Thursday, May 29, 2014

SESAK | CELCOM

Intro
Sesak bukan sesak.
Sesak ini bermaksud susah. Di baca dengan nada 'sesok'. Contoh ayat 'sesoknya saya sekarang ni'. Biasanya dikaitkan dengan keadaan kemiskinan atau ketiadaan wang.
Sebulan ini, saya menghadapi kekangan untuk mengakses internet. Kemiskinan nak akses internet. Sebab itulah saya cakap sesok. Haa, mesti ada yang terbelit otaknya. HAHAH. Tak payah fikir lah korang perihal ayat ni. Tapi marilah kita sama-sama pecah kepala fikir pasal Celcom.

Kadang-kadang terfikir juga, kan best kalau ada jiran tetangga yang nak share nombor pin/password mereka tu. Haa, boleh lah kita cilok. HAHAHA.

Namun, impian itu tak menjadi kenyataan. Saya pernah try masukkan password tapi tak berjaya. Untuk sedapkan hati, 'alaa, connection dia pun bukan ok sangat pun. status pun slow bukan excellent'. 

Celcom Itu Drakula
Celcom adalah seekor drakula [tiba-tiba keluar ayat macam gini]. Seekor atau seorang atau sejenis makhluk? Apa-apa aje, namun bagi saya Celcom adalah raksasa yang datang untuk menjadi musuh kepada diri saya. Eh, sekejap drakula sekejap raksasa. Yang mana satu ni ha? Ah, dua-dua pun boleh. Drakula pun ya sebab dia sedut duit orang, raksasa pun ya.

Bil broadband saya meningkat secara menggila dan melintang pukang. Broadband je pun dan bukan digunakan untuk call or message orang lain pun. Macam mana bil ini boleh terjadi ribut taufan sebegini?

Marilah saya ceritakan cerita yang menyakitkan hati mendarahkan perasaan saya ni. Memang saya dah isytiharkan bahawa celcom itu drakula yang perlu saya musuhi.

Kronologi
SMS yang saya dapat daripada Celcom seperti barisan-barisan tarikh di bawah. Berbarislah engkau kat situ :

24/11/2013 - 74.70 (Bayar 25/11/2013: 74.70)
12/12/2013 - 68.00
19/12/2013 - 68.00 (Bayar 19/12/2013: 68.00)
11/1/2014 - 68.00
17/1/2014 - 68.00 (Bayar 23/1/2014: 68.00)
12/2/2014 - 68.00
18/2/2014 - 68.00
27/2/2014 - 68.00 (Bayar 26/2/2014: 68.00)
sehingga bulan 2 memang ok je la payment yang dibuat.
1/3/2014 - 84.05
14/3/2014 - 81.05
[penat juga eh menaip macam ni]
20/3/2014 - 81.05
23/3/2014 - 105.05 (Bayar 25/3/2014: 105.05 sebab ingatkan ada tunggakan ke apa)
1/4/2014 - 75.45 - dah mula rasa pelik kenapa ada mesej lagi
11/4/2014 - 69.45
26/4/2014 - 69.45 (Bayar 27/4/2014: 69.45)
6/5/2014 - 68.45 - kepelikan mesej ini membawa saya ke Celcom pada 13/5/2014
(Bayar kat celcom: 13/5/2014 : 109.35 bayar sebab nak terminate! kalau tak, tak ada nya nak kasi duit kat celcom)

Selepas pembayaran saya buat pada 27/4/2014 kan, still ada message from Celcom yang menyatakan bil anda melebihi tempoh bayaran. Sila jelaskan bil dalam 10 hari untuk elakkan bla bla bla gangguan talian drakula Celcom. HAHAHA. Saya geram sangat geram. Sampai terasa macam nak hempuk keyboard ni kat screen komputer. Macam ganas macam hulk hogan kan bunyinya kan? Ha, jangan main-main bila saya geram! Eh, tak tak. Marah saya tak sampai macam ni, geram saya tu umpama nak hempuk ais dengan tukul sampai berkecai. Baru nampak macam marah-marah geram tapi masih under control.

Ok, berbalik pada cerita asal. Dahla angka-angka yang saya dapat entah apa-apa. Selepas tu kan, saya kebetulan pada Sabtu tu. 13/5/2014 ke bandar. Terlalu kat depan Celcom, lalu terberhenti kat Celcom dengan niat nak tanya kenapa masih dapat message walhal beta sudah bayar bil di purnama yang lalu? Mengapakah ini terjadi, bolehkah dayang Celcom menjawabnya?

Masuk kat dalam, ambil nombor. Selang beberapa minit terus ke kaunter bila nombor dipanggil. Tak main la potong queue orang lain walaupun kat kepala berasak saoalan demi soalan. Perasan tak saya salah eja soalan? Tak perasan ke? Ok abaikan. Kalau perasan, sila pandang pada perenggan kat atas.

Dialog
Saya tanya pada puan tu, nak semak bil broadband saya sebab dapat mesej yang menyatakan saya perlu bayar sekian-sekian jumlahnya.

Puan Celcom: O, kalau dah bayar sila abaikan mesej tu.
Insan rasa macam teraniaya: Tapi mesej tu pada 6/5/2014. Tak kan tak boleh nak detect saya dah bayar ke belum?
Puan Celcom: macam ni, kalau untuk pembayaran, biasanya makan masa 2 3 hari juga untuk sistem dapat tahu pembayaran telah dilakukan [ayat dia lebih kurang macam ni]
Insan rasa macam teraniaya: Saya faham kalau Celcom tak dapat nak trace saya dah bayar ke belum dalam tempoh 2 3 hari macam tu. Macam kita transfer duit kepada bank lain tu. Masalah sekarang, saya still dapat reminder bil tu. Ini dah hampir 2 minggu.
Puan Celcom tu macam diam je.
Insan rasa macam teraniaya: Boleh semak tak bil saya?
Puan Celcom: Sekejap ya. Ada lagi balance yang cik kena bayar. RM109.35.
Insan rasa macam teraniaya: HAA??? [kalau boleh masukkan icon mata bulat kat sini, dah tentu saya letak] Tapi saya dah bayar semua bil broadband saya. Memang every month sentiasa bayar. Tak ada tertunggak [jawab dengan yakin, sebab saya memang bayar setiap bulan]. Kalau macam tu saya nak terminate broadband saya sekarang boleh? [sebab saya dah geram!]
Saya sebenarnya dah gunakan celcom untuk broadband ni sejak bulan 6/2009. Kiranya memang dah lama betul la saya guna, hampir 5 tahun. Namun bila mereka bagi service macam ni, memang sangat EEE! Tak kan nak tanggung beban macam ni.
Puan Celcom: Boleh, tapi cik kena bayar kesemua bil ini dulu.
Insan rasa macam teraniaya: Kenapa sampai 109.35. Ini broadband je. Saya tak buat call atau apa-apa pun. Boleh tunjuk itemised dia tak?  [hangin sangat, tapi saya tahu saya tak boleh nak buat apa lagi melainkan kena bayar juga]
[masa saya tengah bercakap ni, akses saya ke internet Celcom terus diterminate on the spot]
Puan Celcom: Tak boleh, sebab saya ada summary aje. Mungkin cik ada browse internet yang cik tak sedar ke apa. Atau cik ada terima mesej daripada yang lain-lain.
Insan rasa macam teraniaya: Kalau nak cakap browse internet, macam tak berapa nak logik la kena caj. saya tengok fb, instagram yang basic aje. Ni semua mesej yang saya dapat [tunjukkan handphone kat Puan Celcom tu].
Puan Celcom: Haa, kalau mesej daripada nombor ni 33373 dia akan caj cik. Sebab bila dah dapat mesej, dia akan direct caj pada akaun cik la. Sepatutnya cik kena stop kan mesej ni, hantar stop kat nombor ni jugalah.
Insan rasa macam teraniaya: Oo macam tu eh? Tapi yang ada hanyalah 5 mesej je kat dalam ni [handphone]. Kalau dorang caj RM10/mesej katakan sebagai contoh. Saya baru di caj RM50. Jadi, macam mana bil jadi 109.35? [time ni, saya tak baca elok-elok pasal mesej dari 33373 ni]
Puan Celcom: urrmm, mungkin masa dapat tu, dia dah caj dengan harga yang kita tak pasti la cik.
[memang Puan Celcom menjawab dengan jawapan yang sangat tidak menyakinkan saya sebagai customer]
Insan rasa macam teraniaya:  Macam mana mereka boleh dapat nombor broadband saya? Sebab saya musykil ianya nombor broadband lainlah kalau nombor talian biasa.
Puan Celcom: Yang ini biasanya outside provider ni, dia main hantar je kepada semua nombor.
ps: kat sini saya silap dan tak teringat yang saya pernah dapat mesej daripada celcom 'pelanggan dihormati, keselamatan data peribadi anda adalah keutamaan kami. Sila baca Notis Privasi bla bla..'.
Insan rasa macam teraniaya: kalau macam tu, bagi semua orang yang tak sedar bil dorang kena caj. mereka tetap kena bayar macam saya kena ni la kan? Ini saya datang kat sini, sebab nak tanya pasal reminder mesej bil tu. Dan tak jangka macam ni.
Puan Celcom: [senyap je]
Insan rasa macam teraniaya: tak apalah kalau macam tu. Bil saya ni kalau bayar guna kad boleh? Saya debit kan terus. Sebab duit saya tak cukup, tak sangka ada lagi yang kena saya bayar.
Puan Celcom: boleh, cik boleh bayar kat mesin tu. Untuk bil yang akan datang, cik kena bayar juga namun kena tunggu bulan depan la.
Insan rasa macam teraniaya: Celcom akan kira sehingga penggunaan saya hingga pada hari ini la kan? [13/5/2014]
Puan Celcom: iya, nanti cik tunggu bil akan datang untuk pembayaran setakat penggunaan cik.
Insan rasa macam teraniaya: [dalam hati 'urmmm, kena bayar lagi']

Lepas dah selesai berurusan kat kaunter. Saya bayar bil dan lepas bayar, saya reconfirm lagi sekali dengan petugas tu samada dah selesai atau belum. Bila dia cakap selesai, terus blah dari situ.

Bagi saya, kita bukannya dapat duit untuk diberi kepada celcom melainkan bil memang yang perlu kita bayar. Sekarang, saya memang tiada komitmen kepada apa-apa akses internet yang betul-betul melainkan hanya membeli kredit macam tu je. Memang beza sangat sebab sebelum ini, saya gunakan 5GB dan sekarang adalah dalam 100MB. Nak kena survey betul-betul sebelum buat keputusan untuk seterusnya.

Nantikan kesudahan cerita ini. Celcom itu drakula. Eh, rasanya tadi tajuk lain kan? LOL! Apa-apa aje lah. Sebab sementara ada ruang waktu ni untuk menulis.



Wednesday, May 21, 2014

Banyak nak kena fikir

Take 5 sekejap. Dalam kepala macam-macam tengah fikir. 
Kalau nak tulis, nanti tak jadi nak buat. Macam segan lah pulak.

Tapi bila tanya pendapat kawan-kawan, rasa macam kena fikir lagi dan lagi.
Kalau setakat RM100 itu tak menjadi hal. Kalau setakat RM600, saya boleh kumpul sikit-sikit dan insyaAllah sempat.
Semangat dah semangat, namun banyak benda kena fikir.
Eh, ayat macam sama je berputar.

Ok, pendapat kawan-kawan penting namun yang lebih penting Allah.
Kena tanya dan doa untuk semua ini.

Semoga dipermudahkan dan mendapat satu keputusan untuk semua ini.

Lega sikit lepas mencoret ni.

Semoga ada jalannya untuk semua perkara yang hendak dilakukan. 

Amin.


Saturday, May 10, 2014

Cinta Nami

Tengah tengok drama Cinta Nami. Tapi bukan nak tulis pasal drama ni pun. 

Entah apa yang nak aku tulis pun, aku tak tahu. Tapi memang terasa nak menulis.

Maka, aku bermonolog sendiri aje lah. Sebab tu lah kena gunakan aku. Tak boleh nak guna saya. 

Tak kan nak bercakap dengan diri sendiri, nak guna saya kot. Macam tak kenalah kan 'apa saya nak jadi ni?' contoh la kan. Tentulah lagi best gunakan aku. Haa, macam ayat ni la kan 'apa nak jadi dengan diri aku ni ha?'. Haa, macam tu lah lebih kurang.

Tadi kan. Afiq bangun tidur. Maka aku tak adalah perasan sangat dia ni dah mandi ke belum. Jadi aku tanya dia, Afiq dah mandi ke? Eh dia jawab, Afiq mandi doh. Aku memang percaya bulat-bulat kat dia. Sementelah dia pakai baju elok je. 

Lepas tu, umi Afiq ajak dia mandi. Eh, rupanya budak ni tak mandi lagi.

Sementara tu kan, adik dia Humaira ada kat dalam bilik. Tak tidur tapi macam merengek-rengek. Afiq masuk kat dalam bilik. Aku tak masuk lah, sekadar jenguk dari tirai langsir aje. Aku segan sikit nak masuk bilik tidur orang lain macam tu je. 

Yang best, boleh dengar dan tengok sendiri apa perlakuan si Afiq kat adik dia ni. Humaira menangis, mula-mula biasa je, lama-lama agak kuat. Kuat tak adalah kuat mana, namun kuatlah juga bagi taraf baby. 

Afiq pun 'Lailahaillallah'. Dia duk ulang-ulang sambil tepuk-tepuk adik dia. Sedang asyik dia nak cool kan Humaira supaya tak nangis, tiba-tiba Humaira kentut. haha. Afiq terkejut 'haah, ketok. baby ketok'. Comel sangat. Tak lama lepas tu, umi Afiq datang masuk bilik ambil Humaira. Mandikan Humaira, mandikan Afiq juga.

Sebenarnya, percakapan Afiq dah banyak sangat sekarang ni.

Ada sekali tu, aku saja lah kan usik dia. Cuda nak makan sorang je. Afiq balas 'kita makan sama-sama eh'. tuda-tuda, kita makan sama-sama eh'. Sambil tangan tu buat gaya tunggu dulu.

Oh ya, lupa nak tulis satu cerita best. haha. Bukan best sangat pun, tapi macam terharu lah jugak.

Umi Afiq kan berpantang kat kampung dia. Jadi masa dia balik kat rumah ni, dia ada cerita. 

Kena cari tisu dulu lah, sebab mesti terharu lah dengar cerita ni nanti. Aku jelah yang terharu, dah orang ingat kat kita. Mau tak terharu. 

Cuda nak tahu tak, masa kak amani pergi ke pasar dengan walid Afiq. Afiq tanya walid dia 'walid nak beli nasi kat tokki ke?'. Yelah, sebab memang tugas walid dia belikan nasi kat ayah kami sebab masa tu aku ke Perlis. Jadi itu rutin walid dia dan Afiq memang ikut walidnya pergi membeli. Walid dia jawab 'bukan nak beli kat tokki'. Lepas tu, Afiq cakap 'walid berhenti lah kat pasar. Nak beli ikan. Nak beli ikan comel [lebih kurang macam ni la kot, dah lupa ayat betul dia] nak bagi kat tuda. ikan tuda mati doh'. Kak amani cakap kat aku 'kalau cuda dengar ni mesti terharu'. Memang sangat terharu pun. Rupanya kat kotak ingatan Afiq, ada ingatan dia kat mak sedara dia ni yang suka bela ikan. Bela beberapa bulan, ikan pun mati. haha. Terasa macam pembunuh lah pulak. Entah macam mana nak kasi dia hidup lama sikit eh. Maksud aku, macam mana cara yang betul nak jaga ikan ni kan?

Oh, banyak lagi kalau nak cerita pasal percakapan Afiq ni.

Sampai esok pun tak habis.

Tadi selepas dia ke bilik air, aku nak minta dia tutup tv. Seronok oo bila ada anak-anak buah kat rumah ni, kita boleh arah-arah je. haha. Afiq, tolong cuda tutup tv kejap. Nak tahu dia jawab apa? 'Kejap eh, Afiq nak mayang kejap'. Whoah! Terpinga aku. haha. Rasa malu sendiri lah. Malu sebab tak sangka jawapan dia nak solat. Afiq kalau datang angin rajin, dia ambil wuduk lepas tu dia solat. Solat dalam 2 rakaat macam tu je. Lepas tu siap! Solat cara dia lah. Pergerakan dia tu, memang ada la takbir, gerakkan bibir beria-ria benar. Biasanya terus sujud, doa sikit lepas tu siap.

Nantilah aku sambung lagi. Entah kenapa terasa kekok benar penulisan ni. Sebenarnya, masa tengah beria nak menulis tu la, baru idea segar. Tadi rasa segar, ini tiba-tiba tiada hala tuju nak menulis. Ah, dah memang awal-awal nak menulis tapi tak tahu nak tulis apa, maka inilah hasilnya. Tunggang langgang punya cerita.