Thursday, January 30, 2014

Santai Petang

Ukuran tahun, masa, lama mana kita mengenali seseorang. Belum tentu ukuran itu tepat. Ukuran itu tidak boleh membuatkan kita dah cukup kenal dengan seseorang itu. Belum tentu true colour dia kita tahu. Belum tentu. Kadang-kadang ianya sangat jauh tersasar. A berkawan dengan B, belum tentu A betul-betul mengenali B walau mereka saling mengenali. Walau mereka saling berbalas mesej. Walau mereka biasa berjumpa. Walau mereka saling bergurau senda. Walau mereka sepejabat. Belum tentu. Begitu juga sebaliknya.

Kita hanya akan betul-betul dapat mengenali seseorang apabila kita tidur atau bermusafir bersamanya. Akan dapat mengenali dan membaca sedikit demi sedikit perangai sebenar seseorang itu apabila meluangkan masa siang dan malam bersamanya. 

Di awal tahun ini, saya berjaya mempelajari benda baru. Tak semua perangai kita orang suka, tak semua perangai orang tu, kita suka. Tak semua orang dapat memahami jiwa kita, tak semua orang kita faham jiwanya. 

Dan, tak semua kata-kata pedas saya dapat menerima dengan hati yang lapang.

Dan, sungguh saya memang sangat alah dengan kata-kata yang tajam.

Sangat alah sampai menjeruk rasa.

Mungkin kerana keluarga sendiri tidak begitu biasa melontarkan kata-kata pedas kot. Bagi saya, persekitaran biasanya mempengaruhi kita. Adalah sikit sebanyak. Tak banyak sikit, tak sikit banyak. Ayat sama je ni. Mungkin ya mungkin tak.

Betul lah cakap orang, lidah boleh memotong orang yang setinggi 7 kaki  x_x

XOXO


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.