Sunday, January 12, 2014

2 Kesedihan

Pagi tadi hujan lebat. Lebat sangat. Masa sedang memandu tu kan, ternampak seorang pakcik bermotorsikal memboncengkan anaknya. Berbaju hujan warna kuning, si anak lelaki memeluknya erat. Kalau diperhatikan pada pakaian, budak tu baru sekolah rendah. Dihati nak sangat-sangat menolong pakcik tu. Di mana agaknya budak tu bersekolah. 

Kasihan sebab hujan tadi memang lebat, tentu basah lencun mereka dua orang. Sambil memandu, saya bermonolog sendiri 'tak suka ar tengok benda-benda sedih macam ni di pagi hari. kan tak pasal-pasal hati dah sedih'.

Lepas tu saya teruskan perjalanan ke tempat kerja. Dan memang niat saya nak berkongsi cerita pakcik tu dan anak lelaki dia.

Tadi, selepas makan pagi. Saya menyambung kerja pejabat. Sedang saya membuat kerja, saya terdengar '.. accident.. Fara.'. Rasa ingin tahu menyebabkan saya sanggup keluar dari bilik sekejap dan tinggalkan kerja, saja nak membusykan badan nak tahu apa cerita tu eh.

Bila dah tahu, saya seakan rasa tak percaya. Mereka meninggal satu keluarga. 4 beranak. Bukan kemalangan biasa aida. Saya sehabis mungkin menahan sebak. Sedih.

Sila baca kat link ni : Tak sempat singgah rumah ibu

Dua minggu lepas, saya ada jumpa arwah sekeluarga di xiri kiddy house. Saya sempat bercakap sembang-sembang sekejap dengan dia. Time tu, saya dengan kakak ipar 2 dan Afiq datang ke kedai tu nak beli keperluan baby.

Masa borak tu kan, Fara memang tak banyak bercakap. Berbeza sebelum ni, biasanya dia ramah la juga. Boleh tak kat kepala saya terfikir 'Fara banyak cakap dengan Ina je ni' [Ina, kalau Ina terbaca ni, serius ini yang Kaida fikir. Sebab biasa baca blog Ina, cuma sekarang Ina dah jarang update blog]. Saya tak adalah kenal mana dengan Fara, namun bila berjumpa dia memang akan tegur, bersembang macam biasa. Kami lain-lain pejabat. Kami kenal sebab saya pernah 'jaga' kursus dulu-dulu. Saya terfikir masa tu, kenapa macam tak mesra je Fara ni, nak bagitahu kat kakak ipar 2 tapi saya tak tercakap. Saya bukan nak cakap itu tanda-tanda ke apa. Sebab mungkin dia sibuk dengan anak-anak ke apa. Atau apa-apa la kan. Cuma ini apa yang kita alami. Kita akan rasa/buat andaian macam, 'rupanya Allah dah nak ambil dia'. 

Dia masih muda, dan umur bukan penentu kematian. Sakit juga bukan penentu kematian. Muda atau tua, kita tetap akan meninggal apabila ajal sudah sampai. Disebalik tragedi ini, saya berfikir dan bertanya pada diri. Apa amalan yang akan kita bawa untuk menemui Ilahi. Bagaimana cara terbaik saya perlu menguruskan sisa-sisa nyawa yang Allah pinjamkan ini. Guna sisa-sisa nyawa baru terasa ngeri sikit. Kalau tak, payah nak insaf.

Ok, lah. Saya nak sambung kerja. Kepala dah sakit sebab menerima/melihat 2 kesedihan pada hari ini.

Semoga Allah menempatkan beliau 4 beranak di kalangan orang yang beriman. Amin.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.