Tuesday, April 15, 2014

Tengah Buat Pilihan

Masa kat pejabat tadi, banyak sangat idea mencurah. Tapi tak boleh nak menulis, sebab kerja masih banyak menanti. Baru kejap tadi, saya dah tulis hampir 6 perenggan namun saya rasa ayat macam tak best. Rasa macam malas nak menulis, rasa macam tak ada idea nak menulis. Lalu saya delete!

Minggu lepas, saya kehilangan kamera kompak yang saya sayang. Kamera sony yang saya beli dengan harga promosi RM999 sejak 2009 telah dicuri oleh manusia durjana. Gambar kat dalam tak sempat saya transfer ke dalam laptop. Gambar last yang saya ambil ialah semasa kami semua ke Cameron Highlands. Rasanya saya tak tulis perihal ke Cameron Highlands tu kat blog ni.

Saya cuba mencari gambar sony tu, tapi tak jumpa. Ada dalam cd agaknya. Nanti lah kita cerita di lain kali perihal sedih itu. Dah tak ada rezeki.

Semalam, saya keluar ke bandar Kuala Terengganu. Pergi renew roadtax dan insurance kereta sekali. 14.4.2014 dah tamat tempoh. Hari ni saya masih lagi bawa kereta. Esok, nak tak nak memang saya kena ke bandar untuk ambil road tax.

Selepas ke bank, saya ke kedai cermin mata. Sepupu cakap ada promosi. Saya berangan nak beli kaca mata hitam yang baru. Kononnya nak mencari kaca mata hitam yang lebih bagus dan sesuai untuk diri saya. Sebenarnya saya dah terjumpa kaca mata yang saya suka sangat sangat. Brand tak glamer pun, tapi sesuai dengan wajah saya. Mungkin saya perasan aje kot. Tapi saya berpuas hati. Namun demikian, harganya ialah RM300. Saya dah tak nak beli kacamata semahal itu. Bukan berkira, namun kaca mata hitam saya Esprit yang berharga RM300 namun saya hanya guna kurang 5 kali sepanjang tempoh lebih kurang 4/5 tahun selepas membelinya. Dulu hingga kini, saya hanya selesa memakai kacamata hitam yang berharga RM90. Walaupun dah menggelupas HAHA, namun saya tetap memakainya. Dan percayalah, saya bukan seorang yang gila jenama mewah. Setakat mampu pakai, setakat saya selesa. Itu sudah memadai. Sebab itu prinsip hidup kena jelas adik-adik semua. Jangan nak bertanding dengan orang lain, kita yang lebih memahami diri kita.

Selepas ke kedai cermin mata. Saya dan sepupu ke kedai kamera. Kemeluapan perasaan untuk memiliki kamera yang lebih baik tidak dapat disangkal lagi. Namun, saya bukan seorang yang 'kalau nak A, terus beli A tanpa memikirkan jauh-jauh baik buruk dia'. Saya seorang yang agak rasional dan kadangkala emosional. HAHA. Dah diri saya jenis macam ni, nak buat macam mana. 

Saya memang berimpian untuk memiliki kamera DSLR sejak bertahun-tahun-tahun yang lalu. Namun, sampai sekarang masih tidak berjaya saya miliki. Dan sekarang, rasanya kamera DSLR bukan lagi keinginan saya.

Berikut antara topik yang ada dalam wishlist saya:

WISHLIST I

WISHLIST II

WISHLIST III

WISHLIST IV


Saya sebenarnya, dah mengusha satu kamera ni. Olympus pen. Jenama ni mungkin dah lama. Namun saya baru terperasan akan kewujudan kamera ini.


Mahu saya tak menangis tengok kamera ni semua. Semua ini idaman hati. Dapat pegang pun dah kira ok sangat-sangat dah. Dapat tilik gambar pun dah kira gembira benor!


Harganya adalah dalam lingkungan RM1,000 - RM4,000. Mengikut jenis yang kita kehendaki. Harga ni saya main letak je, tak adalah saya tulis spesifik sangat.


Semalam saya usha kamera ni. Gambar dia cantik sangat. Bila kita zoom, gambar dia tak pecah. Kedai ni kebetulan dia buat promosi. Adalah dalam RM1,299. Tokey tu cakap, balik fikir dulu nak kamera yang mana. Masalahnya, saya dah tak tahu nak pilih yang mana. Sebenarnya, saya nak kamera yang murah namun gambar dia standard dslr. HAHAHA. 


Kalau beli kamera ni, dapat sekali la lens dia tu. Tak adalah panjang mana. 42mm je. Saya masih berfikir dan masih sedang membuat pilihan. Kamera ni kan, keluaran 2011. Lama benor kan? Harga dulu ialah RM2,+++. Sekarang bila hampir 4 tahun berlalu, harga dah turun hampir RM1,000.


Ni gambar dari depan.




Sedang saya membaca pelbagai bahan perihal kamera yang the best untuk beginner macam saya ni, saya pula terbaca review pasal kamera sony ni. Orang cakap ini pun ok. 

Saya memang tak dapat nak buat keputusan sekarang. DSLR memang saya tak akan beli. Ini sebab, kemungkinan kamera itu tidak akan digunakan secara maksimum adalah tinggi. Saya bukanlah seorang photographer, saya cuma seorang yang gemarkan mengabadikan gambar di dalam kamera. Sekadar suka benor nak mengambil gambar. Itu sahaja. Jadinya, saya perlu membuat pilihan yang paling terbaik untuk diri saya. Wang yang akan dilaburkan ini adalah banyak. Dah lama saya tak melabur wang tunai untuk gadjet yang saya sukai. 

Dan saya sangat yakin, kamera hanyalah sebagai alat sahaja. Yang penting, orang yang mengambil gambar. Kalau dah jenis tak pandai nak ambil gambar, pegang kamera berbelas-belas ribu pun, urmmm nan hado la gambar engkau.

Nantilah, saya akan cari dan gali lagi maklumat sebelum membelinya. Wishlist ni dah berzaman, namun akan saya realisasikan jua nanti. InsyaAllah.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.