Thursday, April 3, 2014

Ahad INI

Balik dari kerja petang tadi. Sampai kat rumah, terus parking kereta di sebelah rumah makcik saya. Buka pintu kelihatan jiran saya menuju ke arah saya. Dia senyum saya pun senyum. Apabila disatukan ayat itu tadi, membawa maksud kami berbalas senyuman.

J : Cuda, datanglah kat rumah AHAD ni lepas Asar. [keluarga dia memang memanggil saya Cuda, macam panggilan anak-anak buah saya]
Saya : alaa, kerja lah. balik kerja bolehlah datang.
J : a'aa.. datang lah lepas balik kerja. bukan apa pun, buat makan-makan sempena birthday Ain.
Saya : oo ok je.
J : ajaklah Maa juga, dah cakap kat dia. nanti tolong ingatkan dia ya
Saya : nanti orang ingatkan dia. insyaAllah
J : pergilah ambil Afiq.. semua budak-budak nak Afiq
Saya : sekarang payah sikit, sebab Afiq dekat rumah mak saudara dia [ummi Afiq bersalin, jadi dia berpantang kat kampung dia]
J : Ain dah cerita kat kawan-kawan dia, nak suruh Afiq baca Al-Fatihah. Ain dah cakap kat kawan sekolah dia, yang jiran dia budak kecil tapi pandai baca Al-Fatihah
Saya : eyhh [sambil senyum, saya memang dengar je, tak sangka budak-budak ni cerita pasal Afiq kat kawan-kawan sekolah rendah mereka] baca sini

Sebenarnya anak-anak J memang rapat dengan Afiq, sebab budak-budak kan suka berkawan. Memang si Afiq ni kiranya macam 'adik kesayangan' mereka lah. Selalu aja dibelikan barang-barang atau hadiah untuk Afiq. Seronok dunia budak-budak ni. Hari ni bergaduh, esok berbaik semula.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.