudnya, di sini?]
Saya: a'aah, situ. Susun balik

Terkial-kial dia cucuk bunga tu. HAHAHA. Heii! Memang dasar pembuli lah dia ni. Siapa? Siapa? LOL! Afiq bukan reti sangat pun nak cucuk bunga tu dengan elok. Janji dapat cucuk. Biarkan dia. Tak boleh ajar lembut sangat, nanti dia tak berdikari. Jadi mana yang dia buat salah, kita kena ajar betulkan dia. Hukum dia... dengan cara yang sesuai :)


Ke depan ke belakang dia duk pusing span bunga tu. Nak cucuk bunga, tapi tak tahu nak buat. Kalau dia pandai bebel-bebel, mesti dia dah cakap 'buatlahsendiri'. HAHAHA


Bila dia dah tunjuk kegigihan dia untuk menyusun semula dengan cara dia. Kita orang dewasa ni, tak kan tak reti-reti nak tolong pulak. Hukum hukum juga, tapi perikemanusiaan kena ada. Lepas tu, tolong dia cucuk letak tempat asal semula. Manakala Afiq sambung main bola balik :)