Monday, March 24, 2014

Confident Terlajak

Setiap hari, saya akan mendapat panggilan dari semua orang. Ecewah. Nak cakap, masa kat pejabat, saya akan menerima panggilan masuk dari orang yang saya kenal dan ada juga yang tak berapa saya kenal. Semuanya atas urusan kerja.

Nak dijadikan cerita. Saya adakala sukar untuk mengecam suara mereka yang membuat panggilan walaupun dah beberapa kali kami berurusan.

Cerita 1:
Berlaku pagi tadi. Mula-mula dapat panggilan daripada Encik M.

Encik M : aida, ada tak perubahan untuk bla bla bla?
Saya : jap ya, saya semak.. eh macam lain je.
Encik M : ok, nanti saya tanya Fiza macam mana.
Saya. : ok, kalau ada apa-apa bagitau eh.

Selang beberapa lama. Telefon berdering.

F : hai aida, F ni. Lama tak kita tak berurusan kan?
Saya : a'aa.. tu la lama sungguh kan? [tapi dalam hati, eh bukan ke kita baru je bercakap?]
F : ada tak perubahan untuk ini itu bla bla..
Saya : eh sekejap ya, nak semak.  [kenapa suara F macam lain je nih eh?]

Kami duk bla bla bla.. Bila sekian lama, barulah recognize suara siapa. Rupanya ini suara F bukan suara P. Masa dia kenalkan diri sebagai F, otak saya fikirkan si P. Patutlah nada dia lain benor dengan si P.

Cerita 2 :
A : Hello, saya ni XDDF [bukan nama sebenar]. saya nak tanya pasal bla bla bla..
Saya : ya, ada masalah apa ya tentang perkara tu? [dengan penuh skema menjawab]
A : saya nak tahu kenapa benda ni dibuat bla bla bla..
Saya : urmm, saya kena semak dulu kalau macam tu [masih fikirkan pasal 'haaiii masalah lagi']
A : WOIIII, aku ni. HAHAHA. mung dok cam ke aku?
Saya : CEHHH! mung ke? aku duk fikirlah masalah apa pulak ni. malas dah aku nak layan mung.
A : LOL! lain kali aku bagitau nama aku terus eh. mung dok cam ke suara aku?
Saya : mana aku cam. kalau aku cam, aku takkan skema bagai dengan mung. LOL!
A + Saya : bla bla bla

Cerita 3:
Dr. S : saya ni Dr. S..saya nak tanya pasal perkara ni.
Saya : oo Dr. Ok, eh tadi saya dah selesaikan dan bagitahu kat Encik Y pasal benda tu.
Dr. S : eh saya baru nak bagitahu ni.
Saya : errr.. ini bukan Dr. S ke? 
Dr. S : oo itu Dr. S kat Pusat Pengajian XXX, saya Pusat Pengajian YYY
Saya : oo eh, pasal apa ya Dr. [eeeeeee, wake up aida!! sambil sengih-sengih. nasib Dr. S tak nampak. HARU]

Kalau suara yang macam nada baik-baik, lemah lembut tu, saya akan mudah cam sebab tak ramai yang jenis macam tu. Kalau suara yang bernada biasa yang common tu, sukar saya nak cam.

Ini sikit je tau saya cerita, adalah beberapa lagi kejadian tapi kan panjang pulak.

Nak balik dah ni. 




Saturday, March 22, 2014

Perkembangan Afiq

Dari kecil sampai dia besar, dia membesar di depan mata saya. Macam pernah saya tulis sebelum ini, Afiq merupakan anak saudara yang mana satu-satunya membesar di dalam lingkungan mata saya. Dan sekarang dia sudah membesar dengan jayanya.

Bulan Mei ini, akan genap umurnya 3 tahun. Dan pada hari Khamis baru-baru ini, 20 Mac 2014. Afiq dah pun dapat adik baru. Alhamdulillah.



Setakat ini, Afiq masih belum melihat dengan mata dia sendiri secara real wajah adik perempuan dia. Kanak-kanak tak dibenarkan masuk ke dalam wad, jadi Afiq hanya duduk kat luar ajelah. Kesian Afiq.

Jom kita tengok apa progress selama Afiq 3 tahun di dunia.

Percakapan
Sangat petah berkata-kata. Kalau kita luangkan masa dengan dia, dia akan bercakap dan bercakap. Adakala kalau mood dia malas, dia tak akan menjawab apa yang kita tanya. Pelat? Tak berapa pelat sangat. Percakapan dia biasanya jelas dan kita masih boleh memahaminya. Kosa kata dah banyak untuk umur 3 tahun. Namun ada lah juga terselit ayat-ayat negatif seperti 'akmo kawan ngan mung'. Sepatutnya ayat yang betul 'akmo kawan ngan cuda'. Haishhh!

Kepetahan dia membuatkan anak jiran pesan kat mak dia kan 'mama, mama belilah ubat untuk adik. biar dia pandai bercakap macam Afiq'.

Perangai
Sangat menyenangkan namun adakala menggeramkan perasaan. Nak-nak jikalau dia menangis dan mengamuk. Mengamuk tu lebih kepada menangis di tahap melampau. Kadang-kadang akan dibuangnya barang-barang yang boleh dibuang. Err maksud saya, Afiq akan membaling barang semasa menangis. Kami tak ajar namun pergaulan dengan kanak-kanak lain yang memberi kesan negatif sebegini. Sememangnya satu perkara yang AMAT TIDAK DISUKAI oleh saya.

Sifat Tanggungjawab
Kalau dia buat salah, adalah rasa takut tu. Tak adalah lepas buat salah terasa happy gilos. Tak ada, muka akan takut-takut, kalau terlebih takut akan menangis. 

Pemakanan
Semua makanan dia makan. Dan sememangnya saya tidak menggemari kanak-kanak seusia dia sudah didedahkan dengan makanan segera yang sememangnya tidak mempunyai khasiat. Sedap namun ianya kosong. Dan sememangnya saya selalu memaklumkan kepada dia bahawa 'ni dok molek untuk Afiq'. Samada dia faham atau tidak, saya tak peduli. Janji saya sampaikan apa yang saya rasa.

Hobi
Masih suka akan bola. Menendang dengan kuat dan kuat. Menyanyi juga. Kalau dah start menyanyi, mulalah menyerabutkan kita. HAHAHA. Sampai terpaksa 'Afiq jadilah nyanyi tu' maksudnya 'sudah-sudahlah Afiq menyanyi'.

Kelebihan
Saya tahu Afiq pandai. Selalu saya perkatakan kepada dia yang Afiq pandai. Ayat biasa dia 'macam hebat kan?' Saya harap bila dah besar janganlah dia cakap kat diri dia macam ni pada orang lain. Takut orang menyampah. HEHE. Kalau nak tahu, kebanyakkan selawat di tv Oasis dia boleh ikuti dengan baik. Dia cepat tangkap dan mengingati dengan baik apa yang dia buat. Dan kalau korang nak tahu, Afiq dah lama boleh membaca surah Al-Fatihah dan juga surah Al-Ikhlas. Saya sendiri terkejut sebenarnya. Sempat saya rakamkan semua yang dia tahu baca. Sebabnya, bukan senang nak record. Kena ikut mood dia.

Kematangan
Kadang-kadang matang, kadang-kadang tak. Apalah sangat budak 3 tahun kan. Namun baru-baru ini kan, masa Khamis tu. Saya bawa Afiq ke pejabat sebab kat rumah tak ada orang. Ada kawan pejabat tanya umur Afiq berapa tahun? Saya cakap lah nak masuk 3 tahun. Dia cakap nampak matang lah si Afiq ni. 

Pembelajaran
Tiada apa yang boleh ditulis. Setakat dia menulis di atas kertas, buat bulat-bulat. Tunjuk kat saya 'ini fish tuda'. Ok lah dari tak ada apa-apa langsung. At least dia dah tahu cara guna pensil. Itu yang penting.

Ok lah, nanti saya sambung semula untuk entry lain. Sekarang kena bersiap untuk ke hospital. Ummi Afiq belum dapat discharge lagi. Baby so far, tak ada masalah namun si Ummi Afiq ada sedikit masalah. Bukanlah masalah sangat, namun perlukan sedikit lagi pemerhatian oleh doktor tentang jantung dia. Kata doktor macam ada masalah sikit, ada bocor macam tu la. Tak besar, sebesar lubang jarum je. Yang lain-lain dia ok.


Friday, March 21, 2014

Mengecat MPS

Khamis - menggodek template. Sebenarnya saya nak tukar kepada font yang lebih besar. Namun template yang saya edit sendiri, yang mana saya guna sebelum ini tidak berjaya diedit lagi. Entah dimana silap saya. Lalu kerana berkobarnya perasaan nak menggunakan font yang lebih mesra pandangan, saya mengambil keputusan untuk menukar template.

Selepas sekian lama tidak menukar template iaitu sejak 1 Jun 2012 yang lalu, akhirnya dapat juga saya menggagahkan diri melakukan pengubahsuaian pada MPS ni.

Saya dah pilih font apakah yang saya nak gunakan, namun macam tak cantik aje dimata sendiri. Macam terlalu besar bilamana size 16 dipilih. Last, saya guna aje size 14. Kata nak tukar font yang lebih besar? Abaikan lah. Saya masih dalam ketidaktahuan ni.

Cuma kan, masalah dia yang tak adalah masalah sangat kot. Saya tak tahu nak mengecat dengan warna apa. Sekarang, saya hanya main klik aje warna yang saya rasa sesuai walau tak adalah puas hati sangat.

Dan saya tak sangka, perihal tukar template pun saya boleh buat 1 entry. HEHEHE!

Nanti, saya akan edit lagi dan lagi sehingga saya menjumpai apa yang saya cari.




Sunday, March 9, 2014

#MH370

Teruskan berdoa untuk semua krew dan penumpang di dalam MH370. Dan juga untuk penerbangan-penerbangan lain juga. Semoga Allah memudahkan usaha mencari dan menyelamat. Masih menantikan keajaiban. Sesungguhnya hanya pada Allah kita berserah, segala pengharapan kita gantung pada Nya.

Sungguh, saya mengikuti secara rapat tentang insiden ini. Namun disebabkan hari ini dah kerja, lepas kerja nantilah baru boleh follow balik tentang berita ini.

Semoga kawan kepada kawan saya yang berada di dalam pesawat tu selamat. Amin amin amin.

Allahurabbi.

Sungguh kematian itu sangat dekat dengan kita. Namun kita aje yang masih lalai. Iman tak dipasak dengan kukuh kat diri. Tak cakap kat orang lain, tapi cakap kat diri sendiri. Sungguh.




Saturday, March 1, 2014

Negeri Lain Mungkin Tak Boleh Lawan

Wah tajuk macam nak ajak gaduh je. Ok, sekarang hari cuti. Jadi memang ada masa nak menulis. Walaupun laptop ni dah tak ada nak akses internet macam dulu [guna broadband], tapi sekarang saya connect dengan wifi. Dan ketahuilah, bahawasanya menulis di pejabat adalah seumpama sedang mencuri. Tidak bebas, tersangkut-sangkut, dan biasanya memang saya akan pause sehingga berkali-kali untuk menghasilkan satu entry. Kebanyakkan entry sebelum ini adalah ditulis di pejabat selepas mengharungi onak duri. Adakah ayat ini agak keterlaluan? LOL!

Banyak cerita nak diceritakan. Tapi saya memang tak nak serabut kepala memikirkan ini tak tulis lagi kat MPS. Ini pun sama, eh ini sudah terlepas. Malas nak fikir, biarlah masa yang menentukan. Biarlah kerajinan dan ketekunan yang menentukan akan buah hasil untuk sesuatu entry tu. Dan sebolehnya diari maya ini perlu hidup mengikut sejarah. Sejarah sangat penting. 2014 membuka mata saya tentang sejarah yang tidak boleh dipandang enteng. Kenalilah sejarah, anda akan jatuh cinta. Sungguh. Saya sedang anda bagaimana pula? Eh, ini sudah agak berpalu palu penulisannya.

Bulan lepas, Kakak 3 ada balik kampung. Macam biasa, tekak selalu meminta nak makan Ikan celup tepung [ICT], sotong celup tepung dan macam-macam. Bukan tekak saya tapi tekak Kakak 3. Biasalah bila tinggal di luar Terengganu. Mana nak dapat ini semua. Kat luar tak ada pantai dan Ikan celup tepung datang satu pakej macam ni. Tak ada kan? [ini soalan ya, bukannya apa-apa].

Kebetulan saya dan sepupu keluar membawa 2 orang anak buah, manakala si Kakak 3 sudah keluar dengan suaminya ke ICT.

Kami plan nak jumpa di warung yang agak terkenal di Batu Rakit. Namun, bila kami sampai. Orang sangat penuh. Penuh sampai kena beratur. Penuh macam 'eh dorang ni tak makan lagi ke kat rumah?' 'macam dapat duit BRIM pun ada, aku pun sama semangat oo'. HAHA.

Saya tidak suka akan keadaan itu. Kami mencari kelibat Kakak 3 dan suaminya. Namun hampa, sebab tiada kelihatan kelibatnya disitu. Bila kami telefon dia, rupanya dia dah bergerak pergi ke bus station sebab nak hantarkan abang ipar balik ke Kuantan. Kakak 3 akan balik KL esok hari. Jadi mereka tak balik sama. Sebab abang ipar kerja kat Kuantan. Lalu kami buat keputusan tinggalkan warung tu, walaupun harga kat warung tu memang BEST! Murah dan berbaloi. Korang digalakkan pergi kat situ. Sangat puas hati. Ini merupakan warung kesukaan Abang 1. Kalau dia balik kampung memang 'wajib' datang sini. 

Tapi tak mengapalah, biarlah orang luar berebut-rebut kat warung tu, Kita kasi mereka chance. Chan mali chan. Kami bergerak mencari tempat lain. Biasalah, kami orang Terengganu ada lagi port lain yang bolehlah dari tak ada kan. 

Sampai kat pantai airport kami cari parking dan terus ke kedai ABC. Bajet kat sinilah ABC yang paling best tapi tak sebest kat Seksyen 2, Shah Alam. ABC coklat. Warghhh!! Sedap. Tapi ok lah kan, bersyukur dengan apa adanya.


Kami order sotong celup tepung, ikan celup tepung dan keropok goreng. Kat sini kan, warung dia agak mahal sikit la, tak boleh nak pilih sotong mana yang kita nak. Sebab dorang dah letak dalam pinggan siap-siap. Kalau warung yang saya cakap penuh tu kan, haa kat situ memang BEST. Boleh pilih sotong sendiri. Nak kecil atau besar. Harga dahlah murah.


Anak buah Sasha dan Fiya berkongsi ABC. Si Fiya demam sebab itu kami tak tahu nak kasi dia air apa. Eh, apasal eh tak terfikir nak suruh dia request nak order air apa? Eh, ke dah kasi chance tapi dia tak nak eh?? Ah, tinggalkan soalan yang tiba-tiba ini.



Banyak gambar candid mereka berdua yang saya ambil. Si Sasha pesan, Fiya demam so tak boleh lah nak minum ABC banyak-banyak. Sikit-sikit ok lah. 

Selepas dah kenyang, kami bergerak ke pakej seterusnya. Masa ni, sepupu saya tak nak ikut. Dia nak duduk kat kereta sahaja. Jadi, saya bertiga pun bergerak ke tempat yang lagi best. Kat luar Terengganu tak ada pantai macam ni. Pantai tu ada, tapi tak akan sama dengan Terengganu. Sebab kat sini kami panggil Pantai Airport. HEHEHE. Kat tempat lain, tentu nama lain. Itu sebab tak sama. Ha, nak juga tulis details.



Anak buah kutip kerang, siput kasut makcik dia yang jadi mangsa. Sebab kami tak bawa plastik nak letak semua kerang yang kami cari ni. 


Kat sini pemandangan dia agak bersih. Kalau pandang kat sebelah kiri, err tak akan nampak dalam gambar. Banyak plastik kosong yang dibawa ombak. Sedikit sebanyak mencacatkan pemandangan. Kat sini juga, ramai keluarga membawa anak-anak mereka layan suasana pantai.



Saya suka gambar ni. Dah tentu saya ambil sendiri. Tapi boleh ke eh suka kat gambar sendiri? Macam sendiri ambil, sendiri cakap cantik, sendiri macam perasan? Adakah ini perlakuan yang aneh? Atau ianya adalah biasa. Biasa juga kepada mereka yang lain? Cakaplah biasa, tak ada lah saya rasa macam perasan sangat. HAHAHA.


Sasha gigih mencari kerang siput semuanya. Nak bawa balik katanya.


Makcik melayan anak buah mencari kerang. Dari tadi saya duk tulis kerang, tapi tahukah kalian bahawa hati saya berkata-kata 'betul ke aku tulis kerang nih? tambah siput lah supaya nampak macam tak janggal. HAHAHA'. Kelihatan dalam gambar, sangat ramai mereka yang lain datang ke pantai. Faktor cuti adalah satu sebab pertambahan orang yang berkunjung dan datang ke sini.


L-I-K-E

Rasa macam tenang bilamana melihat kerang ini semua. Semoga kamu semua juga suka dengan pemandangan ini. Saya berharap begitulah :)


Kami kat pantai ini sekejap sahaja, adalah dalam 15 minit macam tu. Salah satu sebabnya, kasihan kat sepupu yang tunggu kat kereta. Selepas mencari kerang, bergambar-gambar kami terus pulang dengan kenangan.

Kenapa entah terasa nak gelak dengan ayat sendiri. Tapi betullah dengan kenangan, sebab ianya diabadikan dalam sejarah diri dan juga dibuktikan dengan potret yang kami rakamkan.

Sekian dulu, lain kali kita ketemu lagi. InsyaAllah.