Saturday, April 19, 2014

Perkembangan Semasa

1. Malam tadi baru berusaha untuk menyiapkan kerja. Namun masih belum sepenuhnya siap. Baaannnnyyyaakkk lagi yang perlu disiapkan. Saya mengambil keputusan untuk membuat sehabis baik yang boleh. Namun untuk ke tempat kerja pada hujung minggu iaitu Jumaat dan Sabtu, itu mungkin bukan pilihan saya lagi. Datang Jumaat Sabtu sepanjang hari, kebiasaannya saya datang pada jam 8.30 am - 6.-00 pm dan esok Ahad, saya datang kerja lagi. Fuhh! Satu perkara yang memenatkan otak saya. Sebenarnya, saya dapat claim overtime kalau datang pada hujung minggu macam ni. Tapi orang mungkin tak faham yang saya tak berapa nak terliur dengan overtime! Nak tak RM RM RM RM DUIT PITIS RIAL WANG $$$$$? Semua orang nak, namun itu bukan keutamaan saya. Sebenarnya saya amat tegas dalam hal ini, namun ketegasan itu biasanya saya tonjolkan dalam perbuatan dan bukannya percakapan. Lagipun sekarang, tugas saya bertambah di rumah. Jadi saya perlu memberi perhatian kepada tugasan baru ini sehingga Ummi Afiq pulang ke rumah semula. MUAHAHA! Macam jahat je bunyi gelak ni.

2. Saya masih belum membayar ansuran kereta sehingga ke saat ini. Percayalah, kerana kepenatan saya rela tak keluar dari rumah untuk bersukaria waima untuk membayar ansuran kereta. Khamis lepas, saya dah menggelabah sebab dapat sms daripada pihak bank mengatakan saya tak bayar lagi kereta bla bla bla untuk bulan ini. HAA?? Terus call bank tanya macam mana? Berapa bulan dah saya tak bayar? Sepanjang 8 tahun menggunakan kereta, tak pernah tak bayar. Terasa macam 'ee teruknya rekod aku kali ni'. Tulah, saya perasan ada buat pembayaran lebih. Biasanya kalau saya malas nak buat bayaran bulanan, saya akan tanya bank, berapa bulan agaknya saya boleh skip bayar ansuran? Dorang akan cakap hingga bulan sekian-sekian. Wah, boleh goyang kaki dari membayar ni. HAHAHA. Tapi baru sekali tau saya buat perkara ini [tak bayar ansuran bila tahu dah terlebih bayar]. Namun kali ini, keperasanan saya tak kena pada tempat dan masanya. Advanced saya hanyalah RM106 macam tu lah. Dah tak best, saya kena kejar balik supaya menjadi ayat 'awak tak perlu bayar 2 bulan'.

Oh ya, ayat tadi tu kan. Saya bukanlah bersukaria sangat, namun kata orang mencari masa untuk diri sendiri. Dah tak banyak sangat sebenarnya. Paling last, masa pergi renew roadtax. Itu pun kami keluar dah lewat petang, sebelum bank tutup. Tadi saya duk membelek album lama dan ternampak gambar burger di Rasa Ayamas. Saya rasa dah tiba masa saya pergi memanjakan perut saya dengan makanan yang enak-enak T_T

3. Rindu pada arwah che saya. Yaa, saya panggil emak saya che. Tapi dalam handphone disetkan Ummi & Ayahnda. Adik 3 saya memanggil Ummi pada mak saya. HAHAH. Banyak benor gelaran. Kadangkala, bila kita terasa 'banyaknya masalah'.. Sebenarnya masalah biasa dan ada yang luar biasa. Dan saya selalu yakin setiap masalah akan ada akhirnya. Selain Allah, saya selalu ingin menceritakan kepada seseorang yang saya percaya, yang saya rasa dekat. Bercerita untuk mententeramkan diri sendiri. Bercerita dan lepas tu kot-kot mak kita ada nasihat atau pandangan yang boleh dia bagi kat kita. Dan yang paling penting, sebab saya nak ada orang yang doakan saya. Saya sebenarnya cemburukan orang yang masih ada mak dan ayah. Sebab bagi saya, doa seorang ibu tak ada hijab dengan Allah. Tentu tiap kali mereka berdoa pada anak-anak, Allah akan makbulkan. Walaupun tak makbulkan terus on the spot, namun at least kita sebagai anak rasa tenang, dipermudahkan urusan. Saya pernah pesan kat kawan saya, 'mung ada mak, jadi mung suruhlah mak mung berdoa banyak-banyak untuk mung'. Sebab saya dah tak boleh merasai peluang tu, peluang tu Allah dah tarik balik. Sob sob!

4. Entry ni dah jadi macam luahan hatilah pulak kan?

5. Saya selalu fikir, alangkah seronoknya jikalau saya terer memasak. Balik dari kerja terus memasak. Lauk pauk yang saya masak, semuanya best-best belaka. Mengenyangkan perut ayah saya. Namun ianya tidak sebegitu. Saya tak pandai memasak. Baru-baru ini, saya memasak menggunakan santan. Tapi kan, bila dah hari-hari masak menggunakan santan. Saya mula rasa pening! HAHAHA. [Teringat kat entry ini KLIK SINI] Saya terasa macam 'apa benda yang aku masak ni'. Serius! Saya tak akan makan apa yang saya masak melainkan jikalau saya dah kebulur sangat. Sebab tak berapa nak lalu. Ini mungkin simptom normal la kan? Tukang masak biasanya tak berselera nak makan masakan sendiri, kalau orang lain yang masak. Wah! Siap bertambah nasi lagi.

6. Jam dah 11 am lebih. Jadi saya harus stop menulis. Banyak lagi kerja menanti, namun biasalah saya. Ada aje yang saya lengahkan. Ayat penyedap hati 'bukan lengahkan namun cari ilham nak mulakan kerja'. EKEKE.




No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.