Thursday, April 3, 2014

Mengimbas Musim Lalu

Saja je tak nak tulis mengimbau kenangan, sebab ayat tu macam dah biasa sangat saya dengar.

Pagi tadi, semasa berhenti di traffic light, kedengaran suara budak perempuan menangis. Kuat betul. Kereta saya apabila di waktu pagi, memang tak pasang aircond. Jadi tingkap tu memang terbuka sekadar perlu. Suara tu saya cari dan rupanya datang daripada seorang anak kecil berusia dalam lingkungan 5/6 tahun. Menangis tak nak pergi sekolah agaknya. Ini kerana budak tu memakai pakaian pra-persekolahan berwarna biru. Mak dia tunggang motorsikal [skuter] jadi budak ni berdiri kat tengah-tengah menghadap emak dia.

Bila lampu dah hijau, maka sepanjang jalan lah orang ramai boleh dengar suara tangisan budak tu. Kasihan pun ada.

Teringat pada satu kisah semasa dalam darjah 1. Dah lama sangat kisah ni.

Kat sekolah kan, biasanya akan dikunjungi oleh doktor gigi. Jadi kebetulan satu hari tu, doktor datang nak buat pemeriksaan gigi dan seterusnya bawa kami-kami semua yang terpilih ke klinik gigi.

Kebiasaannya saya memang tak ada masalah untuk pergi ke klinik gigi bersama-sama kawan-kawan yang lain. Namun nak dijadikan cerita, masa sesi pujuk memujuk beberapa orang kawan yang tak nak ke klinik gigi tu saya tiba-tiba ubah fikiran. 

Saya tak nak pergi ke klinik gigi. Lepas tu siap cakap 'saya sakit perut'. HAHAHA! Adoi lah, macam mana masa tu boleh terfikir buat alasan yang SUNGGUH TAK LOGIK.

Destinasi yang kami akan pergi ialah #KLINIK GIGI dan kat situ KLINIK KESIHATAN terletak kat tepi. Buat alasan macam tu memang tak lepas punya nak dikecualikan dari pergi klinik. Kalau sakit perut dah tentu mereka boleh bawa saya ke klinik sebelah tu. 

Itu lah alasan budak-budak yang tak tahu apa-apa. Tak pandai lagi nak beza dan fikir panjang. 

Lepas tu cikgu Faezah cakap kat saya 'aida [sebenarnya cikgu tu panggil nama penuh saya] bakpe eh gini'. Dialog-dialog lain saya tak ingat. Yang saya ingat, akhirnya saya pergi juga ke klinik gigi tu. 

Kami dibawa naik ke satu #van klinik kesihatan. Diperiksa gigi kami dan selepas itu dibawa kembali ke sekolah.

Dialog ni memang saya akan ingat sebab masa tu macam percaya jugalah kat lelaki berbaju putih yang bawa van tu 'ok, nanti kita pergi KL eh'. Kuala Lumpur pada masa itu macam 'wahhhh, kita nak pergi KL'. Dengar perkataan KL pun dah rasa gembira gila-gila. KL tu kan jauh [pada masa tulah]. Mana kami mampu nak pergi. Bayangkan perasaan kami yang sebenarnya diperkotak katikkan. LOL! Padahal dorang nak hantar kami ke sekolah je masuk guna jalan belakang. Ceh!


#KLINIK GIGI dan kat situ KLINIK KESIHATAN : bila dah besar barulah tahu klinik ni serumpun. kiranya macam mak dan anak lah

#van klinik kesihatan : sama juga, bila dah besar barulah tahu van ni lah yang kami naik dulukala



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.