Tuesday, September 30, 2014

Star North Yang Hilang

I
Namaku agak fancy sedikit. Diberi nama Star North. Ini bukan nama rekaanku. Inilah nama yang tertera pada identity cardku. Kalau mahu lebih tradisional, bolehlah memanggilku Setanoh. Nampak lebih klasik kan? Namunnya aku nggak apa apaan walau namaku dipanggil beda dengan yang asal. Eh, kenapa pulak berbahasa seberang ni? Hai idea ni main redah aje. Menyampuk tak hormat bahasa terengganu yang ada kat dalam ruang legar minda ni.

Ok kita teruskan kisah kita. Aku adalah ciptaan yang sangat cantik. Kalau tak cantik, tak akan aku dibeli oleh pembeli. Kalau dibeli tu, kiranya cantiklah antara yang cantik cantik kat dalam kedai. Ah, tiba tiba aku rindu pada tempat kelahiranku iaitu di kilang di suatu lokasi yang rahsia.

Pada satu hari. Selepas dilahirkan dengan sempurna. Aku dibungkus secara beramai ramai dan diletakkan di bilik berasingan. Tubuhku diselimuti kertas nipis. Ada juga diletakkan ubat gegat kat dalam bilikku. Eh aku rasa bukan ubat gegat lah, tapi bukan juga ubat gigi. Mungkin tabung oksigen agar aku boleh bernafas kot.

II
Selepas itu, kami beramai ramai naik kontena ke lokasi di Pantai Timur. Ala macam budak budak sekolah naik bas pergi lawatan. Haa macam itulah kami. Perjalanan jauh sangat. Kami penat dan hampir mata menjadi buta. Eh melampau sangat ni sampai naik buta. Perumpaaan sikit sikit dah ar. Jangan bikin gwa suspen pulak. Ok. Ayat baru. Mata sampai naik sembab dan begitu payah nak dibuka dek ketiduran sepanjang jalan. Apabila sampai ke kedai Bata. Rekod diri kami dicatat dan mula disusun dengan kemas oleh pekerja kedai.

Kawan aku menjadi bahan pameran di kedai manakala aku pula, masih melangut di dalam bilik yang kecil lagi gelap gelita umpama tiada cahaya di bumi. Punyalah gelap sampai aku naik takut. Entah apa nasib aku ni eh.

Pada suatu hari. Datang seorang perempuan ke kedai aku ditempatkan. Dia melihat sekeliling dan segenap rak yang ada. Lepas satu satu dia mencuba kasut yang ada. Lantas dia mencuba kawanku. Dia tertarik! Diajukan kawanku kepada tuan kedai. Bergegas tuan kedai masuk ke ruangan tempat aku disusun. Tiba tiba aku rasa bilikku di angkat lalu dibawa pergi. Aku kebingungan. Bilikku dibuka. Wah. Lega amat bilamana dapat menikmati cahaya dari segala penjuru. Aku sangat sangat lega. Terasa seolah olah terlepas dari penjara.

III
Selepas itu, aku dikeluarkan dari bilik kecil yang gelap. Aku ditayangkan kepada perempuan bertudung apa warna entah. Dipakainya aku. Dibawa aku melangkah beberapa langkah menjadi 10 langkah. Hehehe. Berapa langkah pun aku tak tahu. Yang aku tahu dia cakap dia nak beli aku. Hooray! Siapa tak kegirangan bilamana mendapat tuan baru. Maka episod hidupku berubah mulai saat aku di akad beli dengan tuan kedai. Aku dibawa menaiki kereta walaupun tak mewah mana. Tapi kira oklah dari kontena yang aku naik sebelum ni. Apa korang fikir aku mesti dibeli oleh orang ada ada ke? Eh orang biasa pun mampu miliki diri aku. Cuma berkenan dengan tidak ajelah. 

Selepas beberapa jam perjalanan, aku pun sampai ke rumah tuan baru aku si perempuan tadi. Selepas beberapa ketika aku berada di dalam bilik kecil [lagi]. Aku mendengar derap tapak kaki gergasi. Hahaha. Bukan bukan. Derap tapak kaki tuan baru aku. Baru dapat tuan baru dah menderhaka ya. Dah berani mengkritik ya? Derapan kaki beliau semakin mendekati diriku. Aku takut. Tipu je. Tak ada lah takut sangat cuma sedikit suspen je. Dia yang aku tak tahu nama itu mula membuka bilik yang menempatkan diri aku. Tersenyum lebar empat segi beliau. Aku? Bangga wey. Bangga sebab sedikit sebanyak kehadiranku diterima beliau. 

Acara membelek aku berlaku beberapa minit. Selepas itu aku mendengar beliau memberi arahan kepada budak lelaki kecil untuk mengambil gambarku. Apa? [mata bersinar sinar keluar api macam raksasa berlawan ultraman] haa.. Budak lelaki tu suka tengok ultraman. Mana aku tahu? Aku agak aje. Tapi aku tahu lah. Aku boleh rasa. Percaya ajelah apa aku cakap ni. Budak lelaki kecil tu dah bersiap nak mengambil gambar aku. Suka suka. 'ambil gambor cuda!', tanya lelaki kecil tu. Oo nama perempuan ni cuda. Pelik juga nama dia eh. Kenapa tidak cuka? Cuba ke? Haha. Oh tolonglah otak jangan bergerak laju sangat. Payah aku nak menulis nih. Aku disarungnya. Hanya gambar aku je yang budak tu ambil. Gembira dan gembira. Double triple happy! Apabila cuda melihat gambar aku di dalam handphone. Dia hampa. Hampa la beb, gambar semua entah apa apa yang budak lelaki kecil tu ambil. Bergegar gegar. Nampak bayang putih aje. Nak tak nak dia terpaksa ambil sendiri semua gambar aku. 

Beberapa hari kemudian. Aku dipakainya ke pejabat. Selesa. Aku lagi la bersemangat nak berbakti kepada tuan aku ni. Seharian aku bersama dia. Lepas tu kami ke merata tempat. Maksud aku ke tempat mesin fotostat, ke pantry, ke jalan jalan depan pejabat dia. Ah janganlah pandang rendah pada tempat yang dia bawa ni. Masa tu dia kena kerja. Jadi ok lah kan aku dapat teman dia kat pejabat. Selepas tu. Pada suatu petang usai dia habiskan kerja di pejabatnya. Aku dibawa berjalan lagi. Kali ni tempat yang aku pergi agak jauh. Oo rupanya aku di bawa ke bandar KT. Dihayunnya aku ke kiri ke kanan. Diseret nya badanku di atas tar. Walaupun berdarah berciciran di badanku, aku sanggup. Tragis tak korang baca ayat ni? Aku tak sangka setragis ni aku bercerita. Nampak macam kejam benor tuan aku kan? Jangan gusar, aku kan darah satria. Haha. Wah wah tak sangka aku patriotik walaupun aku hanya Setonah. 

Kami ke Kampung Cina. Kat situ aku diambil gambar dengan banyak sekali. Tersengih sengih macam spongebob bilamana aku melihat sepupunya menangkap gambarku. Tangkap lah lagi. Tangkap lah lagi. Aku suka kerlipan bunyi klik klik tu. Haa. Almaklumlah tak pernah orang ambil gambar. Itu sebab aku kejakunan. Maafkan keoveran aku ya sekalian. Lepas kami kepenatan. Kami balik. Aku diletakkan di luar rumah di atas rak kasut yang dah banyak lompong. Lompong sebab banyak besinya dah tak ada. Ada yang dicabut oleh budak lelaki kecil tu. Aku agak dia berumur 3 tahun lebih. Ada ke budak tu main buang aje besi rak kasut. Terasa juga nak marah. Namun memikirkan aku tak boleh bercakap. Aku diam aje la melihat sambil mata menjadi biru sebab marah. Haha. Biru mata hitamku kerana marah. Kenapa tak merah? Kerana merah dah biasa sangat. Kalau marah mata merah. Kalau menangis mata merah. Kali ni aku lainkan warna mata aku. Blue key. Haha. Eh tak tak. Itu brand tepung. 

IV
Pada suatu malam. Hari Rabu malam Khamis. Cuda ke kelas Bahasa Arab. Jangan main main wey. Tuan aku belajar Bahasa Arab. Bagilah dia bangga sat walaupun dia tak terer mana pun belajar. HAHA. Mulutku berpancaran laser sungguh pada malam ni. Walaupun dia tak pandai tapi dia nak belajar. Kira oklah tu. Ok kita sambung lagi cerita yang menarik ni. Haha. Aku la yang rasa menarik walaupun.. Walaupun.. Arghh korang baca lah sampai sudah. Kami melangkah ke dalam kelas. Seronok juga mendengar manusia sedang menimba ilmu ni. Aku tau tuan aku tu adakala mengelamun ketika kelas. Adakala dia menahan kuap. Adakala dia terbabas menguap sambil diselindung dengan kertas. Pandai sangat meh. Inilah kali pertama aku ke kelas Arab. Nasib baik tuan aku tergerak hati nak bawa aku ke sini. Boleh juga aku merasa suasana.belajar di kala malam menjelma. 

Sepulangnya aku dari kelas. Aku diletakkan di luar rumah. Ala tempat biasa la beb. Tak kan dia nak bawa aku masuk bilik kot. Aku ni kotor. Nama pun kasut. Pakai dikaki. Aish kenapa haru la pulak perenggan ni. Mau bikin aku nangis la. Tapi aku tak nangis lagi. Malam itu cuacanya dingin. Sunyi. Sesekali aku mendengar suara sang cengkerik. Di langit sana, bintang berkelip kelip macam comel. Ah teringat pula pada lagu 'bintang berkelip kelip engkau di sana..' Aku kasi lirik sikit ni bukan apa. Aku tak ingat lirik dia. Hehe. Malam makin pekat. Mataku mula layu. Layu lalu tidak sedarkan diri. Aku sudah ketiduran ketika menikmati gelap malam. 

Esoknya tuan aku tak terperasan akan aku. Pada hari Jumaat dia ingin memakaiku. Namun.. 

Episod sedih pun bermula. 


Tuan Aku 
Pada Jumaat tu, saya nak pakai kasut. Tapi bila cari kat rak, kasut tu tak ada. Cari lagi kat belakang rumah. Pun sama tak ada. Cari punya cari. Memang tak ada. Saya ke rumah mak saudara saya. Cari lagi si North Star tu. Tapi tak ada [hampa]. Saya tanya mak saudara saya 'moksu nampok dok kasut aku?' Maksu jawab tak nampak. Dia cakap lagi 'kalau nak cakap anjing ambil, anjing dah tak ada'. Saya mula dihimpit rasa. Rasa berbagai rasa. Entah apa rasa itu saya tak tahu. Cuba lagi tanya pada seseorang yang kita tak boleh harap sangat pada maklumat yang bakal dia berikan. 
Saya tanya pada Afiq. 'Afiq, Afiq nampak tak kasut cuda?'. Dia beria sambil tangan kat belakang pinggang keluar dari rumah menuju ke rak kasut. 'Urmm, ada. Syini cuda'. 'Kalau ada, bakpe takdok sini?'. 'Urmm, umoh cikjaa kasut cuda', jawab dengan beria. Dalam hati saya 'urmm memang tak berbau la kasut ni'. Saya pergi juga ke rumah cikjaa [rumah jiran] untuk tanyakan pasal kasut. Tak nak tanya, aihs rasa nak tanya. Tak nak percaya, urm 50/50 pulak rasanya. Sebabnya, si Afiq ni memang gemar memakai kasut/selipar saya. Jadinya memang dipakainya ditinggalkan di rumah jiran. 
Sampai kat rumah jiran. 'Jaa, ada nampak dok kasut orang jaa?'. 'Eh, tak nampak pulak. Afiq pun takde pakai kat rumah jaa ni'. Ok, fine. Maknanya kasut tu dah diambil orang. Siapa dia? Saya sendiri tak tahu.
Berbalik pada aku pulak. Ewah, menulis secara berirama.

V
Aku sekarang berada di sebuah tempat yang aku sendiri tidak tahu. Entah nak mereka cerita, aku sendiri tidak tahu. Reka cerita yang tidak tepat berdosa. Jadi aku takut.

Status aku sekarang : Hilang
Pencuri? : aku tak tahu
Lokasi aku : aku tak tahu

Aku tahu tuan aku sedih sebab aku baru kurang lebih berusia 4 minggu bersamanya. Sekarang aku dah hilang jauh dari dia. Sekarang aku dah tak boleh berbakti lagi kepada dia. Sekarang aku tahu dia cuba dapatkan kasut yang baru, berjenama Star North dengan pergi melawat semua kedai Bata di KT. Namun hampa, semua kasut tu dah habis. Paling koman, size pulak tak ada dan sangat sadis apabila yang ada hanya yang display sahaja. Sampaikan ke daerah Kemaman pun tuan aku cari. Namun kasut tersebut tiada. Sekarang, dia masih mencuba nasib untuk di Paka atau Shah Alam. Err, dia pesan kat orang lain untuk belikan. Hehe.

Rasa macam nak tergelak. Tapi macam kasihanlah pulak.

Aku syak orang yang ambil ni teruja kot tengok kasut tuan aku ni. Tak berani lah nak komen lebih-lebih, sebab aku sendiri tak pasti. Kalau aku pasti, dah lama aku tulis pengalaman aku dicuri orang. haha.

Dan tuan aku hanya sedar betapa larisnya aku selepas dia kehilangan aku. Bila dah pergi ke 3 kedai semuanya sold out. Haa, tak ke laku namanya tu. Tuan aku baru sedar bahawa 'ramainya yang minat kasut bodo macam ni?'. Kasut bodo tu bukan bermaksud kasut bodoh. Bukan, tapi ianya bermaksud kasut simple. Biasalah orang terengganu. Cakap memang macam tu.

Dan nak tahu tak, aku syak. Mungkin pencuri tu berkenan kasut ni selepas tengok gambar Emma Maembong kat Instagram or kat surat khabar. Aku syak aje la. Tapi orang cakap, tak baik syak wasangka. HUHU.



Gambar ni pada 20 Ogos 2014. Tuan aku beli aku pada 9.8.2014. Jadi tuan aku memang terkejut bilamana tengok 'eh, lebih kurang macam kasut dia aje'. Namun sekarang, sama dengan siapa ke itu tak menjadi hal. Yang menjadi hal sekarang, dia kena beli kasut baru. Yelah, sejak riwayat aku dah tamat ni. Urmm, nak sembang lebat pun dah tak terasa nak menyembang. Sedih kau. 



Tuan aku baru aje bercita-cita nak menjadi pembelanja yang berhemah. Dugaan pula yang datang. Semoga kau bertabah tuanku.

Sekian. Terima kasih.

Err, anak-anak UPSR. Mohon jangan gunakan esei ini untuk karangan 'aku sepasang kasut/nasib sepasang kasut atau tajuk yang sewaktu dengannya'. Ku pesan jangan!

Aku yang hilang dicuri orang.
Setanoh
Bumi Allah
30.9.2014 {Selasa}



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.