Thursday, June 12, 2014

World Cup 2014

Bila buka google tadi kan.
Eh eh

Oo lupa, dah nak world cup dah.


Comel sangat doodle ni



Ini official website untuk World Cup 2014. Saya dah kurang layan bola. Untuk local lagi la tak layan apatah lagi yang international punya. EPL ke Liga Malaysia ke, tak adanya nak beria layan. Namun untuk WC ni, bajet juga nak tengok opening dia. Tapi bila tengok jam 4 pagi macam tu. Rasa macam urmmm tengoklah dulu. haha. Kalau orang lelaki, for sure sanggup bersengkang mata kat kedai mamak or kat rumah/kat mana-mana ajelah untuk tengok WC ni. Bab bersungguh memang boleh puji. Tapi tang bola aje lah. Memang nampak sangat kesungguhan tu. Itu pun bagi yang minat ler. HEHEHE. 

Biasanya untuk permulaan, memang tak berapa nak layan sebab banyak sangat yang bertanding. Haa, bila dah akhir-akhir macam suku akhir, semi final & final. Masa tu la baru buka mata, eh sokong yang ini sokong yang itu. Sebabnya, kalau mula-mula game kan, kita orang perempuan ni tak tahu sangat team mana yang kuat. Setakat Brazil, Germany tu kita tahu la. Yang lain-lain mana nak tahu. Itu belum nama pemain. HAHAH. 

Dulu kan, masa layan WC ni. Saya main chop yang tu muka ok, permainan dia pun ok. Kira terus sokong team dia la. HAHA. Lepas tu terus aim nama dia. Saya ingat lagi, masa tahun berapa entah. Nama F** Lampard tu [nama penuh dia saya tak sure sangat] dia kan score goal untuk Germany, kalau tak silap masa tahun bila entah. Terus sokong dia. Tapi sekejap je la, masa WC je. Eh, kejap nak google nama dia. Haa, Frank Lamprad Lampard. Ala-ala eja frankfurter.

Itu lah kan, nampak sangat perempuan ni entah apa-apa sikit dia punya sokongan. Tapi kami tengok juga lah skill permainan dia tu. Kalau setakat muka ok, main entah apa-apa asyik tak dapat bola jer, asyik pura-pura cedera aje, asyik itu ini. Kami tak sokong la juga. Eh bukan kami, tapi saya. HEHE.

Kali ni kamu sokong mana? Saya sokong Malaysia. HAHA. Kalau jawab macam ni, memang kena hempuk dek orang laki. Orang cakap bola, dia nak cakap bola. Padahal satu pun tak tahu. HAHA. Perempuan kan kecoh sikit. Kalau tengok ramai-ramai dengan adik beradik lelaki, memang nampak sangat. Perempuan lebih kepada pot pet pot pet. Lelaki pun sama, tapi kadang kan ulasan dorang berbeza sikit dengan perempuan. Contoh, kenapa tak masukkan yang A kenapa pertaruhkan B untuk game ni. Kalau kita pula orang perempuan, eh lawa ar kasut dia. Warna pink gitu. HAHA. Ketara sangat contoh ni wey. Ini macam bercerita benar walaupun pahit.

Ok dah dah. Selamat menonton WC 2014. 

Namun rasanya kita lupa kot. Bukan lupa lah, namun terlepas pandang. WC kali ni kan sama tarikhnya dengan Ramadan. Sikit tak banyak, mesti yang berjaga malam tu semata-mata kerana bola, namun mungkin lah kan. Mungkin mereka akan buat amalan-amalan yang boleh mengukuhkan Ramadan mereka. Secara jujurnya, nampak macam 50/50. WC & Ramadan. Ini sepatutnya tak ditulis sebab ianya akan merungkai kan persoalan yang panjang, ianya berkait rapat dengan persekitaran, ianya adalah perkara yang benar namun perkara ini sangat sensitif. Sebab kita tak tahu hati manusia. Jangan pandai-pandai nak tebak hati orang lah. 

 Alang-alang dah sebut pasal Ramadan ni, dalam fb sedang hangat buat countdown untuk Ramadan. Memang dah tak lama sangat dah, dah hampir sangat dah dengan Ramadan. Nak tulis tapi rasa takut. Sebab kan, bila fikir persiapan untuk Ramadan? Apa yang aku dah buat? Tak kan masih nak sama lagi dengan Ramadan yang lepas? Ramadan sama, namun diri kita. Diri kita kalau masih kat takuk lama, memang tak dapat nak tolong lah. 

Tengoklah, mula-mula tulis entry ni pun, saya cakap pasal WC. Nak tengok opening WC kononnya. 

Terus noktah la entry ni. 

Tiba-tiba.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.