Wednesday, January 29, 2014

Erti Rindu

Ecewah. Eh, jangan fikir lain.

Baru-baru ni, saya ke KL atas urusan saja-saja. Suka-suka. Konon nak shopping. Saya pack barang pada jam hampir 6pm. Flight dalam jam 9.30pm rupanya. HAHAHAH. Saya yo-yo oi je minta Abang 2 hantar jam 8pm. Memang berjanggut la menunggu kat departure hall tu. Masa tu kan, saya terfikir. Kenapa dorang tak announce pun flight ni delay ke apa. Tapi saya relaks je lah duduk kat dalam tu. Benda ni saya sedar lepas saya dah balik dari KL. Ya Allah. Nasib baik saya datang awal, kalau tak haru je.

Masa 2 hari sebelum pergi kan, saya dah cakap kat Afiq.

Nanti cuda nak naik kapal terbang [nada beria sebab saja nak kasi dia 'wowwww'. Padahal hakikatnya Afiq tak tahu apa pun. LOL]

Dia jawab 'Afiq nok naik gokkk' [dengan muka beria, muka eskyen]

Saya cakap 'tapi kali ni cuda naik dulu, Afiq naik kemudian eh'.

Dia jawab 'cuda naik dulu ke? oooooooo cuda naik dulu' [dia memang akan bercakap dalam nada lanjut, aish! nada dia comel sangat. kalau lah saya boleh upload suara dia, tentu korang akan bersetuju dengan saya. Bersetuju dia bercakap nada lanjuttttttt]

Masa hari nak pergi. Kami salam-salam.

Sampai kat KL. Sempat berwhatsapp dengan dia.

Hello Afiq
Bangun dok gi? [bangun tak lagi?]

Afiq mangun doh [aish comel sangat eh suara dia]
Afiq makan mee goreng

RINDU SANGAT-SANGAT! Sebab dulu kan, dia kecil lagi. Sekarang dia dah besar. Jadi bila nak tinggalkan dia untuk beberapa hari, memang terasa la. Sebab dia dah banyak cakap. Banyak cakap sangat sangat.

Saya ke KL malam Jumaat. Petang Jumaat selepas pulang shopping saya demam. Biasanya saya demam sekejap je. Demam selesema.

Malam Isnin tu, saya pulang ke Terengganu semula.

Masa abang 2 datang ambil tu kan. Afiq diam je. Kita tanya dia, dia jawab tapi malu-malu je.

Masa kat dalam kereta, saya try la usik-usik dia. Eh macam terpegun je tengok saya. Terpegun macam tak kenal kita. Lebih kurang macam tu la. Kita pun terasa lain. Macam tak rapat. Ah, susah sungguh nak jelaskan perasaan tu.

Kakak ipar 2 tanya saya 'aida demam ke?'. Saya jawab 'aa, masa hari Jumaat petang. ni selesema je la'. Dia pun cakap 'Afiq pun demam juga Jumaat tu. sekarang ni selesema juga'. Wow #chemistry makcik dan anak buah.

Masa kat rumah. Saya terus tercongok depan tv. Nak layan korea.

Eh, Afiq terus.

Tuda [buat suara pelat]. Datang peluk saya. Sambil cakap-cakap bahasa yang langsung saya tak faham. HAHAH.

'eyh..emeh.. bla bla'. Cuba nak tulis, tapi tak dapat sebab nada suara dia lembik sebab nada MANJA. Nada baby-baby la konon.

Saya tanya dia 'rindu ke cuda dok?' Dia jawab dalam bahasa yang sama 'eyh.. bla bla'.

Kakak ipar 2 saya jawab. Saja buat manja la tu.

Sekarang dah habit dia, kalau apa-apa. Dia akan bercakap dalam nada manja dengan bahasa yang saya tak faham. Datang usap pipi kita. Peluk kita. Bila dia makin besar, kita lagi akan terasa rindu kalau kita berjauhan 2 3 hari. Serius! Sekarang, saya faham sangat perasaan mak kita-kita dulu macam mana.

XOXO



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.