Sunday, October 19, 2014

Rayyan

Untuk mengembalikan ingatan kalian semua mengenai budak lelaki ini. Sila rujuk di lampiran : Tak Tahu Nak Letak Tajuk Apa dan juga Rayyan

Selepas kisah Rayyan diperam dengan masaknya daripada disiar di alam maya. Maka pada malam ini marilah kita membuka kembali kisah beliau. 

Pada bulan Oktober yang lalu, 14 Oktober 2014. Rayyan telah menyambut kelahirannya kali ke 5 4 tahun. Dah besar dah dia, Dah dipanggil Abang Rayyan or Abam pun dia.

Untuk lebih jelas : Kelahiran Rayyan

Cukuplah 3 link tu diberikan. Takkan semua cerita perlu dilink kot? Bajet ada orang nak tahu kisah Rayyan? HAHA. Kalau Rayyan baca tentu kecil hati, tentu meraung tangisnya.



Semasa dia kecil, badannya sangat chubby. Macam budak korea pun ada. Macam anak cina pun ada. Apabila dah membesar, Rayyan semakin mengurus tanpa perlu mengambil pil kurus, tanpa melalui diet yang keterlaluan. Ianya berlaku secara semulajadi. Jadi tak perlu tanya apa petua Rayyan semakin slim sekarang kerana Rayyan pun tak tahu bagaimana hal itu terjadi dan err Rayyan sedang sibuk main buih sabun. 



Jiwa Rayyan tidak kasar. Dia tidak berapa kepada perlakuan yang kasar. Pendekatan kepadanya lebih kepada kelembutan. Bercakap tak boleh nak kasar sangat, bergurau tak boleh nak kasar sangat. Rayyan mudah menangis. Semua orang tahu tanpa perlu dihebahkan melalui aplikasi whatsapp atau apa jua aplikasi yang ada di dalam telefon bimbit anda. Tak perlu kerana semua orang boleh membuat kesimpulan sendiri. 

Namun, Rayyan agak mudah mendengar kata sekiranya dia bersama kita. Andai dia bersama mama dia, maka perlakuan dia akan bertukar. Biasalah, budak kecil apabila mama dah ada kat sebelah. Kadangkala naik mua. Bukan make up artist. Namun mua bermaksud mengada-ngada. Lumrah alam budak kecil. Anak-anak pembaca semua begitu juga atau bagaimana? Atau lebih sopan perlakuannya? 



Ok, kita masuk cerita sebenar. Petang tadi kami main buih sabun. Inilah peralatan yang saya belikan untuk bermain di stadium. Kita merancang, Allah jua merancang. Oleh kerana lepak lepak di rumah adalah lebih menyeronokkan maka saya tidak berhajat untuk melangkahkan kaki ke stadium. Cukuplah kami bermain di perkarangan rumah mak saudara saya. 

Abang Rayyan pada mulanya hanya diberikan tugasan mengejar buih sabun yang berterbangan di udara. Namun servis bertukar tangan, saya memberikan dia peluang untuk menikmati sendiri bagaimana perasaan meniup buih sabun.

Dia dengan gigih meniup, namun alahai. Perlahan lah sangat abang ni. Kita bagi semangat dan kata-kata sindiran. Abang dok rok bang! Lalu dia meniup dengan lebih kuat lagi. Dan lagi hingga berjaya membuat buih yang agak besar sedikit. Sebelum ini, buih yang dihasilkan sebesar telur ayam sahaja. Kecil kecil dan tidak banyak. 

Gembira dia bukan kepalang. Bila saya dan papanya mengusik, dia naik marah. Nak juga mencuba hingga berjaya. Ada satu belon besar naik ke udara 'tengok tu, besor abam wak'. Saya balas 'belon tu nok gi rumoh abam ar tu'. Malas pulak nak translate bahasa kami ni. Kalian guna google translate ajelah ek. HEHEHE. Nak kena hempuk dia ni. LOL!

Oleh kerana daya kibaran tangan dia tak berapa kuat, Rayyan sekadar meniup dan meniup aje buih sabun tu. Kadangkala papa dia masuk campur, ajar macam mana nak hayunkan plastik tu nak kasi buih banyak terhasil. Bukan dia tak buat, namun alahai.. sendu sangat belon sabun yang keluar. Sangat dramatik.

Tadi, dia tertumpahkan air sabun tu. Lalu saya memandang secara tepat sambil menjengilkan sedikit mata. Lalu.....


Air mata abang Rayyan mula tumpah seperti air sabun tadi. Saya sebenarnya tak sangka dia menangis. HAHA. Bajet tadi nak usik dia aje. Rupanya meraung tak sudah budak ni. Dan sebenarnya lagi, saya tak pernah marah atau meninggikan suara kepada Rayyan. Sebab? Tiada sebab nak marah kat dia ni. Jadi, itulah kali pertamanya Rayyan menangis kerana saya. haha. Itu baru jengil mata sikit. Dah menangis tak henti. Masuk kereta nak balik pun masih menangis. Terasa juga nak rewind balik perlakuan tadi, ini bukan Astro. Siaran ni tak berbayar. Jadi, saya jadikan ianya sebagai pengajaran. Jangan usik lebih lebih. hehe.

Pakai baju Superman namun hati Abang Rayyan corak pelangi. HAHA!



Dhea si baju pink ialah adik Rayyan. Dia sedang mengejar kucing tanpa menghiraukan seketika abangnya, Merupakan peminat tegar kucing dan apabila dia geram, dia gigit lidah dia. Comel sangat Dhea ni. Awas! Dhea lebih agresif berbanding abangnya. Lebih lasak maksud saya, HAHA. Naik takut pulak bilamana guna ayat agresif, Budak budak mana agresif, budak-budak comel.



Diakhiri dengan bunga kemboja putih yang tidak disunting namun hanya dipotretkan di dalam telefon bimbit.

Habis.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.