Monday, January 20, 2014

Penangan Lontom

Memang dalam kamus DBP, tiada ayat lontom namun yang ada ialah lontong. Semasa menulis word tu kan, saya rasa macam pening. LOL! Melampau kan?

Macam ni ceritanya.

Satu hari tu, saya minta jiran tolong buatkan lonto** untuk dijamu kepada kawan pejabat. Sebab dah janji nak jemput dorang ke rumah masa hari raya tahun lepas. Namun disebabkan kekangan kerja, jadi tertangguh la sampai la dah akhir 2013 baru berkesempatan nak menunaikan janji tu. Haish! Terasa seolah-olah menaip dalam satu nafas. HAHA. Saya sebenarnya terkejar dan mencuri-curi update blog ni [keluar tanduk T___T]

Ok, berbalik pada cerita. Pagi tu saya bawakan lonto** ke pejabat. Kami makan sama-sama. Seronoklah kan sebab bila kita dapat jamu kawan-kawan makan, terasa sangat berpuas hati.

Dulu kan, saya tak berapa ngam sangat dengan lonto** ni. Orang pantai timur memang tak berapa familiar dengan makanan ni. Kalau orang Johor mungkin biasalah kot. Atau orang-orang luar. Nak jadi kisah, selepas dapat jiran yang pandai masak, suka memasak ni. Bila tiba hari raya, mereka akan buat lonto** dan bermula kat situ la saya suka lonto [tulis lonto jelah, sebab penat nak buat **. haha]. Saya makan bertambah tau, sebab sedap. Memang sedap.

Ok, sambung balik pada cerita lonto kat pejabat ni. Kami makan-makan, saya kenyang. Jadi stop dululah. Lepas beberapa jam, saya tambah sekali lagi. Masa tu kan, ada lagi lebihan nasi himpit tu kan. Nak buang sayang, jadi nak tak nak saya habiskan hingga akhirnya. Saya macam memaksa diri saya makan walaupun dah  kenyang sangat dah time tu [SAYA RASA INI PUNCANYA].

Di petang hari tu, saya terasa macam panas sejuk panas sejuk. Badan terasa macam nak demam. Saya bagitau kat kawan rapat, macam tak sedap badan je. Selepas tu juga, sebut je lonto, saya rasa macam mual. Rasa macam, nak nyahkan aje ayat lonto tu dalam dunia ni. Terasa macam, kenapa ada ayat lonto, eh kenapa ada menu nama lonto. Kat kepala, lonto tu macam menari nari dan menambah kesengsaraan perasaan.

Balik dari kerja, saya terus demam. Kakak ipar 2 tolong hangatkan kuah lonto sebab ada baki lagi. Masa tu kan, saya rasa nak keluar dari rumah. Nak jauh dari bauan tu. Macam menyeksakan sangat.

Sejak dari hari tu, saya dah tak boleh nak menerima lonto.

Tak boleh tengok gambar lonto. Gambar lonto yang ada dalam simpanan saya, dah saya padamkan.

Sebut je lonto, saya rasa mual. Pening. 

Jumaat baru-baru ini, saya nak buah gulai kuning. Namun, kakak ipar 2 yang sukarela nak masak gulai tu. Jadi saya ok je. Dia buat gulai kuning dan sayur kobis goreng campur cili boh sikit, nak kasi merah la konon.

Saya makan nasi, mula-mula ok. Lepas tu, apabila gulai kuning bercampur dengan sayur kobis goreng tu kan, dia dah jadi ala-ala lonto.

Saya terus rasa pening. HAHAHHA.

SERIUS! Saya memang tak lalu dengan lonto.

Kalau boleh, hapuskan lonto dalam dunia ini.

Saya tentu akan rasa aman.

Saya pasti, saya dah tak suka akan lonto.

Tolonglah, tolonglah jauhkan lonto dari diri saya.

Saya rasa macam tersepit di dalam kotak kecil. 

HAHAHHA.

Ayat hyperbola sangat weyh!

Tapi itulah realitinya. 

Tak tahu la selepas ni saya dah tak boleh nak makan gulai kuning lagi. HUHUHU.

Janganlah macam ni.




No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.