Tuesday, April 1, 2014

Dulu & Sekarang

Tentu kamu semua pernah rasakan sebegini:
  • Dulu 
Pergi bercuti atau ke suatu tempat, bila balik rumah buka laptop terus upload gambar kat facebook. Penuh satu album. Tak cukup 1 album, tambah lagi album ke 2. Beria sungguh.
  • Sekarang
Pergi ke mana-mana, ambil seberapa banyak gambar yang dimahukan. Apabila balik ke rumah, sudah tidak lagi betah untuk memuat naik gambar sampai beratus di dalam 1 album. Paling kokak pun, hanya post sekeping dua di timeline facebook. Kadang-kadang tak upload langsung. Kadang-kadang upload di instagram sahaja. Perangai beria benor tu dah hilang macam tu sahaja. 
  • Dulu
Kat status facebook pernah lah juga buat status emo. Masa tu dahlah senarai kawan-kawan ramai. Mereka semua [yang aktif fb] mesti terbaca status yang entah apa-apa tu. Tak rasa malu lah buat status sebegitu rupa pada masa tu.
  • Sekarang
Kawan-kawan semakin mengecil sejak saya create fb baru. Fb lama saya dah deactivated. Namun walaupun kawan tak ramai, keseganan membantutkan status mengarut di update. 
  • Dulu
Saya pernah melihat gambar-gambar lama di dalam laptop. Pakai tudung namun selempang [sepak ke belakang je] bodoh macam tu je. Macam budak-budak sekolah tu lah. Jenis pakai tudung yang simple.
  • Sekarang
Saya terfikir, betapa teruknya diri ini ketika dahulu. Macam mana boleh pakai tudung sebegitu rupa. Tak malu pulak tu. Gambar-gambar macam tu [kalau ada] kat MPS ni saya harap dah saya delete.
  • Dulu
Sel-sel rajin agak kerap berhubung lalu menjadikan kita sangat bersungguh-sungguh dalam kerja seharian
  • Sekarang
Sel-sel malas berhubung dengan cepat dan kukuh menyebabkan diri kita terikat. Nak buat itu terasa M, nak buat ini terasa M juga. Nak buat macam tu macam ni semuanya M dan M dan M. Saya nak diri saya yang dulu!




No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.