Tuesday, October 21, 2014

Mengawal Amarah Yang Marah

Amarah sentiasa mendatangi kita tidak kira waktu ketika. Susahnya mengawal amarah seumpama menangkap burung di dalam kandang besar agar ianya tidak terlepas. Menahan amarah terasa seperti bom jangka yang menanti masa untuk meledak! 

Rasa marah kat jalan raya
1. Ketika di jalan raya, pada satu pagi ke pejabat. Daripada jalan Semarak saya melihat seketika di belakang melalui cermin. Nampak sebuah myvi putih meluncur laju. Saya hanya memandang dan tidak tergugat apa-apa. Ini kerana saya berada di laluan kiri. Dalam masa yang sama, kelihatan kereta merah yang turut meluncur laju.

Ketika tiba di persimpangan lampu isyarat, kelihatan kedua-dua kereta tersebut turut berhenti. Kami meneruskan perjalanan. Secara tepatnya, saya makan asap sahaja di belakang. Kelibat 2 kenderaan tadi dah berdesup menghilangkan diri mereka.

Nak dijadikan cerita, ketika berada di persimpangan Tok Jembal. Myvi dah ke depan sebab jalan dia clear. Namun si kereta merah pulak, eh eh. Nak juga ke lorong kiri. Masa tu dia berada di lorong kanan. Kereta memang banyak dan jalan kat situ memang agak sesak sikit la bagi kami, sebab dia ada 3 lorong.

Masa si kereta merah bagi signal nak ke kiri, semua kereta tak bagi laluan kerana keadaan tak mengizinkan. Masa tu, saya terasa nak kasi hon je. Rasa dalam hati ajelah, namun tiada tindakan mengehon pun. Memang geram. Dahlah duduk kat lorong kanan, lepas tu nak main redah ke kiri dengan keadaan macam tu. Belum sempat nak kasi hon. Eh eh si kereta waja dah kasi hon dulu. Sebab masa tu kereta merah ni nak juga masuk lorong kiri walaupun kereta tengah berasak.

Saya perhatikan pemandu, ingatkan lelaki. Rupanya perempuan! Woww. Boleh tahan dia bawa kereta. Saya terfikir, adakah kereta berjenama Peugeot semuanya begini? Dan sebenarnya kan, saya teringat sangat akan 1 kes panas beberapa ketika dahulu melibatkan kereta Peugeot. Saya hanya berfikir sebegitu dan fikiran itu tak ke mana-mana. Jangan bimbang, sebab saya tak berminat nak ulas cerita sebegitu.

Selepas kejadian itu, hampir setiap hari juga saya bertembung dengan kereta merah tu. TBP model mungkin 2008 VTi kot. Masih baru la kat Terengganu kalau guna plat TBP ni.


2. Masa balik kerja, Ada satu motorsikal. Si penunggang ialah perempuan. Dia bawa motor memang santai. Yang balik paling terkejut ialah dia tiba tiba tukar laluan dia, dari kiri ke kanan dengan tak bagi signal. Dengan tiba tiba macam tu, dengan tak pandang belakang [at least sebab tak bagi signal], dengan lambat. Saya berada di belakang, memang terasa nak hon bagi pihak kereta kat depan! Tengok, nak hon lagi. Sebab saya rasa macam 'bahayalah naik macam tu. Dahlah jalan sibuk!'.

Semasa saya memotong budak perempuan tu, saya try la juga tengok kot-kot dia tengah main handphone ke apa. Tak ada la pulak, cuma mungkin dia pun tak tahu yang cara dia tu sangat bahaya!


Kedai Makan
1. Saya order nasi dagang. Lepas tu saya belek surat khabar kat tepi sekejap. Nak dijadikan cerita, orang yang datang lambat dapat dulu nasi dagang. Saya terus rasa nak marah! Mana boleh yang lambat dapat dulu. Tapi saya diam je. 

Masa saya diam tu, ada ayat-ayat yang timbul dipermukaan fikiran saya. 'Dakpe la dia dapat dulu, seorang je pun. Nanti mung pun akan dapat juga'. 

Akhirnya saya pujuk hati sendiri dan menganggap ianya perkara kecil.

Tak pe, takpe.


Pasaraya
1. Saya membeli beberapa pasang baju baby untuk dijadikan hadiah kepada kawan-kawan. Dalam beberapa helai baju tu, kita kena ambil resit terlebih dahulu daripada jurujual. Saya pun cakap kat budak perempuan tu 'dik, nak buat resit untuk baju ni'.

Dia pun cakap 'kejap eh'. 

Nak tahu tak dia buat apa. Dia buat kerja dia iaitu masukkan riben yang belum digubah ke dalam plastik. Lepas satu, satu dia masukkan.

Saya berdiri macam tu je kat depan dia.

Masa tu saya dah menyirap! Sebab saya ingatkan dia nak buat 1 tu je, rupanya lepas satu satu dia kumpulkan riben tu. 

Saya cakap 'dik, boleh tak buat resit dulu'. Dia buat tak tahu. 

Saya dan kakak ipar 2 saling berpandangan.

Lalu, saya berlalu dengan nada pilu. HAHA. Bukan nada pilu dah, dengan perasaan berapi sangat. 

Saya ke hujung tempat jenama lain dan bertanya 'kalau nak buat resit, kena ikut jenama baju ke?'. Budak perempuan tu jawab 'aa'. 

Akhirnya, nak tak nak terpaksa juga saya kembali kepada budak perempuan tadi.

Bila dia dah selesai buat kerja dia, barulah dia tulis pembelian saya kat resit dia.

Oh! Tolonglah sekalian jurujual di pasaraya. JANGANLAH atau ELAKKAN dari membuat perangai macam ni.

Apa salahnya selesaikan dahulu hak pelanggan dan ketepikan kerja hakiki kamu seketika.

Dan hello! Jangan kata saya berlagak atau apa-apa.

Saya pernah berkerja sebagai susun susun barang kat pasaraya juga tau. Dulu suka menyamar, bagitahu saya ni PMR je. Jadi selalu la dapat jawatan rendah masa kerja part time. Tapi itu no hal, sebab saya suka buat macam tu. Sebenarnya terpengaruh cerita filem! HAHA. 

Sebab tu saya faham bagaimana rasa pelanggan bilamana terpaksa menunggu kerja hakiki kita. 

Janganlah buat macam tu. Nasib tak buat aduan pelanggan. Lagipun saya ke pasaraya, bukan nak cari gaduh tapi nak beli baju je. 

Bilamana fikirkan keadaan sebegini. Saya selalu fikirkan, bagaimana nak mengawal rasa marah yang berpunca daripada perlakuan orang sekeliling kita. DAN mungkin juga berpunca daripada diri kita sendiri yang kurang sabar. Mungkin. Mungkin juga kerana dosa dosa kita. Mungkin. 

Bila macam ni, selalu juga teringat kat apa yang pernah saya baca. Kadangkala Allah hadirkan seseorang kat hidup kita untuk uji kita.

Dan saya sebenarnya sangat bersetuju dengan artikel tu.

Nak tahu ataupun kamu semua dah tahu. Di jalan raya adalah tempat yang banyak menguji kita dari segi kesabaran, tolak ansur, tenang dan jangan gopoh. Tak perlu berlawan siapa paling laju, siapa itu ini sebab bagi saya, yang penting saya dapat sampai ke pejabat sebelum jam 8.00 pagi. Biasanya saya akan berlawan dengan diri sendiri. HAHA. Yelah, kalau 8.01 punch card dah merah.

Namun itulah, kena belajar mengawal amarah. Jangan besarkan perasaan tu dalam diri.

Dan saya rasa, dah sampai masanya saya praktikkan apa jua bahan bacaan yang saya baca kat dalam diri.

Kena tanya diri banyak-banyak, kenapa nak marah? Kenapa tak boleh menjadi jiwa yang tenang? Kenapa tak boleh biarkan orang yang tak bagi signal, eh eh tiba tiba masuk ke lorong kita dengan tiba tiba tu tanpa memberi hon? Walaupun saya memberi hon sebagai tanda 'wei bahaya la. signal bukan untuk diperam buat pekasam!'.

Banyak sangat yang perlu dididik hati dan jiwa ni.

Antara cara yang perlu dipraktikkan: 

-Baca istighfar banyak-banyak.
-Baca isti'azah iaitu A'uzubillah... 

Ini cara terbaik untuk siram marah tu agar tak membesar berapi. Kasi dia sejuk. Marah sifat syaitan, dia lagi suka kalau kita marah-marah. Itu memang kita tahu, tapi itu la kan.

Patutlah orang cakap 'orang yang hebat, adalah orang yang mampu menahan sifat marah dia'.

Memang hebat!



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.