Sunday, October 26, 2014

Permata Yang Bersinar

Selasa lalu, saya bergerak ke Kemaman. Pulang dari kerja, terus kemas kemas baju, masukkan ke dalam kereta. Bergerak pada jam 6.15 petang. Berhenti seketika mengepam tayar di Shell. Pada jam 7.30 malam meneruskan perjalanan selepas anak buah masuk ke dalam kereta di tepi jalan. Pada mulanya saya nak bergerak secara solo je, namun memandangkan saya pernah menawarkan janji kepada anak buah untuk ke Kemaman, maka saya berbelah bagi. Lantas sanggup menunggu seketika di tepi jalan sementara anak buah sampai.

Perjalanan kami diteruskan pada Selasa itu dengan membelah gelap malam. Dah lama tak memandu malam malam macam tu, terasa agak takut pun ada. Berhati hati saya tingkatkan ke tahap 230%. Kelajuan yang saya pertahankan selama 3 jam lebih adalah 80km/j sahaja. HAHA. Gigih kan menahan minyak pada kadar yang sama. 

Star North
Kami berhenti untuk mencari kasut Star North saya di Kedai Bata Paka, Dungun. haha, Sempat lagi. Plan asal nak singgah kat masjid untuk solat Isyak, namun saya tak tahu jalan ke masjid walaupun ada signboard nya. Masuk ke kedai Bata tu, agak hampa kerana kasut itu tiada di atas rak kedai. Ini bermakna, harapan saya untuk membeli kali kedua kasut tersebut semakin tipis di bawa bayu. 

Kami meredah bandar Paka, sebenarnya tak tahu nak keluar kat mana sebab saya tak biasa dengan jalan Dungun tu. Boleh disimpulkan bandar Dungun sangat pesat membangun. Orang agak ramai pada malam tu. Kami ingin meneruskan perjalanan ke Kemaman. Semasa sedang berputar putar nak keluar dari bandar Dungun tu, saya ternampak Masjid Intan Zaharah. Rupanya bandar Dungun ni dia macam putar putar macam bulatan je. Tapi saya tak berani nak meredah di malam hari memandangkan pada masa tu jam dah 8.30 malam. Takut sampai lambat.

Masa kat dalam masjid tu, orang ramai dah nak balik. Masjid pun dah nak tutup. Kami bergegas masuk dan berjumpa dengan 2 orang pakcik. Dia tanya nak ke mana? Dan kami bagitahu lah tujuan kami. Dia tak jadi nak tutup lampu sebab kami baru nak solat.

Lepas dah solat semuanya, masa nak keluar. Eh pintu pagar masjid pulak dah dikunci. HAHA. Kelam kabut juga bawa kereta berpusing masjid tu nak cari jalan keluar. Masa tengah berpusing tu, terjumpa dengan beberapa orang pakcik. Dia tanya nak ke mana? Saya jawab nak keluar. Dia tunjukkan jalan keluar. Sempat saya tanya macam mana nak keluar ke jalan besar untuk ke Kemaman. Dia jawab ikut situ ikut sini bla bla. Ok jawab saya faham.

Selepas terhegeh hegeh mencari jalan besar, akhirnya kami jumpa. YEAY! Lega sangat.

Perjalanan diteruskan.

Dipendekkan cerita.

Akhirnya kami sampai ke Kemaman.

Sebenarnya tujuan utama untuk ke Kemaman ialah untuk menziarahi anak buah baru yang baru lahir masa bulan 9 baru baru ni. Alahai banyaknya baru. hehe.

Malam tu borak borak dengan kakak 2. Anak anak buah ada yang dah tidur. Si Achik dah tidur semasa menunggu saya sampai. Dia tanya Ummi dia, Cuda tak sampai lagi ke? Tak. Lalu dia pun zzzzz.

Si Ada masih berjaga lalu dia awal awal dah cakap nak tidur sama sama. Ok, kami set untuk tidur sesama dan pelbagai aktiviti lain yang kami buat sesama. 

Esok Hari

Bangun pagi, kami lepak lepak kat dalam bilik ramai ramai. Masa tu tengah berkira kira nak ke Kuantan. Macam rugilah kalau sampai Kemaman tapi tak pergi Kuantan.

Lalu dalam jam 10.30 pagi saya mula menggerakkan badan untuk bersiap. Daripada 8 anak buah yang ada, hanya 3 orang yang saya bawa. Yang kecil kecil saya tak bawa, nanti bergaduh dalam kereta. Susah. Rimas tak tenteram nak memandu.

Sebenarnya, kalau ikutkan hati saya. Saya nak ajak semua pergi Kuantan. Sebab kasihan. Tapi saya kuatkan hati tak ajak. Si Ada siap cakap kat saya 'nok gi jugok boleh?'. Saya cakap kat dia tak boleh.

Selepas makan pagi, kami terus ke Kuantan. Perjalanan ke Kuantan hanyalah sekitar 40 minit - 1 jam sahaja. Tapi saya ambil masa 1 jam 15 minit nak sampai.




Perjalanan kami diselubungi oleh debu debu merah. Ini dipertengahan jalan semasa ke Kuantan. Ya Allah, debu merah merata rata. Sampaikan divider jalan pun habis comot dengan debu. 

Sampai di Kuantan atau lebih tepat lagi di East Coast Mall atau eh dia dah ada nama baru lah. CapitaMalls Asia. Cuba cari juga ECM kat mana, kot kot saya tak nampak. Namun memang dah tak ada. Lagipun dah lama sangat tak sampai kat sini. Akhir kali saya jejak ialah pada tahun 2012/2013 kot. Sampaikan Lovely Lace kat sini pun dah tutup.

Kami ronda ronda je kat dalam ni. Tujuan utama nak beli kasut. HEHE. Kasut lagi. Masuk kedai keluar kedai, semuanya tak berapa ok dengan saya. Ada 1 kasut yang best namun warna dia biasa sangat. Warna hitam dan saling tak ubah dengan kasut yang saya pakai. Lalu saya tak beli.

Kami masuk kedai keluar kedai macam tu je.

Panjang berjela jela menulis dari tadi. Tibalah point penting yang saya nak kongsikan bersama.

Permata Yang Bersinar

Bila lapar kami masuk KFC. Orang agak ramai semasa kat KFC. Saya beratur manakala 2 anak buah tunggu kat meja. Takut nanti tak ada meja kami nak duduk.

Masa kami makan, kami makan bersungguh sungguh. Si Ateh dah selesai makan. Dia minta tisu dari saya. 'Nak buat apa?'. Dia jawab 'nak lap tangan'. Ok, saya kasi dia tisu.

Selepas lap tangan dia, tahu tak dia buat apa? Sebenarnya saya terkejut!




Ateh lap meja dia yang ada sisa sisa tumpahan kerak dan isi ayam goreng. Dia lap dan ditadah dengan pinggan. Saya perhatikan aje apa yang dia buat tu. Saya tak cakap apa-apa melainkan menjadi pemerhati yang setia. Pinggan yang ada tisu tu pinggan Ateh. Saya curi curi ambil gambar. HAHA. 




Tak habis kat situ aje tau. Ateh angkat semua pinggan yang dah kosong ke dalam tray. Ini lagi buatkan saya terpana. Yelah, ingatkan habis kat situ je. Rupanya ada lagi sirinya. Pinggan tu disusun kat tray, lepas tu dia angkat semua bekas cili dan tinggallah bekas air je kat atas meja.

Nak tahu apa tindakan Ateh seterusnya?

Ateh angkat tray tu nak letak di tempat pekerja tengah lap tray di satu sudut. Semasa Ateh angkat tray tu, si Kakak dan kakak sepupu Nadhirah menyatakan 'dok soh wak rajin ar' 'biar je la situ, kerja dia kan'.

Saya menyampuk menyatakan 'gi ar angkat letak situ'.

Saya sebenarnya ingin membantah kata-kata kedua-dua anak buah namun memikirkan nak jaga hati budak remaja, itu sebab saya diamkan tanpa memanjangkan kata-kata.

1. Ateh sebenarnya memang boleh diharap di rumah. Rajin basuh pinggan, rajin tolong Ummi dia kat rumah. Sebab itu saya tak rasa Ateh nak tunjuk rajin.

2. Mungkin Ateh dah biasa mengumpulkan semua pinggan pinggan di rumah sementelah adik-beradiknya agak ramai iaitu seramai 7 orang. Jadinya, dia dah terbiasa dengan keadaan sebegitu.

3. Saya pula tak rasa nak halang benda positif yang dilakukan oleh anak buah. Saya sendiri tak pernah mengangkat tray selepas makan di mana-mana kedai untuk diletakkan di tempat yang sepatutnya. Jadinya, biarlah mereka terapkan nilai nilai murni tu di dalam diri mereka. Saya? Saya tukang bagi semangat boleh tak? hehe.



Meja kami selepas makan. Bersih namun masih ada sikit la sisa kerak kat meja. Itupun di bahagian kakak. Sebenarnya, masa kami makan kat sini. Saya tak nak ambil gambar disebabkan saya buntu memikirkan hal kasut. Namun kerana Ateh menunjukkan satu nilai murni sambil membuat tanda peace, membuatkan saya berfikir dan mengambil pengajaran. Maka saya dengan rela hati merakamkan kenangan ini. 




Selepas berpusing-pusing beberapa kali. Ini kasut yang saya sempat beli. Terpaksa juga mengambil warna hitam. Lain kali dah tak boleh beli warna hitam, Harapnya ini adalah kali akhir. 

Bila sampai kat rumah. Saya bagitahu kakak 2. Pusing punya pusing, akhirnya kedai RM5 juga yang saya singgah. Kedai Hinode tu memang best lah untuk dilayan. Kat situ kami beli barang-barang perhiasan dan beberapa lagi barang lain. Selebihnya, kami hanya menghabiskan tenaga berjalan begitu sahaja.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.