Thursday, September 18, 2014

Petanghari

Bila jenguk entry kat bawah, terdetik kat hati. Amboi boleh tahan juga panjangnya. Padahal itu baru menulis kat handphone. Dan sebenarnya entry kat bawah tak sempat habis pun. haha. Rupanya bila kita menulis di dalam handphone, dia ada limit eh. Punyalah gigih, namun kekecewaan di tengah jalan. Lalu biarkanlah entry itu mati di situ. Tak ada niat nak sambung dah.

Ok, sementara nak balik. Saya jengah kat sini sekejap. 

1. Semalam menerima berita kematian emak kawan saya. Yang ini sangat keterkejutan. Sebab tak tahu pula emak dia sakit. Tak tahu juga emak dia masuk ke hospital. Dan tak ada juga emel yang mewarkan tentang kematian. Nasib baik ada kawan yang maklumkan. Jadi sempat ziarah petang semalam.

2. Entah apa ya saya nak menulis. Rasanya semalam macam ada. Hari ini dah tak ada lah pulak.

3. Semalam saya berkenan pada satu dress yang sangat cantik. Tapi tak dapat nak bayar deposit. Lalu saya bajet nak bayar tadi. Bila dah ke butik tu, rupanya dress tu dah ada orang beli. Urmm. Tak ada rezeki.

4. Sebenarnya kan, saya sedang cuba nak membunuh semua perasaan ingin membeli, ingin memiliki yang beraja dan bertahkta di hati. Cuba bayangkan, pada 2 minggu lepas. Ada satu karnival di TTC yang menempatkan semua penjual online kat situ. Pergi dan terbeli juga 1 halfmoon. Sedangkan saya dah memesan 4 helai tudung secara online. Dan saya juga telah membeli kain untuk membuat dress sebanyak 3 pasang. Dan saya juga berjaya memiliki sehelai kain bunga-bunga yang juga dirancangkan untuk dibuat dress. Dan saya juga telah membeli kain chiffon untuk dibuat tudung. Dan saya juga membeli kain chiffon untuk dibuat baju. Dan saya rasa saya perlu menukar gaya saya membeli. Dan ketahuilah bahawasanya saya masih membeli secara bijak. haha. Oii ayat penyedap hati betul lah. 

Isu yang penting di sini, saya sebenarnya mula berasakan perlunya ada tindakan daripada diri sendiri bagi membanteras secara gejala-gejala meliar ini daripada tumbuh subur di dalam diri. 

Apa yang saya cuba nyatakan ialah, saya mula memikirkan. Sebenarnya kita akan lelah mengejar kemahuan dan nafsu sendiri. Perasaan ingin memiliki itu baik, namun ianya tidak perlu sekiranya ianya jatuh ke satu tahap boros!

Macam kejam sangat bila katakan boros. Namun saya agak khuatir bilamana boros semakin menghampiri diri. 

Beberapa malam yang lalu, apabila saya melihat semua online shop yang mengeluarkan tudung-tudung terkini dengan pelbagai ragam, pelbagai fesyen, pelbagai manik dan pelbagai lace yang berenda-renda menghiasi tudung. Saya mula berfikir. Sepatutnya biarlah online shop sahaja yang giler mengeluarkan tudung mereka, namun kita tidak perlu mengikuti kegilaan mereka. 

Terngiang-ngiang apa yang kawan pejabat saya katakan 'pada hari ini, tudung mula menjadi alat fesyen. Tudung tidak lagi menjadi benteng maruah wanita. Sepatutnya tudung yang dipakai untuk melindungi diri kita. Dan ianya tidak boleh diperalatkan menjadi seperti penarik kepada kaum berlainan jenis dengan kita'. Dia menuturkan kata-kata ini kepada sebahagian artis-artis yang terangan menyatakan 'dengan tudung pun saya boleh bergaya'. Walaupun saya tidaklah memakan cili, namun oleh kerana saya masih ada hati. Saya diam kerana memikirkan, saya juga mempunyai tudung yang ada lace, ada manik. Tapi ianya sangat minimal aksesorinya. Selebihnya saya lebih gemarkan bertudung bawal dan bertudung syria sahaja. Namun, saya ambil kata-katanya sebagai peringatan agar tidak berlebihan. 

Oklah, berhenti setakat ini sahaja. Saya dah nak balik.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.