Tuesday, September 23, 2014

Kecintaan

Setiap manusia mempunyai kecintaan mereka yang tersendiri. Macam aku, aku lebih gemarkan seni. Minat kepada seni semakin mencambah. Seni itu definisinya luas. Terlalu luas. Seni yang aku maksudkan ini mungkin tidak setara dengan seni orang lain. Mungkin bagi aku, ini dah tahap tertinggi betul minat aku dalam seni ni. Mungkin bagi orang lain 'laa, gini je ke?'. Lain orang, lain rasa dia. Biarlah aku perasan seni aku dah naik sikit demi sikit. Lama-lama tentu seni aku menjadi lebih seni lagi.

Sebetulnya, semalam aku balik lewat dari kerja. Semata-mata mencari font yang aku rasakan kena dengan jiwa aku. Bila dah cari, memanglah jumpa. Terus buka adobe, lakar sikit sikit lalu aku cipta header baru. Itu pun tak berapa nak masuk lagi dengan jiwa. 

Aku cerewet. Pemilihan font pun boleh makan masa berjam-jam. Ok la, jujur aku katakan. Font dalam blog ni pun aku rasa tak best. Kalau boleh aku nak font arial 12. Yang mana bila aku baca, font tu nampak bulat-bulat comel. Tapi itu semua tak jadi kenyataan. Sebab bila kita buka komputer ni, font tu jadi gedabak. Bila buka guna laptop, eh dia jadi comel. Tak ada yang statik. Oleh itu, aku hampa. Untuk font semalam, oklah aku puas hati la sikit. Sebab tu dah selamat diaplikasikan ke dalam header. Namun aku tak puas hati lagi. Aku berkenan pada 1 font ni. Cantik di mata aku. Cuba cari lagi tadi, namun tak jumpa lagi. Aku tahu font tu wujud, cuma namanya aku tak tahu. Letaknya kat celah mana aku tak tahu. Aku tahu dia ada dalam dunia maya dan tunggu masa je untuk didownload. Nantilah kau, aku akan datang cari.

Nak dijadikan cerita, semalam memang berkenan pada satu contengan artistik. Senang cerita, contengan tu bodoh je. Macam ambil berus terus lakar kat kertas putih. Tapi serius cantik. Cantik kerana warna pastel tu. Hargh! Siang tadi, cuba juga cari apa jenis nama untuk lukisan sebegitu rupa. Dalam minda dah sibuk mencongak, nak ditanya pada sipakar adobe Mr.F. HAHA. Amboi, guna nama timangan Mr.F macam bijok je. Tapi dia kawan pejabat, eh bekas kawan sepejabat yang terer adobe. Tadi memang dah sibuk rancang nak minta tolong dengan dia. Nak minta dia buatkan header untuk aku. Hish! Bukan la ada ayat MPS tu, tapi header kosong. Aku memang tak suka orang tahu aku ada blog. Aku segan. Aku malu. Aku kan pemalu. haha. Sengal betul ayat kenyataan benar ni.

Baru sahaja sekejap tadi, aku saja-saja buka blog orang lain. Ya Allah. Apa yang aku cari petang tadi akhirnya terjawab. Nama untuk lukisan tu, lepas tu terus aku google tutorial dia. Ah, senang cerita nantilah aku cuba lakarkan mengikut imaginasi aku. Mengikut daya keupayaan aku yang terhad ni. Sebenarnya aku tak terer adobe. Jadi memang perlukan tutorial ni. Alhamdulillah ada jalannya.

Sebenarnya tadi, masa kat dalam kereta aku dah pasang impian nak bercerita pasal cara uruskan kewangan. Aku dah rancang nak kongsi dan bagi nasihat kat korang semua. Jangan membazir. Alih-alih bila mana dah jumpa nama lukisan tu, aku terus berapi-api berseni malam ni. haha.

Nasiblah eh.




Kata seni. Nah ambil sekeping gambar ni untuk tatapan. Abaikan kerendahan mutu gambar ni, Yang penting aku suka suasana ni. 


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.