Tuesday, September 23, 2014

Soalan : Braces

Bagi yang bertanyakan mengenai braces. Saya jawab kat sini sahaja eh. Sebab saya biasanya suka tulis panjang-panjang, jadi nak jawab kat komen memang tak menyenangkan.

Proses pemasangan braces biasanya memang agak lambat. Bila kita pakai getah untuk bagi ruangkan gigi kita, kita perlu sesuaikan dengan keadaaan tu. Bukan kita je, malah gigi pun perlu disesuaikan dengan keadaan semasa.

Biasalah kalau dah berbulan-bulan pun kita masih belum pakai braces. Saya dulu pun macam tu. 

Untuk charge pula, ianya adalah bergantung kepada sesebuah klinik tu. Biasanya harga akan tertakluk kepada keadaaan semasa. Saya bukannya tak nak bagitahu kos sebenar, namun kos sebenarnya membuatkan saya rasa pening kepala. HAHA. Jadi eloklah saya tidak menjawab harga tersebut. Mau semput kalau saya tulis. Macam ni lah, saya kasi klu. Kosnya bolehlah dapat emas yang beratnya berbelas-belas gram. Jadi kiralah sendiri. hehe.

Braces, samada pasang bawah atau pasang kat gigi atas, harga tu sudah merangkumi semua. Untuk braces, kita tak boleh pakai satu-satu bahagian sahaja. Ini kerana ianya melibatkan pergerakan gigi bawah dan atas. Sebenarnya soalan ini pernah saya utarakan kepada doktor. Saya nak jimatkan kos. haha. Jadi, saya kononnya nak buat bahagian atas aje lah. Tapi mana boleh. Pandai-pandai aje kamu ni eh. Gigi bawah cantik ke, gigi bawah tak cantik ke. Kita tetap perlu memakai di kedua-dua bahagian walaupun tak adalah teruk mana gigi kita.

Jangka masa pemakaian braces adalah tertakluk kepada gigi kita dan juga tertakluk kepada doktor anda. Biasanya jangkamasa yang diperlukan ialah antara 1 tahun lebih - 3 tahun lebih. Macam saya, saya pakai dalam 2 tahun setengah. Sekejap je masa berlalu.

Getah pada gigi akan ditukar berdasarkan kedudukan gigi kita. Saya pun dah lupa-lupa ingat adakah getah tu akan ditukar tiap-tiap bulan setiap kali kita berjumpa doktor. Ada masa gigi kita akan diketatkan dengan besi yang melingkari gigi kita. Ukuran tu akan dibuat oleh doktor semasa kita memakai braces.

Rasanya itu sahaja kot. Kalau ada salah silap dalam tulisan, mohon beri teguran.

Terima kasih.




No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.