Tuesday, September 30, 2014

Jap Nak Fikir

Bahagia sangat tika saat ini. Itu sahaja yang kurasakan. Orang cakap orang yang bahagia tak akan cakap dia bahagia. Habis tu. Saya ni macam mana? Bahagia ke tak? Haha. Tiba tiba soalan berbaur emosi keluar. Dahla tak bagi salam tak bagi sekapur sireh, dan dan terus je main tulis bahagia. Claim diri bahagia. Rilek lu rilek lu. Jangan gaduh gaduh. Bukan bermaksud nak bertumbuk ke apa. Tapi maksudnya rileks brader brader rileks.

Alhamdulillah. Selepas bersuka ria secara beramai ramai di dalam kumpulan maya yakni whatsapp bersama rakan taulan. Maka kita kembali ke alam realiti. Fiuh!

Alam realiti alam kita. Jadi menghidupkan alam realiti adalah beratus kali lebih baik dari alam angkasa. Eh bukan bukan alam angkasa macam Sheikh Muzaffar pergi tu. Itu lain. Ewah. Orang bahagia, macam ni lah bau bau ayat dia. Jangan korang gelak sudah bila dah tau kenapa daku bahagia. Syukur.

Tadi lapar. Sangat lapar. Menu mulai berkumpul secara beramai ramai di dalam ruang minda. Berasak asak mereka memunculkan nama mereka. Namun yang ada hanyalah biskut raya. Eh jangan fikir harunya juadah dia. Jangan. Disamping biskut raya lebihan pada hari raya yang lalu. Masih ada nasi dan tomyam untuk disantap. Tomyam pada malam ni pulak. Aih mak aih. Sedap lain macam. Walaupun bahan bahannya tak adalah meriah macam tumbuhnya pelita di bulan Ramadan. Namun rasa dia. Rasa dia sangat sedap. Teramat sedap. Macam tomyam kat kedai. Pedas dia tak menyengat macam tak nak kasi kita makan. Pedas dia sederhana. Jadi saya selaku bukan pencinta pedas menyintai tomyam ini. Pulak dah. Cinta pun cintalah. Janji tomyam tu dah selamat dihadapi dengan senyuman. Dah selamat bersemayam di dalam perut sana.

Untuk menikmatinya. Ambil nasi ambil tomyam. Makan. Haha. Bagus betul orang bahagia ni. Cara makan pun dihuraikan juga.

Ok dah dah. Kita berpatah balik pada cerita asal.

Cerita benar dia ialah selepas makan dengan kadar yang mencukupi. Saya mula menggerakkan otot otot dan sendi tulang temulang atau ayat ringkasnya, saya mulai menggerakkan diri menyangkut baju. Edisi melipat dan terlipat tak dibuat pada malam ni. Yang itu kita jalankan malam esok. Perancangan kena rapi. Nanti berterabur maka akan berasa malas nak habiskan misi melipat baju.

Misi menyangkut baju berjaya diselesaikan bagi fasa pertama. Saki bakinya akan diselesaikan malam esok. Hehe. Fasa pertama masih berbaki. Tak sempat siap kesemuanya. Maklumlah jam 10 baru duk terhegeh hegeh bersemangat nak sambung misi. Sebenarnya misi dah dijalankan sejak malam semalam lagi. Tapi sangat seciput kerjanya. Jadi malam ni agak keras sedikit pengorbanan yang perlu dilakukan. Perlu hindarkan gadget yang sentiasa berbunyi itu. Kena tabahkan hati tidak melayan sebarang mesej. Tabah sangat tabah. Buktinya jam 11 lebih saya dah siap menyangkut baju.

Lantas selepas misi menyangkut baju sudah sampai ke garisan penamat. Acara menggosok baju mula bersiap di balapan. Persediaan akhir dikemaskini sebelum acara menggosok dilepaskan.

Kenalpasti baju yang akan dipakai esok. Tudung yang akan dipakai samada nak warna coklat tak coklat sangat. Warna peach atau warna bata atau apakah warna itu selayaknya dipanggil? Atau warna grey? Saya memilih warna merah hati. Walaupun baju berwarna agak sukar dihuraikan, yang pasti kita dah ada bahan untuk esok. Apabila persiapan akhir dah selesai disemak, maka bermulalah acara menggosok.

Ya Allah selepas sekian lama. Sangat lama berzaman kirong tak buat tugasan ni iaitu tidak menggosok pakaian pada waktu malam. Akhirnya rekod acara menggosok di waktu malam secara solo berjaya dipecahkan. Kiranya adakah ini boleh dimasukkan ke dalam senarai pingat negara? Sebab yang ni kita nak kasi pingat emas terus. Haha. Tak main ar gangsa atau perak darul ridzuan. Acara ni dapat pingat emas. Whoa. Selama ini gigih  menyimpan kudrat daripada menggosok baju kerja di malam hari. Padahal sangat banyak faedah dan kebaikan pada diri kita sendiri. Ini adalah pencapaian terbaik untuk tahun ini. Rasa nak update status kat fb. Tapi malu. Jadi sebab malu maka kat sini la kita berkongsi rasa.

Maka pada malam ini, saya senaraikan kebaikan menggosok baju di malam hari sepertimana berikut:

1. Pada waktu pagi, kita tak terkocoh kocoh nak fikirkan 'eh baju belum gosok lagi lah'.
2. Kita tak kelam kelibut macam tak tahu apa yang perlu didahulukan pada pagi esok.
3. Kita tak perlu membuang tenaga berlari gaya bebas kat dalam rumah. Berlari ke kiri ke atas seluruh kawasan rumah sebab nak pergi cari pakaian, cari tudung nak pilih baju mana nak pakai bla bla bla. Koma.
4. Tak perlu tersemput semput menggosok dengan laju laju padahal bila dah berpuluh puluh minit menggosok. Aik. Baju sama macam tak gosok. Bengang sensorang.
5. Masa yang berbaki akan menjadi lebih banyak daripada biasa. Sekiranya kita menggosok selama 15-20 minit. Maka masa itu boleh digunakan untuk aktiviti sihat yang lain. Contoh basuh baju dengan lebih tenang.
6. Hari kita akan menjadi lebih harmoni dan banyak cas cas positif akan mendatangi diri kita. Yelah satu aktiviti tension di pagi hari berjaya dicantas dari list. Memang berganda cas positifnya.
7. Baju yang dibasuh pada pagi hari dapat dijemur dengan sempurna. Tak adalah orang lain terpaksa mengambil alih tugas menjemur pakaian di jemuran. Hai teringat kat Ani. Haha. Masa nilah nama ni nak mencelah. Ani ialah salah seorang kawan sekolah saya. Terima kasih.
8. Akhirnya, kita dapat ke tempat kerja dengan perasaan yang sangat softlan sekali. Eh saya lebih suka pada wangian Comfort. Bau dia lebih umpphh. Ini bukan iklan tapi ini ialah perkongsian perasaan dari lubuk hati. HAHA.

Dari panjang panjang beratus ratus ayat di atas.

Bahagia saya adalah kerana dapat menggosok baju pada malam hari. Selamat tinggal kotoran degil. Haha.

Ok ok cukup untuk malam ni. Jam dah 12.43 pagi. Tidur tidur. Tak cukup tidur kan ada orang yang tak bahagia di hari esok.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.