Friday, October 17, 2014

Marilah Beriadah

Tarikh : 11 Oktober 2014 [Sabtu]
Tempat : Perkarangan Stadium Tertutup

Dalam setahun adalah 2 3 kali pergi beriadah. Namun nak juga abadikan kisah beriadah di MPS. Kalau beriadah setakat bersiar-siar itu tak aci. Tak masuk buku. Ini beriadah yang mengeluarkan peluh. Mencairkan lemak lemak yang telah lama bertapak membina kediaman di dalam tubuh kita.

Perancangan kami sepantas kilat. Usai melawat adik Adam. Kami balik ke rumah lalu sediakan air masak konon nanti dahaga bila dah bersenam. Berangan biar ke depan, jadi tak jadi belakang story.

Sampai di perkarangan stadium, orang dah bertebaran. Ramai sangat aih! Dulu tempat ni tidak dijejaki oleh orang ramai, namun sekarang ianya telah berubah wajah. Macam plastic surgery. Eh, tiba tiba pulak.

Kami dah buat keputusan untuk berbasikal. Dah lama sangat tak naik basikal. Macam mana rasa agaknya bila kita berbasikal ya? Kekok kah atau fasih seperti dulukala? Ok, persoalan ini tidak dapat dijawab melainkan selepas menaikinya.

Ini bukan promosi, namun perkongsian. 

Harga untuk sekali naik basikal ialah RM7 bagi 3 seat. For 2 seat RM5 only. Untuk yang single mungkin RM3. Yang ni tak pasti pulak harganya. Masa yang diperuntukkan ialah 15 minit sahaja. Kalau masa dah lebih, dia akan extra charge!

Bila dah dapat basikal selepas menanti beberapa puluh minit, kami terus angkat si Afiq. Mulanya kami nak ambil yang 2 seat sahaja. Namun memikirkan mana mungkin saya nak ribakan Afiq sambil berbasikal. Rasanya amat tipis kebolehan saya membuat 2 kerja dalam satu masa. Lalu kami tukar fikiran mengambil basikal yang 3 seat.



Dan oleh kerana saya tidak berupaya membawa basikal dengan baik selepas mencuba beberapa ketika, lalu saya dipersilakan ke belakang sekali. Afiq sudah tentu di tengah tengah negeri. Mana boleh dia duduk di belakang, kan kalau jatuh kami tak perasan. Membawa basikal yang panjang sebegini rupa agak mengekokkan diri saya. Tapi ianya sangat menyeronokkan. Memang menyeronokkan sebab saya dapat curi ayam. Kadang-kadang ambil kesempatan untuk membiarkan kakak ipar 2 [KI2] mengayuh seorang diri di depan. HAHA.

Namun adakala saya mengambil alih untuk mengayuh seorang diri, membiarkan kakak iparku berehat seketika. Manakala si Afiq pula menjadi raja kecil. Duduklah dia diam diam kat tengah negeri tu. Kaki dia tak sampai, jadi terpaksa dia letak di atas palang. Nasib baik Afiq punyai daya tahan yang kuat, Dia berupaya memegang handle basikal dengan baik selama hampir 20 minit. Sesuai lah dengan usia 3 tahunnya itu.

Kami mengelilingi stadium dengan jaya sekali. KI2 mengajak kami mengayuh jauh-jauh. Dalam berani saya ni penakut juga. 'Boleh ke? Kan 15 minit je'. 'Tak pe, orang lain lebih dari 15 minit'. Lalu kami pun mengeluarkan sayap terbang ke kawasan stadium. Itu ayat kartun. Ayat sebetulnya, kami pun mengatur kayuhan menjelajahi kawasan stadium. Seronok sangat, umpama pelangi petang keluar di dada langit. Eceh, padahal nak cakap seronok je. Ayat ayat lain tu sekadar penambah perisa.

Saya asyik membelek jam, takut wei kalau terlebih masa. Nanti orang lain nak naik pula. Lalu selepas 20 minit mengayuh, err terlebih 5 minit. Kami pun menghantar basikal ke tempat asalnya. Dah ramai manusia yang menunggu giliran. 

Sebenarnya, penat juga mengayuh selepas lama tak mengayuh.

Lalu kami terus ke kawasan orang bermain belon buih sabun.



Bunga yang saya kutip di tepi jalan semasa berbasikal. Bunga namun berbeza nama. Apa nama dia? Saya tak tahu. Lihatlah betapa ramainya manusia meluangkan masa bersama keluarga, 




Usha kawasan sekejap. Kami tak beli buih sabun. Setakat melihat orang bermain kira dah ok dah.




Dulu, saya ingatkan hanya di Dataran Putrajaya je ada suasana macam ni. Dulu saya ingatkan di padang Setia City Mall je berhak punyai suasana riang macam ni. Dululah, sekarang saya macam percaya tak percaya. Eh eh, di tempat sendiri pun ada suasana macam ni. Yang paling specialnya, kat sini siap ada tasik. Pakej yang ada lagi ialah ada stadium, ada kawasan bermain kereta kecil, ada macam-macam. Apakah dia? Nantilah kita cerita, Kasi suspen sikit.

 
Menumpang buih sabun budak perempuan ni.



Di detik ini, terasa kasihan pun ada kat Afiq. Sebab saya tak beli buih sabun. Jadi kami minta dia pergi main aje di kawasan padang ni. Kasihan sebab dia berlari-lari apabila ada orang mula meniup buih sabun. Berlari lari dengan tujuan untuk memecahkan belon sabun tu.




Sangat ramai orang membeli buih sabun. Jadi kita tak perlu membelinya [baca : buat masa ini]. Hanya sekadar melayan belon sabun orang lain sambil mengambil gambar. Dan nah, ini belon besar yang memang sengaja lalu kat depan muka. Tahulah kita tak beli buih sabun. Ek eleh dia eksyen pulak. Haha. Emo!

Nanti saya tunjuk kawasan ini lagi. Ini baru sikit tau.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.