Saturday, May 10, 2014

Cinta Nami

Tengah tengok drama Cinta Nami. Tapi bukan nak tulis pasal drama ni pun. 

Entah apa yang nak aku tulis pun, aku tak tahu. Tapi memang terasa nak menulis.

Maka, aku bermonolog sendiri aje lah. Sebab tu lah kena gunakan aku. Tak boleh nak guna saya. 

Tak kan nak bercakap dengan diri sendiri, nak guna saya kot. Macam tak kenalah kan 'apa saya nak jadi ni?' contoh la kan. Tentulah lagi best gunakan aku. Haa, macam ayat ni la kan 'apa nak jadi dengan diri aku ni ha?'. Haa, macam tu lah lebih kurang.

Tadi kan. Afiq bangun tidur. Maka aku tak adalah perasan sangat dia ni dah mandi ke belum. Jadi aku tanya dia, Afiq dah mandi ke? Eh dia jawab, Afiq mandi doh. Aku memang percaya bulat-bulat kat dia. Sementelah dia pakai baju elok je. 

Lepas tu, umi Afiq ajak dia mandi. Eh, rupanya budak ni tak mandi lagi.

Sementara tu kan, adik dia Humaira ada kat dalam bilik. Tak tidur tapi macam merengek-rengek. Afiq masuk kat dalam bilik. Aku tak masuk lah, sekadar jenguk dari tirai langsir aje. Aku segan sikit nak masuk bilik tidur orang lain macam tu je. 

Yang best, boleh dengar dan tengok sendiri apa perlakuan si Afiq kat adik dia ni. Humaira menangis, mula-mula biasa je, lama-lama agak kuat. Kuat tak adalah kuat mana, namun kuatlah juga bagi taraf baby. 

Afiq pun 'Lailahaillallah'. Dia duk ulang-ulang sambil tepuk-tepuk adik dia. Sedang asyik dia nak cool kan Humaira supaya tak nangis, tiba-tiba Humaira kentut. haha. Afiq terkejut 'haah, ketok. baby ketok'. Comel sangat. Tak lama lepas tu, umi Afiq datang masuk bilik ambil Humaira. Mandikan Humaira, mandikan Afiq juga.

Sebenarnya, percakapan Afiq dah banyak sangat sekarang ni.

Ada sekali tu, aku saja lah kan usik dia. Cuda nak makan sorang je. Afiq balas 'kita makan sama-sama eh'. tuda-tuda, kita makan sama-sama eh'. Sambil tangan tu buat gaya tunggu dulu.

Oh ya, lupa nak tulis satu cerita best. haha. Bukan best sangat pun, tapi macam terharu lah jugak.

Umi Afiq kan berpantang kat kampung dia. Jadi masa dia balik kat rumah ni, dia ada cerita. 

Kena cari tisu dulu lah, sebab mesti terharu lah dengar cerita ni nanti. Aku jelah yang terharu, dah orang ingat kat kita. Mau tak terharu. 

Cuda nak tahu tak, masa kak amani pergi ke pasar dengan walid Afiq. Afiq tanya walid dia 'walid nak beli nasi kat tokki ke?'. Yelah, sebab memang tugas walid dia belikan nasi kat ayah kami sebab masa tu aku ke Perlis. Jadi itu rutin walid dia dan Afiq memang ikut walidnya pergi membeli. Walid dia jawab 'bukan nak beli kat tokki'. Lepas tu, Afiq cakap 'walid berhenti lah kat pasar. Nak beli ikan. Nak beli ikan comel [lebih kurang macam ni la kot, dah lupa ayat betul dia] nak bagi kat tuda. ikan tuda mati doh'. Kak amani cakap kat aku 'kalau cuda dengar ni mesti terharu'. Memang sangat terharu pun. Rupanya kat kotak ingatan Afiq, ada ingatan dia kat mak sedara dia ni yang suka bela ikan. Bela beberapa bulan, ikan pun mati. haha. Terasa macam pembunuh lah pulak. Entah macam mana nak kasi dia hidup lama sikit eh. Maksud aku, macam mana cara yang betul nak jaga ikan ni kan?

Oh, banyak lagi kalau nak cerita pasal percakapan Afiq ni.

Sampai esok pun tak habis.

Tadi selepas dia ke bilik air, aku nak minta dia tutup tv. Seronok oo bila ada anak-anak buah kat rumah ni, kita boleh arah-arah je. haha. Afiq, tolong cuda tutup tv kejap. Nak tahu dia jawab apa? 'Kejap eh, Afiq nak mayang kejap'. Whoah! Terpinga aku. haha. Rasa malu sendiri lah. Malu sebab tak sangka jawapan dia nak solat. Afiq kalau datang angin rajin, dia ambil wuduk lepas tu dia solat. Solat dalam 2 rakaat macam tu je. Lepas tu siap! Solat cara dia lah. Pergerakan dia tu, memang ada la takbir, gerakkan bibir beria-ria benar. Biasanya terus sujud, doa sikit lepas tu siap.

Nantilah aku sambung lagi. Entah kenapa terasa kekok benar penulisan ni. Sebenarnya, masa tengah beria nak menulis tu la, baru idea segar. Tadi rasa segar, ini tiba-tiba tiada hala tuju nak menulis. Ah, dah memang awal-awal nak menulis tapi tak tahu nak tulis apa, maka inilah hasilnya. Tunggang langgang punya cerita.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.