Thursday, January 9, 2014

Pertemuan Yang Tak Disangka

Seringkali mendatangi kita. ecewah! Teringat pulak kat lagu sape entah yang nyanyi ni. Padahal nak buat tajuk je. 

Banyak sangat lah cerita yang tertangguh, tapi malas ar nak tulis nanti nak cerita itu, nanti nak cerita ini. Sebab dah tahu dah, saya tak TERCERITA pun. Mungkin akan ditulis mengikut kesempatan yang ada.

Ok, untuk memendekkan cerita kita. Setiap tengahari, saya biasanya akan keluar makan dengan hashtag #jjcm. HAHA. Kemain berhashtag berkebbok [berkebbok ni bahasa terengganu]. 

Dah acap kali juga kami ke jiran sebelah untuk menikmati hidangan tengahari. Banyak sangat pilihan, ada yang murah, ada yang sedikit mahal. Jadi, pilihlah mengikut kadar keupayaan purse anda sekalian.

Satu tengahari tu kan, kami memilih untuk makan kat gerai ni. Masa kakak tu ambil order, saya macam 'eh pernah tengok je orang ni'.

Sambil-sambil dia ambil order dan menuju  ke dapur. Saya cakap kat member ;

Saya : eh, orang [orang tu maknanya saya la. HAHAH] rasa kan. macam pernah tengok ar dia ni. 
Kawan : ye dok? tanya ar, mana tahu kot orang yang sama
Saya : takmo ar tanya diri [sendiri]. eh, tolong ar tanya. urmmm, tanya nama ye sape, kerja kat mana dulu, dah lama mana kerja sini. HAHAHA
Kawan : dakpe, nanti saya tanya ye eh
Saya : tapi kan, macam dok saboh [tak kena/logik] pulok ye kerja sini, sebab gaji ye mahal doh masa ye kerja dinung [di sana dengan lebih tepat A&W] dulu

Lepas tu kan, kakak tu datang la hantar makanan kat kami.

Kawan saya pun apalagi, terus menyiasat.

Kawan : kak name nape eh?
Dia : bakpe? HAHA. Tengok kat atas tu [merujuk signage kedai dia]
Saya : ni bukan miss akma ke? kerja kat A&W dulu? [teruja sangat time ni]
Dia : hoo, tu ar.. rasa rajin tengok juga muka awak. nak tanya tapi duk cakap je dengan kak yang sorang lagi. kabo [bagitau] kat dia, macam rajin tengok je dia ni
KAMI : HAHAHA. pot pet pot pet la 

Ya Allah, selepas bertahun-tahun tak jumpa. Selepas saya dah berhenti kerja part time dari A&W PJDI. Tak sangka kami akan bertemu kat sini. Padahal saya dah acap kali duk pusing kat depan kedai dia ni. Dah pernah makan kat sini. Tapi memang tak berjumpa pun sebelum ni.

Tak sangka itu kedai dia. Tak sangka dia banyak berpindah randah ditukarkan cawangan sebelum ambil keputusan untuk berhenti. Dan tak sangka akan dapat panggil lagi 'Miss Akma'. Wah, kalau ada selingan lagu tentu lagi feel [tajuk lagu tak ada dalam minda].

Tu la kan orang cakap, bila belum masanya bertemu. Ianya tak akan bertemu.

Bila bertemu, sekelip mata Allah akan pertemukan.

Ok, kalau nak tahu siapa dia Miss Akma, mohon ke sini  A&W



Ni dia menu yang kami makan. 

Nama : Nasi Bujang. Kreatif benor orang yang kasi nama ni
Harga : RM3 [Nasi, sup/tomyam, telur dadar]. Tomyam dah  habis, jadi kami ambil sup ajelah
Air : Bandung cincau
Harga : RM1.50

Ok. Cukup untuk kali ni eh. Ini pun dah berasap menaip. Menaip dengan kadar kelajuan 80km/j. HAHAHA. Nak bagitahu menaip dengan kadar kelam kabut. 80 tu kira amatur ajelah. Tak laju sangat, berhemah walau berkelam kabut. Eh, cuaca kat luar ok je. Cerah berseri.




No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.