Monday, September 30, 2013

Monday, September 23, 2013

Pesanku

Khas untuk adik-adik lepasan PMR, SPM, MATRIKULASI, FORM 6 [STPM] dan juga DIPLOMA.

Kenapa PMR Kaida selitkan juga? Sebagai panduan untuk kamu. Sekurangnya kamu ingat kamu pernah membacanya di sini. Jika kamu baca la kan. Sekurangnya kamu mengetahui daripada pengalaman kakak kakak terdahulu. Sekurangnya kamu bersedia untuk hadapi masa depan.

p/s: kot ada yang terheran, kenapa kaida? ia adalah singkatan kepada kak aida. dah terbiasa dalam sms tulis macam ni je. adik 1 tulis qaeda untuk nama akak dia ni. lagi la kan, macam al-qaeda. hehehe

Ketika entry ini ditulis. Kaida baru aje install blogger untuk android semalam yang lalu. Baru dapat sambung menulis. Barulah dapat buat paragraph. Selama ini menaip panjang namun hanya 1 perenggan.

Sekarang hanya sempat menulis secara TOUCH & GO. Sebab keadaan saya sangat terhimpit. Nantilah kuceritakan eh.

Ok, back to our story.

Adik-adikku.

Setiap orang yang bergelar pelajar tak kira di sekolah rendah ataupun menengah, biasanya memasang angan-angan untuk ke menara gading. Bagus sangat cita-cita tu. Namun tahukah adik-adik pengorbanan yang perlu dilalui? Mungkin ianya berbeza antara satu sama yang lain. Bergantung kepada taraf ekonomi seseorang itu. Berkerja di bahagian yang melibatkan pelajar dan melalui fasa kehidupan belajar-berkerja-dewasa banyak membuka mata Kaida.

Satu perkara yang amat amat dirindui ialah zaman belajar. Serius RINDU. Tak perlu memikirkan tentang kerja kerja kerja. Tentang bos bos [tak maksud sapa-sapa eh]. Tentang kawan pejabat [pun tak maksudkan sesiapa]. Tentang hal hal hidup yang besar-besar. Hanya fokus belajar belajar dan belajar.

Disaat adik-adik semua menerima tawaran untuk menyambung pelajaran di universiti. Sudah tentu semuanya seronok. Terasa dunia ini kita yang punya. Terasa terawangan. Itu baru dapat surat tawaran, belum lagi pergi mendaftar kat universiti.

Namun sedarkah adik-adik bahawa universiti itu tidak menjanjikan angan-angan adik-adik menjadi kenyataan. Tidak sama sekali kecuali sekiranya adik-adik sekalian mempunyai matlamat hidup yang jelas. Beberapa hari sebelum pendaftaran pelajar baru bermula, mak ayah adik-adik semua tentu kelam kabut membuat persiapan untuk menghantar adik-adik semua ke universiti [terutamanya universiti yang terletak berselang negeri]. Semua hal pengangkutan, barang peribadi, dokumen segala hal difikirkan oleh mak ayah adik-adik. Diingatkan kepada adik-adik supaya bawa itu ini agar mudah/selesa apabila di universiti nanti.

Realitinya, ada pelajar yang hanya sempat berada seminggu di universiti. Mereka mengambil keputusan untuk berhenti belajar dan menerima tawaran pekerjaan. Yaa, tentu adik-adik terkejut bukan? Untuk ini, satu keputusan yang bijak. Sangat BIJAK perlu dilakukan. Jangan tersilap membuat keputusan haluan hidup dik. Kalau kamu rasa ok untuk menerima tawaran kerja tu. Ok, terima aje. Kerana perlu diingat yang masih raaamaiii lagi graduan di luar sana yang masih terkial-kial mencari kerja. Rezeki untuk mereka belum ada. Zaman sekarang terlalu banyak persaingan. Bijak pandai semakin bertambah. Untuk pelajar universiti pula, mereka perlu siapkan diri mereka dari awal lagi untuk lengkapkan harga diri mereka. Tinggikan nilai kebolehpasaran kamu.

Urmm. Kaida cuba cari ayat yang sesuai untuk teruskan penulisan. Sebab tak nak tersasar jauh. Perasan tak, ada juga dikalangan lepasan SPM atau Diploma atau Matrikulasi tak dapat ke mana-mana universiti. Tentu sedih bukan? Sebelum kamu berasa sedih hati, cuba buka mata dan yakinkan kepada diri kamu sendiri. InsyaAllah ada jalannya. Universiti bukan segalanya. CHOP!! Ini bukan galakan JANGAN MASUK U ok. Baca dengan teliti dahulu, baru kamu akan faham maksudnya.

Kamu boleh memilih Kolej Kerajaan seperti Politeknik, Kolej Komuniti, Kolej-kolej swasta yang ada. Jadikan ia sebagai batu loncatan untuk kamu terus belajar. Contoh, di kolej kamu ambil Sijil, Diploma dan sambung lagi ke Universiti untuk peringkat Ijazah.

Dulu, kaida pernah buat kesilapan sebab tak tahu cara yang sebetulnya. Sekiranya kamu dah ada diploma, dan permohonan untuk menyambung pelajaran di peringkat Ijazah ditolak. Sepatutnya kamu boleh aja bekerja sambil belajar. Serius! Benda ni sangat lah saya menyesal. Yelah, masa tu masih mentah. Sekarang dah terbuka mata, haish macam-macam plan timbul kat kepala.

Apabila masuk ke universiti, buatlah yang terbaik. Kerana ada segolongan yang bijak pandai semasa di sekolah menengah, semasa di matrikulasi terdampar tidak sampai ke destinasi. Dengan ayat mudah, tak habis belajar. Sayang kan?

Sebab tu kalau adik-adik sekalian tak berapa nak pandai kat sekolah, terasa tak berapa nak cemerlang kat sekolah. Tak mengapa, kerna itu bukan penamatnya. Ada lagi jalan yang terbentang untuk adik-adik. Cuba apply kerja di SPA, di mana-mana ajelah. Cuba, kerana kita tidak tahu rezeki kita di mana. Sambil-sambil tu, cari jalan untuk majukan diri.

Satu perkara yang dirisaukan oleh ibu bapa ialah, selepas belajar nanti nak kerja apa?? Sebab itu lah, adik-adik perlu tingkatkan kebolehpasaran diri adik-adik. Sekiranya berminat untuk berkerja di sektor swasta/kerajaan, adik-adik perlu bersaing dengan raamaii lagi calon-calon yang berkeupayaan. Dewasa ini, lepasan ijazah pun belum tentu dapat kerja yang diingini [kecuali yang tertentu]. Masih lagi tercari-cari arah hidup. Semua ini bukannya kita boleh duga. Pernah dengar tak? Seseorang tu, berkelulusan dalam bidang guaman, namun memilih untuk berkerja di dalam bidang kecantikan atau memilih bidang muzik/bidang lain selain guaman. Macam pelik dan buang masa aje kan dia belajar. Tapi itu yang terbaik untuk diri dia. Mungkin dia aplikasikan ilmu yang dia dapat dalam bidang baru dia. Siapa tahu kan?

Universiti bukan jaminan kita dapat kerja, namun sijil yang ada adalah satu bonus untuk kita. Ilmu itu penting. Tidak bermakna bukan lepasan universiti adalah tidak berguna.

Ada kawan kaida, dia hanyalah biasa-biasa sahaja ketika di sekolah dulu. Lepas aje kami bersekolah menengah, dia sambung di kolej swasta, sambung degree di IPTA. Lepas tu, sambung master. Fuh! Tak ada siapa menduga dia akan menyambung pelajaran ke peringkat tu. Yang betul-betul pandai semasa di sekolah, hanya belajar setakat degree sahaja. Nak cakap, diri kita penentu diri kita. Kalau kita nak, ada jalan dia. Kalau tak nak, jalan pun tertutup lah untuk kita.

Tetapkan matlamat yang jelas di dalam kehidupan. Sekiranya ianya tidak berjalan seperti yang kita rancangkan, tak mengapa. Kerana Allah mungkin ada rancangan yang lebih baik untuk kita. Yang penting yakin dan sentiasa berdoa kepadaNya. Semoga hidup kita dipermudahkan, diberkati olehNya. Amin

#berhempaspulas menyiapkan entry ni, dengan masa yang terbatas. dari menulis dalam handphone, sambung kat office pulak. LOL! idea dah banyak lari. ayat tunggang langgang, mungkin pesanan ni tak adalah bagus mana, tapi ambil lah point yang nak disampaikan tu eh xoxo


Sunday, September 15, 2013

Vitamin M

Saya sebenarnya tidak memerlukan vitamin M. Sangat tidak perlu. Namun apakan daya saya. Ianya tetap datang menemui diriku. Ya Allah, teruk sangat kalau diserang oleh Vitamin M nih. Semua benda tak dapat dibuat mengikut perancangan hati.

Sekarang saya bertungkus lumus untuk menyiapkan minit. Kebetulan banyak perkara datang serentak. Membuatkan ianya tertangguh dan tertangguh. Apabila dibawa pulang ke rumah, saya pula bersenang lenang. Haishhh! Vitamin M please go away.

Semasa saya sedang membuat minit ni kan, saya mendengar voice recording. Ianya membuatkan saya terfikir satu benda.

Lumrah hidup kan. Kita bangun dari tidur-ke pejabat-menyelesaikan-membuat kerja pejabat-bincang bincang kalau ada masalah-lepas tu kerja pulak akan membabitkan satu organisasi dengan satu organisasi yang lain. Lantas ianya menjadikan satu rantaian kerja. Kadang-kadang saya selalu terfikir. Fikir cara kartun la. HAHAHA. Yelah, macam main rumah pondok pun ada. Padahal inilah lumrah. Setitik dari titik kehidupan kita. Banyak masa kita,  dihabiskan di pejabat. Kalau berkesan masa yang kita gunakan maka banyak benda yang kita boleh buat. Lebih efektif cara kerja kita, lebih bagus lah.

Pong pang pong. Kan best kalau terus kepada perkara yang penting.  Macam tu la. Mungkin sebab saya banyak masa lalu saya terfikir fikir. EKEKE.

Teringat akan kata-kata teman sepejabat, teman pejabat lama dulu. 'Sembang punya sembang. Macam tu la juga'. Kalau anda pernah melihat atau mengalaminya. Anda akan faham.

Betul la kan. Ringkas itu lebih baik. Jangan suka meleret. Dikecualikan sekiranya menulis dalam blog. Tulis meleret leret pun, takde siapa nak marah. HEHEHE.

Ok, ini hanyalah entry sepintas minda berkata kata. Memang arah tuju tidak dapat dipastikan. LOL. Sinikal la sikit.

Topik asal. Saya harap Vitamin M tak selalu menyerang diriku. Err. Tahu tak apa itu Vitamin M??

#malas

aidalela
home
15.9.13 / 1.25am

Tuesday, September 10, 2013

Sangat Bersalah, Belas Kasihan

#entry'nationwidecourier'-afterofficehour-6.35pm

Satu malam, saya sambung kerja melipat baju. Baju diselerakkan di atas tikar dan ada juga yang digantung. Anak buah berlari-lari ke sana sini. Namun dia tak kacau kita yang tengah bersungguh sungguh melipat ni. Ok la tu tak kacau kita. Selepas membuat lintasan hormat di tepi kiri kanan [masih tidak bermain di atas tikar yang mempunyai baju] saya hanya membiarkan sahaja dia bermain.

Selang beberapa ketika, eh dia mula berlari di atas tikar memijak baju yang masih belum dilipat. Ku larang sekali 'jangan pijak baju tu'. Eh dia melintas lagi, melompat timbunan baju yang telah dilipat namun memijak baju yang masih belum dilipat. Ku bilang lagi untuk kali kedua 'jangan buat gini'. Dia ingkar arahan.

Lantas aku mendidih seperti air di dalam kettle, sangat terasa hangin. Terasa macam incredible hulk. 

Saja acah-acah, ambil satu hanger dan ambil lagi satu hanger. Konon nak takutkan si Afiq ni. Bila kita satukan hanger tu kan, dia akan bunyikan satu bunyi yang kanak-kanak akan takut. HAHAHA. Imaginasi sendiri. Sebab saya tak akan pukul dia pun. Saja nak kasi dia takut, biasa dia ni.

Masa dia tengah berhenti dari berlari, saya terus hentak hanger tu antara satu sama lain. Terus dia terdiam. Saya pun terdiam juga. Sebab terkena hujung hanger tu kat jari sendiri. Sakitttt!! 

Tengok, terus dapat balasan dari Allah :(

Saya pandang dia, dia pandang saya. Lebih kurang gambar kat bawah ni.

Mata dia sangat takut, sangat belas oo masa tu. Sampai hari ni saya teringat ingat mata Afiq macam tu. MENYESAL GILER BUAT MACAM TU. Walaupun kita tak pukul dia, saja nak takutkan dia. Tapi memang menyesal. Dia kan budak-budak, apa lah yang dia tahu. Itu yang saya selalu baca kat dalam internet. Budak-budak ni ada cara dia untuk kita ajar. Tapi bila kita dah marah, apa yang kita baca kita lupa. Hai, dah macam mak budak pulak bila menulis macam ni. HAHAHA.

Lepas tu, dia lari ke kerusi. Sambil tu dia jeling kat kita. Saya terus cakap 'Afiq mari salam sini'. Dia tak nak. TERASA OO MASA NI. 'Afiq mari ar sini, kita kawan mulla eh'. Lepas tu, dia datang senyum-senyum sambil salam cium tangan. Kami berkawan semula. HAHAHA. 

Cukuplah marah-marah macam ni. Rasa kesian sangat kat anak buah, rasa macam jahatnya daku. UHUK!

Gambar lama, saje ambil sebab kelakar bila rambut disikat macam ni. Nerd! HAHAHA



Sunday, September 8, 2013

8.9.2013

Bukan hari lahir sesiapa pun. Tarikh tu adalah tarikh yang menentukan ok atau tidak apa yang telah saya lakukan. Adakah masih ada silap? Oh harapnya tiada. Fobia pada kesilapan kerna akibatnya begitu menggoncang rasa. Dua menjak ini, saya memerlukan fokus yang lebih kepada kerja rutin dunia realiti saya. Tanggungjawab untuk pelajar dan pengajar perlu dibereskan sesempurna mungkin. Sebetulnya saya tidak berkeinginan untuk menulis dengan panjang lebar berkenaan kerja saya. Yang saya mahu coretkan ialah semoga semuanya akan berjalan dengan baik hingga akhirnya. Semoga semua orang berpuas hati walaupun saya dapat rasakan mungkin tak semua berpuas hati. Mungkinlah kan. Apapun, setakat ini, ini yang dapat saya berikan untuk kalian. TQ kepada rakan seksyen yang banyak menolong. Jasa beliau pada saya sangatttt banyak. Tidak lokek. Sabar mengajarkan daku ini yang agak terkedek kedek belajar. Untuk anda semua, selamat kembali belajar duhai anak bangsa yang dalam pemusafiran menuntut ilmu.


Tuesday, September 3, 2013

Akak, nak 20 sen boleh?

#entrylunchhour

Siang petang semalam, saya duk membelek facebook. Adalah ternampak pasal minyak akan naik. Baca sekadar baca lalu saya layan main game. Bila malam, saya belek lagi facebook. Eh Eh, betul-betul naik lah. Sibuk duk bilang kat abang 2 saya, minyok naik eh 20 sen. mung takmo gi isi ke? Aku nak gi isi kekgi. Abang 2 macam nak tak nak je pergi. Maksudnya, pergi untuk mengisi kenderaan masing-masing. Tak kuasa kita nak tolong isi minyak kat kenderaan dia. HAHAHA!

Jam menunjukkan angka 8 lebih- berubah ke 9 lebih - berubah ke 10 lebih.

Abang 2 dah balik dari isi minyak, lalu dia 'mung nok isi dok minyok? duk main game je dari tadi'. Saya sebenarnya duk berfikir-fikir, nak isi ke tak nak? Sebab terasa macam malasnya nak keluar! 

Bila jam dah 11 lebih, barulah saya capai tudung semua. Jom Afiq kita gi isi minyak.

Oii, cepatnya Afiq bertindak. Siap cakap owok tutu? A'aa bowok jelah. [tutu = susu, owok/bowok = bawa]. Sian, sebab jatuh kat depan tangga sebab nak kejar saya. HEHE. Tapi jatuh manja je, dia bangun sendiri. Lepas tu kena pimpin la, takut dia jatuh lagi. Tulah, saya tinggal dia kat belakang. Takut la kena tinggal di makcik dia tu haa.

Sampai kat stesen minyak. Orang masih lagi penuh. Berderet kenderaan kat sana.

Alhamdulillah, perjalanan untuk mengisi minyak dipermudahkan.

Saya dapat buat pilihan samada nak pilih lorong kanan atau kiri? Lorong kanan memang untuk kereta saya sebab tank saya sebelah kiri. Lorong kiri pulak, bukan untuk kereta saya sebab tank sebelah kiri. Tapi saya buat pilihan untuk pilih lorong kiri, sebab kereta tak banyak. Hanya berselang 2 aje. Kalau dah buat macam ni, kena lah pandai-pandai parking kereta tu. Kedepan sikit haa, jangan ngam-ngam nanti payah nak mengisi minyak pulak. Cari masalah lah jawabnya. Eh, kenapa eh semua ni perlu ditulis?? HAHAHA. Perenggan ni tak patut ditulis pun. Ok, kita sambung para yang baru.

Open house di stesen minyak.

Semasa nak bayar kat kaunter tu kan, ada seorang pakcik tu datang beratur kat belakang.

Pakcik : bakpe eh orang ramai? ke minyok nok naik?
Pemuda : aa'' minyak naik malam ni
Pakcik : kita mari isi minyak ni, bukan sebab minyak nak naik. tapi sebab minyak kering doh, kalau dok, dok marinya isi minyak malam ni.
Pemuda : -saya tak pasti apa dia cakap :) -
Pakcik : naik berapa sen sangat, kalau 5 liter baru singgit. bla bla bla.

Pakcik kat depan saya yang tengah beratur pandang belakang sambil terkumat kamit. Saya faham perasaan pakcik kat depan ni. Saya pandang ke belakang sekilas.

Ohoii! Rasa je nak sound. Tapi bila fikir, dia orang tua, kita tak kenal. Maka abaikan lah dia. Jangan sakitkan hati sendiri.

Jangan lah nak sombong sangat dengan 20 sen. Tak cukup 20 sen, korang tak boleh nak langsaikan bil tau. Nak masuk toilet pun kena bayar tau. 20 sen. Nak beli tisu pun 20 sen. Ini tidak, dipandang rendahnya akan 20 sen. Kalau korang kaya terlampau pun, jangan hina 20 sen. Satu hari nanti, akan ada time kita terdesak 'eh ko ada 20 sen? pinjam dulu' Yelah, tergagau-gagau dalam purse 20 sen tak ada, makcik kat kaunter restoran tak ada duit kecil nak pulangkan baki kat kita. Haa, masa tu terkiput kiput mencari 20 sen. Nak berlagak jangan depan golongan bawahan macam saya. Eh, saya terasa tau bila pakcik tu cakap macam tu. Mungkin 20 sen enteng dipandangan beliau, namun bagi saya, 20 sen ada nilai dia tersendiri.

Tak sedar ke, bila minyak naik. Alahaii, barang lain akan naik juga. Grrr!!! Panas nya lah cuaca kat luar tu eh :)

Afiq, mungkin afiq belum mengerti akan semua ini. Kereta berasak orang penuh dikaunter pembayaran. Ini gara-gara minyak naik lah Afiq. Afiq cuma tahu minum tutu tutu tutu. HAHAHA. Afiq tahu tak, 20 sen tu tinggi nilainya bagi mereka yang memerlukan. Kita tak perlu memandang pada diri kita semata-mata, luaskan sikit rasa hati kepada semua golongan. Kalau kita tak rasa 20 sen itu tinggi nilainya, mungkin di pihak lain 20 sen itu tinggi nilainya. Sekarang harga minyak RM2.10 esok lusa, tahun depan entah berapa lah pula harganya. Alhamdulillah, cikda dah laksanakan tanggungjawab semasa PRU13 baru-baru ini. Tengoklah nanti, macam mana keadaan ekonomi, sosial negara kita. Tengoklah. Eh, tiba-tiba keluar cerita PRU lah pulak. HAHAHA!