Wednesday, July 9, 2014

Dialog Afiq

#Entry dalam draft


Malam tadi ke Desa Murni [DM] mencari baju melayu untuk tokki Afiq.

Masa kami sampai, orang tak ramai sangat. Jadi kami ke tingkat paling atas. Tengok-tengok pasu, karpet, alas meja, bunga dan macam-macam kami tengok. Sementara Afiq pulak asyik ikut kaki dia aje. Sekejap duduk bawah karpet yang dianginkan tu. Karpet tu dorang sangkut satu persatu, jadi ruang bawah yang kosong tu jadi permainan Afiq. Dia menyorok kat bawah, lepas tu keluar balik. Masuk kat celah-celah karpet tu balik. Aish! Saya biarkan aje sebab kat atas tu tak ramai orang pun. Yang ada hanyalah kami dan juga beberapa orang pekerja DM tu.

Masa saya duk belek-belek pasu kecil, memang dah terdengar Afiq memanggil. Saya dah jawab sebenarnya. Namun si Afiq pulak tak dengar. Sebab kami berselang tempat barang-barang. Lalu mulalah terdengar suara budak menangis. 

Saya terus panggil dia dengan nada yang agak kuat dan dia datang. Padahal dia kat depan je cuma tak nampak saya. Lepas tu, biasalah, saya kan suka soal Afiq.

Dok jumpe Cuda ke?
Dok.. [sambil kesat airmata]

Kesian pun ada. 

Saya beli sedikit barang kat tingkat atas ni. Kami turun ke tingkat bawah untuk mencari baju melayu. Ya, tujuan asal nak cari baju melayu aje. Namun biasalah kalau dah nama aida, tentu akan merayap ke tempat barangan lain juga. Dan biasalah kalau selain baju melayu saya membeli barangan yang lain juga. HEHE

Kalau nak tahu, kat DM ni banyak baju-baju, tudung yang kita boleh beli. Dan sementelah DM ini baru je diubahsuai maka keadaan kedainya agak besar dan mempunyai beberapa tingkat. Maka akan jenuhlah kita untuk ke tingkat-tingkat yang ada.

Namun saya tiada masalah untuk menjelajah ke semua tingkat yang ada dan boleh berpatah balik semula ke tingkat yang dikehendaki. Percayalah ini kebolehan kaum hawa untuk menjelajah kedai dan juga mana-mana pasaraya besar. LOL!

Seperti Ramadan yang lalu. Dah memang tugas saya secara tak rasmi untuk membeli baju raya kepada orang tua. Dulu masa saya ada che [dibaca umi/emak atau apajua yang membawa maksud ibu]. Saya akan belikan baju atau kain pasang. Bila dia dah tak ada, saya hanya belikan baju melayu untuk bapaknda saya. Sebab ianya perkara rutin sementelah saya belum berkahwin lagi [buat masa ini] Kalau ada suami tentu beli untuk ayah sendiri dan suami. Wah, plan memang baik punya. Oleh itu perkara ini sangat lah mudah bagi diri saya. Sebab dah tahu kat mana terletak baju melayu, jadi kami terus ke tempat yang dituju. Sementara saya memilih baju melayu, hanya baju melayu tau. Saya tak beli sepasang sebab bapaknda saya hanya memakai dengan kain pelikat sahaja. 

Warna tiada masalah, sebab dah ada dalam kepala warna apa yang bapaknda belum ada. Jadi pada kali ini saya beli 2 helai baju melayu. 1 untuk raya warna hijau dan 1 helai lagi warna dusty pink untuk pakai basahan [kali kedua saya datang DM, saya beli lagi 1 helai untuk basahan]. Harga untuk baju melayu ni tak adalah mahal mana. Namun kualiti dia amatlah terbaik bergantung kepada kain dan juga pemilihan kepada jahitan. Saya lebih suka kepada kain yang tahan lasak, adalah jenis kain dia cuma saya tak tahu nama kain tu. Jahitan pula saya pilih jahitan tindih kasih. Maknanya baju tu dijahit 2 kali.

Baju melayu sahaja adalah berharga RM29.90-39.90. Jadi saya ambil kedua-dua harga ni. Untuk baju melayu sepasang pula, harganya lebih kurang RM50 ke atas untuk dewasa.

Kan saya dah cakap harga dia memang tak mahal. Sangat berpatutan. Tapi kena datang beli awal-awal tau. Sebab biasanya kalau dah akhir Ramadan, baju pun dah tak banyak. Warna apatah lagi dah tak boleh nak buat pilihan sangat.

Pada tahun-tahun sebelumnya, saya pernah membeli baju melayu di TTC [Terengganu Trade Centre], namun kualiti kainnya tidak berapa bagus. Memang penjual ada bagitahu baju melayu ni dijahit di Vietnam, guna kain yang elok bla bla. Namun kualiti dia tak berapa nak elok. Biasanya kat leher tu kan, kain dia pecah. HAHA. Macam kaca la pulak. Maksudnya macam pecahlah, apa lagi eh maksud dia? Kain pecah. Ada ke kain pecah? Entah.

Semasa saya tengah memilih baju melayu tu kan, si Afiq bukan boleh duduk diam pun. Dia ambil bakul lalu main tolak-tolak. Laju wey dia tolak. Macam tolak kereta. Orang yang tengah memilih baju terpaksa bagi laluan untuk dia main bakul tu. Memang kesian dan rasa bersalah. Namun bila cakap duduk diam, bukannya dia nak duduk diam.

Selepas membeli saya ambil baju melayu untuk size Afiq. Macam biasa, saya suka try baju samada kat diri sendiri atau ada lah yang terpaksa jadi model.


Afiq cuba baju melayu ni. Cuba je dulu. Sebab saya dah plan nak datang lagi kat DM ni. Baju ni memang dah ok cuma lengan dia lah labuh sikit. Sikit je. Kaki si Afiq memang sengaja digayakan macam tu. Kalau gambar 1 lagi, hamboi terus disilangkan kaki dia tu. 

Eh, tajuk entry ni kan dialog. HAHA. Entah bila saya nak cerita dialog ni eh.

Ok ok.

Selepas dah cuba baju melayu. Afiq ni sambung main lagi. Jadi saya dah nak membayar masa tu. Lalu saya jalan kat depan, orang dah mula ramai. Si Afiq tak nampak saya yang ada kat depan dia je. Lalu kedengaran jelas budak memanggil..


Afiq: cudaa kat mana tu??
Saya: ada depan ni..
Afiq: depan ke?
Saya : yee..sini

Tersengih-sengih bila nampak saya. Bila dah selesai membayar. Saya bagi habuan kat Afiq sebab sanggup ikut aje saya ke sana sini dan juga dia sendiri yang ke sana sini.

Belikan dia air kotak.

Masa kat dalam kereta, saya tanya.

Afiq dahaga dok gi? [maksud dia afiq dahaga lagi ke tak?]
Dahaga.

Aish, patutnya bukan jawab dahaga. Tapi jawablah dok doh [dah tak dahaga dah]. Saya ajar kat dia, kalau dah tak dahaga, Afiq kena jawab dok dahaga doh [dah tak dahaga dah]. Bila tanya balik, eh dia jawab dahaga doh. HAHA.

Sebab 2 kali dia tak jumpa saya masa kat DM tu. Jadi saya ajar dia lagi. Afiq kalau Afiq dok nampak [tak jumpa] cuda Afiq kena panggil nama cuda kuat-kuat tau. Aih, dia jawab 'bila Afiq besor, Afiq nampok ar cuda'. HAHA. Jawapan ni logik tapi tak tepat. 

Kalau ada orang yang tak kenal panggil atau buat apa-apa kat Afiq, Afiq kena jerit 'polisss orang jahatttt'. HAHA. Entah kenapa idea nak mengajar macam entah apa-apa ayatnya. Yang lawaknya, si Afiq ikut namun dia ikut nada saya 'poliss orang jahattt' [dalam nada halusss je. HAHA]. Saya memang tak jerit sebab dalam kereta. Bukan nak beria pula. Namun dia ikut juga nada kita.

So far, apa yang saya ajar tu tak tahu lah melekat kat ingatan kepala dia atau tak.

Entry ni panjang, tak mengapalah. Nanti rindu-rindu boleh baca balik T_T.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.