Thursday, February 20, 2014

Cuba

Saya cuba melakukan yang terbaik di dalam kehidupan seharian.

Kerja dan juga hidup.

Saya cuba untuk menjawab sehabis bertenang apabila berhadapan dengan mereka yang mengoncah kesabaran saya. Walaupun saya dah menangis dengan kata-kata beliau berdua.

Saya cuba tersenyum walau terasa payah akan keadaan yang dihadapi.

Saya cuba menanam dan membaiki diri ke arah yang lebih baik.

Saya cuba untuk sentiasa berfikiran positif.

Saya cuba untuk bersangka baik kepada semua orang.

Saya cuba membaiki apa jua yang saya rasa perlu dibaiki.

Saya cuba untuk belajar menyimpan masalah sendiri. Biasanya saya lebih gemar luahkan untuk legakan perasaan. Namun tadi, saya berharap diberi kekuatan oleh Allah untuk hadapinya.

Saya cuba memahami, yang di bawah perlu belajar menerima apa sahaja percakapan, arahan daripada yang di atas [walau terasa nak melawan. HAHAHA]

Saya cuba untuk mengambil apa yang baik daripada keperibadian adik Ahmad Amar.

Memang payah dan sulit kerana diri sudah terbiasa dengan amalan yang lama.

Masakan semua yang sudah sebati berjaya dikikis dalam masa sekerat hari.

Tidak mungkin namun tidak mustahil.

Saya tak tahu bagaimana anak muda seperti beliau boleh sebegitu rupa.

Itulah yang dipanggil anugerah dari Ilahi.

Semoga kita juga akan senantiasa berubah ke arah kebaikan walaupun berliku.

Iman turun naik. Namun jangan biarkan ianya terus turun.

#PESANAN KEPADA DIRI SENDIRI.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.