Monday, June 30, 2014

Cemburu

Cemburu meningkat lagi kepada sesuatu yang baru. Sebelum ni, rasa cemburu melihat kereta orang lain, nampak lebih segak. Kalau nampak kereta kan, tak kisah lah sama jenis atau tidak dengan saya, yang ada kat jalan atau kat mana-mana, mesti rasa 'lawonya kereta dia'. Padahal kita pun ada kereta. Selalu sangat rasa kagum dengan kereta orang lain. Tak tahu kenapa ada rasa ini di hati.

Tapi kena jelaskan dulu lah, cemburu saya ni lebih kepada benda-benda yang tak sama dengan kamu punya cemburu. HEHE. Contoh la kan, saya tak cemburu kalau kamu punyai banyak barang kemas, emas sampai ke siku [ayat hyperbola]. Tak, sebab itu bukan minat saya. Beli pinggan mangkuk berjenama hempas ke lantai tak pecah pun, so far saya tak sampai tahap cemburu. Sebab saya tak biasa dengan pinggan mangkuk mahal, sekadar yang murah-murah je. Tapi ada lah cita-cita nak memilikinya sendiri nanti. Jujur aje kalau menulis T_T.

Cemburu saya lebih kepada yang biasa-biasa sahaja. Contoh, cemburu jikalau kereta mereka nampak bersih, nampak kemas disebabkan tinted dorang agak gelap tapi bukan yang gelap giler-giler tu, yang gelap ok-ok je. Haa, mesti tak dapat bayang kan? Lagi cemburu kalau kereta mereka seat dorang kulit. Saya sampai ke hari ni tak tertukar-tukar lagi cover untuk seat kereta. Cemburu macam inilah maksud saya.

Ok, berbalik kepada cemburu terbaru tadi.

Saya rasa kan, ini adalah cemburu yang paling tinggi setakat ini.

Kamu nampak dia biasa-biasa aja. Namun apabila bertadarus, dialah yang paling pandai tajwid di dalam group saya. Saya terasa muka dah panas, terasa macam alahai terernya diaorang ni. Kalau nak tahu, dialah antara yang punyai bacaan yang kena pada makhrajnya. Bacaan dia sangat jelas, satu persatu dan dia tahu tentang bacaan dia. Mana yang panjang, mana yang dengung dengan bersekali dengan hukum tajwid. Tak adalah dia pandai baca tapi tak tahu hukum tajwid. Siapa yang tak cemburu. Saya berazam nak jadi macam dia. Rileks sempoi je, tapi ilmu Al-Quran ada dalam jiwa. Memang jealous benor rasanya. Bila kita tak faham, atau salah sebutan dia akan perbetulkan. Rasa nak suruh dia baca lagi dan baca lagi dan baca lagi sampai habis. HEHEHE.

Rasanya ini adalah cemburu yang agak bermanfaat untuk saya cemburukan. 

Sampai kan saya terfikir, mesti yang datang bertadarus ini semuanya pandai-pandai mengenai hukum tajwid dan fasih sebutannya. Masa itulah saya terasa, kerdil dan ceteknya ilmu yang ada. Rasa tak sama tinggi, rasa macam budak sekolah rendah dengan pelajar universiti. Jauh kan beza dia.

Eh, penting sangat kita semua belajar Al-Quran. Tambah-tambah dah bulan Ramadan ni. Lagi lah elok untuk kita jadikan batu loncatan untuk kita belajar dengan orang yang pandai. Yang penting jangan malu, jangan segan. Tanamkan niat untuk belajar. Belajar betul-betul untuk bekalan di kampung yang kekal nanti. Niat kerana Allah. Sebab kalau kita pandai Al-Quran [berserta isinya, sebutannya, hukumnya] memang terasa bahagianyaaaaa. 

Marilah kita belajar Al-quran sementara kita masih muda. Sebabnya kan, lidah kita tak adalah keras sangat nak menyebut. Masih boleh dilentur. Bukan nak cakap orang yang dah berumur tak boleh belajar. Bukan macam tu. Cuma senang cakap lah, masa muda ni lah elok kita belajar. Tak perlu menunggu-nunggu lagi dan lagi.

Dah banyak perenggan saya tulis, namun ianya tak sama dengan apa yang saya rasa.

Biasalah, rasa tu kita seorang. tulisan ni kan adakala ianya limit sikit.

Tapi tak kisah la macam mana pun, yang penting kita sama-sama belajar. Biarlah tak banyak pun, biarlah seciput pun. Janji kita belajar sikit-sikit.

Oh, dan yang paling penting bukan nak cerita pasal saya attend tadarus sangat. Sebab berapa hari lah sangat saya pergi. Tapi point yang penting. Kita akan terasa orang ada orang menampar muka kita dengan kelajuan yang tinggi apabila bersama-sama mereka yang pandai. Marilah kita sama-sama menanam azam untuk membaiki diri kita. Mana lah tahu kan, orang yang membaca entry ini yang berubah, dapat juga saya saham. HEHEHE.

Saya nak tulis panjang-panjang, macam tak best lah sebab tak nak masuk dalam kategori no action, talk write only ya dong! [pandai-pandai je ubah ayat] . Haa, kan?

Point akhir, jangan sia-siakan Ramadan kita. Semoga Allah redha, semoga Allah terima amal ibadat kita walaupun sikit.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.