Monday, February 3, 2014

Penulisan Terburuk

Apabila menulis, baik dalam blog, dalam sms, dalam facebook atau apa jua medium penulisan. Saya sememangnya TIDAK SUKA akan typo. Sekiranya ada tersilap tulis kat dalam blog, dan saya dah publish. Saya rela dan akan edit semula tulisan tu. Bagi saya typo adalah satu ketidaksempurnaan [kecacatan] penulisan bagi saya. 

Mata tak suka memandangnya. Tak suka melihatnya. Namun, sekiranya ada tapi saya terlepas pandang, dah tak semak untuk kesekian kalinya. Itu biaq pi dia lah. 

Sekiranya kakak 2 saya ada assignment, dia yang minta saya tolong semak ejaan dia. Kalau ada salah silap ke apa. Kali ni??? Hambik ngko.

Tadi kan, semasa saya nak forward email kepada kawan. Saya terperasan akan keentah apa-apaan yang saya tulis. HISHHH! Dah la email yang saya tu, dah selamat saya send pada minggu lepas kat seseorang yang.... Urmm. Tak reti nak cakap macam mana.


Inagin = ingin
berkut = berikut
kepasda = kepada
mengkut = mengikut
pesnyarah = pensyarah
maklum = sepatutnya maklumat la aida ooooii
sejian = sekian [tak pernah sekian dieja macam ni. grrrrrrr]

Saya tak pernah berapa tengok sebegini teruknya penulisanku. Kalau blog rasanya saya ok lagi, ini hal kerja aida ooi. Rasa nak tarik balik je email ni. Saya duk terfikir tadi, macam mana saya boleh send email yang mempunyai banyak betul kesalahan ejaan?? Kebiasaannya, saya akan baca berulang kali. Ayat yang tak best, saya akan tukarkan kepada yang lebih elok la sikit. Entah macam mana email ni langsung terlepas, macam tak pandai mengeja. Macam buat kerja tak sudah. Macam macam lah.

Tentu si penerima geleng kepala apabila baca email ni. Tentu dia ingat saya ni cuai. Ah! sudah tentu. Untuk sedapkan hati. Anggap ajelah sipenerima bersangka baik 'ah, budak mentah la ni kot yang hantar email'.

-_-

Teruk betul lah.


1 comment:

  1. Hahahha... aida. Byk nya typo!


    Nong andy

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.