Tuesday, November 26, 2013

Ringkas

Bagi penulisan yang berbentuk rasmi, saya perasan saya tidak berapa gemar menulis dengan ayat-ayat yang berbunga-bunga. Yaa, contoh ayat yang adakalanya membawa maksud yang sama, ayat yang akan memanjangkan lagi surat atau apa sahaja yang kita lakukan. Bagi saya, biarlah ianya ringkas, padat dan terus kepada tujuan penulisan. Tak payah nak berlebihan sangat. Saya rasa sarat, saya rasa 'hey, ringkaskan saje boleh?'

Bagi penulisan di dalam blog pula, biasanya ayat yang saya gunakan memang tiada had mengikut apa yang saya rasa nak tulis. Kadang-kadang nak cerita sikit aje, tapi dia punya konar mak aii. Panjang berjela.

Err, ini aje yang nak ditulis.



Sunday, November 24, 2013

Kematian Yang Dicemburui

Pada awal bulan 11 yang lalu, seingat saya. Saya pernah like satu status Ustaz Hasrizal yang menyatakan akan kehilangan seorang pemuda bernama Ahmad Ammar di dalam kemalangan. Entah siapa dia, saya pun tak tahu. Saya sekadar like selepas membaca status tersebut.

Selang minggu kot, saya ternampak gambar lelaki dalam kain kafan macam tu la lebih kurang, tapi langsung saya tak klik. Biasa lah dalam facebook, orang kan suka share gambar atau cerita macam-macam. Bila dah ternampak 2 3 kali gambar yang sama. Saya terasa nak tahu, apa sebenarnya ni?

Bila dah baca cerita tentang Ahmad Ammar, ternampak lah pulak perkongsian video beliau. Ya Allah, saya tak sangka status Ustaz Hasrizal adalah mengenai seorang anak muda atau lebih tepat pangkat adik kepada saya yang sangat HEBAT!

Video tu memang saya tak tengok sekaligus. Sebabnya, line slow lepas tu, saya terpaksa pause. SEDIH! Sedih bukan sebab dia meninggal, namun sedih apabila melihat ibu bapa Ammar. Sedih mengenangkan diri sendiri.

Bayangkan, seorang ibu seorang ayah yang pada kaca mata saya, sangat memiliki ketabahan yang luar biasa. MasyaAllah. Subhanallah. Saya tak tahu apa ayat yang patut saya tulis. Tiada ayat yang sesuai. Sampaikan saya 'aku nak jadi setabah ibu Ammar'. Padahal saya tak kenal langsung beliau. Namun, bila melihat wajah tenang beliau bersama suaminya, betapa besar jiwanya. Senyuman terukir dibibir, kita boleh ke macam tu? Rasanya, kalau saya lah kan, dah bercucuran airmata macam hujan di musim tengkujuh.

Selepas beberapa kali pause video tu, barulah habis saya nontonnya. Betapa bertuahnya beliau. Dengan umur yang muda, dengan pengisian dikala umurnya masih muda. Ya Allah, jauh benar dengan kita [saya]. Entahlah, tapi saya memang cemburukan adik Ammar ni. Sehingga ke hari ini, saya masih mengikuti cerita beliau. Korang boleh like page Sehidimiz Ahmad Ammar yang dicreate selepas akaun mak ayah beliau dah penuh, sebab ramai sangat orang nak add dia kat facebook.

Pada pandangan saya, adik Ammar memang seorang yang biasa namun luar biasa. Dia bukan seperti anak-anak muda yang biasa. Bila melihat gambar dan aktiviti dia, dia bukan seorang mat skema. Nerd atau berdamping 24 jam dengan buku ke apa. Namun aktiviti hidupnya penuh dengan warna yang sangat berpelangi. Bagi saya, memang sukar nak cari orang yang macam beliau. Mungkin ada, tapi sukar. Dengan misi kemanusiaan yang pernah dia buat, dengan bermusafir dari satu tempat ke satu tempat, mudah cakap pengisian hidup beliau menyeluruh. Seimbang dari segi akademik dan juga agama. Bagi saya, adalah satu kebiasaan andaikata seorang itu seorang yang anak pondok. Ah, macam mana eh saya nak bagitahu. Urmm, macam ni. Bagi saya lah kan, ianya adalah biasa sekiranya seseorang itu hidupnya tertumpu kepada satu fokus sahaja. Contoh, ada yang belajar di pondok dan fokusnya ialah mendalami bidang agama. Itu tak salah. Mereka biasanya akan pakar dalam satu bidang dan adalah juga yang pandai di dalam bidang lain juga, namun bilangannya tak ramai. Bagi pendapat dan pandangan saya pula, ianya akan lebih luar biasa, andaikata seseorang itu boleh dicampakkan ke mana sahaja. Maksudnya, agama dia bagus, pergaulan dia bagus, hubungan sosial pun dia bagus, cara hidupnya juga bagus. Urmm, ayat ini tak menggambarkan sepenuhnya apa yang saya maksudkan. Namun bolehlah. Jika kita melihat seseorang yang berjubah, berkopiah secara tidak langsung, kita tahu ilmu agamanya tentu tinggi. Ini kerana kita menilainya melalui pemakaian. Namun, melihat orang yang biasa. Pakai baju biasa, pakai jeans, pakai slack berkemeja biasa namun pengisian agamanya tip top, ini lebih dikagumi kerana kita tidak sangka dia sebegitu. Klise kan? [ini sekadar pandangan saya, maaf ayat macam tak sampai maksud. mungkin nampak macam berlebihan]. 

Berbalik pada beliau. Saya hanya menonton dan membaca cerita tentang beliau, kenal langsung tak. Namun aura yang ada pada beliau, sangat menyentuh hati. Terasa jauh benar perjalanan dia dengan saya. Terasa kehidupannya penuh keberkatan [ini pendapat saya ok, jangan nak hentam pulak]. Dia betul-betul menanam di dunia. 

Selepas menonton dan melihat apa yang dikarang oleh beliau. Ayat yang berterbangan kat minda 'bermusafirlah aida, bermusafirlah'. Dan saya lebih dan semakin faham dengan maksud musafir. Ini bukan musafir seronok-seronok tanpa hala tuju. Ianya bermusafir mencari kebesaran Allah, menilai diri menilai apa yang Allah hamparkan di muka bumi ini. Nak kaji sejarah macam beliau, mungkin tak sampai lah kot. Jauh benor bezanya, beliau lebih fokus dan tahu apa yang nak dituju.


GPTD: Ahmad Ammar Dalam Kenangan (1993 - 2013)

Saya rasa, makin banyak ditulis makin rasa tak cukup. Namun cukuplah saya menyatakan, kematiannya sangat dicemburui ramai. 





Monday, November 18, 2013

2 : Baik kepada buruk

Saya copy aje dari link fb Hilal Asyraf (Official).

Manusia boleh berubah 2: Baik kepada buruk

Kita juga kadangkala selalu melupakan perkara ini. Kita lupa bahawa Allah itu mampu menurunkan seseorang yang baik, menjadi seorang yang buruk. Mungkin dahulu solat, sekarang tidak. Mungkin dahulu ada hubungan dengan Allah, sekarang tidak. Banyak lagi.

Kelupaan kita terhadap perkara inilah, yang membuatkan kita senang memandang hina kepada mereka yang bergelumang di dalam dosa dan keburukan. Kelupaan kita akan perkara inilah, yang membuatkan kita mudah menyatakan orang lain masuk neraka, kafir dan sebagainya. Kita boikot orang-orang berdosa dan mengumpat cerca mereka.

Ya, mungkin hari ini kita ada nikmat iman dan nikmat Islam.

Tetapi kita punya kah?

Sepatutnya, kesyukuran kita ini mendapat nikmat iman dan Islam, perlu ditunjukkan dengan menyebarkannya dengan lebih jauh dan lebih ramai lagi. Bukannya menyedikitkannya dengan menyatakan orang-orang lain masuk neraka atau kafir atau tak ada harapan atau dah terjerumus.

Maka sepatutnya kita tidak merasakan bahawa diri ini sudah berada di dalam comfort zone. Rasa keimanan kita sudah cukup. Rasa Islam kita sudah bagus. Sepatutnya kita tidak melihat berapa banyak kebaikan yang kita lakukan, tetapi lihatlah berapa banyak dosa yang masih belum kita selesaikan. Sepatutnya kita tidak melihat berapa banyak dosa orang lain lakukan, tetapi lihatlah kebaikan-kebaikan yang dia ada sebagai motivasi untuk mengajaknya kepada kebenaran.

Kita sepatutnya melihat di sekeliling kita.

Mungkin ramai sahaja, orang-orang yang mendapat didikan agama, tetapi tidak mengaplikasikannya. Mungkin ramai sahaja, orang yang dahulunya ikut usrah, tapi kini perangai entah apa-apa. Mungkin ada pengalaman kita, orang yang dahulu bertudung, sekarang boleh dedah sampai ke paras dada dan pakai ketat-ketat.

Sepatutnya, kita bersyukur dengan kebaikan kita, dan berusaha untuk menambahnya dalam rangka menghargainya. Dan syukur kita, kita lepaskan dalam bentuk mengajak lebih ramai lagi orang lain untuk berada dalam lingkungan keredhaan Allah.


Bukannya kita tunjukkan dengan mencerca mereka yang diuji pula!



Monday, November 11, 2013

Amarah!

Cerita 1
Masuk bilik sebab nak ambil laptop. Terperasan kat plastic box basah. Tertengok kat balang kaca saya yang ada ikan. Ya Allah. Air dah tinggal sikit je. Ngam-ngam dengan badan ikan. Memang aku hangin. Balang kaca tu dah berlubang. Ini dah tahu dah angkara siapa. AFIQQQQ!!! Terpaksa tukar ke dalam bekas air plastic tu. Bekas minuman tu la. Yang RM1 tu.

Bengang sungguh. Ok, lancar perang dengan Afiq.

Cakap kat dia. Cuda akmo kawan dengan Afiq. Kalau ayat ni keluar dari mulut saya, maka dia tahu yang dia akan menjadi orang yang paling sedih. Hilang kawan yang sporting. HAHAHA! Ok, ini ayat yang sangat perasantankotak.

Dia datang ngedeng-ngedeng, tapi malas sangat nak layan. Yelah, memang bengang sangat-sangat. Balang kaca tu saya sayang, dia buat pecah pulak. Dia datang juga sebab dia nak tunjuk video apa entah. 

Saya ulang ayat yang sama. Cuda akmo kawan Afiq. Habis je ayat tu dituturkan. Terus Afiq pukul dengan dua-dua tangan dia tu. Dipijaknya handphone tu. Hambik kauuu!! Terkejut betul bila tengok macam ni. Ini dah terbalik ni, sama-sama dah marah. Abang 2 terus ambil Afiq sambil cakap 'dok baik wak gitu'. Menangis la pulak.

Memang sejak akhir-akhir ini, Afiq dah berubah menjadi sedikit emosi. Cepat menangis, cepat marah cepat sejuk.

Lepas tu, saya terus cakap kat dia. Salam dulu dengan Cuda, baru kita kawan. HAHAHA! Ayat memang sangat drama queen la. Tapi dia tak nak sebab jari dia sibuk mencari video nak tunjuk kat saya. Comel sangat dia ni. Terus tak jadi marah.

Cerita 2
Afiq masuk bilik. Ini lain hari la punya cerita. Memang dia suka masuk bilik sebab nak tengok ikan. Saya selalu curi-curi pandang dia dari belakang. Saya tak pasti dia buat apa pada satu ketika tu. Lalu saya masuk juga. Terus dia cakap, Afiq udoh ayor 'afiq ludah air liur'. HOO! Geram betul dia ni. Sebab bekas plastic tu ada lubang kat atas. Terus pandang muka dia. Ok, airmuka dia dah berubah. Terus keluar bilik. Tapi tak ada lah menangis.

Budak-budak seusia 2 tahun ni, dah pandai terasa kalau ada buat salah. Itu ok, cuma kalau boleh jangan selalu mainkan perasaan dia. Nantikan takut dia memberontak. 

Cerita 3
Satu malam, Afiq ada coklat. Bila kita minta, dia cakap 'dok ayohlah tuda' [tak perlulah cuda]. Bila kita tanya bakpe? [kenapa]. Dia jawab ujan ni. HAHAH! Tak ada kaitan hujan dengan coklat.

Cerita 4
Mintak makanan dengan dia. Lepas tu dia cakap, edas. okleh edas [pedas, tak boleh pedas]. Macam lah kita ni kecil dari dia.

Cerita 5
Walid nok cucu se [walid nak susu satu]. HAHAH! Dia akan mintak berulang kali, sampai ada orang stress!

Cerita 6
Malam semalam, dia tunjuk botol susu dia. Susu dah hampir suku je, dah nak habis. Jadi memang kita hairan, apa lagi yang dia nak. Rupanya nak tambah susu. LOL! Tak pernah pulak susu main tambah-tambah macam ni. Selalunya bila dah habis minum. Selang beberapa jam barulah minta susu balik. Nak tak nak, saya tolong buatkan susu untuk dia.

Main siram siram bedak. Mula-mula letak kat pipi, lepas tu kat lantai. Lepas tu kat kereta dia, lepas tu kat basikal. Apa sahajalah Afiq dan Baihaqi. Oh, Baihaqi ni anak buah juga. Cuma sekali dua je pernah cerita pasal dia. Dia tinggal rumah berbeza. Petang-petang dia akan datang sini. Kadang-kadang tak nak balik. Sangat berat hampir obesiti. LOL!! Serius tak tahan nak gelak kalau teringat kat dia. 



Tegar - Pantaskah Surga Untukku

http://www.youtube.com/v/_BXoDFT5bvo?version=3&autohide=1&autohide=1&showinfo=1&feature=share&autoplay=1&attribution_tag=yFIBk_KcPL0cjHgSAImWEA

Hari ini rasa sangat bersyukur. Err, bukan maksudnya semalam tak bersyukur. Tapi hari ini lebih rasa happy. Walau masih lagi dalam proses nak selesai itu ini. Biasalah kalau cakap pasal kerja memang lelah. Ok, malam ni nak share satu lagi dari Tegar - Pantaskah Surga Untukku. Kalau tengok lirik dia dalam video ni kan, memang terasa kat tulang putih. Namun, apakan daya. Tak tahulah kenapa. Video ni tak nak keluar. Dah berapa kali dah saya klik share tu, tapi entah lah. Esok pagi lah nanti saya edit semula. Sebab nak sangat share lagu ni, maka rela lah walau macam ni keadaan dia. HAHAHA! Sementara masih ada kelapangan ni, maka gunakanlah sebaiknya.


Thursday, November 7, 2013

Lavender

Bercakap mengenai bunga. Hati mula berbunga-bunga. Ayat mungkin tidak berbunga sangat. Namun bunga-bunga berkepul-kepul kat dalam mata. Eh, kat depan mata. 

Nah macam biasa, bacalah tentang bunga ini Bunga. Macam biasa, pandanglah ke belakang untuk tersenyum. Pandanglah ke belakang untuk lebih berhati-hati di masa depan. Usah takut memandang belakang demi kebaikan di masa depan. Namun, tak semua yang dibelakang kita patut memandangnya.

Saya mula jatuh cinta. Tapi tak tahu bila. Mungkin diawal 2013 ini. Jatuh cinta pada lavender. Dan mungkin nama saya boleh ditukar kepada Aida Lavender. Manis sungguh kan? Ya Allah, seronok sungguh berangan. Angan-angan tak boleh panjang sangat, tak baik tau :)


Tak pasti adakah lavender ini wangi?


Saya dah sampai kat sini. Dalam angan-angan. Hey! kalau korang ada kat sini, kat lavender ni. Pergilah bergambar puas-puas. Rugilah kalau tak bergambar kat hamparan ungu ni.


Sanggup berenti kerja, jadi pengutip bunga ni. Wah! Ayat drama queen sangat oo.


Aida Lavender dah cair



Grrr!!! Nak ke sini. Ok, tak mungkin. LOL! Bukan awal-awal dah give up, tapi ini statement sedor diri ok T_T


 Bayangkan saya duduk kat kerusi biru tu. Ini ladang saya punya. HAHAHA!


Boleh tak jangan cantik sangat?


Jatuh cinta lagi


Saya cemburu dengan dia. Kutip/memetik [ayat apa entah yang sesuai] lavender memakai baju ungu bertopi berbakul. Dan gambar ni semua, saya ambil daripada google. Jangan marah eh. Credit untuk callingithome.com 


Lavender pertama yang saya beli ketika di awal 2013, di bulan Mac kalau tak silap. Dan saya sangat jatuh hati dengannya.

Maaf kerana terpaksa melayan keberanganan saya ini. Maafkan saya.

Sekian.

Yang dah jatuh hati
Aida Lavender
7.11.2013


Perihal SELFIE

'Selfie' syok sendiri

Bukan isu besar kalau kita perhatikan ramai remaja tak kiralah sama ada si gadis atau si jejaka suka tangkap gambar sendiri pada zaman sekarang. Apatah lagi cabang media sosial yang semakin banyak membuatkan mereka semakin obses untuk tonjolkan diri sendiri dalam kalangan rakan lain.

Perempuan terkenal dengan sikap yang suka cantik dan sedikit menunjuk-nunjuk sekiranya penampilan terlebih cantik pada hari tertentu. Oleh itu, sikap ini secara tak langsung akan membuatkan mereka cuba berkongsi kegembiraan dengan rakam gambar sendiri untuk dimuat naik di laman sosial.

Bagaimanapun, lain pula kisahnya turut terkena tempias tabiat ini. Lelaki yang terkenal dengan sikap ‘macho’, ego dan tegas juga tidak dapat tahan diri daripada tidak ‘selfie’. Tarikannya terlalu kuat hingga mampu buatkan golongan ‘control macho’ turut tergolong dalam kelompok ini.

Sukar dimengerti
Selfie adalah singkatan kepada gabungan perkataan potret diri sendiri (self-potrait). ‘Selfie’ juga merujuk kepada perbuatan suka mengabadikan gambar sendiri yang ditangkap tanpa bantuan orang lain. Perbuatan ini bukanlah dikategorikan sebagai salah, tetapi apabila semakin ramai yang gemar ‘selfie’ walau di tempat tak sepatutnya, ia agak menjengkelkan.

Tabiat suka tangkap gambar sendiri ini ibarat virus kerana sudah merebak kepada semua golongan. Tak kiralah, anak gadis, mak cik, pak cik, ibu bapa atau saudara-mara, gambar ‘selfie’ boleh dikatakan wajib ada dalam akaun laman sosial masing-masing.

Tak keterlaluan jika penulis berpendapat, ‘selfie’ boleh dikategorikan sebagai tabiat yang sukar dimengertikan. Sehingga ke hari ini, bukan saja wanita yang mahu tonjolkan penampilan dan paras rupa seharian, tetapi kaum lelaki juga tidak mahu ketinggalan malah ada di antaranya lebih obses berbanding wanita.
  
Depan cermin
Diakui, melihat gambar ‘selfie’ yang dimuat naik di laman sosial membuatkan penulis tertanya-tanya, kenapa perlu rakam gambar sendiri di tempat tak sepatutnya? Sebagai contoh, banyak gambar ‘syok sendiri’ ini boleh dikatakan dengan ‘pose’ di depan cermin.

Mungkin pantulan imej daripada cermin boleh menampakkan seluruh tubuh pemilik kamera, sekali gus tercapai hasrat untuk berkongsi penampilan harian dengan rakan lain. Jika itu sebabnya, ia boleh difahami, tetapi apabila si ‘selfie’ terlalu aktif hingga tidak boleh bezakan lokasi mungkin akan buatkan dia kelihatan seperti obses dengan rupa paras sendiri.

Bergaya dan menangkap gambar di depan cermin adalah budaya baru dan ibarat lokasi wajib untuk ‘selfie’. Paling banyak dilihat adalah ‘selfie’ di depan cermin tandas awam berbanding rumah sendiri. Kenapa perlu tandas awam? Faktor cermin yang besar hingga menampakkan keseluruhan tubuh membuatkan ia jadi pilihan ramai. Jangan menuding jari kepada satu golongan saja, si jejaka juga tak kurang hebatnya.

Antara lokasi lain yang menjadi pilihan termasuklah dalam kereta, di tempat kerja, atas katil sebelum tidur atau di kedai makan.
  
‘Duckface’
'Duckface’ merujuk kepada pose memuncungkan mulut seperti itik. Dengan bibir yang dimuncungkan, ada beranggapan ia boleh menampakkan tulang pipi sekali gus membuatkan wajah si ‘selfie’ kelihatan berbentuk bujur dan tidak terlalu bulat.

Mungkin faktor itulah membuatkan gaya ini menjadi ‘trademark’ si gadis apatah lagi apabila bibir diwarnakan dengan gincu warna terang. Cukup menggoda! Jangan terkejut apabila ada juga lelaki sukakan gaya ini apatah lagi apabila ‘selfie’ beramai-ramai dengan rakan wanita.

Selain posisi biasa, gaya rakam gambar daripada sisi atas kepala juga antara pilihan. Dipercayai, ia boleh buatkan wajah seseorang khususnya berbentuk bulat kelihatan muncung tirus selain boleh sembunyikan lemak di bawah dagu.

Gaya ini bukanlah bertujuan untuk memburukkan sesiapa terutama golongan berbadan besar tetapi pandangan ini dikongsi melalui forum dan blog yang menceritakan mengenai isu ini.
  
Obses diri sendiri
Itu tanggapan sesetengah individu yang tak gemar ‘selfie’. Bagi mereka, sesiapa yang suka rakam gambar sendiri lebih kepada masalah syok sendiri. Obses dengan rupa paras dan penampilan diri hingga terlalu yakin untuk berkongsi dengan orang ramai.

Obses di sini merujuk kepada mereka yang terlalu aktif ‘selfie’ hinggakan dalam satu hari, lebih lima gambar ‘selfie’ dimuat naik di laman sosial hingga membuatkan orang mula menyampah. Hakikatnya ramai gadis cantik dan jejaka tampan turut obses dengan ‘selfie’ contohnya seperti selebriti atau ‘public figure’ lain.

Oleh kerana mereka mempunyai ribuan peminat, keadaan kadang-kala mendesak mereka untuk muat naik gambar sendiri kerana tidak mahu mengecewakan peminat. Itu kisah selebriti, bagi orang biasa pula, apa nak dikisahkan dengan pandangan orang asalkan anda buat perkara yang boleh membahagiakan anda, sudah memadai.


Walaupun ramai beranggapan ‘selfie’ adalah perbuatan syok sendiri tetapi dari segi positifnya, lebih baik obses dengan diri sendiri daripada obses dengan orang lain yang jelas tiada faedahnya. Teruskan ‘selfie’ dan pedulikan pandangan sinis orang lain walaupun ketika anda sedang ‘selfie’ beramai-ramai di tepi jalan!

******

Terbaca artikel pasal selfie ni pagi tadi. Sangat suka dengan artikel ni yang ada kat dalam metro. Bagi saya, selfie ni dah wujud lama dah. Cuma tak berapa nak meluas. Seingat saya, saya dan kawan baik memang suka selfie tapi masa tu penggunaan handphone canggih manggih tak segempak macam sekarang. Time tu kami guna digital camera. Lepas tu pandai-pandai la fokus kat muka macam mana. HAHAHA! Upload gambar tu kat dalam friendster. Waduh, zaman friendster ok. Cuma kan, masa tu tak adalah pulak nak buat muka ala-ala comel ke apa. Nantikan, bajet nak buat muka comel, tapi yang terpapang muka haru. LOL!! Ini maknanya cari nahas. Menjatuhkan air muka ke tanah.

Sekarang pun, ada la juga upload gambar selfie. Memang banyak gambar selfie tapi tak semuanya akan diupload. Yang nampak macam senonoh sikit, orang tak terkejut bila melihatnya, barulah berani nak upload. HAHAH. 

Selfie kami dulu kan, sebab tak ada orang nak tolong ambilkan gambar kami berdua. Itu sebab lah selfie. Tak sangka selfie zaman sekarang lagi canggih. Buat muka duckface, upload dalam insta, upload dalam fb. Kadang-kadang comel je yang buat duckface tu. Kadang-kadang pelik juga. Senang cerita, orang comel memang nampak comel la. Haa, sambung sendiri la ayat seterusnya.

Cuma kelakar lah sikit kalau lelaki yang selfie. Bagi saya/pendapat saya, macam tak berapa nak kena lah dengan imej mereka yang lebih sempoi. Lebih kelelakian tu. Macam eh dia ni. HAHAHA. Tapi bukanlah salah, cuma macam tak berapa nak kena la kan dengan mereka. Kalau perempuan ni lain lah kan, kita dah memang tahu perangai semulajadi kaum kita kan. Memang suka bergambar. 

Ok. Dah cukup ulasan ni.



Tuesday, November 5, 2013

Kerana Dia Kakakku

Tajuk mestilah ala-ala novel atau tajuk drama-drama kat televisyen. Haa, pandai pun eja televisyen. Biasa duk sebut tv tv tv. Bila nak eja, dah rasa kekok. Telivisyen ke televisyen. Tapi nampak ejaan 'tele' tu lebih nampak berjenis sikit. Nampak lebih tepat bahasa dia.

Ok, sembang panjang tarak guna jugalah. Marilah kita menyambung entry malam semalam. Kan saya dah janji T___T.

Baca ini dulu untuk lebih penghayatan. HAHAHA. Penghayatan la sangat. Nak cakap, yang sebetulnya kebanyakkan entry kat MPS ni adalah berkait. Kan tagline dia novela of my life. LOL!! Ok, stop dari berloyaran buruk aida.


Dah baca link kat atas? Tak baca? Sungguh mendukacitakan hati ini.

Terus ke penceritaan selepas balik dari menziarahi pusara arwah mak kami.

Kami yakni i dengan kakak 2 tu lah, singgah kat rumah kawan mak kami yang memang ada kat tepi kubur tu. 

'Eh, pintu rumah ye buka tu. jom ar gi. kalau dok gi hari ni, memang dok gi doh. mu nok gi dok?'
'Ikut je. dok kisah', jawab kakak 2 dengan berhemah. Ecewah. Menulis memang boleh buat ayat hyperbola fantasi lah. Sebab tu la, kalau korang perasan, ayat novel novel semuanya mak aihhh! Indah macam semua sempurna. Cantik bahasa membuatkan kamu terawangan, padahal realitinya mungkin tak begitu.

Tapi kakak 2 saya memang jawab dengan berhemah. Dia tak kisah nak ikut cadangan saya.

Saya bagi salam dan makcik tu pun keluar. Saje jelah kan tak nak kasi tau nama makcik tu. Menjaga rahsia katanya. HAHAHA. Kataku bukan kata dia.

Dia jemput duduk dan kami bersembang. Dia tanya kenapa tak datang dengan abang 1 dan yang lain-lain. Kami cakaplah yang kami ni nak datang masalahnya dah terlambat sangat. Kesimpulan, lepas pulang solat sunat Hari Raya jangan terus pulang ke rumah, teruslah ke kubur. Ini peringatan untuk diri sendiri.

Makcik ni merupakan BFF arwah mak dulu-dulu. Kalau ada kelapangan, kami pergi la juga ke rumah dia. Namun tak ada lah kerap kali sangat. 

Semasa kami tengah duk bersembang, ada pulak kawan kepada makcik ni datang. Bertambah panjanglah kami bersembang.

Ada satu dialog yang memang tak boleh blah.

Kami duk bersembang pasal cara nak buat tapai dan macam-macam hal lagilah. Saya macam terdengar kakak 2 saya cakap dia tak reti nak bungkus tapai. Saya cakaplah 'senang je kan kalau nak bungkus tapai. gitu je kan?' Kakak saya balas, 'uh kalau bungkus tapai, pejam mata aku boleh bungkus'. Kami berdua gelak tanpa hiraukan dua makcik tu. Sengal betul kakakku, kat rumah orang pun sempat lagi puji diri sendiri. Entah apa sebenarnyan topik yang kakak saya tak reti tu. Silap pulak pergi menyampuk. 

Lepas makan-makan yang membuatkan kami kenyang, kami mengundurkan diri.

Ok, tamat sudah cerita ini.

Sekarang saya terus sambung ke cerita lain. 

Satu malam tu, saya dan kakak 2 ke Pizza Hut. Nak kasi anak-anak dia/buah makan pizza kononnya. Semasa sedang berjalan selepas keluar dari kedai kasut, terserempak dengan budak lelaki dalam lingkungan sekolah rendah.

Kebetulan saya jalan kat depan, budak lelaki tu pandang saya. Dia senyum, saya senyum juga la. Pada andaian saya, budak tu tentu datang dengan mak ayah dia.

Selepas dia melintasi saya, kakak 2 tegur budak lelaki tu. Saya pandang sekilas je lah.

Masuk aje kat dalam restoran pizza tu, kakak 2 cerita yang dia tengok budak tu senyum kat saya. Jadi sebab itulah dia berani tanya budak tu datang dengan siapa. Rupanya dia datang seorang aje, rumah dia berdekatan dengan bandar ni je. Jalan kaki sorang-sorang memalam buta. 

Kakak saya cakap kat saya, 'budak tu ada harga tu. kalau kena jual, kalau itu ini... ' HAHAHAH!
Saya tak terfikir langsung tentang apa yang dia kata. Sengal betul!

Masa kami kat dalam restoran tu, ada lah air free untuk customer. Jadi saya cakap kat kakak saya. Minum ar air tu. Kakak saya takut, jadi saya tanya kat cashier samada air yang ada kat tepi kami duduk tu, boleh minum ke tak. Dia cakap boleh. Apalagi, saya tuang kat kakak dan dia terus minum. Dia membebel sambil minum. 'Patut letak air mineral je, jangan letak air berkarbonat gini. Banyak gula dalam air ni. Bahaya la kalau minum sokmo'. LOL! Sempat lagi.

Masa kat dalam kereta, dia cakap. Rasa macam bodo je. Masuk restoran, pot pet lepas tu minum air. HAHAHA. Saya cakap lah, mesti budak tu cakap 'mari mana lah 2 orang ni yang gini gaya eh' [bahasa terengganu yang sukar untuk ditranslatekan]

Ah, kamu semua mungkin tak tahu dimana kelakarnya yang saya duk HAHAH/LOL! tu kan? Bagi saya lawak. Titik dan !



Monday, November 4, 2013

Di Pusara Ini

Saja-sajalah menggodek laptop pada malam ni. Alhamdulillah, laptop dah ada nyawa. Adapter dah saya beli. Dah banyak kali sangat saya membebel pasal adapter yang rosak. Adalah kat entry-entry yang lampau. Selaklah kalau rajin.

Saya nak bercerita pasal perkara ini dari hari ke hari. Tapi apakan daya, dari Aidilfitri sampailah ke Aidiladha, hari ini barulah saya mempunyai kesempatan.

Masa Aidilfitri kan, kami tak sempat nak pergi ke kubur semasa hari pertama. Jadi saya duk berkira-kira apapun jua, saya tetap akan ke kubur untuk menziarahi kubur mak saya. Nak pergi juga. Yang penting, kita perlu menjaga diri kita kerana sebagai wanita kita tak diwajibkan untuk ke kubur. Tak perlu menziarah dengan terlalu kerap. Ada adab-adab yang perlu dijaga.

Kebetulan kakak 2 ada balik, jadi saya bersepakat untuk pergi bersamanya. Kami bersiap dipagi hari, pagi di mana Syawal sudah menjengah hari keempat atau hari keberapa entah. 

Saya memandu, kami sampai selang beberapa minit sahaja. Kubur arwah ibu kami tak adalah jauh mana. Turun dari kereta, kami terus ke pusaranya. Tak susah untuk mencari pusara ibu kami. Sangat senang, dari kejauhan dah boleh nampak. Pusara ibu saya terletak betul-betul dipuncak tanah yang membukit. Walaupun kedatangan kami hanyalah setahun sekali, namun ianya tetap seperti baru semalam kami datang.

Bila dah sampai ke pusara, kami menyedekahkan bacaan-bacaan Al-Quran untuk arwah ibu di sana. Ketika saya membaca Yassin, hati saya sedikit berbaur. Namun saya dah nekad, tak nak menangis pun. Bacaan diteruskan dan kakak 2 saya mengikuti apa yang saya baca. Kami baca sama-sama. Sedang saya membaca, kakak 2 saya terdiam. Alahai dia ni. Saya masih boleh menahan perasaan, saya tahan airmata saya dari gugur dan saya berjaya. Namun selang beberapa minit selepas itu saya tewas. Adush! 'Mu ni, nangis pulok'. Saya geram sebab dialah saya menangis sama. Kakak 2  gelak sambil menangis. Saya bukan marah betul pun, tapi lebih kepada geram. Kesat airmata, kesat hingus. LOL!!! Saya mengumpul kekuatan dan bacaan diteruskan. Bacaaan adakala perlahan sebab menangis dan adakala kuat. Kuat la untuk didengari oleh kakak 2. Sebenarnya, kalau nak diikutkan saya lebih berhati tisu. Lebih mudah sangat dan sangat menitiskan airmata berbanding kakak 2

Sepanjang dari 2009 hinggalah 2013, tidak pernah sekali pun saya mengabadikan kenangan pusara arwah ibu kami di dalam handphone atau blog ini. Biasanya, saya hanya membawa surah Yassin sahaja. Handphone ke apa ke, memang saya tak letak dalam kepala. Pada tahun ini, saya terbuka hati untuk merakamkan pusara arwah ibu kami.


 Alhamdulillah, pusara arwah ibu kami dijaga dengan sangat baik. Amat baik. Adik 2 kami sangat menjaga pusara ibu kami. Hampir tiap hari dia datang kalau tak ada kerja. Sudah 4 tahun, namun pusara ini masih nampak baru. Kat dalam tu, adik saya letakkan batu sungai dan pokok apa entah. Lalang-lalang meliar memang tak ada kat dalam tu. Perasan tak 2 bongkah kayu tu? Tak tahu kerja adik yang mana, rasanya adik 2. Senang nak duduk masa datang ziarah kat sini.


Kami adik beradik jarang mengucapkan kata RINDU kepada arwah ibu. Tapi kami selalu hadiahkan doa kepadanya di sana. Zahirkan dengan perbuatan. Kadang-kadang hati kami je yang berkata-kata, rindunya akan dia. Selalu sangat terlerai semasa kami menziarah di sini. Masa itu lah airmata tumpah, aku pandang engkau, engkau pandang aku. Engkau menangis, aku buat derk. Aku menangis engkau buat derk. Biarkanlah kamu melayan perasaan.

Cuma satu yang boleh saya pesan, sekiranya mak kita dah tak ada, atau ayah kita dah tak ada, atau sedara mara atau sesiapa sahaja lah. Err, tapi biasanya yang dekat dengan diri kita la kan, selalu lah sedekahkan doa, bacaan AlQuran untuk dia di sana sebagai bekalan. Sebab itu ajelah yang tidak terputus. Nak bagi kesenangan material, urmm itu semua dah tutup buku. Semoga Allah menerima amal kita dan diberi pahala kepada Allahyarhamah/Allahyarham. Amin InsyaAllah.

Nantikan sambungan selepas pulang dari menziarahi pusara......




Sunday, November 3, 2013

Kepangkuan Hati

30.9.2013
Alhamdulillah. Ada kesempatan untuk menulis. Sebenarnya, saya dah menulis separuh [hampir siap] entry ni. Tapi tertidur semasa menulis, lalu kesemua yang ditulis hilang begitu saja. Yang ada hanyalah tajuk sahaja. Nak tak nak, saya terpaksa menulis semula dan idea semestinya berbeda dengan yang mulanya.

Minggu lalu, saya mencari password bagi facebook yang lama. Dahlah tak tahu password yang mana. Main try and error sampailah 'your email and password didn't match with any account'. LOL! Lebih kurang la kot macam tu. Ayat yang tepat saya tak pasti.

Selepas beberapa kali, akhirnya dapat saya tembusi ke akaun tersebut. Semasa dah dapat log in tu kan, terdapat 51 friends request. Bukan ini yang saya nak tengok.

1,2 }


8.10.2013

Baru dapat sambung..

Lihatlah betapa caca marbanya nak hasilkan entry ni. HAHAHA. Dan saya perasan, penulisan sejak kebelakangan ini macam mempunyai intipati yang sama. Tengok/bacalah entry di bawah-bawah ni. Padahal tak rancang pun. Entry kali ni pun, masih lagi di ruang lingkup perihal diri dan juga sekeliling.

3.11.2013

Berbulan bulan untuk satu entry. Kan saya dah cakap, masa saya terkekang. Ah abaikan alasan demi alasan tu. Kau bilang beribu kali pun, hanya engkau yang kan mengerti.

Ok. Pasal facebook. Facebook lama saya dah saya deactivated selepas saya berjaya tembusi pada bulan 9 yang lalu.

Saya rasa kekok di fb sendiri. Terlalu banyak cerita yang saya rasa, saya tak perlu tahu. Saya rasa saya terlalu tegas di dalam hal ini. Tapi biarkanlah. 

Dulu kan, saya seorang yang sangat memikirkan perasaan orang lain. Contoh, si A ni saya kenal namun tak rapat. Dia add dalam fb, saya accept. Lepas tu kan, saya terfikir kembali. Untuk apa dia di dalam fb saya? HAHAHA. Nak unfriend saya tak sampai hati. Kesian. Namun itu semua berubah. Pada bulan 9 tu la kan, saya unfriend terus beliau. Yelah, buat apa nak ikut rasa emosi melampau sangat kan? Dia lelaki, saya tak kenal malah tak pernah bercakap apa pun. Kalau korang try buat apa yang betul mengikut diri sendiri, mengikut sebab musabab yang kukuh. InsyaAllah hati akan 'ok je unfriend orang'. 

Nak cerita pasal kakak 2 saya. Dia pun sama dengan saya. Dipendekkan cerita yang panjang. Dia cakap kat saya 'jahatnya mu'. Saya tanya dia 'mu kenal dia?' Kakak saya jawab 'dok, tapi kesian kat dia kalau unfriend'. Tengok, tengok sama je macam saya. HAHAHA. Tapi saya kejam lagi la kan. Saya yang ambil tindakan unfriend perempuan tu. Budak perempuan tu baik, ok je sebab dia kawan adik lelaki 4 saya. Tapi kakak 2 saya tak kenal dia secara personal dan kakak saya bukan seorang yang add orang lain sesuka hati dia. 

Saya pun dah tak pasti apa saya nak tulis dalam entry ni. Maklumlah dah lama benar terperap dalam draft.

Bagi saya, facebook saya adalah sangat personal. Untuk akaun kedua [selepas yang pertama saya nyahaktifkan dia] saya menerima beberapa request dari kawan yang memang saya kenal. Namun saya abaikan. Kerana apabila ianya berbentuk personal, cukuplah mengenali saya di dunia realiti. Tak perlulah nak bermaya-maya. Saya sendiri bimbang dengan status atau gambar atau link yang saya kongsikan mungkin tidak berapa kena/selesa di mata kawan-kawan yang ada kat dalam fb.

Ini kerana, kalau kita dah jadi kawan dalam fb. Nak tak nak terpaksa tengok apa yang kawan kita upload. Kalau blog, kita ada option samada nak baca atau tidak. Jadi itu yang kita kena fikirkan juga.

Sebab itulah, keputusan saya untuk tidak aktif di akaun pertama adalah keputusan yang betul dan agak tepat [bagi saya lah]. 

Dan kalau saya tidak menerima pelawaan untuk berkawan di dalam fb, itu tidak bermaksud saya putus tali silaturrahim di alam realiti.

Sekian.