Friday, February 21, 2014

Merubah Diri

Dalam jam 8.20 malam macam tu. Saya membelek fb. Scroll punya scroll ternampak makluman 8.30 malam, di Unisza ada terdapat jualan buku tentang Cerita Cinta Ahmad Ammar disamping perkongsian mengenainya oleh abang iparnya.

Terus saya whatsapp sepupu bertanyakan pada dia nak join ke tak?
Dia terus bersetuju sebab kami sebenarnya memang dalam perancangan nak beli buku tu. Namun oleh sebab buku tu masih baru kat pasaran, tak banyak kedai buku lagi yang menjualnya.

Selepas Isyak, kami merancang nak turun dari rumah.

Sementara itu, selepas solat Isyak. Saya terus ke rumah mak saudara di sebelah rumah. Niat nak tukarkan duit dengan dia.

'Moksu, mung ada duit RM50 dok? aku nak tukar'
'Tunggu dulu aku tengok'

Kami saling bertukar duit.

'Mung jaga duit aku ni. Jangan bagi konyok [berlipat/kedut/seumpamanya]. Nanti dapat gaji aku ambil balik dengan mung'
'Hoolaah, mung ni macam-macam'

'Mung jangan beli, simpan suku [asing] duit aku tu. Jangan konyok tu'

'Kalau mung mati, duit ni boleh ke orang juga'.

[update: saya suka simpan duit-duit baru. bila dah terdesak, duit buruk dah habis, macam ni lah cara dia]

'Kalau aku mati, tu bukan duit aku doh. Untuk orang yang hidup la pulak. Ni pun [rujuk kepada not RM50 yang saya tukar], belum tentu duit aku ni, mungkin akan jadi rezeki orang lain [sebab saya dah plan nak beli buku Ammar].

Saya keluar dari rumah Moksu. Duduk kat atas tangga sambil menunggukan sepupu datang.

Jam dah hampir 9 malam.

Moksu turut menuruti saya menunggu kat depan.

update: lupa nak tulis. saya masa ni tengah belek fb. pada masa ni lah, saya terbaca status di fb Fedtri Yahya iaitu 
  • Kdgkala suatu rezeki itu kita pegang cuma sebentar sebelum ia berpindah milik kpd penerima yg sebenar. Itulah hakikat rezeki yg ditentukan

Kebetulan lagi kan? Baru aje bercakap dengan mak saudara pasal duit. Kalau korang pernah baca kat entry sebelum ini, saya pernah tulis. Saya selalu aje 'kebetulan'.

Selang beberapa minit, sepupu datang.

'Moksu aku gi dulu'.

Kami terus ke Unisza.

Sepupu nak isi minyak. Terasa kat dalam hati 'aish, dah lambat ni'. Tapi memang nak tak nak kena isi minyak juga, kan mati kat tengah jalan. Siapa nak tolak pulak.

Selepas tu kami teruskan perjalanan. Terasa sepupu saya lambat pulak memandu.

'Bakpe awak bawa slow sangat ni'. Meter dalam 60kmj je.

'Slow ke? Saya dok biasa jalan ni'. 

Patut la slow. Sepupu melajukan sikit pemanduan, tapi saya pulak terasa macam was-was. Sebab kalau dia tak biasa dengan jalan tu, tak boleh laju sangat. Laju tak laju lah. Adalah dalam 80kmj. 

Saya cakap kat dia. 'Bawa biasa jelah. Tapi macam kita dah lambat lah'.

'Kat mana eh Dewan Kuliah Utama ni?', saya bersoal jawab sendiri.

Saya try waze tapi tak cukup memory pulak.

Jadi saya whatsapp kepada kawan yang mana suaminya kerja di Unisza. Dia cakap kat Dewan Besar macam tu la lebih kurang.

Tapi saya tetap blur. Sebab lokasi dia tak berapa spesifik.

'Kita tanya pok guard je lah', kata sepupu saya.

'Ok jugak tu'.

Kami diberitahu kena lalui sini sini dan sini.

Kami tetap tergagau nak menerjah. HAHAHA.

Kami masuk simpang kiri, selepas tu parking terus aje kat satu parking yang agak luas.

Kami berjalan acuh tak acuh sebab tak tahu mana satu entah dewan tu.

Kami buat keputusan, tuju sahajalah mana tempat pun.

Bila tengok satu bangunan ni yang ada orang sikit, terus kami 'rasa yang tu dah'.

Kami menapak dan sampai.

Orang dah ramai dah masa tu.

Singgah dulu beli buku. Harga RM23.

Sebab takut tak sempat nak beli bila selesai forum.

Bila naik kat atas. Mak aih, penuh. Kami hanya dapat duduk kat kerusi kat luar.

Saya cakap kat sepupu, 'patut kena buat kat tempat yang sesuai'.



Terjengah-jengah dari tirai besi. Pengisian pada malam tu, menceritakan keperibadian Ammar yang elok. Kalau nak tulis, mahu setebal buku dia. HEHEHE. Acah je.


Alhamdulillah. Buku ini berjaya dibeli. Kami dimaklumkan, bab 1-2 memang sedih. Masa kat rumah kan, saya baca bab 1 yang ditulis oleh ibu Ammar. Sedih tapi boleh je baca. Sepupu saya cakap, dia sedih betul kat bab ni. Saya yang cengeng ni, sedih tak sedih sangat lah. Sampai saya fikir 'aku ni tak berperasaan ke atas bait-bait ayat ni??' 

Saya lalu fikir, sedih-sedih ni bukan boleh dipaksa. Aku bukan nak berlawan sedih. Hati kita kan lain-lain.


Bila ke bab yang ditulis oleh kakaknya. Barulah saya menangis dan menangis. Sedih sangat kat bab ni. Baru saya terfikir 'aku feel kat bab ni. mungkin sebab aku kakak, aku punyai adik lelaki'. Tulisan kakak dia dekat dengan hati saya.


Ini suasana kat dalam dewan. Masa ni dah soal jawab dah. Ada yang dah keluar dewan, itu sebab saya dapat masuk kat dalam dewan ni.

Kat dalam buku ni kan, bukan sedih atau apa yang saya nak gembar gemburkan. Namun soal keperibadian anak muda ini yang lebih menggamit hati dan perasaan.

Sehingga hari ini, saya masih mencemburui kematiannya. Janganlah nak bandingkan jasa kita kepada ummah sepanjang kita bernafas, sebabnya memang tak terbanding. Kita jauh ditinggalkan dibelakang.

Cuma harapan kami, biarlah ada kebaikan yang dapat kita ambil dan amalkan dari pembacaan buku Cerita Cinta Ahmad Ammar.

Dia bukan untuk disanjung, cukuplah kita mengambil kebaikan akhlak, budi pekertinya sahaja. 

Semoga kita sempat berubah ke arah yang lebih baik. Sekurang-kurangnya kita ada niat untuk berubah dan mencari redha Allah.

---
sekian
-saya bukan orang baik-



1 comment:

  1. setiap org adalah berbeza..kan Aida? dilla pun baca kisah dia x nangis tapi kagum dn ambil semangatnya..semua org mampu jadi hebat...bukan di mata dunia tapi di sisi Allah Yang Maha Esa...

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.