Wednesday, February 19, 2014

Dengan Basikal Aku Menjelajah

Hari Ahad, malam baru-baru ini. Saya kat rumah dengan bapaknda [Pok] saya. Oleh kerana siaran 395, 393, 135 dah tak ada promosinya. Maka, bermulalah kehidupan biasa bagi saya. Sudah tiada korea lagi. Sudah tiada Your Lady la [aishh, bila episod dah tinggal 3/4 ini lah dia tamatkan promosi], tiada juga I Hear Your Voice.

Lalu saya rewang-rewang je kat tv tu. Tukar sini tukar sana, tertukar di 114 Tv Alhijrah. Dengan Basikal Aku Menjelajah [DBAM]. Sebelum ini, rasanya pernah saya tertengok rancangan ni. Namun sekejap sekejap sahaja. Tak pernah terfikir nak follow pun.

Cuma pada malam tu kan, saya tak tahu macam mana. Saya amati setiap penceritaan kat DBAM. Saya rasa RUGInya saya sebab tak follow dari awal rancangan ini. Terasa sangat RUGI. Pemandangan sepanjang penjelajahan sangatlah CANTIK. SUBHANALLAH. Terasa seperti lukisan. Saya gemarkan fotografi.  Jadi pemandangan dalam rancangan ini memang saya suka. Sangat suka. Apabila melihat rancangan ini dengan lebih penghayatan, saya terasa 'kenapa tak terfikir nak ikuti rancangan ni?' 

Lantas, suara hati tu saya statuskan di fb. Namun status tu masih tidak dapat menyamai perasaan saya.

Dengan Basikal Aku Menjelajah


: rugi pulak sebab dok follow dari awal 
: pemandangan sepanjang dia menjelajah memang Subhanallah. CANTIK. 'aurora duralis/burialis' [ejaan tak pasti betul tak]


Selang sehari saya naikkan status saya ini, pada petang keesokkan harinya. Saya terbaca status di fanpage Gen-Q. Ya Allah, betapa terdapat lagi kebetulan dalam penulisan. Kalau nak tahu, saya selalu sangat terjumpa kebetulan macam ini. Nanti saya cerita di next entry. InsyaAllah.
kebetulan lagi. malam tadi baru tulis pasal rugi tak follow Dengan Basikal Aku Menjelajah.


Hari ini, Alhamdulillah. dapat info boleh ikuti di buku Gen-Q [bukan Qen. hehe] edisi 31 [dan juga di you tube & blog wordpress Encik Zahariz sendiri]
Adakah anda mengikuti siri Dengan Basikal Aku Menjelajah di siaran TV al-Hijrah? sekiranya terlepas siri tersebut, dapatkan Gen-Q isu 31. Saudara Zahariz Khuzaimah akan berkongsi dengan anda catatan pengembaraan beliau sepanjang keluaran Gen-Q akan datang insya Allah.

Semasa menonton tu kan. Memang terasa dahlah pemandangan cantik. Lepas tu, fenomena Aurora Borealis tu wujud rupanya. Sebelum ini saya tak pernah tahu. Nama pun macam comel je kan?

Keesokkan harinya, saya search kat google berkenaan Aurora Borealis. Sebenarnya nak tahu ejaan dia macam mana. Selepas tu, buka kat wikipedia tentang erti fenomena tu. Dan fenomena ni tak terjadi di semua tempat. Salah satu tempatnya ialah di Norway.


Fenomena tu memang menggamit pandangan. Cantik macam menari-nari kat angkasa. Kita yang tengok kat kaca tv ni dah terpukau, rasanya kalau tengok depan mata mahu mengalir airmata.

Betapa besar dan agungNya ciptaan Allah. 

Ini baru kat dunia kita dah terpegun. Syurga Allah tentu lagi berganda hebatnya [ini apa yang terlintas kat kepala].

Saya juga mencari mengenai video aurora borealis, eh terjumpa pulak dengan DBAM punya video [rancangan]. Jadi dengan itu, saya dah berkira-kira nak tonton semua episod dari 1 - yang latest.

Cuma kan, video di youtube ni kualiti dia tak lah begitu cantik. Namun bolehlah. Dari tak ada langsung kan. Sebab kalau kat tv. Lagi cantik visual dia.

Dengan salji memutih. Terpegun memang terpegun.

Salji ni, kalau sikit mungkin ok. Bila dah banyak ianya memang menyukarkan sedikit kepada kita. Sebab semasa perjalanan saudara Zahariz ni kan, saya tengok dia berdepan dengan ribut salji. Bagi saya, salji ni macam air la. Kalau berlebihan kebiasaannya ia menjadi lawan. Namun, kita perlu ingat, ini semua adalah ciptaan Allah. 



Inilah episod yang membuka hati saya untuk menyelongkar kesemua episod DBAM. Sebab nak pergi sendiri, memang tak pergi. Hanya melihat kat tv dah kira orait dah. Sebab rancangan ni memang MENARIK. Kita boleh tahu macam mana culture negara mereka. Banyak yang kita boleh ambil sikap positif mereka.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.